Jumaat, 15 Mei 2009

Edisi Hampir Kumpau...

Teks & Foto oleh Burned Steel



Hujung minggu yg lepas aku balik ke Tapah kerana menghantar mertuaku yg baru tiba di KLIA dari mengerjakan umrah. Jadi satu trip telah dirancang bersama beberapa kerat ahli PBH untuk mencari spisis pendatang ini pada hari Ahad di kawasan2 sekitar Sg Lesong.

Trip : Pemburuan PB.
Tarikh : 5 April 2009.
Masa : Pagi sampai petang.
Lokasi : Sekitar Sg Lesong - Temoh.
Ahli : Aku, wanpb, atiqul & shahril.



Tgh sedap2 tido tiba2 aku terjaga dengan kelam kabutnya setelah terdengar sayup2 yg amat sangat bunyi henpon aku. Dalam gelap aku meraba mencari henpon yg aku sendiri tak tau dimana letaknya. Takdak lampu lak henpon aku nih. Rupa2nya henpon aku ada bawah bantal. Hehehehe... Wanpb yg call... Dia dah ada depan umah mertua aku. Dia letak je tepon aku tgk kat skrin henpon ada dua misscall dari wan dan satu sms dari atiq mengatakan yg dia dan shahril dah sampai kat tempat yg dijanjikan. Huhuhuhu... Wan plak aku tak tau kul baper dia sampai depan umah aku sebab dah ada dua misscall. Terus aku keluar rumah suruh wan tunggu aku bersiap. Hehehehe... Maap ler kengkawan. Aku pun tak tau macam mana henpon aku buleh ada bawah bantal. Dulu masa henpon aku tu kecik lagi, takde la buas sangat. Sekarang nih dah suke merayap plak henpon aku tu bila dia dah semakin dewase. Jangan salahkan aku yer... Kui kui kui...

Aku terus masuk rumah dan ke bilik mandi untuk bersiap ala kadar. Sepantas kilat!!! Hehehehe... Lepas semuanya dah siap, terus aku dan wan bergerak dari Tapah Road menuju ke Sg Lesung. Sampai jer kat tempat yg dijanjikan dah nampak atiq dengan shahril sedang menunggu dalam kereta. Hehehehe... Kami pun terus ke gerai berhampiran untuk mengisi perut dulu... Nasik lemak telor goreng!!! Mantap!!! Lepas selesai, kami bercadang untuk menduga lubuk pertama yg terletak di pendalaman kawasan kampung cina... Kami terus bergegas ke sana tapi malangnya lombong tersebut berpagar... Lor... Rasanya macam takda pagar masa aku lalu dulu. Dah jadi ada pagar pulak. Bila beranaknya? Takde pulak buat kenduri... Isk isk isk... Terpaksa cancel. So, kami pun terus la ke Sg Lesong...

Setibanya di sana, kami terus menyiapkan peralatan kami. Untuk menduga spisis PB kali ini, kami hanya menggunakan umpan anak2 ikan kecil yg mana induk kepada anak2 ikan ini telah membuat hubungan sulit bersama barang2 plastik, kayu dan juga besi sehingga melahirkan anak2 ikan yg berbadan plastik, kayu dan juga besi yg dipanggil oleh kita sebagai spisis gewang. Isk isk isk... Apa nak jadi lah dengan dunia sekarang... Sosial!!! Tak bermoral!!! Apa boleh buat. Itu jer umpan yg kami ada... Hehehehe...


Dipendekkan cerita, setelah berjam2 casting, tiada seekorpun PB yg dapat kami tewaskan. Bukan sebab lucut atau sebagainya. Tapi disebabkan takda lansung PB yg kelihatan. Mana perginya PB2 di sini pun aku tak tau. Sebelum ini, port ini merupakan port kegemaran aku kerana mempunyai bilangan PB yg terlalu banyak walaupun saiz yg besar tidaklah banyak. Tapi setelah lama tak berkunjung ke sini, port ini seakan2 semakin suram dan kurang menarik lagi. Port yg dulunya dipenuhi teratai sebagai tempat perlindungan dan tempat mencari makan ikan kini telah hampir gondol disebabkan oleh tangan manusia.
Aku, atiq dan shahril membuat keputusan untuk meredah ke lombong sebelah yg laluannya agak mencabar kerana terpaksa meredah semak, anak sungai dan pokok2 berduri. Kena trekking jugak la sikit2... Bercalar2 la jugak kaki kami yg ketiga2nya hanya berseluar steng... Trekkingnya dah macam nak cari kelah tapi setelah puas casting di lombong berkenaan, bukan kelah, tapi lelah yg kami dapat. Dah satu hal nak kena trekking balik tanpa hasil. Tapi, kalau tak dicuba, mana nak tau hasilnya. Dah trekking ni baru la tau... Hasilnya zero... Kui kui kui... Wan plak membuat keputusan untuk tak mengikut kami dan hanya casting di lombong luar sahaja. Bertuah la badan dia... Hehehehehe...
Sesampai di lombong luar, wan kelihatan masih tekun casting tetapi jaraknya agak jauh dari kami. Nak jerit dah tak daya dah... Lantak kome ler... Aku, atiq dan shahril terus ke sungai bersebelahan untuk mencuci kaki... Mak aih pedihnya bila kena air. Calar balar trekking ler nih... Sambil2 menunggu wan datang, atiq dan shahril cuba mengasting di sungai tersebut. Mana tahu ada sebarau2 di situ yg sudi melayan tetamu jauh. Tapi nyata dua orang nih hanya buat kerja bodoh. Kui kui kui... Sebarau takmo layan. Sambil rehat2 dibawah pokok tepi sungai, kami membuat keputusan untuk bertukar ke kawasan lain pulak. Tunggu wan datang jer nih. Nak call takde line pulak. Beberapa ketika, wan muncul dengan seekor PB. "Sekor nih jer bodoh. Yg lain cerdik2. Dah panjang sebelah dah tangan aku nih" kata wan... Hahahaha... Adedeh... Kumpau berjemaah nampak gaya nih...



Wan bersama2 PB sulung pada sesi pagi...

"Wan... Tukar port pulak la..." ajak atiq... Kami terus bersetuju untuk ke Temoh dimana port tersebut merupakan port biasa bagi wanpb. Mana tau rezeki kami kat sana... Kali ni kami terus bergegas ke Temoh. Port kali ni agak di pendalaman. Masuk taman, masuk kampung, lalu kebun, lalu ladang sawit, lombong, parit, sungai dan memacam lagi. Tah mana la dorang leh dapat jumpa port2 ceruk macam nih. Mesti dulu port dorang wat projek pastu terjumpa lombong... Warghkahkahkah!!!

Di port ini kami berjumpa dengan beberapa kaki casting dan fly yg lain. Member2 wan dan atiq gak nih... Tapi nampaknya kat sini pun tak berapa nak galak penghuninya. Aku sekali lagi kumpau di lombong berkenaan. Macam2 gewang cuba. Satu putus sebab sangkut. Nasib baik SP. Takde la mahal sangat. Hehehehe... Wan yg biasa di lombong ni pun turut mengalami sesi kumpau. Atiq pula berjaya menaikkan dua ekor PB di sini yg bersaiz kecil. Cuma PB di sini warnanya agak hitam dan gelap. Baka negro gamaknya... Hehehehe... Shahril pula hanya berjaya melayan anak2 talapia belang... Yg lain2 cuma mendapat strike2 yg rabut.

Atiq dengan PB baka negronya...

Setelah panjang tangan casting disini, kami pun bercadang untuk bertukar port sekali lagi dan juga merupakan port yg terakhir sebelum pulang. Port nih kira main singgah masa jalan keluar jer la... Harap2 kali terakhir nih ada la penghuni lombong yg sudi menghilangkan kumpau aku. Sangap dah nih nak merasa tarik ikan... Huhuhuhu... Port terakhir ni agak lapang lombongnya. Mujur la masa kami ke sana hujan renyai2 dan cuaca agak mendung. Tak la panas sangat. Beberapa cast dilakukan dan ada kelibat PB yg mengejar tapi tak merembat gewang. Erm... Takpa... Ada harapan... Beberapa kali juga ternampak kelibat PB frenzy di beberapa kawasan. Semangat yg tadi agak luntur kembali berkobar2.

Di satu sudut lombong, aku terlihat seekor PB sedang mundar mandir di satu tunggul yg terdapat di dalam air... Takkan atas air plak PB nak berenang ye dak... Hehehehe... Balingan pertama agak tersasar dan gewang berenang agak jauh dari PB tersebut. PB tadi cuma mengekor untuk beberapa kaki sahaja tetapi berpatah balik. Lontaran kedua juga masih tersasar. Hehehehe... Perkara sama juga berlaku. Pada lontaran ketiga, gewang lalu betul2 di atas PB dan PB tersebut terus menerkam gewang yg aku balingkan tapi sayangnya rabut. Cast yg berikutnya juga disambar PB tapi sekali lagi rabut... Tak reti serik jugak PB nih yer... Aku memberi tahu wan yg dua kali aku rabut PB yg sama. Wan melontar gewangnya dan pada balingan pertama sahaja PB tersebut terus manyambar gewang yg wan hulurkan. Cis... Potong betul la. Abis harapan aku... Wan plak yg dapat... Lepas jer amik gambo, kelihatan muncul lagi seekor PB di tunggul yg sama. Lor... Sepasang rupanya. Tadi tak nampak pun. Aku pun terus membuat lontaran. Disambar tetapi rabut sebanyak dua kali. Aiyark... Sakit la ini macam!!! Dan lontaran ketiga akhirnya membuahkan hasil. Fuhhhhh!!! Hilang badi kumpau!!! Yay!!!


Wanpb dengan mangsa pertama di tunggul kayu.


Aku dengan lesen hari ini di tunggul yg sama.


Lepas tertewasnya PB kedua di tunggul tersebut, aku terus menanti mana tau ada lagi PB yg akan muncul. Tapi hampa. Hanya sepasang sahaja PB di situ... Aku pun bertukar port ke kawasan atiq dan Shahril casting. Wan yg beredar terlebih dahulu dari aku kelihatan sedang bertarung dengan PB yg akhirnya lucut. Shahril dan atiq juga berada di sana. Dari jauh kelihatan wan sekali lagi mendapat sambaran dan akhirnya lucut lagi. Di sudut ini, PB2nya agak kuat melawan dan terlalu kerap melakukan akrobatik... Bila aku sampai ke sana, Atiq pula mendapat sambaran dan PB melakukan lompatan akrobatik berkali2. Namun kalau dah rezeki, naik jugak ikan tu ke darat...

Atiq dengan PB di lombong terakhir...


Jarak dekat PB dengan gewang.


Di sudut terakhir ini PB agak galak menyambar anak2 ikan. Tapi beberapa kali juga gewang kami terlucut akibat larian dan lompatan akrobatik dari PB2 di sini. Aku juga beberapa kali mendapat strike yg rabut dan lucut. Tetapi dalam masa2 galak ini, masa tidak mengizinkan kami untuk terus berada lama di situ. Masa untuk pulang akhirnya tiba...Kami pun berkemas untuk pulang... Takpa... Lain kali buleh repeat. Tu pun kalau wan balik kampung la masa tuh. Nak harap gi sorang diri, mau sesat aku dibuatnya. Hahahahaha... Gila ceruk punya port manceng.
Shahril yg casting agak jauh dari kami...
Setelah kami tiba di kereta, hanya Shahril yg masih casting di saat2 terakhir... Kami hanya bersembang dan minum2 sambil menanti Shahril datang. Dan Shahril datang seketika kemudian membawa PB terakhir untuk sesi hari ini... Jadi lah... Walaupun mula2 tadi agak kumpau, tapi kalau dah rezeki tu ada, InsyaAllah akan ada juga hasilnya.

Shahril dengan PB terakhir hari ini...

Jarak dekat PB dengan gewang...

Gambar ahli trip kali ini...

Hasil keseluruhan PB yg tewas...
Harini memang agak penat kerana cuaca agak panas pada waktu tgh hari. Dah la ikan tak makan pulak tuh. Memang busan tahap tenggiling lah orang kata... Tapi, apapun trip kali ni agak menyeronokkan kerana dapat jugak aku mengjoin otai2 PB nih casting... Walaupun hasil tak berapa banyak, aku tetap bersyukur kerana ada jugak hasil untuk dijadikan lauk. Yg penting, dapat manceng dengan kawan2 dan tiada perkara buruk yg berlaku melainkan perangai2 buruk para peserta. Keh keh keh... Sekian sahaja report kali ni. Terima kasih pada yg sudi membaca atau melihat2 gambar... Jumpa lagi di report yg lain... Ekekekeke...