Isnin, 20 Januari 2014

Bila ada masa ada lah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog P.A.T dari seantero dunia yang sementara dan penuh pancaroba ini. Seperti tahun lepas dan tahun-tahun sebelum itu, pengapdetan blog P.A.T pastinya akan berlaku lewat seperti sedia kala. Begitu juga tahun ini, setelah genap 20 hari pada tahun 2014 ini barulah entri ucapan selamat tahun baru dimasukkan.



Bermula agak lewat, namun nampaknya warga P.A.T sudah ada yang mula mengatur gerak. Memandangkan tiada lagi platform untuk warga P.A.T menulis laporan pancing untuk dikongsikan dengan pemancing yang lain, maka gambar-gambar mereka terpaksa dicilok tanpa kebenaran untuk dimasukkan ke dalam blog P.A.T.

 Roosta Caster dengan lesen 2014 beliau (gambar cilok fesbuk beliau)

Char Shas dengan lesen 2014 merangkap lesen di tempat baru (pun cilok dari fesbuk beliau)

gambar dengan set pula..

*update

Memandangkan sedara Ziggerx telah menyuarakan bantahan secara bertulis di grup fesbuk P.A.T, dan sebelum beliau memanjangkan isu ini ke SUHAKAM serta PBB, rasanya ada baiknya gambar lesen 2014 beliau dimasukkan juga ke blog P.A.T. Ini kerana, beliau berkeupayaan untuk melancarkan perang gerila yang mana boleh mengakibatkan pertumpahan darah pepijat yang kompius.

Hasil pengudangan sedara Ziggerx di Waterfront Kuching berumpankan perumpun yang dibawa pegi Lawas, Miri, Sibu, Song, Kapit dan balik ke Kuching..

update*

Tahniah diucapkan kepada yang telah beroleh lesen 2014. Pada yang belum ada lesen atau yang langsung belum turun memancing lagi tahun ini jangan risau, fesbuk anda sering diperhatikan. kehkehkehkeh..

Kepada semua pembaca blog P.A.T, selamat tahun baru diucapkan.

sekian terima kasih...

Rabu, 8 Januari 2014

BoBoiBoy Kembali!

Foto & teks oleh Ipen

Setelah pembongkaran oleh beberapa pemancing berkenaan wujudnya spot pancingan santai yang berkebetulan lokasinya sebegitu hampir dengan tempat permastautinan saya.. errkkkk..

Okeh.. ada satu port mancing.. dekat saja dengan rumah.. pernah masuk sekali duuuuullluuuuuuu dengan sahabat saya brader Azizi Gogoyeah tapi xterai pun.. sebelum2 ni ada juga terdengar orang kampung bercerita yang dekat port tu ada selunsung.. tapi xda bukti bergambar.. lepas tu ternampak pula gambar dari sahabat caster dalam fesbuk dengan hasil ikan jalak di port tu.. namun gagal membangkitkan nafsu untuk mencuba.. xberapa minat dah casting jalak.. TETAPI.. bila sedara Ejump GPS mengaplod gambar beliau dengan selunsung di port tersebut hati ini terus terpanggil untuk mencuba..

Satu gerakan ringkas pun di atur untuk mencuba casting di port tu.. memandangkan rumah dekat saja.. aku menjadi orang pertama yang sampai.. masalahnya aku xtau pun mana lokasi tepat.. jadinya cuba saja la di kawasan yang berair.. kalu casting atas darat nanti xdapat apa la pula..

lesen bulan seumur hidup..

Cuba punya cuba.. dari spoon ke pencil.. dari pencil ke minnow.. dari minnow ke SP.. lepas tu balik ke spoon dan seterusnya.. namun sia2 bila xda hasil.. tengah mengarau spoon secara malas dalam kepala ingat mau balik saja.. tetiba spoon diragut lembut.. ikan melompat2 dan berjaya didaratkan.. AKHIRNYA!!! lesen bulan aku.. hahahahaha..

Lepas tu cuba2 la lagi.. xda hasil ingat mau balik.. abam Jalakman@boi idola yang sinonim call inform yang dia dan Ejump sudah hampir sampai.. tunggu la lagi.. bila mereka datang mereka pun sampai.. sesampai saja terus bertanya mana lokasi pendaratan selunsung tu.. rupanya bukan di tempat aku casting dari awal pagi tadi.. setiba dilokasi sebenar kejadian.. Ejump selepas beberapa cast terus saja berjaya mendaratkan ikan yang disasarkan.. xbesar tapi terbukti dah depan mata.. aku yang sudah xtahan meminta izin untuk pulang meninggalkan abam Jalakman dan Ejump terus berusaha..

kecil tapi tetap ikan.. foto ehsan Ejump GPS..

Beberapa minggu lepas tu aku ajak kawan sekampung pula turun ke port yang sama.. seawal jam 7 pagi sudah menghayun pancing.. pelik keadaan sunyi sepi.. terdapat tinggalan tiang khemah di lokasi kejadian.. mungkin ada orang membottom ni.. ikan sasaran tidak memunculkan diri..

lain di cari.. tertipu dengan X-Rap GG 6cm..

Memandangkan masih awal.. ditambah dengan ketiadaan ikan sasaran di port pertama.. kami memutuskan untuk mencuba casting di muara pula.. sapa tau di muara menjanjikan hasil yang lebih baik..

biasa cuba betul2 di muara sana..

kali ni cuba di dalam sikit pula..


Rupa2nya keputusan tetap sama saja.. tiada hasil yang buleh dibanggakan.. mencuba sudah cuma rezeki belum tiba.. xpa.. tahun depan buleh cuba lagi.. (kejadian ni berlaku bulan Dec 2012) tapi hari ini sudah 8 Januari.. pegang pancing pun belum lagi.. stendet kehidupan awal tahun.. sentiasa sibuk sentiasa bizi..

Jadi apa kena mengena tajuk entri kali ini?? xda apa sebenarnya.. cuma minat dekat BoBoiBoy.. dah ada musim baru bermula 5 Januari 2014 setiap Ahad jam 7 malam sebanyak 18 episod.. kekekekekekeke..

Sekian..

Curut Juga Spisis Ikan.. (report tertunda)

Foto & teks oleh Ipen

Dalam memancing.. tidak semua orang mempunyai visi yang sama.. mentaliti yang sama.. teknik yang sama.. ada orang memancing untuk keseronokan.. ada orang memancing untuk hasilnya.. jadi biarkan "memancing" itu sendiri mengikat semua pemancing dan janganlah mencari perbezaan antara pemancing samada visinya.. mentalitinya.. tekniknya..

Apasal intro lain macam ni?? well.. ini dinamakan play save.. hahahahahaha..

Penghujung tahun 2013 seperti juga sepanjang tempoh 2013.. aktiviti memancing teramatlah slow.. penyakit ketar-ketar tangan.. menggigil satu badan.. sepertinya sudah lama sembuh sendiri tanpa diobati.. kes kes kes.. 

Namun bila sesekali keinginan terbit.. hobi ini dilayankan saja.. huhuhuhu.. kebetulan pula sahabat lama dari MFN (Malaysian Fishing Net) sedara Nik Oscar berkunjung ke Sabah untuk menghadiri majlis konvonya.. trip ke sungai tagal pun di atur.. agak merisaukan apabila keadaan cuaca hujung tahun yang sering hujan..  takut-takut air keruh dan tinggi.. tetap diteruskan juga trip ini yang diperkuatkan lagi oleh sedara Tanpa Nama.. 

keadaan air sungai tinggi..

Setiba di lokasi.. hati sedikit lega.. air tidak keruh seperti yang dijangka.. tapi air memang tinggi.. diakui sendiri oleh guide kami.. kunjungan yang lepas dengan kunjungan ini nampak perbezaannya.. dengan keadaan air yang tinggi pasti menyukarkan kami untuk menjejak sang ikan.. serah saja pada rezeki masing-masing..

bila air tinggi..

Kami bermula dari hulu.. rancangannya akan bergerak perlahan menyusur sungai turun ke hilir.. setiap spot dicuba.. tiada hasil juga.. aku sudah mula risau.. aku kumpau tidak apa.. risaukan tetamu yang kumpau pula..

warna air sudah cantik..

berpindah port pula..

lokasi ini pernah menghasilkan barob pada kunjungan pertama..

depan tu sikit pelian pernah mengena..

Habis sesi pertama dengan hasil kumpau yang memberangsangkan.. kami meneruskan lagi sesi kedua.. memulakan sesi kedua di lokasi dimana barob bersaiz 2kg banyak didaratkan.. level harapan ada sedikit naik.. tetamu sedara Nik Oscar diberi penghormatan untuk mencuba dahulu.. tetapi kita sedar yang kita cuma merancang.. Tuhan yang menentukan.. tiada langsung sambaran di lokasi panas ini..

 lokasi panas di seberang betul-betul di selekoh bawah rimbunan..

Bila lokasi panas tidak membuahkan hasil.. kami berganjak sedikit ke kawasan air yang sedikit tenang.. intipan mendapati banyak ikan bermain-main diseberang berbatu.. dari spoon.. selaman sehingga gewang permukaan di cuba masih tidak berhasil.. akhirnya seekor barob yang curut tertipu juga.. tetamu Nik Oscar pula cuma sekadar dikejutkan oleh sambaran-sambaran ketika sibuk "menulis" di atas air.. cuma rezeki sahaja belum sampai..

curut juga ialah ikan..

seberang batu sana la sambaran-sambaran sering berlaku..

Tidak lama lepas tu hujan pun turun dengan lebatnya.. lebatnya hujan seakan meratapi trip kumpau ini.. kami redha walaupun tidak sempat menghabiskan trip hingga ke seberang sana.. pada tetamu Nik Oscar.. I'm sorry my friend.. xsempat nak berlesen.. pada Tanpa Nama terima kasih atas segalanya.. ada masa dipanjangkan usia kita pi cuba lagi..

Isnin, 6 Januari 2014

Juara P.A.T Barra Master 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Puaka Anglers Tribe (PAT). 



2013 akhirnya melabuhkan tirainya seiring dengan penganjuran P.A.T Barra Master 2013. Beberapa penyertaan telah diterima dan diadili seadil adilnya oleh panel-panel hakim yang berpengalaman, berdedikasi, bersemangat jitu serta hensem dalam masa yang sama. 

Bulat air kerana pembentung, bulat kata karana muafakat. Oleh itu, panel-panel hakim P.A.T Barra Master 2013 sebulat suara secara muafakat mengumumkan pemenang  iaitu johan kepada juara bagi tonomen ini dimenangi oleh sedara Pis Sangz dengan Barramundi/siakap/selunsung seberat 5.11kg beliau.


Sedara Pis Sangz dengan Barramundi/Siakap/Selungsung

Saya mewakili P.A.T ingin mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada sedara Pis Sangz kerana telah berjaya memenangi tonomen anjuran P.A.T pada tahun 2013. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peserta-peserta lain yang telah menghantarkan penyertaan. 

 penyertaan dari sedara Crystal Minnow

penyertaan dari Terubuk Sarawak (tidak rasmi tiada timbang)

penyertaan dari Cassidy Nedam (tidak rasmi tiada timbang)

Gambar penyertaan dari sedara Alfian Abel Ghani tidak dapat disiarkan. Xtau la mana pi gambar beliau di dalam group fesbuk 2013 P.A.T Barra Master. Namun beliau tetap menerima hadiah istimewa dari penganjur iaitu sehelai baju Columbia kerana penyertaan pertama.

Sekali lagi kami di P.A.T ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang. Anda akan dihubungi oleh wakil kami.