Ahad, 1 Mac 2009

Tonomen PAT bulan Febuari

Nampaknya Tonomen PAT bagi bulan Febuari 2009 telah pun sampai ke penghujungnya. Nampaknya penyertaan bagi kategori air masin tidak berapa menggalakkan dari warga PAT seantero Tanah Melayu. Buktinya hanya tiga penyertaan bagi kategori air masin yang diterima.

Melalui laman forum memancing iaitu Malaysian Fishing Net dan juga Klang Fishing Forum yang menjadi platform utama warga PAT melepakkan diri serta mensampah sesuka hati, dipercayai berpunca dari dua fenomena yang menyelubungi majoriti warga PAT. Fenomena yang pertama adalah fenomena fretolipisentisisma atau dalam bahasa ibunda kita lebih dikenali dengan panggilan Badi Kumpau. Fenomena pertama ini sememangnya cukup digeruni oleh semua spisis homosapien yang bergelar pemancing. Namun apa yang melanda warga PAT masih diperingkat awal kerana ada tahap kekumpauan yang lebih tinggi dan hebat seperti Kumpau Bersepah dan Kumpau Berbirat. Fenomena kedua pula dikenali dengan panggilan Fenomena Mancing Ikan Kecik atau dalam bahasa saintifiknya enksprentisfobulos dimana pemancing yang mengalami fenomena ini acap kali memperolehi tangkapan ikan-ikan yang kecil sahaja. Sekiranya warga PAT yang terlibat dengan fenomena yang kedua ini seorang pemancing layang, pastinya tidak menjadi hal kerana dalam pancingan layang saiz tidak penting, yang penting umpan layang hasil kreativiti pemancing itu berjaya menipu ikan. Mujurlah walau saiz ikan tidak besar, warga PAT yang terlibat masih mampu membawa balik hasil pancingan yang lumayan dimana mereka tidak perlu menjamu gegendang telinga dengan leteran sebaik pulang dari memancing seharian. Kira buleh buat lauk jugak la...

Berbeza pula dengan kategori air tawar dimana sebanyak enam penyertaan diterima pada bulan Febuari ini. Haruan mendominasi tangkapan warga PAT dimana tiga dari penyertaan adalah ikan haruan, ikan toman dua penyertaan manakala spisis pendatang yang telah mendapat kad hijau di Tanah Melayu pula iaitu Peacock Bass satu penyertaan. Penyertaan yang menggalakkan dari warga PAT amatlah dihargai bagi menyerikan lagi Tonomen PAT ini. Setidak-tidaknya admin blog ini boleh la menempekkan gambar dengan banyak sebagai penyeri blog PAT ini. Bayangkan sekiranya hanya ada satu atau dua penyertaan sahaja pastinya kelihatan suram dan kurang berseri tonomen Febuari dan gambar ikan terpaksa digantikan dengan objek lain seperti apit-G, tripod, spanar boleh laras dan juga tisu tandas. Pasti tidak menarik bukan???

Calon-calon Kategori Air Masin:

Sepat Ronggeng (posig diwakili anaknya) dengan tangkapan senangin 300gram

Roosta Caster dengan Gerepoh 1kg


Pokcik Nakdesa dengan Jemuduk 2.5kg


Calon-calon Kategori Air Tawar:

Pokcik Nakdesa dengan Toman 6kg Tasik BBSA [Heddon Spook, Banax Ares 700, Surecatch Braided 12lb, Shock Leader Maxima 25lb, Rod Mega Tournament IM7 8-17lb]
Ipen dengan Toman 900gram
Burned Steel dengan Peacock Bass 350gram
Mayong dengan Haruan 200gram
Ziggerx dengan Haruan 850gram
Terubuk dengan Haruan 200gram
Melalui penempekan gambar-gambar di atas pastinya anda tahu siapakah yang mengungguli kejuaran Tonomen PAT bagi bulan Febuari ini. Tidak lain dan tidak bukan Pokcik Nakdesa. Perkara yang paling membanggakan ialah beliau berjaya memenangi kedua-dua kategori yang dipertandingkan. Disebabkan itu juga pihak penganjur terpaksa menempah logo baru untuk juara bulan ini.

Logo untuk Juara Tonomen PAT Febuari. Biru & Hijau digandingkan menunjukkan bahawa peserta memanangi kedua-dua kategori.


Siapakah yang bakal memenangi Tonomen PAT bagi bulan MAC 2009 pula. Bagi tonomen PAT bulan MAC, pokcik Nakdesa dengan berbesar hati akan menyumbangkan seketul lure Baby Cima seperti gambar di bawah dengan syarat yang mudah iaitu kalahkan beliau pada bulan Mac. Ada bran???

Tiada ulasan: