Rabu, 24 Ogos 2011

Memohon Maaf Menyusun Jari - Edisi Hari Raya 2011/1432H

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sedar tidak sedar... dah masuk hari yang ke-24 kita umat Islam berpuasa di dalam bulan ramadhan ini... termasuklah burned steel... ziggerx... terubuk... roosta caster dan gemang yang mungkin tengak xsedar diri di bawah meja masing2 sekarang ni... 

Isnin lepas aku ada minta geng2 PAT untuk buat ucapan raya dekat fesbuk... tujuannya adalah untuk dipaparkan dekat belog PAT yang xfeymes ini dan untuk tatapan sanak sedara yang jauh di obersea...

Berikut antara komen yang diterima...


ipen: kongsikan ucapan hari raya anda di sini... aku nak apdet dalam blog bersama2 kad raya 24hb nanti... tq...

giant trevally: aku x reti buat kad raya... huwaaaaaaaa...

speed hobbies: selamat ari raya maap zahir batin... jemput ke laut...

roosta caster: Selamat hari Raya maaf zahir batin khususnya pada yg terkilan dgn posing2 maut aku bersama baby-baby gt di kampung aku tu... tahun ni aku tak buat open house, tp buat open sea kat P9 saja... sudi-sudikanlah hadir ek...?;)

Gemang: aku open jugak... openampaq... sila lah kalu sudi kihkihkih

roosta caster: hang punya openampaq tu saiz muka burned saja... kalu size muka zig tak lepas, kena openampaq abam speed tu baru ngam...;)

h@nni: ipen kah itu??? 

roosta caster: bukan ipen... hantu baru... tapak kaki saiz 12, tapak tangan bayang sendiri la... :)

ipen: apan... bukan nuat kad raya... buat ucapan saja... ucapan hari raya...

ipen: errrrrr... kalu buleh sila la bagi ucapan sebelum jam 8.30 pagi esok... lepas tu aku dah on out of office otto repelai...

ziggerx: malu aku nak ucap raya... posa pun asik bocor wakakakakakakaka...

burned steel: ekekekekekeke...

gemang: ko datang haid ka zig?? asik bocorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!! kehkehkeh...

gemang: malaih la aku nak ucap selamat ari raya kat hengpaa... hengpaa bukan nak bagi aku duit raya ponnnnngggggggggg...

ipen: okeh dah compile... kejap lagi aku post suma komen bawah soalan aku ni kat blog... hahahaha...

ipen: ucapan raya aku pulak...
"pegi beraya ke rumah RC...
ke rumah RC naik beskal...
balik beraya dari rumah RC...
dari rumah RC pun naik beskal..."
selamat hari raya...


gemang: Ucapna aku... "Ye la mintak ampun maaf... tapi bukan korang nak tobat pon... lepaih raya kompom buat balik... ehehehehehehe..."


ziggerx: Selamat Hari Raya kat Jessica Alba, Scarlett Johansson, Bipasha Basu, Kareena Kapoor, Maria Ozawa ngan ucapan ABG TAK BALIK KAT UMAH KORANG TAHUN NIE COZ KORANG BUKAN SAMBUT RAYA PUN... BAIK ABG PI MANCING RAYA KEDUA... UNTUNG2 KUMPAU...


burned steel: serupa c&*^i!!! hehehehehe...


ipen: kehkehkeh... aku post suma komen korang tau... hahahahaha...


ziggerx: p/s: Pada kengkawan yang nak beraya kat rumah aku sila bawak nasik, rendang, pulut, lemang, satay, kari ayam dan apa gak korang nak... takde keje aku nak sediakan... kang tak sedap korang plak komen merapu meraban... sendiri bawak, sendiri makan, sendiri komen hahahahaha...


gemang: ko nak penampo zig??? aku tgh murah hati ni


ziggerx: Apa barng penampo.. bagi Lucky Craft ler kalu berani... Puiii...



Jadi... aku sebagai wakil PAT ingin mengucapakan SELAMAT HARI RAYA Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali kami...




Puaka Anglers Tribe di Malaysian Fishing Net

Pasti anda di luar sana tau mengenai Malaysian Fishing Net Forum betul??? Malaysian Fishing Net Forum atau MFN merupakan salah satu forum memancing yang ada di tanah melayu... sejarah penubuhannya xtau pula sebab xtermasuk di dalam buku teks sejarah tingkatan 5B... plus brader jual laksa yg sedap kat bazaar ramadhan tu pun nescaya xtau mengenai sejarah penubuhan MFN ni... petang karang kena beli lagi laksa dan tanya sekali lagi... just for confirmation...

Anyway... PAT terbentuk di dalam MFN... tapi MFN tidak terbentuk di dalam PAT... di dalam ruangan Perbincangan Am ada banyak rumah PAT... ini kerana warga PAT dalam MFN bajet besar... so sampai 100 pages saja kompom bukak rumah baru... jadi banyak la rumah PAT di dalam MFN... apa yang aku mau kongsikan di sini ialah beberapa 1st page rumah PAT di MFN... actually 3 yang terlatest saja...


Rumah yang ni tuan rumahnya si Gemang... cuma sekarang dia jarang nak balik rumah... main PS3 saja kejanya... kehkehkeh...

Welcome to the home of wacky Puaka Anglerz Tribe.

-----------------------------------------------------------------------------------
Moh ler join PUAKA ANGLERZ TRIBE... asal tahan kena bahan jer.
-----------------------------------------------------------------------------------
Pencarian Rekod Pancingan Puaka Anglerz Tribe

PAT INTERNATIONAL FISHING RECORD


saltwater category:

1. Giant Grouper: (2011 target species) 8 kilo - rizalpin

2. Giant Treavally:
3. Tarpoon: 

4. Barramundi:

5. Golden Snapper: 4 kilo - Gemang

6. Eel-tailed Catfish: 2.1 kilo - Arlia83

(others will be added)

Freshwater Category
1. Giant SnakeHead:

2. SnakeHead(haruan): 1.58 kilo - PancingSarawak

3. Peacock Bass:

(others will be added)


Ini pula antara komen2 terawal dalam rumah itu...

ziggerx: Owh... ini ker Team Pancing yang terkenal dengan merapu meraban tp mancing setahun sekali tu ker... erm... ptuih... cabooootttttttt... 

Gemang: taklah... ni team yang merapu meraban tapi mampu tarik curut jaa... blom pernah aku nengok yg besau beruang laut.

prengggggggggggggg...

PancingSarawak:YEa... orang keempat posting dalam rumah baru...

RooSTa CaSTeR:Yark... Yark... Yarkkk!!! huh! sempat ker jadi orang kelima post ni???
aku pun nak gantung banner gak ni...
"Biar mancing setahun sekali asal sekali mancing sama hasil setahun orang lain mancing..."


Rumah yang ni tuan rumahnya masih Gemang...


 Welcome to the home of wacky Puaka Anglerz Tribe.


 Antara komen2 terawal...

RooSTa CaSTeR: Miahahahahahaha!!! Rumah baru... wangieeeeeeee...

BTW pemegang rekod tangkapan semasa tu tolong pastikan ada gambar...
tarak gambar tak valid! sapa2 pun boleh buat cerita dapat ikan besar camtu...
gambar!!! gambar!!!

arlia83: rumah baru lah... hehehe... tahniah PAT... lawaa...

terubuk: Salam...

semalam aku casting dapat ikan haruan spesis ni...
apa nama dia ek???


nakdesa: As Salam...

Gemang... freshwater kena masuk gak sebarau (Hampala)...

rugi tol tak ada digiscale ni... tak tu banyak rekod tercatat ni... ehehehehehe...

arlia83: quote posting terubuk
kalau nda silap ni RUNTU ni...
lupa dah saintifik dia...
spesies ni begitu ekslusif...
kalau dapat lagi ikan camni,
cuba tengok bawah kepala dia
mesti ada banyak bintik-bintik hitam...
tahniah buk...
kalau betul la maklumat aku...
kalau salah tolong betulkan...
aku ni mana kenal keluarga haruan ni
main sebat ja...


kali ini serbis bertukar tangan... tuan rumah kali ini ialah tuan terubuk... ini rumah PAT terbaru dekat MFN... untuk membaca lebih lanjut tentang perbincangan... perkarutan... perludahan... serta berbagai2 lagi 'per' sila lawati di MFN... tapi sebenarnya bukan ada apa pun sembang2 kosong saja... ada la sikit2 share pasal pancing... tapi mostly akan berlaku perludahan merata2 saja pun... tapi nak buat macam mana lagi... itu la PAT... dan PAT selesa begitu...

Mengumpau

Lagi-lagi report tertunda... untuk apdet pembaca blog PAT berkenaan aktibiti warga PAT... ini report tertunda yang terlast sebelum raya sebab esok pengapdet blog PAT akan mula cuti raya hingga 7hb September... xda akses kepada internet... so enjoice...

Teks & Foto oleh Ipen

Salam…

16hb baru2 ni (yang sebenarnya 16 Jan 2011) pi mengumpau dengan geng di Bintuka… casting botbes… aku memang xletak apa2 target pun… 1st time… kalu bulan2 main air cast bulan… kalu ada sumpit2 cast sumpit2… pendek kata cast saja… tiada target bermaksud tiada tekanan kalu spisis target xnaik… lagipun sudah 2 malam hujan turun… pagi sebelum bergerak juga hujan masih turun…

 

 Tekong aku… sempat la belajar merempit kejap… tq my pren…

Bot satu lagi… awal pagi sudah keluar…


Bila tiada target ikan apa pun buleh… janji makan gewang…

Lepas tu buleh layan tangkap gambar beruk…

Xpun tangkap gambar geng bot sebelah…

Tapi bila dapat MJ jadi best pula…

Aku dapat sumpit2 pun dah seronok sangat…

Cast lagi dapat pula baby GT pakai lampin…

Lepas tu sambung santai2 lagi…

Sambil2 hisap rokok…

Time2 trip mengumpau macam ni la masa untuk mandikan lure…


Cuaca mendung… sesekali gerimis… air pula pasang besar dan jernih… sesuai sangat untuk mengumpau dan santai2 atas bot…

Maka trip pun ditamatkan lebih awal… lagi pun dah puas mengumpau… memang syok trip macam ni… turun dgn member yang best…xda pressure langsung… ada ikan ada la… xda ikan pun xda la… nak buat macam mana… tapi trip macam ni akan menjadi bertambah best bila…

Dapat ikan macam ni…


Kena pula dimasa2 nak balik dan di spot2 yg xdijangka…

Apa2 pun usaha dari kita… rezeki Allah yang bagi… dapat turun dengan kengkawan cast sekali pun dah seronok… hasil tu kira bonus la… keseronokan yang dicari…

Sekian… Wassalam…

Selasa, 23 Ogos 2011

koh Rok dan koh Adang

Setelah anda disajikan dengan report pancing dalam negara... kali ini PAT ingin menyajikan pula report pancingan dari ahlul PAT yang bersifat international pula... maksudnya report pancingan di luar negara... enjoice...

Foto & Teks oleh Gemang

Assalamualaikum.

Inilah kali pertama aku berkesempatan memancing di ever-so-popular-spot yakni sekitar Koh Adang di Thailand. Mulanya aku nyaris-nyaris terbabas tak dapat ikut dek penangan exam akhir jatuh pada hari yang sepatutnya kami bertolak ke Pak Bara. Nasib baik Rizalpin bertindak cemerlang membuat liaison hingga berjaya menangguhkan hari perlawanan dalam masa kecederaan (last minit la tu) ehehehehhehe. Waduhhh..wadduuuhhhh…lama sungguh aku tak pi mancing rupanya…gian.

Tepat jam 12 tengah hari (16hb dec), dengan pantasss…zap zup zap!! Aku sumbat anak bini ngan barang2 dalam keta dan pecut menyeberang tambak johor. Singgah kejap kat skudai amik sepupu aku Munzir dan pekena nasik sebelum terus bertolak ke Pulau Pinang, my hometown!
Kami tiba di penang dalam pukoi sebelas malam, Mando dah terpacak dok tunggu kami. Acara memunggah barang dan memeriksa stok2 yang ada pun dilaksanakan. Si Ci’in pun asyik buat muka cicak berak kapoq…klip pok klip pok buat muka sekupang pasai tak bleh ikut. Hahahahahah mari kita ketawakan dia….sapa suruh tak check passport awai2? Nasibbbb hang la noooo…..ehehehhehe (kes passport hilang lerr).

 dari kiri ke kanan:- Mando, Boy dan Munzir (baju putih)

Keesokkannya jam 7.30 pagi kami pun berangkat dengan gumbira sambil menyanyikan lagu rasmi negeri Pulau Pinang sebagai pembakar semangat. Kembang kempis lubang idong menjaga pernafasan agar tempo dan pitching tidak lari…..namun tetap sengau. Lahanat sungguh sekoq2 sora macam pintu jamban. Bernanah telinga aku mendengar nyanyian sumbang termasuk sora aku sendirik kihkihkih. 

Janji nak meet up ngan Rizalpin dan Speedhobbies di R&R Gurun jam 9.00 am. Kerana semangat jitu yang tak tentu hala, jam 8.45am kami dah sampai. Naik sawan mando…kejap-kejap dicastingnya popper atas tar…kejap-kejap casting beruk. Bila aku tanya, “prektis” katanya. Lantak ko laaa…..malaih aku nak layan orang 3 suku ni.

Speedhobbies dan Rizalpin

Setibanya Speedhobbies dan Rizalpin, barang2 pun dipunggah ke van. Nilah kali pertama aku jumpa speedhobbies. Buleh tahan orangnya……boleh tahan BESAR-lah ehehehehehhe. Bila aku tengok Rizalpin bawak bapa dia gi mancing, teringat plak kat arwah bapak aku. Bapak aku pun dulu minat sangat mancing ni. Sayu jap. Tapi syabas ler Rizalpin oi, aku respek kat hang pasai ni. Selagi orang tua kita masih hidup, patut kita layan jer dorang. Kalau bapak aku masih hidup tentu aku pun ajak pi sama. Dalam dok kalut2 punggah, Anakpin tanya,” Stesen minyak tu ESSO ka? Kalu ESSO kita tak buleh boh minyak kat situ.” Heran aku…” Apa pasai?” Dengan muka selamba dia jawab, “ Kita naik RUSA, mana buleh masuk stesen Rimau! “ Cessss!!! Sempat dia buat lawak noooo….seb baik aku tak pegang rod, kalu tak mau aku libas sedas dua…kihkihkihkih. Yang bestnya, kat stesen minyak tu lah kita buleh tukar matakail ehhhh matakail plak…matawang dan juga buat insuran kereta untuk masuk siam. Mudah sungguh…..

anakpin

Kami bertolak dari R&R Gurun menuju Changlun dan seterusnya ke Wang Kelian di sempadan Thailand. Lebih kurang pukul 1 lebih kami pun tiba di checkpoint imigresen dengan perot yang lapar. Segala lauk pauk siam macam tomyam, som tam, kari kepala ikan ehh kari tu lauk nasik kandaq ehehehehehehe etc etc bermain di kepala hotak memasing. Selesai saja urusan imigresen dan insuran, kami terus celapak cari gerai. Namun sadis sungguh, masa tak mengizinkan. Sempat ler cekik ayam goreng ngan pulut. Ayam pun ayam laa…ayam siam tuuuuu ehehehehehehehhehe (tiada sebarang konotasi bahasa yang dwi makna). Sedap jugak. Kalu perot dah lapar, kayu cicah kicap pon sedap.





Lebih kurang jam 2 petang kami segera menuju ke Pak Bara di daerah Satun Thailand. Cuaca masa ni hujan sekejap-sekejap. Mendung jer langit. Aduhh….risau. Singgah sekejap kat pekan kecik beli bekalan makanan. Ni tugas Speedhobbies la…bab makan memang takde yang lebih afdal nak handle. Tapi yang aku heran, apasai beras kena beli kat tempat lain? Aik? Kedai anak Walad? Awek cun? Lain macam jer agenda ehehehehhehe


ketibaan





Bot Walad (tekong tersohor ni) dah lama menanti kat Jeti. Lebih kurang pukul 4 baru kami selesai memunggah barang ke bot. Selesa jugak bot ni. Ataih bumbung pun buleh tidoq. Cuma, rod holders yang dipasang jer rendah sangat. Jenuh nak strike ni. Pemandangan sekitar memang cun….macam nak pindah dok siam jer. Bot bertolak menuju pulau-pulau kecik yang berhampiran. Heran aku…takkan mancing kat sini kot? Rupanya rileks tunggu malam. Sauk sotong la. Dek kerana pemandangan yang indah, aku layan bersidai ataih kerusi saja laa…lambat lagi nak malam. Budi (awak2) pun memulakan proses menyediakan dinner. Dengaq kata sambai belacan dia buleh bikin angau. Malam tu kena tomyam ayam. Sambai belacan dia memang tip top. Fuuuhhhh!! Ingat sonang ke nak makan tomyam tengah laut?? Takder restoran terapong wooo tengah laut ni.



Budi tengah siang ikan 


  


Alhamdulillah kali ni aku dapat tengok live cara orang sauk sotong. Innovatif jugak caranya. Mula2 dibuka lampu putih beberapa jam. Bila nak tengok ada sotong ke tak, dibuka plak lampu kuning. Bila lampu merah dibuka, sauk pun diangkat. Malam tu takla banyak sotong yang kami dapat…adala dalam seratuih lebih ekoq kot. Jadi laaaa…Alhamdulillah. Sebelum subuh Walad dah bertolak ke spot pertama. Bila matahari memecah langit, kami tiba di spot yang dinanti. Walad dengan gelendongnya, naik Ebek! Budi dengan gelendongnya, pun naik Ebek! Kami yang dengan rod dan reel mahai2, naik sebek. Sebek muka laa….ikan kocik2 jer. Hampeh. Sori ler takder gambaq. Kameraman pun nak mancing jugak. Kang dituduhnya aku pi untuk amik gambaq pemandangan ja…bukan buleh harap mulut budak2 Puaka Anglerz Tribe ni.

Memancing di Thailand ni memang lain. Selama aku dok pi mancing, blom pernah aku jumpa tekong yang sanggup tukaq spot sekerap Walad. Kami berada diatas bot hampir 4H3M dan aku rasa hamper 15 kali Walad tukar spot. Mula-mula kami menuju Koh Rok…jauh wooo…jauh dari Adang. Seb baik bila tiba hari nak mancing, cuaca elok jer….arus pun tak laju. Selama aku di sana, aku sedar bahawa apollo penting. Carik apollo mata kasar skit, taruk isi sotong sama, fuuhhh anak2 rambai dan kerisi cukup minat. Malangnya kami tak bawak banyak stok apollo. 






Sepanjang acara memancing di sana, aku perati servis tekong dan awak2 cukup tip top. Umpan dijaga, makan enak2 on time dan spot berubah-ubah. Dari Koh Rok balik ke Koh Adang, namun ikan mega semua malu nak jamah umpan. Mau jer aku tuba laut tu kalu laut kecik besar dalam besen. Walau bagaimana pun, cukup terhibur dengan ikan2 juvenil yang berlambak-lambak. Campak kail naik ikan, campak kail naik ikan, I likeeeee.......ehehehhe. Alu-alu cukup banyak. Stress ketiak aku dibuatnya. Semua main pakai perambut steel. Masalahnya, bila pakai steel, ikan lain kurang nak jamah umpan.


Rizalpin dengan landok

Mat dengan Aruan Tasik


Speedhobbies dan alu-alu


Ayahpin

ikan umpan

ikan lauk

Speed tengah bagi ceramah

Secara keseluruhan, trip ni memang enjoy. Faktor utama ialah kawan2 yang turut serta memang best. Tak sunyi bergurau. Kedua, tekong yang bagus. Ketiga, makan yang best ehehehehe penting ni. Nak kena turun adang lagi nampaknya. Walad boleh berbahasa melayu sikit2. Mudah la berkomunikasi. Seeloknya, kalau ada member yang buleh berbahasa siam, ajak ikut sama. Mudah bila nak beli barang2. Senang tawar menawar. Semua kawan2 yang turut serta balik tersenyum macam kerang busuk. Happy. Apapun, bagi sesapa yang blom pernah pi thai mancing, pegi ler...enjoy sungguh. Kos pun rendah jer lebih kurang rm500 sorang termasuk pengangkutan dari penang.

Time nak balik

anak rambai

Hasil tangkapan




Sekian.


   

 

Isnin, 22 Ogos 2011

TRiP P9 - MaNCiNG Ke MeNYoToNG Ni?

Lagi report tertunda... kali ini dari sedara Roosta Caster pula... sebenarnya kebanyakan report dari geng PAT ada di Malaysian Fishin Net (MFN)... plan asal kewujudan blog PAT ini adalah untuk mengalakkan ahlulnya berkongsi pengalaman memancing dalam bentuk laporan memancing... dalam masa yang sama menghimpunkan semua report dari geng PAT dalam satu "kawasan" agar senang untuk menjadi rujukan akan datang insya'Allah... mengapa kebanyakan report dalam MFN??? sebab melalui MFN la PAT terbentuk... so enjoice ...

Foto & Teks oleh Roosta Caster

TaRiKH : 22hb Januari 2011 <-- gila lama dah ni... hahahahaha...
aHLuL :
MaT NuaR
aWie
ZaMM
aKu Daa... aNGLeR & PHoToG
TeKoNG : Bro RoSLi

Trip ni aku set dengan Awie, jiran aku. Bulan Oktober 2010 aku jumpa dia kat kedai pancing di Kepala Batas. Tak sangka pula dia pun minat mancing... Dalam sembang-sembang kat kedai pancing dia dok merungut tak puas memancing sebab selalunya join geng bottom dan kasting tenggiri di tuas Yan saja. Lalu aku pun pelawa dia join trip kasting sampai semput di P9. Sebab semua trip terdekat aku full maka masuk bulan Januari 2011 baru boleh selit dia masuk...
Dan dia pulak selit adik ipar dia Zamm joint sekali...
Selebihnya layan gambar sambil merapu cam biasalah...


Inilah muka yang selalu belasah baby GT P9 setiap kali aku buat trip. Kali ni pagi-pagi lagi aku tangkap gambar dia siap-siap! Nanti tak payah tangkap gambar dia dah... Macam tu petua tok guru aku bagi untuk sabotaj kawan-kawan kalau rasa diaorang ni terer sangat...


 Tepat pukul 8.00 pagi baru kami bertolak keluar dari muara. Walaupun sepatutnya boleh keluar lebih awal tapi matahari dah tinggi segalah baru Rosli buka tali bot... Ni mesti dia takleh tahan sebab kami ni selalunya dera dia sampai gelap baru nak stop mancing...


 

 Hmm...mula-mula to Rosli ingatkan baby GT, sekali yang naik cuma Banang daa... Semak perut terus... Bulan lalu punya trip dah cuci berbelas ekor, takkan bulan ni nak kena cuci banang lagi kut?


 


Nasib baiklah ikan kedua ni bertukar jadi baby GT... Lesen pertama aku untuk tahun 2011. Siap dengan BC tuu...

Lepas tu Rosli kenjoi pi Pulau Batu Putih ajak kami layan jigging pulak sebab trip dua hari lepas dia bawa Mookreeze siap dapat tenggiri lagi di sini...






Jig punya jig, sekali Awie punya jig sudah hook up... Cam besar saja ikan yang kena, gagap punya pasal maka tugas mengepam diserahkan pada otai la...





(Clip nnt aku haplot len... )
Sekali foul hook up daa... ntah pukat atau bubu yang sangkut pada jig Awie tu. Selepas layan lebih 5 minit cuma satu besi cam split ring besar saja yang naik... Mangkor sungguh laa... jenuh gelak!





Puas layan jig tapi cuma tarik bubu saja maka Rosli U-turn balik Pulau Buluh... On the way jumpa pulak dengan sampah hanyut... Sampah hanyut jangan sangka tiada ikan...
Apa lagi, berebutlah cari Paktipok pulak... 






Walaupun kami dua orang di belakang last sekali lontar peluru, kalau dah rezeki tu tak ke mana...
Double hook up Paktipok dengan gewang saja...





Paktipok pun ikan apa... Janji karannnn.....






Lepas tu air semakin menyurut dan aku ajak Rosli menyotonglah pulak... Nak layan ikan tak ada yang sudi, jadi cuba sajalah layan sotong pulak...








Tapi sotong P9 ni pun memilih jugak... Dia nak layan candat mahal jer... Lain dari candat Yamash!ta haram nak mandang... Saiz pun boleh tahan jugaklah... Lepas layan lebihkurang sejam, 23 ekor berjaya dikelepet... Satu rekod baru kami ni...





Dah ada sotong ni apa lagi, bihun sup sotonglah jawabnya... Potong 2 ekor pun lebih dari cukup untuk 5 orang makan. Tapi mata dia tak ada yang sanggup ambik, nak sama size mata lembu tuu... silap! size mata arnab jer...





Ish... ish... ish...! Diaorang ni time potong sotong pun sempat nak skodeng jugak lagi... Tak pasal-pasal ada sotong finger licking good dalam bihun sup nanti...
Nak buat camano, kut dah jantan tu jantan jugak...





Resipi simple tapi berkhasiat untuk trip kali ni. Bihun PAMA berperisa sotong kangkong Pulau Sembilan!
Chef dia pulak tentulah orang yang masih "banyak tenaga"... Kehkehkeh...




Untuk sessi petang cuma 2 ekor lagi baby GT dan 2 ekor Banang saja lagi menjadi mangsa kelepet...
Mana gambar tarik ikan dgn gambar ikan? Fikir sendiri...




On the way back sebelum singgah di Pulau Agas dan dapat baby GT yang last. Tak ada gambar sebab kalut nak dapatkan GT lagi supaya balik dapat sorang seekor. Kita berusaha Allah tentukan... Tak mampu dah nak tambah. Setakat itu saja rezeki kami untuk trip ni.




Banyak sotong nampaknya dari ikan untuk trip kali ni... Tapi sotong pun boleh buat lauk apa...




Kari Paktipok aka Siakap Batu... Kena cara masak tetap jalannn...




Sotong masak kicap untuk anak-anak... Lemak berkrim!





Sotong goreng tepung! Ranggup menyentap kalbu...
Ni baru habis 3 ekor...
Hujung minggu boleh repeat resipi sotong ni lagi seround lagilah jawabnya. Cuma kari tu kena guna kepala baby GT pulak untuk ganti isi Paktipok...

Sekian dulu report mancing sotong aku untuk kali ni...
Cam biasa, salah silap jangan marah. Bukan kami nak menyotong, tapi sotong tu nakkan kami...




Last but not least, souvenir dari baby GT terakhir hari tu...
Next time kena guna at least treble yang 2X ke atas...

Peace - RooSTa_CaSTer