Selasa, 20 Ogos 2013

Sudah lama tidak ke ladang.. Katanya..

Foto & teks oleh Ipen

Cuti Raya terasa panjang.. maunya tak panjang.. seminggu juga la cutinya.. raya ke-3 balik Kudat di utara Sabah.. sempat la secast dua.. tapi target memang mau mengumpau pun.. title Kumpau King kena jaga.. ngeh ngeh ngeh..

 port pertama.. lama juga cari.. jumpa sekali dengan kawan baru..

Awal tu bangun.. anak bini suma masih lena sudah merayap keluar mencari port.. sebab kalau diorang sudah jaga masa kena spent dengan diorang pula.. setelah dengan jayanya kumpau di port pertama.. cuba pula kejap di port kedua sebelum check out..

port kedua dicuba belakang hotel..

Port kedua juga berjaya kumpau dengan cemerlang.. indah rasanya dunia bila target tercapai.. puihhhhhhhhh!!!

Lepas cuti saja dah pasang nawaitu.. memang target lepas berhenti merokok mau konsentret balik dengan hobi yang satu ini.. (ya sudah lebih dua bulan berhenti merokok) mau ke kolam ada aral.. mau ke tembok teman tiada.. sudahnya awal pagi terpacak di muara sungai sambil memerhati syahdu air yang tengah pasang besar.. balik la jawabnya.. huhuhu.. dekat dekat jam 5 petang turun semula.. air surut baru mau naik pasang.. 

perasan ada beskal di seberang sana???

Ada pemancing tengah membottom.. jadi bergerak betul betul ke muara.. cast.. cast.. cast.. getuan getuan halus.. cast lagi sambaran rakus di hujung satu lagi.. Alhamdulillah berhasil.. 

ikan dihulur betul betul depan kamera.. fokusnya sang ikan..

Memang rezeki jarang jarang.. mengikut rekod cemerlang kumpau berbirat secara konsisten aku di sini.. ini pengeket / merah / MJ kedua aku di sungai ini.. pertama tidak lebih dari 4 jari besarnya.. membottom umpan sotong.. lebih kurang 10 tahun lalu.. haishhhhhh..

besar la sikit walaupun kecil..

Sebab tu aku merajuk dengan sungai ni.. orang ajak pun nanti nanti la.. dari membottom sampailah menunda.. kumpau kuat mengekor.. tapi sebenarnya tidak tahu pancing punya orang.. hehehehe..

terkorban sekor udang.. bukan di mulut ikan.. ke tackle box teman..

Lepas naik ikan ni.. pemancing bottom pacak sekali di kiri kanan.. sungai bukan aku yang punya.. kasi undur diri la.. lain kali kalau ada terluang buleh cuba lagi.. Insya'Allah..

Selasa, 6 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Aku mewakili seluruh warga Puaka Anglerz Tribe ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua umat Islam di Malaysia..

Isnin, 15 Julai 2013

Ramadhan 1434 Hijrah


Okeh.. hari ini ramadhan ke-7.. belum terlewat lagi rasanya untuk kami warga PAT untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.. 

Kepada semua "pemburu".. teruskan buruan.. Barra Master masih berlangsung.. boleh lawati facebook 2013 PAT Barra MASTER..

Kepada para pengumpau.. berubahlah.. ya berubahlah.. sampai bila anda ingin terus hidup diselubungi dengan kekumpauan??

Kepada admin blog.. teruskan hidup bebas tanpa nikotin.. yeay!!!

Selasa, 14 Mei 2013

Ini Kali Lah!!!

Foto & teks oleh Ipen

Okeh.. gila.. lama tidak update blog.. mau masuk bulan Jun baru ada peluang pi trip pancing.. last official trip tahun 2013 adalah pada 1 Jan haritu.. kulit mulus pun sudah sensitif dengan cahaya matahari..

suasana pagi yang mendamaikan..

Untuk memastikan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.. satu trip ringan diatur.. boi idola, si paittt!! dan sedara pisang menjadi harapan perjalanan trip ini.. bergerak agak lewat.. diiringi hujan sepanjang perjalanan.. Alhamdulillah selamat sampai..

gemang.. masihkah kao ingat??

bot paitt dan pisang rempit xhengat.. muhahahahaha..

hasil pertama yang kecil..

yang seken besar sikit..

abam lejen boi idola.. tenkiu abam idola..

hasil selepas blackout.. trofi milik pisang.. marbeles..

Trip ini simple saja.. hasil Alhamdulillah.. gambar pun tidak banyak yang diambil.. tapi buleh dikatakan ini antara trip aku paling sukses di sini.. ada masa insyaAllah ripit lagi.. tenkiu boi, paitt dan pisang..

Rabu, 16 Januari 2013

Tidak Update Sudah Lama

Okeh.. 5minit berlalu tapi masih tiada idea untuk apdet belog yang feymes ini.. ramai pembaca setia belog P.A.T yang membutuhkan apdet terbaru dari P.A.T.. email-email yang diterima jelas memancarkan kekecewaan pembaca setia yang tidak putus-putus mengirimkan email ke inbox puakaanglerztribe@gmail.com.. maaf dipinta kerana kesibukan duniawi menjadikan kami di P.A.T lalai dan hanyut.. dalam erti kata lain.. pi mancing kalu xdapat curut kompom kumpau yang konsisten..

bertalu-talu email masuk..

Okeh.. cukup la memperasankan diri.. sedikit apdet berkenaan aktiviti pancingan ahlul P.A.T.. seperti biasa kekumpauan kritikal yang konsisten sering melanda ahlul P.A.T walau di mana mereka berada.. jika ada yang tidak kumpau pun.. pastinya hasil yang tidak boleh dibanggakan.. jika hasil marbeles pula pasti tangkapan dari dalam reban atau dari tempat yang sama dan mempertaruhkan spisis ikan yang sama setiap kali.. kalu bukan baby GT musti beliau dapat baby GT.. lepas dapat baby GT baru la baby GT yang naik..

carta menunjukkan perincian aktiviti ahlul P.A.T pada tahun 2012

Tidak dinafikan.. tahun 2012 merupakan tahun yang begitu sibuk bagi kebanyakan ahlul P.A.T.. adalah diharapkan agar kesibukan melampau tersebut dapat dikurangkan dan sekaligus memberi laluan kepada lebih banyak trip memancing dengan tangkapan yang lebih marbeles iaitu bukan haruan curut atau baby GT.. pesanan sudah dihantar kepada spisis akuatik agar mempertingkatkan sistem keselamatan masing-masing.. ini kerana tahun 2013 ini dijangka ahlul P.A.T akan kembali mengganas walaupun Gemang xdesign lagi logo P.A.T edisi 2013..

sekian terima kasih..

Jumaat, 11 Januari 2013

2013 P.A.T BARRA MASTER

 
Jika tahun-tahun sebelum ini, Puaka Anglerz Tribe(P.A.T) menganjurkan tonomen Haruan King, penganjuran tonomen bagi tahun ke-4 ini mensasarkan ikan Siakap/Barramundi/Selunsung sebagai ikan sasaran. Cara untuk menyertainya cukup mudah dan tidak perlu membayar yuran atau wang perlindungan. Cuma perlu:

1. Join Group Fesbuk P.A.T
2. Kami akan add anda ke dalam Group 2013 P.A.T Barra Master
3. Jika selepas anda join Group Fesbuk P.A.T tapi anda belum di add ke Group 2013 P.A.T Barra Master, sila request untuk join Group 2013 P.A.T Barra Master.
4. Kemudian barulah anda boleh post gambar penyertaan di dalam Group 2013 P.A.T Barra Master.

Jadik apa tunggu lagi?? Dalam Tonomen Haruan King 2012, sebatang joran tempah khas Thomas Stroker menjadi hadiah utama, bagi 2013 P.A.T Barra Master ini pula, sebijik reel baitcaster Daiwa model Zillion mungkin bakal menjadi milik anda. Dan mungkin kita dapat rekodkan Siakap/Barramundi/Selunsung terbesar tahun ini.

So Let The Hunt Begin!!!