Rabu, 16 Januari 2013

Tidak Update Sudah Lama

Okeh.. 5minit berlalu tapi masih tiada idea untuk apdet belog yang feymes ini.. ramai pembaca setia belog P.A.T yang membutuhkan apdet terbaru dari P.A.T.. email-email yang diterima jelas memancarkan kekecewaan pembaca setia yang tidak putus-putus mengirimkan email ke inbox puakaanglerztribe@gmail.com.. maaf dipinta kerana kesibukan duniawi menjadikan kami di P.A.T lalai dan hanyut.. dalam erti kata lain.. pi mancing kalu xdapat curut kompom kumpau yang konsisten..

bertalu-talu email masuk..

Okeh.. cukup la memperasankan diri.. sedikit apdet berkenaan aktiviti pancingan ahlul P.A.T.. seperti biasa kekumpauan kritikal yang konsisten sering melanda ahlul P.A.T walau di mana mereka berada.. jika ada yang tidak kumpau pun.. pastinya hasil yang tidak boleh dibanggakan.. jika hasil marbeles pula pasti tangkapan dari dalam reban atau dari tempat yang sama dan mempertaruhkan spisis ikan yang sama setiap kali.. kalu bukan baby GT musti beliau dapat baby GT.. lepas dapat baby GT baru la baby GT yang naik..

carta menunjukkan perincian aktiviti ahlul P.A.T pada tahun 2012

Tidak dinafikan.. tahun 2012 merupakan tahun yang begitu sibuk bagi kebanyakan ahlul P.A.T.. adalah diharapkan agar kesibukan melampau tersebut dapat dikurangkan dan sekaligus memberi laluan kepada lebih banyak trip memancing dengan tangkapan yang lebih marbeles iaitu bukan haruan curut atau baby GT.. pesanan sudah dihantar kepada spisis akuatik agar mempertingkatkan sistem keselamatan masing-masing.. ini kerana tahun 2013 ini dijangka ahlul P.A.T akan kembali mengganas walaupun Gemang xdesign lagi logo P.A.T edisi 2013..

sekian terima kasih..

Tiada ulasan: