Khamis, 5 Februari 2009

Tonomen PAT


PAT kembali dengan tonomen dikalangan warganya. Tonomen telah pun bermula dari bulan Disember lagi dan pemenang bagi tonomen sulung tersebut adalah saudara Roosta_caster (RC)dengan hasil tangkapan Alu-alu beliau di kepulauan adang. RC berjaya memotong tang kona beberapa lagi ahlul lain yang turut sama bertanding.

RC menggunakan peluru jenis Halco Max 80g spisis diver yang beliau beli dengan harga lebih kurang 8USD seekor.


RC dengan tenuk juara beliau...
terubuk dan pokcik dengan hasil namun gagal memintas kemaraan RC

Tonomen diteruskan pula. Setelah salah seorang warga PAT iaitu tuan terubuk menjalankan survey samada perlu atau tidak tonomen dijalankan setiap bulan, keputusan telah sebulat suara untuk mengadakan tonomen ini setiap bulan sepanjang 2009 ini.

Bagi bulan Januari pula, ada dua orang pemenang yang memenangi kategori masing-masing iaitu air tawar dan air masin. Penyertaan kali ini agak bertambah berbanding dengan penganjuran sulung tempoh hari. Sebanyak lima penyertaan telah diterima dimana empat daripadanya adalah bagi kategori air tawar. giant trevally (GT) menang mudah bagi kategori air masin atau ringkasnya menang tanpa bertanding disebabkan cuma beliau sahaja yang turun laut sepanjang bulan Januari walaupun disangkal oleh banyak pihak berkenaan berat sebenar jenahak tersebut. Namun GT dengan slumber menyangkal semua dakwaan berbaur jeles tersebut. Persaingan sengit pula terjadi di Air Ganda diantara juara tonomen pertama RC dengan pencabar lain iaitu pokcik nakdesa dan juga brader jalijantan (beast master). Berikut adalah beberapa gambar bagi tonomen Januari.

ipen_squid dgn jalak 500g


jalijantan dgn Toman 2.8kg...


burned_steel dgn PB 400g...

GT dgn jenahak 5kg sekaligus mengangkat beliau menjadi juara Jan Air Masin

pokcik nakdesa dgn Toman 3.4kg sekaligus mengangkat beliau menjadi juara Jan Air Tawar

Siapakah yang bakal menjuarai pusingan bagi bulan Februari pula? Sama-sama kita nantikan...

Tiada ulasan: