Khamis, 14 Jun 2012

Berita Ringkas Dari Lundu, Sarawak

Foto & teks oleh Terubuk






Rasanya seperti sudah beberapa purnama aku tidak menjejakkan kaki ke Lundu lantaran kesibukan kerja serta komitmen terhadap keluarga. Sesekali bila ada peluang pastinya aku tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi daerah yang tercinta ini.

Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini. Memancing antara aktivi yang pastinya aku takkan lepaskan sekiranya berpeluang kembali kesini. Disini pilihan samada untuk memancing udang galah atau ikan terpulang kepada anda. Sebab ada banyak tempat yang tersedia untuk membolehkan kita (pemancing) untuk meredakan kegatalan tangan akibat menahan keinginan untuk memancing.

Oleh kerana aku lebih minat memancing ikan di muara sungai jadi kesitu la aku setiap kali aku berpeluang balik ke kampung..

Sebagai pemancing yang hanya mampu bergantung kepada lokasi tepian sungai faktor pasang surut amatlah dititikberatkan. Ini adalah kerana sekiranya leka atau lalai makanya pastinya pemancing akan terperangkap disesuatu lokasi kalau air dah memenuhi kawasan atau trek berjalan kaki. sekiranya air terlalu surut pula hanya ikan-ikan kecil sahaja yang tinggal di lokasi.





Lokasi yang aku kunjungi adalah lebih kepada tepian sungai aje memandangkan budget untuk menyewa bot takde.. lagi pun aku memancing di kampung ni trip last menet.... kalo da kelapangan terus terjah...

Suka juga untuk diingatkan bahawa faktor jalan atau trek licin juga harus diambil perhatian serius. Ini adalah kerana ianya mampu mendatangkan kecederaan kepada pemancing tepian sungai atau pun pantai seperti saya.











Amatlah tidak digalakkan kepada para pemancing untuk memancing dengan merendamkan kaki didalam air, menyelam mahupun berenang untuk menyelamatkan gewang kerana ini adalah kerana kawasan yang sering saya kunjungi juga dihuni oleh Sang Bedal lagi pun arus yang adakalanya agak kuat juga boleh mengundang bahaya. Oleh itu sekiranya gewang tersangkut atau apa jua kesnya biarkan sahaja gewang itu. Nyawa lebih penting bukan?











Kepelbagaian spesis ikan yang boleh dipancing di sekitar kawasan tepian sungai ataupun laut ini membuatkan aku seronok untuk memancing disini. Walaupun saiz nya bukanlah dari saiz yang boleh dibanggakan sangat tetapi dengan menggunakan set aksi ringan pastinya pertarungan akan lebih mencabar.

Untuk melakukan acara pancingan di kawasan berbatu amatlah digalakkan untuk menggunakan tali perambut yang agak kasar. Ini adalah kerana saya sendiri sudah banyak kali kejadian tali perambut terputus akibat bergeser dengan batuan yang tajam ditumbuhi teritip.

Saya sering menggunakan perambut 20 ke 30 paun. Adakalanya saya menggunakan sehingga 40-50 paun. Mungkin agak melampau bagi sesetengah individu akan tetapi ianya terpulang kepada kawasan permainan. Mana tahan kalau dalam masa beberapa minit sahaja 2-3 biji gewang lebur menjadi tukun akibat perambut putus digeser sang ikan ke batuan tajam. Tiada jenama yang boleh saya syorkan. Ianya terpulang kepada kemampuan dan citarasa masing-masing.

Saya seringkali menggunakan kekili bersaiz lingkungan 2000 dan joran dalam kekuatan 6-12 paun dan  adakalanya 8-17 paun untuk memancing disini. Penggunaan set yang lebih ringan pastinya lebih mengujakan akan tetapi secara peribadi saya tidak menggunakan set yang lebih ringan kerana harga set nya yang agak berat untuk saya memilikinya...  Cry

Biar apa pun janganlah ianya menghalang kita untuk menikmati kenikmatan hobi "hanyir" kita ini.

Untuk pemilihan gewang pula saya seringkali menggunakan gewang selaman cetek kerana kebanyakan tempat yang saya sering kunjungi hanyalah berkedalaman beberapa meter sahaja.

Warna gewang juga haruslah sesuai dengan warna diet ikan dan keadaan air dan cuaca pada ketika trip dilakukan. Jika kena pada saat dan ketikanya hasil pancingan boleh menjadi agak lumayan.

Oleh kerana itu saya agak sukar untuk menjawab apabila diajukan soalan tentang gewang killer di sesuatu tempat. Saya cuma boleh mengesyorkan profil dan warna sahaja. Yang lainnya terpulang kepada usaha dan kreativiti pemancing itu sendiri untuk mengaplikasi dan mengadaptasi teknik serta tips yang ada.
Antara hasil yang berjaya dipancing...


...


...

...

...


Sekiranya anda ada berpeluang untuk berkunjung di sekitar kawasan pantai di Lundu untuk berkelah atau apa jua tujuan jangan lupa set pancing anda. Mana lah tahu nasib menyebelahi anda...

Selamat memancing..

Selasa, 5 Jun 2012

Selangkah Ke Alam Trichopodus Trichopterus (report tertangguh)

Foto & teks oleh Ipen

Ikan sepat adalah dari keluarga Gourami. Sepat ronggeng pula termasuk dalam sub keluarga Luciocephalinae dalam genus Trichopodus(betulkan kalu salah). Tapi laporan pancing ini tiada kaitan langsung dengan ikan sepat ronggeng apatah lagi telefilem Sepat Ronggeng yang dibintangi oleh Jalil Hamid dan Khatijah Tan itu. Ikuti laporan panjang mengarut pendek edisi mengumpau 2012 ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.

Tanggal 30 Januari 2012, sampailah sedara Sepat Ronggeng (member of MFN/PAT) ke negeri di bawah bayu ini atas urusan kerja selama seminggu. Sebelum sampai, beliau sudah terlebih dahulu meng'sms' dan aku pun mengplan satu trip rengan-rengan bersama beliau(trip simple) dengan amaran keras bahawa peratusan untuk kumpau adalah tinggi. Kebetulan pula pada Sabtu minggu itu aku dipelawa oleh sahabat sekastingan aku iaitu sedara Real Snail. Maka bermulalah acara mengumpau.

bergerak dari rumah... bukan aku lambat tapi jam tu yg cepat...

Aku bergerak awal dari rumah sekitar jam 5a.m. Dengan kelajuan sederhana aku sampai ke Kota Kinabalu sekitar jam 5.30a.m dan terus menjemput sedara Pipie sebelum menuju ke hotel tempat penginapan Sepat Ronggeng. Kemudian bertolak ke Menggatal dan tiba sekitar jam 6a.m. untuk berjumpa Real Snail. Destinasi adalah di salah satu sungai pergunungan di daerah Telipok dengan menaiki kereta milik Real Snail.


layan drift dulu...
sambil menikmati pemandangan bandar KK dari atas bukit...

Tiba di lokasi sekitar jam 7a.m, kami disambut oleh uncle guide(lupa mau tanya nama) sebelum bergerak ke spot. Kami memilih untuk memulakan trip dari bahagian hulu sungai dahulu dan akan menyusur ke hilir perlahan-lahan sambil casting. Perjalanan dari tempat letak kereta ke tepi sungai mengambil masa lebih kurang 20 minit juga. Nasib baik lah trekking singkat ni semuanya menuruni bukit dan tenaga masih full charge.

 sepat ronggeng membuat senaman tangan sebelum memulakan perjalanan...

tuuuuuu sungai di bawah...

sebab sungai di bawah kena turun ke bawah la...

gerakan ninja dari sepat ronggeng dan pipie...

Sesampai kami di tepi sungai, kami terus setting pancing masing-masing. Dalam hati "perghhh!!! ini mesti best". Dalam hati orang lain xtau la pula. Aku pula risau dengan kekumpauan. Aku kumpau xpa, jangan sepat ronggeng yang kumpau. Jauh dia datang. Risau pasal hari sebelumnya satu team telah masuk dan cast di sungai yang sama juga. Takut-takut ikan culas. Tapi apapun usaha diteruskan juga. Rezeki biarlah Tuhan yang menentukan.


 keadaan bahagian hulu sungai...

Sungai ini adalah sungai tagal. Dengan sedikit bayaran untuk memancing dan bayaran untuk guide kami dibenarkan untuk memancing di sungai ini. Sungai ini meliputi kombinasi beberapa jeram dan lubuk-lubuk dalam. Kerisauan awal-awal tadi hampir menjadi kenyataan kerana sudah dua lubuk yang sebelum ini menghasilkan ikan sekala 1kg ke atas kami cuba namun belum ada sebarang strike.

 sepat ronggeng yang serius melontar gewang...

Sesampai ke lubuk seterusnya, Pipie dengan hensemnya melontarkan gewang ke kawasan depan saliran air yang mengalir dan dengan 2-3 kali karauan sahaja beliau mendapat sambaran. Rod melengkung dan sesekali tali keluar dari kekilinya membuatkan aku yang berada di belakang teruja. Ya la, lama xtengok rod melengkung live. Lama xturun memancing. Ikan dilayan sesedap rasa dan akhirnya berjaya dipujuk ke tepi. Hasilnya seekor sebarau besar kecundang di tepi sungai. Melihat sebarau bersaiz besar itu, aku terus melontar sesudu ke sekitar kawasan pipie strike dan satu sambaran diterima. Namun rabut. Setelah ditimbang, berat sebarau yang pipie daratkan melebihi 1kg!

Kami meneruskan sesi casting di spot yang sama. Tiba-tiba sepat ronggeng bersuara, "hahahaha... kecik-kecik pun janji lesen". Owh tidak yes!!! sepat dah xkumpau. Biarpun saiz sebarau yang berjaya didaratkan sepat ronggeng kecil dari sebarau pipie, secara otomatik gelaran kumpau digugurkan. Akhirnya lesen sebarau pertama sepat ronggeng berjaya beliau kecapi di sini. Hehehehehe...

 sepat ronggeng dengan sebarau pertamanya...

Setelah tiada lagi sambaran, kami meneruskan perjalanan menghilir sungai. Setiap spot yang dirasakan berpotensi akan dicuba. Bagi aku yang xda pengalaman what so ever casting di sungai macam ni, aku tengok semua tempat pun kelihatan berpotensi. Sesudu Strike Pro yang tadinya aku gunakan ditukar dengan Abu IslandII 7g. Berulang kali aku tanyakan pada Real Snail, berapa jauh lagi kena berjalan. Risau dah sampai ke penghujung perjalanan. Terima kasih pada Real Snail kerana sudi berkongsi tips. Beliau memang dah berpengalaman casting di sungai macam ni.

 pipie masih tekun casting walaupun dari segi "revenue" beliau mendahului...

Sampai di satu hujung jeram, aku cuba cast dari atas jeram. Beberapa lontaran dibuat. Entah lontaran keberapa di spot yang sama akhirnya menghasilkan strike. Kecil saja, tapi ikan dilayan sedikit berhati-hati. Lesen beb, takut rabut lagi. Namun dah ditentukan aku akan beroleh lesen sebarau, ikan berjaya juga diheret ke tepi. Alhamdulillah aku xkumpau, xkena bahan.

 sebarau pertama... lesen sebarau dan lesen 2012...

Turun sedikit dari jeram tadi, pipie yang pertama cast telah dihadiahkan dengan seekor lagi sebarau. Manakala sepat ronggeng telah rabut. Aku bergerak kedepan sedikit dan melontarkan gewang ke atas jeram. Yes!!! strike lagi seekor. Senyum pun semakin lebar. Hehehehehe. Tengah-tengah bergambar, sepat ronggeng berjaya mendaratkan sebarau keduanya. Buleh tahan, satu lubuk 3 ekor sebarau. Walaupun bersaiz kecil tapi tetap sebarau.

 3 ekor sebarau dari lubuk yang sama...

Selepas lubuk tadi kami pun tiba ke lubuk terakhir. Aku dan pipie bergilir-gilir melontarkan gewang ke tengah, kiri dan kanan lubuk. Tapi rezeki berpihak kepada aku bila seekor lagi sebarau mengena. Keluar juga la tali sikit. Sebarau 800g menjadi sebarau penutup trip singkat kami.

 sebarau penutup tirai...

Penat. Itulah yang kami semua rasakan. Berehat sebentar menghilangkan lelah sambil mencemar alam. Kepuasan terasa walaupun kuantiti ikan yang berjaya didaratkan tidak la sebanyak team yang masuk sebelum ini. Lagipun dengan trip singkat yang berakhir lebih kurang jam 10a.m ini, pengalaman itulah yang paling penting. Alhamdulillah, masing-masing dapat merasa tarikan sebarau yang berupa lesen pertama setiap dari kami yang berjaya menaikkan ikan hari tu. Paling penting sekali trip berjalan dengan lancar dan berakhir dengan selamat walaupun aku beberapa kali ter"shuffle" akibat batu yang licin. Terima kasih pada Real Snail kerana mempelawa. Tahniah kepada sepat ronggeng dan pipie. Sayang xbawa baju spare, kalau ada buleh juga berendam kejap... hehehehehehe...

p/s sori report mengarut panjang... terima kasih pada yang sudi membaca sampai habis... mana tau buleh menang baju... kehkehkeh...