Rabu, 24 Jun 2009

Tonomen PAT bulan April

Sebelum aku teruskan aku terlebih dahulu ingin memohon maaf atas kelewatan peng"hampdetan" Blog PAT ni. Biasalah, walaupun aku adalah seorang bos, namun aku tetap sibuk dalam menguruskan tugas harian di opis. Ditambah dengan photobucket yg lembab mengupload gambar dari KFF menyebabkan aku fedap utk mengsave gambar dari setiap report dalam bahagian Laporan Pancing. Lagipun aku telah bercuti panjang baru-baru ni (sebenarnya suma yg aku sebut tu adalah sekadar alasan... kehkehkeh...).

Seperti biasa Tonomen PAT diadakan setiap bulan. Dan di bawah disenaraikan anto-anto yang bertanding bagi merebut bintang darjah kebesaran bagi bulan April 2009. Pencalonan dari kategori Air Masin cuma ada dua sahaja. Tapi bagi kategori Air Tawar pula menyaksikan enam anto bertanding. Fenomena ini tidaklah diketahui punca dan sebabnya. Mungkin jugak anto-anto ni dah tawar hati nak mancing kat laut so mereka pun melayan ikan air tawar je la...

Bagi kategori Air Masin dimenangi oleh Burned Steel dengan tenggir saspen beliau.



Antoo : Burned Steel ::: Spesis : Tenggiri ::: Berat : 15 kilo ::: Lokasi : Sedili

Antoo : mayong ::: Spesis :Tembaring / Kanai ::: Berat :1.4kg
Bagi kategori Air Tawar, seperti yang aku war-warkan awal tadi, enam pencalonan diterima dari serata pelusuk Tanah Melayu. Bagi kategori ini, sedara poseidon telah memenanginya. Undian dari penonton di rumah terpaksa dibukak untuk menentukan juara disebabkan oleh berat ikan yang sama antara sedara Poseidon dan Burned Steel. Hasil dari kampeni audit yang dilantik khas oleh AJK Tonomen PAT, juara diberikan kepada Poseidon dengan jumlah 53% undi. Ternyata Burned Steel cuma kalah 4% saja dibelakang Poseidon.


Antoo : Ipen ::: Lokasi : Sepang ::: Spesis : Peacock Bass ::: Berat : 300 gm

Antoo : Burned Steel ::: Lokasi : Perak ::: Spesis : Peacock Bass ::: Berat : 450 gm

Antoo : Poseidon ::: Lokasi : Sepang ::: Spesis : Peacock Bass ::: Berat : 450 gm

Antoo : tubuk ::: Lokasi : Klang ::: Spesis : Haruan ::: Berat : 400 gm

Antoo : Ajit ::: Lokasi : Ulu Yam ::: Spesis : Toman ::: Berat : 350 gm

Antoo : Komando ::: Lokasi : Klang ::: Spesis : Haruan ::: Berat : 150 gm
Tahniah kepada pemenang!!!

Tiada ulasan: