Rabu, 24 Jun 2009

Tonomen PAT bulan May

Tonomen PAT diadakan lagi bagi bulan May 2009. Logo dan bintang menjadi rebutan. Namun bagi bulan May, urusetia kami cuma menerima 5 pencalonan dari anto-anto PAT seluruh pelusuk negeri. Tapi kejadian ini sedikitpun tidak melunturkan semangat atau mengkancelkan Tonoman PAT ini. Ini kerana bukan glemer yang dicarik, tapi sekadar untuk menaikkan semangat anto lain pergi memancing dan tatapan batin kaki pancing. Lagipun seandainya mereka inginkan keglamoran, pasti mereka tidak pergi memancing sebaliknya mereka pergi menghadiri uji bakat AF, Mentor, One in a million, bintang RTM ataupun rancangan TOM TOM BAK sambil menyanyi lagu TOMok. kehkehkeh...
Bagi kategori Air Masin, seperti bulan lepas cuma dua pencalonan yang diterima. Gosip liar melanda kononnya penyertaan sepatutnya lebih dari ini namun tidak sampai ke tangan hakim yang mengadili dengan alasan tak cukup duit untuk membeli stem. Mujur gosip tersebut dengan mudah ditangkis oleh juru cakap kami dengan bantuan Tok Dalik serta anaknya yang cun dengan satu alasan yang cukup kuat, Tonomen ni tak payah main pos-pos, daftar saja menjadi ahli Klang Fishing Forum di alamat laman sesawang http://www.kurauking.com/forum/index.php dan up gambar di rumah PAT. Pemenangnya sudah tentu pemancing yang menaikkan ikan terberat dan digondol oleh sedara Volvos dengan Tenggiri cempion 9kg.





Antoo : Volbos ::: Mangsa : tenggiri ::: Teknik : Pekan drifting ::: Berat : 9 kg

Antoo : terubuk ::: Mangsa : tenggiri ::: Berat : 4 kg ::: Teknik : Jigging ::: Lokasi : Bintulu

Bagi kategori Air Tawar pula, kadar penyertaan yang diterima sehingga suku bulan pertama bulan May agak rendah diikuti dengan hujung bulan yang menyaksikan cuma tiga penyertaan yang diterima. Penurunan indeks penyertaan ini mungkin juga dipengaruhi oleh kemelsetan ekonomi dunia. Walaupun Malaysia tidak terjejas teruk, namun masih mempengaruhi anto-anto PAT untuk keluar memancing seperti biasa. Namun apa yang pasti, pemenang bagi kategori ini telahpun diumumkan. Sebarang surat menyurat kompom tidak akan dilayan. Sedara Ajit telah diangkat menjadi juara seterusnya menyingkirkan pesaing terdekatnya sedara Terubuk dengan Straight Set.



Antoo : Ajit ::: Mangsa : Peacock Bass ::: Berat : 450 gm ::: Lokasi : Tapah, Perak


Antoo : terubuk ::: Spesis : Juak ::: Berat : 350 gm kot.... ::: Lokasi : Ulu Balingian....


Antoo : terubuk ::: Spesis : udang ::: Berat : 50 gm kot.... ::: Lokasi : Kinowit....
Sekali lagi, tahniah kepada pemenang...

Tiada ulasan: