Rabu, 4 Mac 2009

Laporan Terpendek 2 - Jika dah takde Rezeki...

Gambar dan Teks oleh ziggerx

Haruan... Ye.. Itule gamaknya ikan yang aku buru setiap minggu. Bukan takde laut sekitar Kuching tapi there something about haruan yang menyebabkan I'm keep on hunting em.. Honestly, aku tak makan haruan tapi aku buru untuk sportfishing atau ada kawan yang memerlukan. Justeru aku mempraktikkan catch dan release. Senjata aku sememangnya lures dan sp yang mengikut struktur muka bumi itu sendiri.
Minggu lepas aku travelling dari Kuching, Pantu, Sri Aman, Engkilili, Betong sehingga la ke Saratok iaitu 4 jam perjalanan. Walaupun bz dengan kerja namun aku sempat meluangkan masa casting di pegung di Betong.





Memang cantik pegung ni.. Namun dalam air terdapat banyak bangkar. Di pegung ni aku dapat 3 strike haruan namun hanya dapat menaikkan sekor hehee... Lures.. aku guna pencil ecogear kaler emas dan hitam.





Ini merupakan Kolam IKM... Bsar kawasannya, kelihatan banyak puyu, tilapia bermain air... Haruan?.. Ckup mengharukan.. Malu-malu untuk menampakkan diri. Insyallah skuad Kuching Underground akan disound untuk mengempur tapak ini di lain masa hehe. Dengan hanya aku dan Amir yang datang dari Langkawi ternyata kudrat kami tak mampu nak menghiburkan haruan di situ. Namun ada yang pembottom dapat banyak puyu dan haruan sini.


Sarapan dulu hehehe... Ini berlaku hari minggu lepas. Kawasan gempuran adalah 2 kolam kampung Chupak dan egung kampung Taee.







Jika diperhati betul2.. Ini merupakan 2 kolam yang berbeda.. Kolam kecik tu 2 ekor haruan aku terlepas dikala ianya membuat balik kuang huhu... Kolam besar tu ada nampak haruan tapi sombong dengan lures kami. Maybe depa boikot coz orang rentang jaring tu kot hahaha...








Kolam terbiar ini terletak di kebun nenek Alex... Di sini jugak ler aku terlepas 4 ekor haruan dimana 2 ekor darinya terlepas bila terbelit di ranting kayu dan swivel lures aku terbukak.. Tensen tak yah cakap le.. Meraung beb.. Bergema hutan tu kuikuikui... Siap victor tergelak dikala kencing... cheisss...

Anyway Thank you pada Alex, Victor, uncle Victor, Willy dan terutama kat Amir yang provide transport hehe.. Next time kita gempur Kolam Samarahan ok hahaha... Adios.. peace.

1 ulasan:

wanpb berkata...

huhu..bnyak betul port cun2 tu..