Khamis, 19 Februari 2009

Baju T - Athlete of da Sea

Setelah berjaya dalam menghasilkan beberapa produk sebelum ini, sekali lagi PAT membuka tempahan untuk Baju-T terbaru ini. Seperti Baju-T PAT sebelum ini, masih mengekalkan warna hitam dan logo PAT di bahagian hadapan. Bahagian belakang pulak akan diletakkan wording "I'm not just an angler. I'm an athlete of the Sea".
Tempahan telahpun dibuka. Seberang pertanyaan boleh la emailkan kepada : PuakaAnglerzTribe@gmail.com

Bahagian hadapan Baju-TBahagian belakang Baju-T

Sabtu, 7 Februari 2009

Produk PAT

Kali ini ingin dipaparkan pula beberapa koleksi produk yang dihasilkan PAT untuk warga-warganya. Diantaranya ialah baju dan topi PAT. Ribuan terima kasih kepada warga PAT yang berusaha menjadikan semua perancangan bertukar realiti seperti Burned_Steel dan terutama sekali Terubuk. Komitmen anda pasti akan dikenang. Dengan usaha tidak kenal lelah membolehkan semua warga PAT memiliki barang kenangan serta tanda persahabatan yang terjalin di PAT. Secara tidak langsung produk yang dihasilkan mampu melindungi warga PAT dari panas mentari sekaligus membolehkan mereka bergaya. (bodek lebih ni... ekekekekeke...)

Baju-T pertama PAT (lengan panjang & pendek)
terubuk mengayakan Baju-T PAT semasa memancing

Topi pertama PAT (hijau, hitam & biru)
burned mengayakan topi pertama PAT ketika casting PB

Topi kedua PAT (hitam)

Baju Koprat PAT (hitam, biru+putih & hitam+merah)
giant_trevally mengayakan Baju Koprat PAT semasa melawat kedai pancing
Baju-T PAT (behind every good fisherman is a lonely woman. Hitam)

Pandangan depan dengan logo PAT
Pandangan belakang

Diharap pada masa akan datang akan lebih banyak lagi produk yang boleh dihasilkan untuk warga PAT dan rakan-rakan. Usaha pastinya akan disokong dengan PADU oleh setiap warga PAT. Ucapan terima kasih juga diucapkan untuk saudara gemang yang telah mempraktikkan kreativitinya dalam menghasilkan logo rasmi PAT. We will always be friend bro...

Khamis, 5 Februari 2009

Tonomen PAT


PAT kembali dengan tonomen dikalangan warganya. Tonomen telah pun bermula dari bulan Disember lagi dan pemenang bagi tonomen sulung tersebut adalah saudara Roosta_caster (RC)dengan hasil tangkapan Alu-alu beliau di kepulauan adang. RC berjaya memotong tang kona beberapa lagi ahlul lain yang turut sama bertanding.

RC menggunakan peluru jenis Halco Max 80g spisis diver yang beliau beli dengan harga lebih kurang 8USD seekor.


RC dengan tenuk juara beliau...
terubuk dan pokcik dengan hasil namun gagal memintas kemaraan RC

Tonomen diteruskan pula. Setelah salah seorang warga PAT iaitu tuan terubuk menjalankan survey samada perlu atau tidak tonomen dijalankan setiap bulan, keputusan telah sebulat suara untuk mengadakan tonomen ini setiap bulan sepanjang 2009 ini.

Bagi bulan Januari pula, ada dua orang pemenang yang memenangi kategori masing-masing iaitu air tawar dan air masin. Penyertaan kali ini agak bertambah berbanding dengan penganjuran sulung tempoh hari. Sebanyak lima penyertaan telah diterima dimana empat daripadanya adalah bagi kategori air tawar. giant trevally (GT) menang mudah bagi kategori air masin atau ringkasnya menang tanpa bertanding disebabkan cuma beliau sahaja yang turun laut sepanjang bulan Januari walaupun disangkal oleh banyak pihak berkenaan berat sebenar jenahak tersebut. Namun GT dengan slumber menyangkal semua dakwaan berbaur jeles tersebut. Persaingan sengit pula terjadi di Air Ganda diantara juara tonomen pertama RC dengan pencabar lain iaitu pokcik nakdesa dan juga brader jalijantan (beast master). Berikut adalah beberapa gambar bagi tonomen Januari.

ipen_squid dgn jalak 500g


jalijantan dgn Toman 2.8kg...


burned_steel dgn PB 400g...

GT dgn jenahak 5kg sekaligus mengangkat beliau menjadi juara Jan Air Masin

pokcik nakdesa dgn Toman 3.4kg sekaligus mengangkat beliau menjadi juara Jan Air Tawar

Siapakah yang bakal menjuarai pusingan bagi bulan Februari pula? Sama-sama kita nantikan...

Rabu, 4 Februari 2009

Di sini ditempekkan beberapa hasil karya dari warga PAT sekarang dan yang terdahulu untuk tatapan semua pembaca/pelawat blog PAT ini.

Karya pertama: Buletin PAT oleh gemang

buletin pertama

buletin keduabuletin ketiga

Karya kedua: Artikal serta penulisan dari warga PAT yang tersiar di majalah pancingan tempatan

kurauking

cassar_bass

terubuk


Karya ketiga: Beberapa karya warga PAT.

nakdesa

ipen_squid

Sekiranya terdapat karya-karya PAT terbaru akan dimasukkan kemudian...