Selasa, 8 Disember 2009

Sayang Sarawak Sungainya Sempit...

Gambar dan Teks oleh ziggerx

Ntah sapa ler penulis lirik lagu tu.. Obviously dia tak penah berenang menyeberang sungai sarawak.. ahaksss.... Aku yang penah berenang hampir semua jeti mandi sepanjang sungai sarawak lagikan tak dapat melakukan perkara itu...

Kisah ini bukan la pasai kejaguhan aku berenang tp catatan kami, Caster Kuching yang cuba mencari kelainan dan sekaligus membuktikan toman sungai sarawak boleh dicasting dengan umpan tiruan. Walaupun beberapa kerat pemancing pernah dapat Toman dengan umpan keli, haruan, Tilapia mahupun puyu namun keberkesanan casting umpan tiruan masih belum begitu ketara.

Terus terang dikatakan, kami berempat tiada latarbelakang memancing Toman kecuali Man_Barra787 yang pernah mendapat Toman belasan KG menggunakan umpan keli dan 2 ekor anak Toman dengan WTD pencil Heddon. Man_Barra787 dan Oland merupakan Caster MJ dan Siakap yang berpengalaman sementara Aku dan Ajay merupakan haruan caster yang sering menjejak haruan sekitar sarawak. Justeru ini merupakan pengalaman baru buat kami berempat, kene lagi casting dan trolling menggunakan Bot yang disewa dari Hj Jamil kpg Bintagor.



Di kejauhan tersergam indah mercu tanda baru dan lama bandaraya Kuching. DUN Sarawak dan Masjid Bandaraya.



Antara pemancing tegar sungai sarawak. Mereka ini mancing tilapia namun kekadang tilapia ni dijadikan umpan Toman

Selepas semua urusan selesai di jeti Haji Jamil, kami memulakan eksplorasi dengan melakukan Trolling. Pelbagai Gewang digunakan dari selaman dalam mahupun selaman cetek seperti Bagley Bang 'O' yang aku beli dari sedara ekzos.


Oland didepan memegang set trolling Abu dan rod Cherrywood. Dibelakangnya pula Ajay dan Man_Barra selaku Tekong.



Sepanjang Sungai Sarawak banyak terdapat penempatan kampung melayu. Banyak info boleh diketahui jika rajin bertanya mereka yang kerap turun sungai.

Apabila jejak toman tidak dirasa, bayangan kumpau mula menjelma. Namun pemerhatian tajam Man_barra dapat mengagak Sekumpulan toman sedang boiling dibawah pokok. Kami bertiga yang terpinga, terus menyiapkan joran casting yang berada disisi. Untuk pengetahuan pembaca, kami berempat menggunakan umpan tiruan yang berlainan. Aku menggunakan gewang selaman cetek, Man_barra menggunakan pencil heddon, Oland menggunakan chugger storm chug bug dan ajay dengan sp berkley stickbait.



Man_Barra berhempas pulas mengekang larian toman yang cuba membelit bangkar pokok.


Penggunaan Set berkualiti berjaya mengekang dan menghela toman ke bot. Namun Toman terjatuh semasa dalam usaha mengangkat toman kedalam bot.


My first ever Toman.. Fuh.. Saiz remaja namun larian cukup menggila.. Selepas ini aku berjaya menaikkan 2 ekor lagi toman. Kami berempat semua merasa tarikan toman hari tu namun banyak jugak yang terlepas.



Lokasi dimana toman berada.. Ajay dan Oland menunggu dengan penuh sabar untuk toman keluar dari comfort zone hehe...


Oland melakukan upacara CnR untuk Toman kecik.


Salah satu set yang aku guna untuk mengilat 3 ekor toman

Selepas tiada lagi Toman bermain air, kami mengambil keputusan untuk berteduh disamping membeli ration untuk menghilangkan haus dan lapar.


Jambatan yang menghubungkan kawasan Bandaraya Kuching dan Petra jaya






Seterusnya kami menghulu untuk mencari lokasi toman mega di Sg maong. Rekod Toman pernah dapat disini sekitar 20kg. Pelbagai usaha dilakukan namun hanya kelibat patin,Belida dan Bulan sahaja yang ada.




Agenda casting terpaksa dihentikan seketika setelah hujan mulai turun.


Jamming Bawah Jambatan hehehe...


Anak2 ikan yang menjadi makanan menyebabkan stok ikan disini masih banyak.



Hujan lebat yang melanda membawa sekali sampah dari kawasan perumahan. Ini menyebabkan usaha mengilat menjadi lebih sukar dan ini menandakan komplot ini perlu dihentikan..



2 ekor toman yang berjaya dicasting. Ia berada dalam akuarium aku sekarang hehehe...

Hasil yang pakcik ni dapat dengan umpan haruan sehari selepas komplot kami. Lokasi tu dekat tempat kami menyewa bot je hehehe

INSYALLAH.. JIKA ADA KESEMPATAN KAMI AKAN MENCUBA MENGHILIR SUNGAI SARAWAK PULAK UNTUK MENGILAT SIAKAP MERAH DAN SIAKAP.. CHOW..


1 ulasan:

adel berkata...

terbaek bro..hahah jumpa juak blognyza