Jumaat, 16 Disember 2011

Bila tak ada keja...

Begini la kalu xda keja sangat... lepas itu lagi xbuleh pi pancing... jiwa kacau sikit... hiburkan hati dengan cari rage comic di internet... untuk tahu lebih lanjut tentang apa itu rage comic sila tekan sini...

jumpa web yang membulehkan kita mereka sendiri rage comic kita sendiri... setakat yang aku paham biasanya rage comic ni digunakan untuk ceritakan benda2 yang betul2 berlaku dekat kita...

untuk entri kali ini aku cuba kongsikan beberapa pengalaman memancing menggunakan rage comic... thanks to Rage Maker...

sila klik pada gambar untuk paparan lebih marbeles...







Isnin, 31 Oktober 2011

Jelajah Joran bersama Goodwidow

Teks & Foto oleh Terubuk

Semuanya bermula dari satu mesej peribadi yang ku terima melalui ruangan forum memancing…..
“Salam bro… kalau ada trip memancing sekitar Kuching boleh tak saya join memandangkan saya akan berada di Kuching agak lama nanti?” “
“Boleh aje… Kalo kena pada masanya… Insyallah saya akan bawakan” balasku….
Bermula dari saat itu aku mengenali bro Good Widow…


Trip pertama ku rancang hanyalah trip menggewang sekitar kawasan pantai di Lundu. Oleh kerana aku tuan tanah makanya aku cempian untuk sesi tersebut.. tapi dia tak hampa kerana dapat hadiah saguhati…. Tak ada la kena yang besar2 saiznya… tapi ianya cukup menghiburkan…



 

Trip seterusnya aku bersama si Izad mengajak dia untuk menyertai trip ringkas sekitar Bandaraya Kuching pada malam hari untuk casting siakap.. “Aku mana penah casting siakap malam mcm ni” Katanya… “Ikut aje lah” Kataku….
Tak sampai pun 10 kali balingan gewang….
Nahhh… Ini habuan buat dirinya… Aku dan izad tumpang amik gambar aje la….. Mana taknya… Kami kalah teruk malam tu… Dah lah kalah saiz, kumpau pulak tu…. Aiyak!!!!!!!!
  

Kalman dan Irwandi pun turut menyertai sesi fotograpi di situ… Dah kebetulan dorang ada lalu kat tepi jalan tu…
Trip seterusnya ku rancang untuk menduga siakap merah di Kampung Telaga Air, Matang bersama Izad dan Zabri. Akibat kekangan dari jadual masa masing-masing kami Cuma boleh memancing masa air pasang penuh dan bukan pada masa air mati… Peratusan kumpau agak tinggi… Dah itu aje masa yang dapat kami luangkan, berserah aje la….



Cuaca pula? Pergghhh….



Dah dalam bot baru aku perasan yang kekili yang digunakan semuanya adalah dari keluaran Abu Garcia…



Keadaan air yang berarus laju disamping agin yang bertiup menyukarkan kami untuk menyasarkan gewang kea rah lokasi yang dijangka berpotensi… Kalau sempat pun selepas 2 kali balingan kami akan hanyut jauh dari struktur yang telah dikenalpasti dihuni siakap merah...



Aku membuka tirai pancingan denga menaikkan seekor anak kerapu… Jadi la buat lesen agar tidak kumpau…



Selepas itu giliran aku juga lagi menaikkan seekor lagi ikan… Kali ini siakap merah puler…



Penat juga mencari dan mengayuh bot agar tidak jauh tersasar dari spot yang berpotensi.. Kalau lah ada “thruster” kan ke mudah…. Nak buat mcm mana benda dah tak ada, kayuh aje la…..
Berkat kerajinan si Izad, dia dihadiahkan seekor siakap merah…



Bila air pasang dan arus semakin laju, kami memutuskan untuk mencuba pula di kawasan pulau batuan yang terletak tidak jauh dari kawasan kuala untuk menduga spesis gerepoh pula… Perjalan ke situ mengambil masa dalam 20 minut dengan berbekalkan enjin 10 kuasa kuda.. (entah mana kudanya aku pun tak tau)….




Setibanya di lokasi masing-masing sibuk membaling gewang dengan harapan ada ikan yang sudi menyambar… Nyatanya tuah memang menyebelahi si Goodwidow… Gewangnya disambar rakus… Setelah bertarung beberapa ketika, akhirnya sang ikan mengalah dan sekaligus tumpas dan terhempas ke lantai bot….




Aku dan izad posing dengan ikan pinjam…
Dah senja, kami mengakhiri sesi pancingan untuk kali ini….



Kesimpulannya… 2 kali aku kalah kena ngan si Goodwidow…. Entah Ilmu apa la yang dia dok guna…
Sememang betul lah kata pepatah... Oltromen memang kalah dulu...
       

      

Khamis, 13 Oktober 2011

Fishing Quotes

Gewang Bertukar : ver. Repaint

D.I.Y dari Roosta Caster lagi... haishhhhh... nampak sangat aku xda bahan untuk apdet belog ini... apapun ini cukup bagus untuk dikongsi... mana tahu ada lure yang dah calar balar yang mau diberi penampilan baru... ataupun ketika boring tahap lentik melanda... btw ini adalah penulisan masa bulan puasa 2010... hehehe...

Dalam entri ini juga aku masukkan sekali D.I.Y untuk restore kemabli kilauan hook yang dah xberkilau... plus simple modification untuk menjadikan SP anti sangkut...

Teks & foto oleh Roosta Caster

Salam~
Bulan puasa nak mancing tak ada yang nak ajak, so lepas gian belek gewang sajalah...
Sambil-sambil tu repair apa yang patut...

Harga mahal tapi kualiti coating hancusss... mengelupas bukan kena tokak ikan,
tapi kena tokak batu...

alang-alang nak mengelupas, kita bagi bogel terus.... nak cantik kena gosok dengan
kertas pasir halussssssss cam kata Harith Iskandar dalam iklan Nescafe tu...

taknak kasi cat masuk mata dia maka kenalah kita korek mata dulu...
pastu tanak cat masuk mulut dia maka kenalah kita tutup mulut dia...

bukan anak-anak jer nak kasi baju raya, gewang pun kena bagi baju raya baru gak...
base white, pearl white, cocktail red and lacquer....

memula kasi base coat dulu satu layer...

nak cantik kena bikin base coat dua layer... di antara setiap kali spray sebaiknya
dibiarkan 15~20 minit supaya kering sebelum disembur layer seterusnya...

selepas tu sembur lapisan kedua / top coat pula dengan warna pearl white...
kalau nak taruk warna lain pun ikut suka, tak ada siapa nak larang...

kut nak bagi colourful sikit spray lagi satu lapisan berwarna pulak...
kaler pun ikut suka jugak...

pastu kalau nak bagi merelit kita spray dengan lacquer pulak...
kut ada yang rajin bolehlah guna epoxy, tapi kerja dia lagi cerewet laa...
bila semua dah kering, lekat baliklah mata dan buka balik penutup mulut...
kang buta gewang tu susah pulak dia nak berenang...

and finally, taruh semula treble hook dia... nanti penat jer kasting tak dapat ikan
korang marah kat dia pulak...

Sekianlah dulu tutorial untuk bulan puasa ni, diharap dapat memberi motivasi dan
panduan kepada yang ingin mencuba serta yang ingin menghilangkan gian sebab
tak boleh pergi memancing di bulan puasa ni sepertimana aku...

 Sebelum

 Selepas

Hmmmm... kalau gewang jer yang recond, treble tak recond tak kena jugak, kan?
So, kita recond treble hook jugak la... Baru matching!

Bahan-bahan yang perlu ada... Cat metalik ( sebaiknya warna silver), kertas pasir
halus (sebaiknya saiz 1500) dan lighter (sebaiknya yang jenis ada pressure)...
Lighter ni guna dia untuk bakar kail selepas gosok dengan kertas pasir supaya
minyak dan saki baki cat lama serta karat hangus...
Bila kail betul-betul bersih baru spray pun cantik hasilnya...

Sebelum dirawat...

Selepas digosok dgn kertas pasir dan dibakar...

Selepas disembur cat metalik silver dan dikeringkan...

Sebelum

 Selepas

ALANG-ALANG AKU TUMPANG SEKALI TUNJUKKAN SIMPLE MODIFICATION YANG AKU BUAT PADA SP AKU BAGI TUJUAN ANTI SANGKUT... XLA 100% ANTI SANGKUT... TAPI KURANG LA RISIKO SANGKUTNYA...

Teks & foto oleh Ipen

Ini SP yang ingin di weedless kan... sebabnya hook yang xmenutup aurat...
Cari hook macam gambar di atas tu...
Tanggalkan dawai tu dengan membuka lilitan pada hook...
Lepas tu ambik dawai itu sahaja... hook tu buleh la simpan mana tau mau membottom nanti... kehkehkeh...
Lepas tu selitkan dengan kemas dekat SP tu macam gambar di atas...
Untuk SP jenis yang memerlukan jig head pun buleh buat macam di atas... atau buleh gunakan tangsi... insya'Allah akan update gambarnya sebab aku xambik gambar pun...

*UPDATE *

Jig head dengan simple modification untuk jadikannya weedless

Untuk hook jenis jig head buleh gunakan tangsi... rujuk gambar di atas... tangsi dari poundage yg besar digunakan... sukat ikut kesesuaian dan ikat pada pangkal hook... buleh guna apa saja untuk mengikat... seperti gambar di atas aku gunakan benang saja... lepas tu letakkan sedikit gam bagi mengelakkan benang mudah tertanggal...





Gewang Bertukar : ver. Hulu Kikir

Entri hari ini masih lagi berkenaan D.I.Y dari sedara Roosta Caster... setakat ni kalu berkenaan D.I.Y dalam belog PAT sumanya related dengan Roosta Caster... setakat ini la... aku ada juga projek D.I.Y contohnya reel bag untuk BC aku... tapi aku xda ambik step by step punya picture... hehehehe... 

Kali ini Roosta Caster berkreativiti untuk membuat popper menggunakan hulu kikir pula... stepnya aku rasa sama saja dengan entri Gewang Bertukar : ver. Mini Popper juga... sebab tu la kut gambar saja banyak... 

Text & foto oleh Roosta Caster

hasil terbaru gunakan hulu / pemegang kikir...
shape ready made... seketul yg besar rm1.20 dan yg kecil rm1.10 saja...