Foto & teks oleh Ipen
Ikan sepat adalah dari keluarga Gourami. Sepat ronggeng pula termasuk dalam sub keluarga Luciocephalinae dalam genus Trichopodus(betulkan kalu salah). Tapi laporan pancing ini tiada kaitan langsung dengan ikan sepat ronggeng apatah lagi telefilem Sepat Ronggeng yang dibintangi oleh Jalil Hamid dan Khatijah Tan itu. Ikuti laporan panjang mengarut pendek edisi mengumpau 2012 ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.
Tanggal 30 Januari 2012, sampailah sedara Sepat Ronggeng (member of MFN/PAT) ke negeri di bawah bayu ini atas urusan kerja selama seminggu. Sebelum sampai, beliau sudah terlebih dahulu meng'sms' dan aku pun mengplan satu trip rengan-rengan bersama beliau(trip simple) dengan amaran keras bahawa peratusan untuk kumpau adalah tinggi. Kebetulan pula pada Sabtu minggu itu aku dipelawa oleh sahabat sekastingan aku iaitu sedara Real Snail. Maka bermulalah acara mengumpau.
bergerak dari rumah... bukan aku lambat tapi jam tu yg cepat...
Aku bergerak awal dari rumah sekitar jam 5a.m. Dengan kelajuan sederhana aku sampai ke Kota Kinabalu sekitar jam 5.30a.m dan terus menjemput sedara Pipie sebelum menuju ke hotel tempat penginapan Sepat Ronggeng. Kemudian bertolak ke Menggatal dan tiba sekitar jam 6a.m. untuk berjumpa Real Snail. Destinasi adalah di salah satu sungai pergunungan di daerah Telipok dengan menaiki kereta milik Real Snail.
layan drift dulu...
sambil menikmati pemandangan bandar KK dari atas bukit...
Tiba di lokasi sekitar jam 7a.m, kami disambut oleh uncle guide(lupa mau tanya nama) sebelum bergerak ke spot. Kami memilih untuk memulakan trip dari bahagian hulu sungai dahulu dan akan menyusur ke hilir perlahan-lahan sambil casting. Perjalanan dari tempat letak kereta ke tepi sungai mengambil masa lebih kurang 20 minit juga. Nasib baik lah trekking singkat ni semuanya menuruni bukit dan tenaga masih full charge.
sepat ronggeng membuat senaman tangan sebelum memulakan perjalanan...
tuuuuuu sungai di bawah...
sebab sungai di bawah kena turun ke bawah la...
gerakan ninja dari sepat ronggeng dan pipie...
Sesampai kami di tepi sungai, kami terus setting pancing masing-masing. Dalam hati "perghhh!!! ini mesti best". Dalam hati orang lain xtau la pula. Aku pula risau dengan kekumpauan. Aku kumpau xpa, jangan sepat ronggeng yang kumpau. Jauh dia datang. Risau pasal hari sebelumnya satu team telah masuk dan cast di sungai yang sama juga. Takut-takut ikan culas. Tapi apapun usaha diteruskan juga. Rezeki biarlah Tuhan yang menentukan.
keadaan bahagian hulu sungai...
Sungai ini adalah sungai tagal. Dengan sedikit bayaran untuk memancing dan bayaran untuk guide kami dibenarkan untuk memancing di sungai ini. Sungai ini meliputi kombinasi beberapa jeram dan lubuk-lubuk dalam. Kerisauan awal-awal tadi hampir menjadi kenyataan kerana sudah dua lubuk yang sebelum ini menghasilkan ikan sekala 1kg ke atas kami cuba namun belum ada sebarang strike.
sepat ronggeng yang serius melontar gewang...
Sesampai ke lubuk seterusnya, Pipie dengan hensemnya melontarkan gewang ke kawasan depan saliran air yang mengalir dan dengan 2-3 kali karauan sahaja beliau mendapat sambaran. Rod melengkung dan sesekali tali keluar dari kekilinya membuatkan aku yang berada di belakang teruja. Ya la, lama xtengok rod melengkung live. Lama xturun memancing. Ikan dilayan sesedap rasa dan akhirnya berjaya dipujuk ke tepi. Hasilnya seekor sebarau besar kecundang di tepi sungai. Melihat sebarau bersaiz besar itu, aku terus melontar sesudu ke sekitar kawasan pipie strike dan satu sambaran diterima. Namun rabut. Setelah ditimbang, berat sebarau yang pipie daratkan melebihi 1kg!
Kami meneruskan sesi casting di spot yang sama. Tiba-tiba sepat ronggeng bersuara, "hahahaha... kecik-kecik pun janji lesen". Owh tidak yes!!! sepat dah xkumpau. Biarpun saiz sebarau yang berjaya didaratkan sepat ronggeng kecil dari sebarau pipie, secara otomatik gelaran kumpau digugurkan. Akhirnya lesen sebarau pertama sepat ronggeng berjaya beliau kecapi di sini. Hehehehehe...
sepat ronggeng dengan sebarau pertamanya...
Setelah tiada lagi sambaran, kami meneruskan perjalanan menghilir sungai. Setiap spot yang dirasakan berpotensi akan dicuba. Bagi aku yang xda pengalaman what so ever casting di sungai macam ni, aku tengok semua tempat pun kelihatan berpotensi. Sesudu Strike Pro yang tadinya aku gunakan ditukar dengan Abu IslandII 7g. Berulang kali aku tanyakan pada Real Snail, berapa jauh lagi kena berjalan. Risau dah sampai ke penghujung perjalanan. Terima kasih pada Real Snail kerana sudi berkongsi tips. Beliau memang dah berpengalaman casting di sungai macam ni.
pipie masih tekun casting walaupun dari segi "revenue" beliau mendahului...
Sampai di satu hujung jeram, aku cuba cast dari atas jeram. Beberapa lontaran dibuat. Entah lontaran keberapa di spot yang sama akhirnya menghasilkan strike. Kecil saja, tapi ikan dilayan sedikit berhati-hati. Lesen beb, takut rabut lagi. Namun dah ditentukan aku akan beroleh lesen sebarau, ikan berjaya juga diheret ke tepi. Alhamdulillah aku xkumpau, xkena bahan.
sebarau pertama... lesen sebarau dan lesen 2012...
Turun sedikit dari jeram tadi, pipie yang pertama cast telah dihadiahkan dengan seekor lagi sebarau. Manakala sepat ronggeng telah rabut. Aku bergerak kedepan sedikit dan melontarkan gewang ke atas jeram. Yes!!! strike lagi seekor. Senyum pun semakin lebar. Hehehehehe. Tengah-tengah bergambar, sepat ronggeng berjaya mendaratkan sebarau keduanya. Buleh tahan, satu lubuk 3 ekor sebarau. Walaupun bersaiz kecil tapi tetap sebarau.
3 ekor sebarau dari lubuk yang sama...
Selepas lubuk tadi kami pun tiba ke lubuk terakhir. Aku dan pipie bergilir-gilir melontarkan gewang ke tengah, kiri dan kanan lubuk. Tapi rezeki berpihak kepada aku bila seekor lagi sebarau mengena. Keluar juga la tali sikit. Sebarau 800g menjadi sebarau penutup trip singkat kami.
sebarau penutup tirai...
Penat. Itulah yang kami semua rasakan. Berehat sebentar menghilangkan lelah sambil mencemar alam. Kepuasan terasa walaupun kuantiti ikan yang berjaya didaratkan tidak la sebanyak team yang masuk sebelum ini. Lagipun dengan trip singkat yang berakhir lebih kurang jam 10a.m ini, pengalaman itulah yang paling penting. Alhamdulillah, masing-masing dapat merasa tarikan sebarau yang berupa lesen pertama setiap dari kami yang berjaya menaikkan ikan hari tu. Paling penting sekali trip berjalan dengan lancar dan berakhir dengan selamat walaupun aku beberapa kali ter"shuffle" akibat batu yang licin. Terima kasih pada Real Snail kerana mempelawa. Tahniah kepada sepat ronggeng dan pipie. Sayang xbawa baju spare, kalau ada buleh juga berendam kejap... hehehehehehe...
p/s sori report mengarut panjang... terima kasih pada yang sudi membaca sampai habis... mana tau buleh menang baju... kehkehkeh...
2 ulasan:
ingatkan mancing sepat. hehehehe... tahniah buat korang. kuat ke ha sebarau ni?
Kuat juga.. Ikan sungai berjeram.. Selalu prektis lawan arus.. Hahaha..
Catat Ulasan