Sabtu, 27 Jun 2009

Juak oh Juak...

Teks & Foto oleh Terubuk



Perancangan untuk memburu spesis sebarau yang mempunyai 3 garisan dibadannya lebih dikenali sebagai “Juak” di Sarawak telah lama dirancang.Untuk menjayakan trip kali ini kawasan sekitar Sibu menjadi pilihan kerana lokasinya berdekatan dengan rumah kediamanku. Perkenalan aku terhadap bro Rac telah menjadikan trip ini suatu realiti…..Perjalan ke destinasi mengambil masa kira-kira 3 jam dari Bandar Sibu. Perjalan yang melalui jalan balak tidak menjadi halangan bagi kami semua. Aku, Okie dan Figos tiba awal ke kawasan Pekan Pakan.




Sementara menanti ketibaan Rac dan rakannya, kami melepak dan si Okie tetiba aje buang tebiat nak curi buah durian ni…. Agaknya kesan daripada tak cukup tido malam tadi kot….
Hahahahahahahaha……Setibanya di lokasi, air agak keruh. Peluang agak tipis untuk mendapatkan spesis buruan. Dah alang-alang sampai kami takkan mengalah. Pemandangan di lokasi ini amat mendamaikan.


Dengan menaiki sampan kami mudik ke hulu, mudik ke hilir untuk mencari lubuk persembunyian spesis buruan. Malangnya hampa…



Setelah berehat untuk makan tengah hari Rac tetiba menghilangkan diri….Entah ke mana perginya…. Tau-tau aje dia membawa sekor ikan balik ke kawasan rehat…. Ini menjadikan kami bersemangat semula untuk melakukan acara casting semula…




Tak lama kemudian giliran Oliver pula mendaratkan sebarau@adong.....


Semasa kami tengah bersemangat casting, secara tiba-tiba paras air sungai naik. Keadaan air pun menjadi lebih keruh… Sah…. Ada hujan di hulu sungai yang menyebabkan fenomena ini terjadi….Jadi kami semua mengambil keputusan untuk menamatkan acara casting pada hari ini….Untuk menghilangkan rasa letih kami pun bertukar menjadi dugong dalam sungai tu….Hahahahahahaha……

Ada macam kulit Album kumpulan Wings tak?Album Hukum Karma……Ini episod pertama Marathon ku bersama Okie….Ikuti kisah selanjutnya nanti…..

Tiada ulasan: