Rabu, 2010 Januari 27

TRiP P9 - oPeRaSi BeRSaMa aNGGoTa JPJ…

Foto & Teks oleh Roosta Caster

Ahli Komplot;
AMY
SHaZWaN
RoZMaN
oF CouRSe, aKu La...
TeKoNG : BRo RoSLi ToKeY BoT
TaRiKH TRiP : 23HB. JaNuaRi 2010

Assalamualaikum...
Trip Pulau Sembilan aku kali ini adalah secara berkolaborasi dengan kawan-kawan dari JPJ. Kut kena tahan dengan muka-muka ni belah area Seberang Jaya mahupun Seberang Perai bolehlah sembang-sembang pasai mancing kut-kut boleh dapat diskaun sikit saman tu...

Trip yang dirancang sejak bulan November sekali lagi macam nak jadi tak jadi gara-gara masalah dalaman tokey bot. Puas aku pesan berkali-kali supaya trip ni kena bagi jadi jugak-jugak macamana sekalipun memandangkan dua daripada anggota operasi adalah orang baru untuk acara kasting ni. Masing-masing sudah hempuk duit muka dan bershoping barang-barang kasting. Mana yang biasa shopping barang-barang pancing untuk pertama kali tentu maklum dengan modal yang perlu dikeluarkan.
Dipendekkan cerita maka trip ni terlaksana juga akhirnya... Tetapi!
Ada juga tetapinya...



Tetapinya di awal pagi 7.18AM selepas kami siap sarapan dan tapau ration, malah sudah siap angkut barang-barang ke dalam bot...
Tekong yang dinanti tak kunjung tiba juga... Sekali call, telefon tak diangkat. Telefon kali kedua nombor lain pula, tak diaktifkan pulak...
Telefon kali ketiga barulah dengar suara tekong...
"Err... nak pergi mana?", tanya tekong.
Pening ke hapa tekong ni tanya aku nak pergi mana... Rupa-rupanya belum ke laut tekong sudah "hanyut"...
Terbabas sebab penat drive balik dari Terengganu kerana kena bawa kami juga untuk trip ni. Sabor jer laa...



Lepas tunjuk skil transfer minyak, tekong lesap sekali lagi... Kali ni pi mencekik dan menapau ration sendiri pulak. Apalah tak kabor, ration kami pun lebih dari cukup.





Layan boring tunggu tekong maka macam-macam "shoot" aku hentam... Kalau tidak nanti terlebih tensen mahu aku shoot tekong pulak.

Baru padan muka langsung semua tak jadi kasting...



8.20AM baru di kuala sungai Kampung Permatang...

Nasiblah bot laju, kalau tidak tentu GT semua dah keluar rumah pergi ke Pulau Jarak dah...



8.43AM ketika matahari tingi bergalah-galah barulah kami start balingan pertama masing-masing. Kalau diikut pada kebiasaan waktu begini GT dah berada dalam sempadan meninggalkan permukaan menuju ke bahagian bawah. Dah kurang sesuai untuk popping...
Namun kerana nak melesenkan satu popper tu maka aku belasah jugalah popping...





Limabelas minit popping akhirnya...Laku juga popper DIY aku ni...
Modal RM2.50 saja 2 biji pemegang tali skipping aku tukarkan jadi popper...
Betullah macam orang yang pernah buat gewang sendiri kata sebelum ni, memang satu kepuasan bila hasil kerastangan sendiri disambar ikan.
GT pulak tu! Kecik pun GT, apa...

Lepas aku dapat lesen popper buatan sendiri sampailah break tengah hari, tiada lagi hasil lain. Dua kali Rozman dapat strike, satu tak hook up dan satu lagi main line 30lb dia putus. Dari cara larian disyakki Mat Rempit samseng jalanan Pulau Sembilan, Sang Alu-alu!



Kut ada yang naik pun sebab accident dengan anggota JPJ Amy ni saja...
Abang dan Kakak dia ramai juga yang cuba ditahan, namun semua berjaya meloloskan diri di celah-celah hutan batu bawah air Pulau Sembilan ni.


Dari 12.30PM sampailah pukul 3.00PM kami singgah rehat sakan di Pulau Lalang. Agenda biasalah di situ, masak dan melantak bihun PAMA, buat tahi mata dan mandi air bukit. Nak pendekkan rehat pun tak guna sebab air masih surut serta teramat-amatlah jernih. Pengalaman sessi pagi mengajar kami bahawa dengan keadaan air jernih dan lembut begitu hanya akan membazirkan peluh sahaja kalau masih mahu kasting.
GT-GT Pulau Sembilan masih muda-muda dan terang penglihatan untuk mengenalpasti anak-anak ikan tipu kami...



Setelah 45minit sessi petang dimulakan barulah Shazwan mendapat lesen GT pertama dalam hidup dia. Langsung tak sempat aku nak ambil gambar dia beraksi kerana pada mulanya dia menyangka poppernya tersangkut batu...
Sedar-sedar ikan sudah naik ke atas bot...





Seterusnya hanya pada pukul 6.38PM bila memancing di bahagian Pulau Agas yang dilindungi bayang barulah sekali lagi GT menyambar.
Memang apa sumpahannya pun tak tahu, orang baru kena racun lagi... Kali ni GT terpedaya dengan gewang selaman Strike Pro hijau kuning.
Kalau mengikut percaturan aku warna begini macam takkan laku apabila bermain di laut, rupa-rupanya sebaliknya yang terjadi...


Di tempat yang sama berselang tak sampai 15 minit giliran aku pula… Karannnnnnnnn… GT 3kg dan rod 8~15lb! Perghhhh… hampir 3 minit dapat layan GT ni. Itu kira cacat ekor, kalau tidak tentu lagi lama atau singkat terus! Pa wau ta wau sin laaa...




Habis jer aku berposing gaya-gaya hasutan seperti biasa, dua-dua anggota JPJ di depan buat sekatan jalanan serentak pulak dah…
Tak sampai 3 minit dari GT keempat tadi, double hook up berlaku di tempat yang sama juga... Tabik aku dengan bebudak JPJ dua orang ni, never surrender walaupun di awalnya hanya penat baling karau saja kerja ...Tak apa, lain kali boleh bawa korang lagi...



Akhirnya dalam perjalanan untuk pulang ke jeti, Alu-alu berskala 2.5kg ini sekali lagi menambahkan racun kepada Shazwan.
Lepas ni mesti terbayang-bayang nak datang kasting di Pulau Sembilan ni lagi...



8.06PM barulah kami sampai semula di kuala sungai Kampung Permatang. Itupun hanya selepas aku rasa GT dah tak nampak gewang dan ajak Rosli balik. Mungkin dia cuba cover balik masa yang hilang pagi tadi agaknya, jadi dilayannya kami kasting sampai kami sendiri yang ajak dia balik...



8.18PM melakukan tugasan akhir operasi dengan mencuci senjata-senjata. Saja aku ambil tugas ni sebab nak kasi tahu kat kawan-kawan kasting aku yang sebelumnya, bukan sebab dia orang kumpau GT maka aku mintak tolong cuci rod... Tapi kita cuci sebab kita tunjuk penghargaan terhadap jasa bakti diaorang servis kita sepanjang hari dan untuk trip-trip yang akan datang...



Last but not least, bakal-bakal bahan masakan kari di rumah masing-masing...
Kena tunjuk bukan sebab nak menunjuk-nunjuk, tapi takut ada kawan-kawan buat post mortem… Nanti ingat kami kata dapat banyak pulak sebab tunjuk gambar berkali-kali... Bukan kami tak mau ambil banyak-banyak, tapi ada kawan-kawan kata hasil yang banyak bukanlah
bermakna pancingan yang bagus... Namun yang sebetulnya setakat itu saja rezeki kami untuk kali ini. Alhamdulillah ada juga buah tangan
untuk kawan-kawan JPJ aku hasil "Ops Kast I" ni...



Sekian saja report aku yang sekadar untuk trip P9 pada kali ini dibuat sebagai dedikasi dan penghargaan untuk member-member kasting
baru dari Jabatan Pengangkutan Jalan Seberang Jaya. Nampaknya diaorang ni bukan sekadar pandai buat operasi di darat, malah di laut juga tidak kurang hebatnya.
Kiranya ada salah silap aku di dalam laporan ni, macam biasalah aku mintak maaf. Tak payahlah post-post mortem report aku, aku bukan pi dengan posmen pun, tapi dengan JPJ-men...


Peace...RooSTa_CaSTeR.

Transformasi Logo PAT...

Semenjak PAT ditubuhkan, sudah beberapa logo PAT yang dihasilkan oleh sahabat baik PAT sedara Gemang. Hasil krativiti beliau memang diakui cantik dan halus. Dalam entri kali ni kami ingin berkongsi beberapa logo PAT dari dulu hingga sekarang. Logo-logo ini kebanyakkannya digunakan oleh warga PAT sebagai signature atau avatar di dalam forum-forum memancing tempatan.


Warga PAT diPuakakan...

Pada mulanya, wajah-wajah warga PAT diPuakakan oleh sedara Gemang. Pada masa itu, warga PAT kebanyakkannya menggunakan kod nama sebagai contoh - antuT untuk terubuk & antuN untuk nakdesa.

Logo Pertama PAT...

Aku sendiri tidak pasti sebenarnya, adakah logo ini adalah logo pertama PAT? Tapi sepanjang yang aku ingat, ini lah logo pertama PAT.


Logo ke-2 PAT 1st edition...

Ini pula logo ke-2 PAT bagi edisi pertama. Logo ini asalnya untuk diletakkan pada topi PAT.


Logo PAT...

Ini lah logo PAT yang paling meluas penggunaannya. Konsep sama dengan logo ke-2 tapi lebih kelihatan seperti lencana. Digunakan dengan meluas oleh warga PAT sebagai penghias signature, avatar dan juga digunakan sebagai logo untuk barangan PAT seperti topi, baju-T dan PATches.


Logo PAT edisi 2010...

Di atas adalah logo terbaru PAT bagi tahun 2010. Bertemakan Fishing Team Spirit. Dengan konsep Puaka masih dikekalkan.

Selain dari logo, sedara Gemang juga menghasilkan:





Memang diakui, bukan oleh aku seorang saja, tapi rasanya oleh semua warga PAT, hasil kreativiti sedara Gemang memang cantik. Jika diberi peluang, aku sendiri ingin berguru dengan beliau. Hehehehehe...

Aku mewakili warga Puaka Anglerz Tribe mengucapkan Terima Kasih kepada sedara Gemang...

Khamis, 2009 Disember 24

Sudah Sampai Yang Ke-1000

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pengunjung blog PAT ini.

Sedar tak sedar, pengunjung blog PAT sudah mencecah 1000 pengunjung setelah dilancarkan pada bulan Febuari 2009.

Blog PAT dilancarkan atas satu inisiatif iaitu memupuk semangat kepada ahli-ahlinya berkarya melalui penulisan laporan-laporan pancing. Di samping itu, info dalam dunia pancing juga boleh dikongsikan bersama. Kreativiti sesetengah keluarga PAT juga boleh dibanggakan.

Memandangkan warga PAT bertebaran di serata pelusuk Tanah Air, melalui blog serta forum-forum pancing tempatan, maka dapatlah warganya berkongsi cerita serta pengalaman sekaligus mengeratkan hubungan di antara warganya. Walaupun masih ada dikalangan warga PAT yang masih belum pernah bersua muka secara langsung. Namun itu tidak menghalang PAT untuk meneruskan hobi hanyir ini dan berkongsi dengan yang lain.

PAT... Where Rubbish Become Treasure... glad to be in the team... yo!!!




Isnin, 2009 Disember 21

Pengalaman Pertama - Kami pi Casting GT la pulak...

Foto & Teks oleh Ipen Squid

Sudah 2-3 trip casting kecilan yang kami buat berakhir dengan kekumpauan… oleh yang demikian, sedara gogoyeah telah secara sukarela menjadi penganjur acara casting di sekitar kepulauan yang ada di depan Bandar KK…

Sms dihantar dan dibalas dan sedar tak sedar 4 sekawan ni sudah ada di rumah tekong dan hanya menunggu masa saja untuk menaiki bot…

Tarikh: 13 Disember 2009
Masa: jam 1 hingga jam 6 petang
Ahlul: gogoyeah, RealSnail, Jalakman dan aku sendiri.
Tekong: Abang Zainal a.k.a Ozy

Setelah tekong membeli kelengkapan makanan ringan untuk ahli trip… perjalanan pun diteruskan dari Tg. Aru…


RealSnail dan Jalakman…


Aku dan gogoyeah…

Sebelum tiba ke lokasi utama… beberapa lokasi yang dirasakan berpotensi dicuba terlebih dahulu…


Sekitar tembok…



Sekitar karang… aku dpt satu strike di sini tapi lepas… huhuhuhu…

Apabila tiada hasil kami terus bergerak ke lokasi utama iaitu di sekitar pulau2… nak jelaskan secara details, aku sendiri sebenarnya xtau sangat nama2 pulau tu… hahahaha…


Memang santai habis la…

Tapi bagi kami berempat… ini merupakan pengalaman pertama untuk casting seperti ini… target utama adalah GT yang dikatakan bermastautin di sini… namun ada dua kali popper jalakman disergah oleh black tip shark… dengan jelas yu tu menyerang popper dan xlekat… kemudian beliau follow saja popper seketika sebelum membuat pusingan U… kalu kena xtau la macam mana… hahahahaha…

Penat casting kami singgah sebentar di salah satu pulau untuk melepaskan lelah…


Yahuuu!!! Darat!!!

Tapi dah namanya caster tegar… time rehat mcm ni pun derang bantai casting juga…



Casting… casting… casting…

Sekitar pulau tempat persinggahan ni memang cun… Cuma xda alas yang dibawa… kalu ada musti best dapat baring2 meluruskan segala tulang badan ni…


Segerombolan anak ikan tengah main2 kat pantai…


Errrrrrrr… duyung pun banyak juga… hahahaha…

Setelah agak2 puas bersantai kami teruskan lagi… mula2 trolling dulu sekitar karang depan pulau tu… harap2 ada la kerapu namblas kilo menghentam gewang yang ditunda… dan tidak lama jalakman menerima strike padu… ikan dilayan secukup rasa… akhirnya mangsa menonjolkan diri…


Jalakman dengan hasil trolling beliau... kelihatan di belakang sedara gogoyeah sedang mengagumi tangkapan jalakman…

Dengan hasil itu kami teruskan pula sambung casting di tepian pulau… semua tempat dicuba… sehingga kami tiba di satu spot yang kelihatan cukup memberi harapan… satu kawasan teluk kecil degan batu di kiri dan kanan teluk… ombak juga boleh tahan di situ…

Yang lain teruskan popping dan aku mencuba gewang strike pro pemberian burned steel… baru 2-3 kali karau satu strike diterima… dan hasilnya…


Errrrrrrrrrr… tindakan drastic tapi bahaya… kena propose kat abg zainal untuk sediakan sauk atau gancu ni…


GT pertama hari tu… berat setelah ditimbang dgn penimbang cap ayam sekilo ngam2… kalu guna penimbang digital mau2 namblas kilo ni… kehkehkeh…

Melihatkan perilaku GT yg menghentam gewang selaman… tekong abg zainal menukar kepada spoon pula… dan tidak perlu menunggu lama satu lagi GT tewas petang itu…


Abg zainal bersama GT hasil spoon Ozy beliau…

Kemudian satu lagi GT berjaya didaratkan oleh tekong sebelum keadaan menjadi senyap dan memaksa kami berpindah ke lokasi lain… jam pula sudah menunjukkan jam 6 dan ini bermakna trip kami ini sudah sampai ke pehujungnya… tapi abg zainal kata kita try satu lagi spot last…

Sampai ke spot last semua menghayun gewang ke struktur berbatu… jalakman pula dengan kompiden menghayun popper chug bug nya ke luar kawasan berbatu… dan taktik itu ternyata memberi habuan kepada beliau…


Jalakman dengan GT dimasa kecederaan…


Hasil GT hari tu… alhamdulillah…

Dengan naiknya GT dari jalakman itu… maka berakhirlah secara rasmi trip kami pada hari itu… alhamdulillah… ada juga hasil GT sorang sekor untuk kami bawa balik… dan sebenarnya pengalaman casting GT ni la yang seronok… dapat lepak atas satu bot dengan geng casting sekepala memang kecoh… kumpau??? Biasalah… itu juga salah satu dari teknik pancingan… kehkehkeh…

segala salah dan silap sepanjang trip singkat ini harap dapat dimaafkan... dan dengar khabar bang gogoyeah sedang mengatur rancangan seterusnya setelah melihat banyak GT bergelimpangan di pasar ikan siang tadi... hehehehehe...

sekian terima kasih...

Rabu, 2009 Disember 16

TRiP YaN - MaNCiNG RiNGaN-RiNGaN

Foto & Teks oleh Roosta Caster

Ahli Komplot;
APiT BuLu
AZiZaN
BaKaR PK
BaKaR HoT RoD
ZaLi
MaiL The JiGGeR
oF CouRSe, aKu La...
Tekong : BaNG Li
Tarikh Trip : 6hb. Disember 2009

Assalamualaikum...
Ini adalah trip Yan pertama aku untuk tahun 2009 ni... Sejak-sejak berkawan dengan baby GT Pulau Sembilan, aku dah jadi malas dah nak datang ke Yan ni. Rasa lebih puas lagi kasting gewang tanpa henti sepanjang hari di Pulau Sembilan berbanding kasting ikan Termenung kojol sekejap-sekejap di Yan ni. Namun atas ajakan kawan-kawan sebab pada awalnya trip ni tak cukup korum maka aku lompat masuk jugalah...
Tak brapa sukapun, mancing tetap mancing... Lagipun dah lama jugak dah tak makan Tenggiri pancing ni... Asal sebut nak mancing ke Pulau Sembilan jer KDN siap mencebik mulut... Muak dah makan GT!


Rod aku pun dah naik bersawang dah... Lama sangat dah tak guna rod ni untuk kasting ikan termenung kojol...



Pergi memancing di Yan ni biasalah, pukul 4.00~4.30 pagi dah kena bertolak dari Kepala Batas dah... Kena pulak time air pasang awal kat Kuala Dulang, Yan di mana pot ditambat. Lambat nanti alamat bot tak boleh keluar kuala pula...
Dipendekkan cerita sebagaimana biasa, sampai di Yan subuh-subuh tu dah angkut barang semua naik bot. Pukul 6.15 pagi bot sudahpun bertolak keluar dari muara sungai...


Keluar muara sikit semua member ghaib kat belakang bot. Tinggal aku sorang-sorang "mandi" kat depan...


8.00pagi dah sampai kat tuas Det... Turun-turun saja appollo nak cari umpan termenung hidup, alih-alih Cencaru pulak yang layan.
Saiz sekor-sekor dalam 200~250g kira sesuai sangatlah buat goreng belah belakang nanti...


Kalau Cikgu Bakar naik 2 ekor sekali, Apit pula nak sekali 5 ekor...
Sekali naik sekilo tu..


Bang Li pulak malas nak layan Cencaru, dia lagi suka layan Talang dengan koyan saja... 10 hari tak turun ke laut sebab bahu terkehel terhantuk tiang jeti, katanya. Tapi sampai saja kat laut dia pun tak boleh tahan ketagihan mancing ni...


Hasil 15 minit saja dah banyak ni dah! Itu baru 2 orang punya kerja tu...
Yang lain cuba nasib cari lesen tenggiri kat tuas. Mungkin bukan musim agaknya, jadi berat sikit nak dapat strike kali ni...



Malas layan appollo, Cikgu Bakar cuba-cuba campak isi ikan dalam tuas pulak...
Bolehlah Paktipok @ Pecah Periok sekor kat dia... Sedap sikitlah dari tarik cencaru... Ini kalau buat sweet sour pun dah nak dekat-dekat rasa dengan siakap putih ni... Mungkin isi dia keras sikitlah..


9.15pagi Apit pun malas layan appollo dan main isi ikan juga. Tengok pada rod memang ganas semacam saja...



Cait! Dorado saja rupanya...

Akhirnya kami pindah ke tuas Pak Abu sebab dia terpaksa berkejar balik kerana Pak Long yang ikut trip dia kena sesak nafas dan muntah...



9.20pagi barulah Bakar dapat hook up Tenggiri... Tak sempat nak bergambar terus dia campak masuk tong!
Dah biasa sangat tarik tenggiri macam itulah...

Azizan pula dapat dua kali strike tapi kerana malas nak sentap, hook up jadi tak solid dan Tenggiri pun kasi miss-call saja kat dia...









Sudahnya pukul 1.20petang barulah Mail pulak dapat strike. Tenggiri pertama dia sepanjang beberapa kali turun ke tuas ni...
Mesin Shimano Twin Power dia tak nak, sudahnya reel Abu yang harga rm100 lebih sikit juga yang dia nak patuk...
Dengan mesin kecil dan Tenggiri pertama saiz 6~7kg, menggigil jugalah dibuatnya...




1.30petang, sekali lagi Bakar layan Tenggiri... Walaupun Tenggiri jarang strike pada kali ini, tapi saiz yang sambar biasanya kasar-kasar jugalah. Kali ini rasanya lebihkurang 5kg juga...



Bot jiran yang join kami kat tuas Pak Abu ni geng Polis Buttorwoth... Mungkin sebab selalu menembak agaknya maka kerap pula Tenggiri kena tembak dengan mereka ni...Tension jadinya mancing sebelah-sebelah ni bila Tenggiri asyik-asyik strike pancing diaorang saja... Mungkin sebab ikan umpan diaorang saiz gadang-gadang jika dibandingkan saiz ikan Termenung kami yang ushie-ushie saja kali ini. Itupun sampai RM10 sekilo beli bisik-bisik di Kuala Muda...


Cikgu Bakar pula dapat Ikan Pisang aka Rainbow Runner dalam skala 1kg lebih sikit... Khabarnya ikan ni kalau buat sweet sour memang sedap...





Azizan yang miss-called lagi untuk kali ketiga akhirnya merajuk lari ke depan layan Paktipok pula di celah-celah buluh tuas...
Sudahnya 4 ekor naik di tangannya. Umpan drift dengan Stella 8000PG kat belakang menunggu sapaan Layaran langsung tak bersambut.
Bukan musim agaknya...


3.30petang, diam tak diam sekor lagi tenggiri diusung oleh Bakar masuk tong. Hattrick dia hari ni dalam orang lain malas nak turun tuas kerana difahamkan bukan musim tenggiri dah. Kalau dah rezeki tu insyaAllah takkan ke mana...


Namun tak lawan brader polis yang first time turun ni. Dia saja strike 5 ekor. Dari tergagap-gagap tarik tenggiri pertama sampai steady dan cool saja tarik Tenggiri kelima. Memang lazim adat memancing ni, new comer selalu lucky. Sumpahan dunia memancing agaknya... Sumpah tak sumpah 16 ekor Tenggiri berjaya abang-abang polis ni shoot!

4.30petang terus kami merempit balik. Kata Bang Li nanti air surut bot tak boleh nak masuk dan susah nak dapat slot parking...
Tapi bila masuk kuala aku tengok air masih tinggi lagi. Inilah salah satu sebab aku "benci" nak datang memancing di sini, lebih-lebih lagi kalau yang bawa bot tu cuma ambil upah bawa dan bukan tuan bot sendiri... Manjang nak balik awal!


Sessi memunggah hasil..



Ini sajalah rezeki hasil 7 orang mancing kat tuas Yan pada hari ni..
Syukur alhamdulillah... macam-macam jenis ikan ada, macam beli kat pasar pulak...



Sessi pembahagian hasil...




Last but not least, sessi masak-memasak dan makan-memakan!

Sekian saja report aku untuk trip Yan kali ini. Gambar aku langsung tak ada sebab tak ada Tenggiri yang sudi layan pancing aku hari ni. Ada pun sekali saja dia tolong potong ikan Termenung kojol aku kasi putus dua... Selebihnya aku pun layan cencaru saja. Nanti bulan depan aku pergi lain usaha sekali lagi dengan set up baru. Dah lama tinggal sampaikan tarik Termenung kojol pun dia datang berpusing-pusing, manalah Tenggiri nak makan.
Akhir kata pesanan buat yang nak ke tuas Yan di luar musim Tenggiri ni, kalau rajin usaha insyaAllah ada rezeki menunggu tak kira musim
atau luar musim. Juga jangan lupa bawa appollo lebih sikit, khususnya yang saiz 12 dan 14 untuk layan Cencaru...

Peace... RooSTa_CaSTeR

Jumaat, 2009 Disember 11

Sarung Tangan

Teks oleh Terubuk

Terdapat pelbagai jenis dan rekabentuk sarung tangan yang diciptakan khas untuk sukan memancing pada zaman kini. Tujuan penggunaan sarung tangan ini adalah untuk melindungi tangan dari melecet akibat geseran. Disamping itu juga ianya bertindak sebagai alat perlindungan dari sinaran matahari, mengemaskan genggaman pada joran dan juga bolehlah dianggap sebagai pakaian atau asesori untuk menjadikan imej seorang pemancing itu lebih bergaya. Berbeza dengan tanggapan pada zaman dahulu kala yang menganggap sukan memancing ini selalunya berpakaian selekeh dan comot. Tetapi kini, tidak lagi....

Ini antara contoh sarung tangan untuk sukan memancing yang terdapat di pasaran.






Kebanyakan sarung tangan untuk sukan memancing ini mempunyai ruang aliran udara (air ventilation).


Pada bahagian jari dan tapak sarung tangan pula biasanya diperbuat dari kulit.

Terdapat 2 jenis permukaan pada tapak sarung tangan.

Jenis ini dikatakan khas untuk jigging.


Yang ini pula dikatakan untuk popping.

Selasa, 2009 Disember 08

PB Lagi ler nampaknya...

Foto & Teks oleh Burned Steel

Ahad lepas bersamaan 29 Nov aku dan betuk telah berjanji untuk mengadakan satu komplot memburu PB di lombong Kampung Banir, Tapah. Hari sebelumnya betuk berjaya menewaskan berpuluh2 ekor PB dengan berseorangan sahaja dengan menggunakan gewang 100%. Kebetulan masa itu memang time feeding frenzy... So, aku pun teracun lah sebab mengharapkan perkara sama akan berulang lagi. Mungkin musim PB tengah galak makan masa nih. Sebelum2 nih aku cuma pernah mendaratkan paling banyak pun 3 ekor PB sahaja dalam satu hari di lombong ini. Lama dah rasanya tak tarik PB dengan jumlah yg agak banyak. Hari yg dijanjikan, kami gerak agak lewat. Matahari dah naik tinggi baru kami sampai ke lombong berkenaan. So, masa yg kami ada tak la banyak. Bukan sebab takut ikan tak makan tapi sebab tengah hari tu aku akan bertolak ke Penang pulak. Cuma harini, sebab gerak agak lewat, betuk membawa sedikit umpan perimpin sebagai insurans. Aku plak cuma mengharapkan gewang jer...


Dalam perjalanan menuju port...

Setiba di lombong, sudah kelihatan beberapa org lain sudah sedia berada di situ. Daripada pertanyaan, ada yg kumpau. Dan seorang abang yg menggunakan spinfly semata2 pulak telah mendaratkan hampir sebaldi saiz sederhana ikan2 PB... Huhuhu... Dia kata awal pagi tadi PB sangat galak makan. Hehehehe... Agak lewat la kami nampaknya... Takpa lah... Kalau ada rezeki takkan ke mana... Balingan pertama dari betuk menggunakan spin fly terus bersambut. Aku yg sedang menyiapkan kelengkapan terus bersemangat melihat betuk menaikkan PB bersaiz curut. Saiz bukannya ukuran (tapi kalau nak tau saiz memang kena ukur... Kekekeke...). Cuma teruja bila tgk first cast dah bersambut... Aku pulak cuba mempertaruhkan spoon bakau yg baru jer beli pagi tu sebelum datang ke sini. Beberapa cast dibuat, satu ragutan diterima. Saiz curut jugak tapi lucut bila hampir ke tebing. Adeh... Belum rezeki aku... Dan betuk yg menggunakan spinfly dah pun menaikkan beberapa ekor PB... Dengan spoon bakau tersebut, banyak jugak ragutan yg aku terima. Agak menjadi spoon berharga murah ni tapi setiap kali tu jugak asik terlucut bila sampai ke tebing. Aku memeriksa mata kail di spoon tersebut. Saiz kecik tapi agak tebal dan duri pandan agak jauh dari mata depan. Mungkin sebab tu susah nak lekat. Tapi aku plak malas nak tukar hook. Baik tukar gewang terus. Hehehehe... Takpe lah. Cuba jer lagi. Ragutan kali ni aku buat sentapan agak kasar macam kena jig pulak... Hehehehe... Baru la berjaya mendaratkan PB pertama aku hari tu...


PB pertama aku dengan spoon Bakau... Len kali kena tukar hook dulu...

Lepas tu aku terus tukar gewang lain... Beberapa gewang dicuba. Ada yg mendapat sambutan baik dan ada yg takde sambutan lansung... PB disini tak berapa culas cuma agak memilih gewang... Kalau pakai perimpin, lagi senang... Kekekeke... Betuk telah menukar kepada umpan perimpin dan malas nak cerita la... Punya banyak PB dia dapat... Kekekekeke... Lepas dia busan guna perimpin, dia guna gewang balik... Pun dapat juge...


Betuk dengan PBnya... Yg nih guna perimpin...


PB betuk dengan gewang shad jenama Big One...


Gewang kegemaran aku... Yozuri Arms Shad...


Lagi dengan gewang sama...


Masih dengan Yozuri Arms shad... Hehehehe...


Kali ni PB aku dengan spoon Mepps...

PB agak galak juga hari ni cuma tak lama sangat. Beberapa kali jugak terjadi double hook up. Gambar pun malas nak amik banyak2. Sama jer lebih kurang... Total tangkapan tak dikira dan yg bersaiz terlalu kecil kami lepaskan kembali. Hanya yg bersaiz dah boleh goreng jer kami bawak balik. Huhuhuhu...



Lombong yg kami terjah...



Hasil yang dibawa pulang...

Total yang kami bawak balik cuma 29 ekor (tak termasuk yg telah di CnR). Boleh buat ikan kering... Hehehehehe... Walaupun kami tiba agak lewat, kami masih dihiburkan dengan tangkapan yg agak banyak. Merasa gak tarik PB banyak sikit. Maybe datang kena pada masa kot... Lain kali tak tentu lagi... Kena musim dia takmo makan gewang, melopong gak aku dari pagi sampai petang... Hahahaha... Apa pun terima kasih lah pada betuk sebab sudi jemput aku kat rumah... Len kali repeat lagi... Dan report kali nih malas nak tulis berjela2. Asik ikan sama jer... Keh keh keh... Sekian...