Khamis, 25 Jun 2009

Memburu Haruan KLIA...

Teks & Foto oleh Burned Steel


Untuk trip kali ni, aku dijemput oleh Ketua Lanun dan man tomoi untuk menyertai trip pencarian haruan mereka di sekitar kawasan KLIA - LCCT, Sepang. Dah lama rasanya tak mancen haruan. Ataupun mungkin kumpau tak dapat haruan... Itu yg sebenarnya... Ekekeke... So, aku pun tak menolak jemputan mereka dan terus bersetuju sahaja. Harap2 dapat la renew lesen haruan aku yg dah lama luput... Hehehe...
Lokasi : Kawasan sekitar KLIA - LCCT, Sepang.
Tarikh : 9 Mei 2009.
Target : Haruan.
Ahli : Aku, man tomoi & isteri, ketua lanun, oscar, rajautara, pla chon, azizian dan beberapa rakan lain yg aku tak ingat nama... Maaf...
Setelah ada sedikit kesilapan pemberian maklumat, aku agak terlambat untuk keluar dari rumah... Masa aku sampai, kebanyakan ahli dah pun meredah port untuk memburu. Yg menunggu aku di parking cuma ketua lanun. Sampai ja kat situ, dapat plak nasik lemak free sebungkus... Hehehehe... Terima kasih... Dapat la bersarapan. Huhuhuhu... Lepas sarapan terus ja aku dan ketua lanun menyertai ahli2 lain.
Port memang hardcore la... Parit dalam ladang kelapa sawit yg penuh lumut. Hanya katak dan sp kalis sangkut ja yg sesuai digunakan... Katak, hehehe... Takkan aku pakai... Tak lalu nak megang... SP pulak, aku tak berapa reti nak guna. Baru sekali jer dapat ikan guna SP. So, tu jer pilihan yg ada. Aku pilih SP!!! Huhuhuhu... Ada rezeki ada la... Kalau takda, aku redha...

Port pertama yg kami kunjungi...



Ketika bertemu dengan ahli2 lain, beberapa ekor haruan telahpun berjaya dinaikkan. Terdapat juga beberapa kes tali putus dikerjakan haruan di situ. Aku dengan penggunaan SP tidak dapat meraih apa2. Mungkin teknik salah kot... Bedal jer lah... selain aku, rajautara juga menggunakan SP sebagai umpan. Yang lain2 semua pakai katak.



Pemburuan haruan secara berjemaah... Hehehe...
Setelah port pertama tidak mendatangkan apa2 penambahan hasil, kami terus bergerak ke port kedua. Kali ini kami singgah di kawasan kolam terbiar. Kolam ini agak lapang dan membenarkan penggunaan gewang dan janggut tapi aku plak tak bawak janggut. Gewang plak aku tinggal dalam kereta. Malas nak amik. So, aku teruskan penggunaan SP. Banyak jugak ragutan yg aku terima tetapi semuanya rabut... Aiyark... Susah jugak nak timing SP nih... Terlalu awal sentap, ikan tak telan lagi. Lama sangat plak, ikan dah ludah balik... Adedeh...
Man tomoi yg menggunakan umpan katak mencuba di tempat yg aku rabut... Hanya beberapa kali cast, umpannya terus bersambut... Huhuhu... memang dah makanan dia... Sekejap ja dah kena... Dan ahli2 lain yg menggunakan katak juga dah menaikkan haruan... Heh... Susahnyer aku nak pakai SP nih... Takpa... Slow2 belajar...


Man tomoi dengan haruannya...
Seketika kemudian terdengar kecoh di kolam belakang aku. Rupa2nya pla chon mendapat satu sambaran yg agak kasar dari penghuni kolam. Beberapa minit diperlukan sebelum tertumpasnya seekor haruan anggaran sekilo lebih. Kecoh jugak la sekejap... Bukan senang nak dapat saiz tu dalam kawasan bandar macam ni... Hehehehe...

Pla chon dengan haruan anggaran sekilo lebih...
Hati makin terbakar... Lesen tak dapat lagi nih... rajautara yg menggunakan SP berspinner kemudiannya mendaratkan seekor haruan... Hahahaha... Aku jer la yg tak reti pakai SP. Bukannya tak efektif tapi teknik yg penting... Bukannya takda sambaran. Banyak kali!!! Tapi timing yg sesuai untuk hook up masih belum dapat. Semuanya rabut... Susah jugak rupanya...

Rajautara dengan haruannya...

Jarak dekat haruan dengan SP berspinner...
Hari dah makin panas, air minuman plak aku tak bawak banyak. Lesen plak tak dapat lagi... Memang tekanan perasaan... Ahli lain pun dah ramai yg merasa menarik haruan dari yg bersaiz curut sampai la yg bersaiz sedap. Memang mencabar kesabaran... Hehehehe... Jeles pun ada... Racun untuk menggunakan katak dah bertalu2 sampai ke telinga tapi aku tetap dengan pendirian untuk menggunakan SP... Kalau selalu mengalah, bila mau retinya... Hahahaha...


Lagi haruan dengan umpan katak...
Setelah cuaca menjadi semakin terik, kami pun sekali lagi bersetuju untuk pindah port lagi... Errr... Tak singgah makan atau minum la pulok... Gilo ah diorang nih... Tegar betul... Aku dah rasa cam nak pengsan... Hehehehe... Masa berehat seketika, azizian dan beberapa rakannya tiba untuk menyertai aktiviti seterusnya. Sembang2 kejap, terus bergerak ke port berikutnya. Mujur lah dalam ladang kelapa sawit sekali lagi... Ada gak tempat berteduh...


Lokasi ketiga...
Di lokasi ketiga ini nampaknya bukanlah port yg terbiar kerana banyak kelihatan kesan2 memancing oleh orang lain. Tetapi baru beberapa ketika sahaja memancing, beberapa ragutan telah diterima oleh ahli2 trip. Yg double hook up pun ada. Banyak jugak haruan kat sini. Aku pun tanpa membuang masa terus mencuba di beberapa spot yg dirasakan berpotensi. Masih tetap sama... Ragutan diterima tetapi masih rabut. Rasa nak bubuh gam gajah ja kat SP nih... Huhuhuhu...


Ketua lanun yg mendapat strike pada awal2 sesi ketiga...


Habis disemua tempat kena geledah... Hehehehe...



Di port ini, ramai yg mendapat strike. Walaupun di spot yg haruan telah dinaikkan, bila dibaling umpan sekali lagi, masih ada haruan lain yg menyapa. Punya la banyak haruan kat sini... Hampir kesemua ahli dah pun menaikkan haruan di sini... Aku pulak hanya mendapat strike2 yg tak berjaya di hook up kan... Sedih... Keh keh keh... Macam nak kumpau ja...


Lagi haruan dengan SP...



Setelah beberapa percubaan yg gagal, rasa give up mula terasa. Dah la lapar... Memang dalam kepala duk pikir tilam kat rumah ja... Dapat makan sampai kenyang, pastu tido, fuhhh... Memang mantap... Hehehehe... Tapi tangan terus jugak mencampak dan menarik kembali SP tanpa henti. Beberapa kali balingan akhirnya satu sambaran kecil diperolehi. Dan kali ni timing yg sangat susah nak dapat tadi berjaya juga dilakukan. Semasa hendak menaikkan ikan, boleh pulak terlucut. Mujur la ikan jatuh atas tebing. Hehehehe... Selamat lesen aku... Curut jer tapi jadi la... Janji tak kumpau... Hehehehe...

Si curut dengan SP yg rajautara bagi...



Dah boleh la berehat aku nih... Hehehehe... Tak larat dah... Jadi pemerhati jer lah. Memerhatikan kawan2 lain menaikkan haruan tanpa henti... Hahahaha... Kalau dapat air sejuk, boleh la jugak aku sambung... Kekeringan plak rasa... Lepak jer la kat bawah pokok... Tapi dah agak puas hati jugak rasanya kerana berjaya menaikkan haruan dengan menggunakan SP... Banyak lagi yg perlu aku belajar dalam penggunaan SP nih...


Antara korner yg banyak mengandungi haruan...


Antara hasil yg berjaya ditewaskan...


Haruan terbesar yg digandingkan dengan botol mineral water 1.5 liter...


Bergambar kenangan sebelum menamatkan sesi casting... Azizian dan membernya masih casting dan tiada dalam gambar...
Setelah semua berpuas hati dengan hasil pemburuan, akhirnya trip kali ini pun ditamatkan tanpa sebarang perkara buruk berlaku... Terima kasih pada ketua lanun dan abang man tomoi kerana sudi menjemput aku menyertai trip kali ini. Terima kasih juga pada semua ahli2 lain yg sporting... Best!!! InsyaAllah kalau ada rezeki, lain kali kita jumpa lagi...
p/s: Aku lupa nak setting tuk upload gambar supaya besar... Sorry... Dah siap baru aku perasan. Malas la nak upload lagi...

Tiada ulasan: