Rabu, 18 Mac 2009

Buletin P.A.T Mac 2009

klik pada gambar untuk membaca Buletin P.A.T edisi MAC 2009

TRiP aiR GaNDa - SiPiTuNG VS KoBoi oTai...

Gambar dan Teks oleh RooSTa_CaSTeR

Ahli Komplot;
Aku dgn Boss jer...
Tekong : Wadak ( ini pun tekong ganti kepada Sham aka Nyamuk! )
Tarikh Trip : 8hb. Mac 2009

Trip ke Air Ganda ni untuk mancing sambil bersantai bagi release tension kerja dan melepaskan gian memancing saja. Kalau diikutkan hati memang nak naik dengan tekong tersohor Air Ganda iaitu Yusof, tapi dia ni setiap hujung minggu mahupun cuti umum memang sudah fully booked. Disebabkan gatal juga hendak memancing di sana maka terpaksalah menempah bot dengan Pak Din dan booking Sham atau "Nyamuk" sebagai tekong mengenangkan semasa memancing pada cuti Tahun Baru Cina bulan Januari lepas kami naik dengan dia kira okaylah juga, walaupun tidak sehebat Usop.
Awal-awal trip lagi aku dah kantoi. Janji dgn Boss jumpa pukul 5.00 pagi, bila Boss sampai kat meeting point pukul 4.50 pagi dan call, aku tak bangun tidur lagi... "Toyaaa hanggg", hamput Boss melalui phone."Minta ampun, Boss...". Kelam-kabut macam lipas kudung aku angkut barang masuk kereta. Nasib baik semua dah prepare...Jalanpun lengang subuh-subuh buta tu, aku tekan minyak maksima 20minit terus sampai ke tempat di mana Boss sedang menunggu...
Selepas sarapan di kedai makan biasa di pekan Gerik, kami terus sahaja celapak ke empangan Air Ganda. Pak Din beritahu bahawa Sham keluar menarik pukat, sekejap lagi baru balik. Katanya lagi Cikgu Dolah pun nak turun juga hari ni...Tunggu punya tunggu Sham masih tidak nampak bayang juga lagi, sedangkan Cikgu Dolah, Gekko dan member diaorang ( sorry, lupa nama ) yang sampai lambat sudahpun ghaib ke tengah-tengah empangan...Masalahnya di sini nak guna handphonepun memang tak boleh kerana tak ada line. Akhirnya kami buat keputusan menerima sahaja tawaran Pak Din menggunakan tekong lain, iaitu Wadak.
Selebihnya kita sembang sambil layan gambar sajalah...

Kelly Lure mengambil sempena nama diperkenalkan jalijantan... 40 ekor saiz dara sunti, Toman nampak ni mesti air liur menitik tak berhenti!40 ekor? Tinggi cita-cita tu!

Sementara tunggu tekong sampai aku layan snap photo kawan-kawan yang berlepas dahulu...


Koboi otai sedang prepare equipment dia... Dah tak sabar-sabar nak belasah akulah tu...Selepas sejam dari Boss ready atas bot ni baru tekong gantian sampai dan kami meninggalkan jeti...


Top water lure yang aku modified replicate anak Toman. Boss gelakkan jer... Bukan apa, dia bagi tekanan psikologi pada aku awal-awal lagi...Hampeh! Atas sebab-sebab teknikal lure ni sudahnya jadi tukun kat Air Ganda... Lepas ni aku akan buat lain, tapi guna brand lain yang lebih bersesuaian...



Rezeki keluar lambat agaknya, sampai sahaja di spot pertama sudahpun terjumpa sekelompok anak-anak Toman. Boss pun macam biasalah, terus campak Kelly Lure dia. Lontaran Boss bersambut bila ternampak buih-buih kecil timbul dan tali pancingnya semakin menegang.Aku pun kelam-kabut tarik keluar kamera untuk merakamkannya... Sekali Boss sentak terlucutlah pulak... Mata kail tak tersangkut!Atas alasan itu Boss tidak menunggu lama, sekali lagi anak Toman naik dia campakkan umpan kelinya lagi dan kali ini juga bersambut. Memang menurut pengalaman Boss yang hampir setiap bulan memancing di sini pada tahun lepas, anak-anak Toman ini selalunya diiringi dua ekor induk jantan dan betina. Kalau bernasib baik memang akan mendapat dua sambaran, melainkan jika ada orang lain yang telah mengambil salah seekor daripadanya...


Dahpun nampak bayangan Toman pertama...

Juga bayangan gelak jahat siKoboi otai ni...

Inilah induk jantan seberat 4.8kg. Kalau yang pertama yang Boss missed tadi tentulah induk betinanya dan pastinya lebih berat lagi...

Berselang beberapa ketika Kelly Lure aku pula disambar Toman bujang. Setelah tompokan anak-anak yang pertama tadi telah tidak ada lagi kawanan anak-anak Toman yang kami jumpa. Mungkin belum musimnya lagi...

Biasalah kalau aku yang kena, kena ambik gambar sendirilah... Gambar ikan sajalah, gambar aksi memang jauh sama sekali kalau sekadar aku dengan Boss sahaja yang memancing...Boss ni bukannya suka bab-bab mengambil gambar ni, dia tahu nak mancing saja!

Tapi untuk tujuan rekod peribadi maka aku paksa juga dia belajar ambil gambar aku. Heeeeee...SiPitung bersama Toman bujang beskala 4.2kg sahaja. Kalau dah berkelamin mesti 42kg ni...



Lepas tu turn aku lagi dapat Toman bujang, tapi saiz ikan haruan saja. Adalah dalam 1kg macam tu...



Untuk sessi CnR kali ni aku setkan kamera dengan "burst mode" untuk Boss mengambil gambar...


Di lokasi sama Boss pun mendapat "ikan haruan" juga. Satu geng dengan yang aku dapat tadi sebab sama saja saiznya, mungkin juga lahir pada hari yang sama oleh ibu yang sama...



Sesi Boss CnR pula... Lagi brutal, tak kasi ikan masuk ke dalam bot langsung!

Sehingga tengahari hanya 4 ekor yang berjaya dinaikkan, manakala yang gagal mungkin dua atau tiga kali. Air yang surut dengan tunggul-tunggul yang berselerakan menjadikan lebih mudah untuk Toman melepaskan diri dengan berpusing di keliling tunggul-tunggul tersebut...

Dalam perjalanan untuk berpindah lokasi kami berselisih dengan Cikgu Dolah and da gang. Time tu kami dah 4 ekor, tapi Cikgu Dolah and da gang tak tahulah pula dah dapat berapa ekor. Diaorang tu lagi otai sebab baru saja balik dari Bersia terus terjun ke Air Ganda pula...


Tunggul saja-saja... Air empangan ini surut sekitar 4~5 kaki dan pergerakan bor berpindah dari satu lokasi ke lokasi yang lain terpaksa diperlahankan bagi mengelakkan terlanggar tunggul-tunggul ini.Selepas rehat tengahari dan sambung memancing waktu petang keadaan semakin sukar untuk menjejaki Toman sebab angin semakin kencang diikuti oleh hujan renyai-renyai. Memang musim hujan sudah bermula di sini dan sukar untuk melihat timbulan-timbulan Toman sebagaimanaketika air tenang di pagi hari.


Layan gambar-gambar pemandangan sahajalah...

Sekeluarga orang asli melintasi... Ketika ini cuaca cerah seketika selepas hujan rintik-rintik.



Langit semakin berat dan cuaca semakin kelam...

Pukul 6.00 petang hujan turun sekali lagi dan tidak menunjukkan tanda-tanda hendak berhenti sebelum gelap. Kata Boss kalau burung layang-layang berterbangan tandanya hujan akan berhenti, tapi nampak sangat membohongnya sebab hujan tak berhenti pun. Dalam rintik-rintik hujan itu Boss mendapat sambaran Toman bujang terakhir untuk trip kali ini. Last minute score. Kalah pulak aku dengan dia kali ni!

Tapi tak hairan sangatlah sebab masuk kali ni rasanya merupakan kunjungan dia yang ke18, sedangkan aku baru yang ke8... Ada jugalah alasan kalau aku kalah pun...

Gambar Toman terakhir ni mintak maaf sajalah tak dapat direalisasikan sebab kamera aku sudahpun dibungkus rapi gara-gara fobia dengan hujan.Melihatkan tekong kami Wadak sudahpun terketar-ketar selepas didera berhujan selama setengah jam, kami memutuskan untuk balik sahaja walaupun pada kebiasaannya boleh kasting lebih-kurang setengah jam lagi.

Sekadar ini sahajalah laporan ringkas aku untuk trip pancingan darat ini. Harap-harap hujung bulan nanti mampu kasting di laut pula, insyaAllah.Seperti biasalah, sekiranya ada salah dan silap aku minta maaf seadanya. Kepada sesiapa yang ingin memancing di Air Ganda pada ketika ini dinasihatkan bawalah bersama baju hujan dan nasihatkan juga tekong membawa baju hujan sama.Sekiranya ingin berhasil silalah bawa umpan Kelly Lure yang panjang seekor-seekor lebih-kurang satu jengkal, insyaAllah tidak akan mengecewakan.

Peace… RooSTa_CaSTeR

Rabu, 11 Mac 2009

Mancen Santai Seronok-seronok jer...

Gambar dan Teks oleh Burned Steel
Kegagalan dalam merancang trip ke P9 yang terbatal disebabkan beberapa masalah membuatkan aku merancang satu lagi trip santai dengan family aku serta menjemput seorang rakan MFN untuk menyertai aku ke Pangkor. Trip ni saja-saja aku buat sebab lama tak ke laut. Gian beb. Santai pun santai ler... Janji naik bot... Hehehehe... So, trip pun dirancang ala kadar jer dengan menempah sebuah bot fiber berenjin 30hp daripada pengusaha bot di Kampung Setiawan. Cam biasa, abang ipar aku la jadi tukang bawak. Nak harap aku, bawak beskal pun kadang2 langgar tiang trapik light. Heh... So, sampai jugak la tarikhnya yang aku tunggu2 untuk naik bot ke laut...
Lokasi : Pulau Pangkor, Perak.
Tarikh : 8 Mac 2009.
Ahli : Aku, wanpb (MFN), abang ipar aku dan pak mertua aku.
Setelah semua persiapan disiapkan, kami terus ke jeti seawal jam 6 pagi (lebih kurang la). Dah beli sarapan dan umpan, kami terus naik bot. Rupanya sempit jugak bot nih kalau naik 4 orang. Ingatkan lapang. Keh keh keh... Dan kami tiba di Pangkor agak lewat sebab bot tak laju. Dan acara utama trip kali nih cuma membottom dan layan apollo jer. Set casting memang dibawak sama. Cuma last2 tak pakai pun... Huhuhuhuhu...


Gambar yg diambil semasa dalam perjalanan... Keindahan Pulau Pangkor dari jauh yang tak berapa nak jauh... Heh...

Abang ipar aku merangkap tukang bawak bot... (Ni gambo lama sebab aku lupa amik gambo dia harituh... Kui kui kui...)

Pak mertua aku...


Ni plak wanpb a.k.a anchorman pertama... Hehehehe...


Dan gambar aku sendiri merangkap anchorman kedua...

Setibanya di lokasi pertama, sauh terus dilabuhkan sesedap tekak agar cepat dapat memancen. Umpan dipasang dan masing2 terus menurunkan umpan untuk mencari sedikit lauk... Bak kata sapa ntah, kail pagi makan pagi, kail petang makan petang... Huhuhuhu... Tengah hari tak turun kail pun takpa. Panas... Baik tido... Hehehehe...
Aku yg malas nak potong umpan masa semua orang tgh berebut umpan cuma menurunkan apollo jer... Pemanas badan ler kira... Lagipun badan belum penat, buleh la nak unjun apollo dulu... Karang dah penat baru main bottom... Hanya beberapa unjunan sahaja apollo ku dah bersambut. Memotong di lap-lap terawal para peserta yang membottom. Hehehehe... Ikan kecik ja. Dan spisis yg aku tak kenal pun...

Hasil apollo... Ikan apa ni weh? Ada sapa2 tau tak?

Lepas naik ikan tu, apollo aku dah tak laku. Huhuhuhu... Sedikit cebisan sotong akhirnya disangkut pada mata apollo dan diunjun kembali... Hehehehe... Dan aku jadi hero la kejap... Aku lagi yg dapat. Banyak gak naik cam kerapu, mempasir, kunyit, etc... Yang membottom cuma menahan perasaan dengki jer la terhadap hero pagi nih... Wakakakaka... Tapi takda gambar yang diambil sebab ikan saiz2 sorang makan ja. Eksen la kunun. Nak ikan besar baru nak amik gambo...



Beberapa lokasi yang kami singgah...

Start masuk tgh hari jer, pancing aku dah tak dijamah ikan. So, membottom jer la... Sambil-sambil unjun apollo. Ahli lain baru jer nak merasa menaikkan ikan... Time diorang la pulok kot... Abang ipar dan pak mertua aku menaikkan beberapa ekor ikan karang. Dan time tgh hari ni mula la luck si wanpb yang dari pagi hanya melopong tunggu lalat masuk mulut. Keh keh keh... Lepas dia, dia lagi... Banyak la jugak ikan yg dia dapat. Aku plak, amik alih turn wanpb untuk melopong. Agaknya sebab riak sangat pagi tadi kot. Lansung takda ikan nak sentuh pancing aku dah... Adedeh... Lebam!!!
Ni ikan terbesar wanpb...

Bila matahari dah mula tegak atas kepala sambil membakar kulit aku yg gebu nih, mula la start rasa nak pitam. Orang lain aku tengok rilek jer lagi. Adedeh... So, pancing pun diangkat sebab taknak ganggu orang lain. Rokok dibakar berbatang-batang. Mata berat. Tapi bot sempit lak nak landing. Yg ada kosong pun cuma kat tempat sauh jer. Panas gila. Orang gila pun takmo tido kat situ. Hehehehe... Jadi, aku cuma berehat-rehat melihat wanpb yg tak berhenti-henti menaikkan ikan.

Kerapu oleh wanpb...

Lepas agak lama berehat, aku pun nak sambung balik mancen. Mana la tau kot-kot ada rezeki. Bottom dan apollo sekali jalan. Drift pun aku buat jugak... Tapi, sampai ke petang takdak hasil. Sakit jer telinga kena bakar dek mereka2 yang dapat ikan. Huhuhuhu... Menyedihkan!!!
Dan akhirnya sampai la masa untuk balik. Port terakhir di Pangkor kami singgah sekejap untuk mencuba nasib. Air sangat laju menyongsong surut. Batu aku yg paling besar (saiz 8) pun hanyut jauh. Di sini, beberapa ekor ikan lagi dinaikkan oleh semua orang kecuali aku... Gelama ada, kerong ada. Dan cempion masih lagi wanpb. Hanyir tul la tangan mamat nih... Dah la aku takde gambo ngan ikan lagi. Konon la tadi nak tunggu yg besar-besar. Last-last melopong jer... Bukan lalat jer buleh masuk. Kalau resakse air lalu pun muat jer nak masuk mulut aku rasanya... Isk...
Pancing aku yg bersebelahan dengan pancing wanpb lansung takda getuan. Pancing wanpb laku jer dikerjakan... Hati makin panas walaupun umpan yg sama jer aku guna macam wanpb. Last-last aku mintak la wanpb potongkan umpan ikan kat aku. Mana la tau... Cecah jer umpan ke dasar terus ada ragutan... Uik... Magik la pulok... Nak tunggu wanpb potongkan umpan baru ikan nak makan. Cam siot!!! Dan akhirnya naiklah seekor kerong... Aku gagahkan diri jugak dengan hati yg berat nih untuk bergambo dalam kesedihan... Kui kui kui...

Ada la jugak gambo aku ngan ikan... Hehehehe...

Lepas tu disebabkan takmo menyusahkan wanpb, aku pun potong la umpan sendiri. Haram sampai kesudah takda ragutan... Warghhhhh!!! Tekanan!!! Apa la punya nasib... Belah petang memang nasib wanpb sangat baik. Sampaikan guna umpan yg dia potong baru ikan nak makan.
Hari dah makin nak gelap. Kami pun start bot dan terus bergerak pulang memasuki muara Lumut ke Setiawan. Dalam perjalanan minyak lak abis. So, sambil-sambil nak isi minyak, umpan sekali lagi dilabuhkan di kawasan muara. Perkara yg sama gak berlaku. Aku sorang ja tak bawak naik ikan. Abang ipar aku menaikkan beberapa ekor bolos. Akhirnya aku terus ja kemas barang... Tension... Wakakakaka... Korang mancen jer la. Aku nak isap rokok jer... Nyesal pagi tadi takmo amik gambo... Wakakakaka... Moralnya, jangan riak kalau pagi-pagi jer jadi hero... Kui kui kui...

Hasil keseluruhan yang boleh la nak buat lauk... Syukur...

Trip akhirnya selesai dengan selamat... Walaupun hasil tak seberapa, kami tetap bersyukur dengan rezeki yang telah ditentukanNya... Dapat gak lepas gian nak kelaut. Dalam kesibukan kerja nih, dapat memancing dengan keluarga dan kawan-kawan pun dah cukup seronok buat aku... Erm... Sebelum terlupa, tarikh pada gambar memang mengarut sikit sebab aku guna kamera pinjam. Tak reti aih nak setting-setting tarikh kat kamera orang... So, tu jer la report tak seberapa kali nih... Terima kasih la kat yang sudi baca atau tgk gambo jer... Sekian...
*abaikan tarikh pada gambar

Rabu, 4 Mac 2009

Laporan Terpendek 2 - Jika dah takde Rezeki...

Gambar dan Teks oleh ziggerx

Haruan... Ye.. Itule gamaknya ikan yang aku buru setiap minggu. Bukan takde laut sekitar Kuching tapi there something about haruan yang menyebabkan I'm keep on hunting em.. Honestly, aku tak makan haruan tapi aku buru untuk sportfishing atau ada kawan yang memerlukan. Justeru aku mempraktikkan catch dan release. Senjata aku sememangnya lures dan sp yang mengikut struktur muka bumi itu sendiri.
Minggu lepas aku travelling dari Kuching, Pantu, Sri Aman, Engkilili, Betong sehingga la ke Saratok iaitu 4 jam perjalanan. Walaupun bz dengan kerja namun aku sempat meluangkan masa casting di pegung di Betong.





Memang cantik pegung ni.. Namun dalam air terdapat banyak bangkar. Di pegung ni aku dapat 3 strike haruan namun hanya dapat menaikkan sekor hehee... Lures.. aku guna pencil ecogear kaler emas dan hitam.





Ini merupakan Kolam IKM... Bsar kawasannya, kelihatan banyak puyu, tilapia bermain air... Haruan?.. Ckup mengharukan.. Malu-malu untuk menampakkan diri. Insyallah skuad Kuching Underground akan disound untuk mengempur tapak ini di lain masa hehe. Dengan hanya aku dan Amir yang datang dari Langkawi ternyata kudrat kami tak mampu nak menghiburkan haruan di situ. Namun ada yang pembottom dapat banyak puyu dan haruan sini.


Sarapan dulu hehehe... Ini berlaku hari minggu lepas. Kawasan gempuran adalah 2 kolam kampung Chupak dan egung kampung Taee.







Jika diperhati betul2.. Ini merupakan 2 kolam yang berbeda.. Kolam kecik tu 2 ekor haruan aku terlepas dikala ianya membuat balik kuang huhu... Kolam besar tu ada nampak haruan tapi sombong dengan lures kami. Maybe depa boikot coz orang rentang jaring tu kot hahaha...








Kolam terbiar ini terletak di kebun nenek Alex... Di sini jugak ler aku terlepas 4 ekor haruan dimana 2 ekor darinya terlepas bila terbelit di ranting kayu dan swivel lures aku terbukak.. Tensen tak yah cakap le.. Meraung beb.. Bergema hutan tu kuikuikui... Siap victor tergelak dikala kencing... cheisss...

Anyway Thank you pada Alex, Victor, uncle Victor, Willy dan terutama kat Amir yang provide transport hehe.. Next time kita gempur Kolam Samarahan ok hahaha... Adios.. peace.