Sabtu, 11 Julai 2009

Sematan... Boleh Jigging Ke???

Foto & Teks oleh Terubuk

Trip ke Sematan ni telah lama ku rancang bersama bang Ktang… Ahlul trip ini ada seramai 5 orang sahaja. Aku, Ktang, Okie, Evo dan Lim….. Destinasi asal hanyalah ke Pulau Gado. Tapi tekong menukar haluan ke Tanjung Datu….


Kami ikut aje la. Mana kami nak tau, bukan kami yang bawak bot… Udah tekong beriya-iya nak bawak kami ke Tanjung Datu.


Perjalan ke sana mengambil masa kira-kira satu jam. Sementara menanti ketibaan ke sana ada yang tido, ada yang berangan nak tarik ikan dan ada yang buat last menet preparation seperti ikat perambut la, pasang jig la dsb…


Keadaan laut agak kuncah…
Nak mancing dasar pun payah…. Jadi Si Okie pun sepertimana biasa, jigging a mamat tu… Aku pula sibuk nak membottom la kononnya…. Umpan pula, asyik habis digetu ikan kecil…. Bila malam mula menjelma aku pada mulanya sibuk nak nak menyauk sotong yang timbul di tepi bot buat umpan…. Sedang aku menunggu sotong timbul…..



Zzztttttttt… Reel Okie menjerit… Dia bertarung dengan pemangsa… Nah ini habuannya…

“Ini tak boleh jadi” kataku… Aku dengan perasaan terbakar turut sama jigging selepas itu. Hasrat nak menyauk sotong terus ku lupakan… Tak lama selepas itu, giliran aku pula bertarung… Ini hasilnya…


Selepas itu satu persatu pemangsa ini tumpas ditangan kami berdua…
Entah dah berapa ekor yang menjadi mangsa selepas itu.. Mana sempat nak kira… Baling aje jig, terus bersambut… Ikan tengah frenzy tibai jig… Mana la nak buang masa…









Untuk meracun semua ahlul tentang karan jigging ni aku memberi peluang kepada bang Ktang pula merasa penangan jigging ni… Dia berjaya juga… Syok jugak tengok muka dia kena karan… Hahahahahahaha…





Aku selepas itu memberikan joran kepada si Lim untuk merasa tarikan ikan guna jig…




Okie pula sedang masih sibuk melayan tarikan ikan sekor demi sekor… Keadaan berlarutan sehingga tengah malam… Ini menyebabkan aku dan Okie penat berdiri… Jigging sambil duduk pun banyak hasil yang kami perolehi… Hujan pada awal kira-kira jam satu pagi membantutkan usaha untuk terus jigging… Masa itu kami pergunakan untuk merehatkan diri dalam kabin…
Keadaan frenzy semula selepas hujan kira-kira jam 4 pagi…
Ini la semua hasil yang tak seberapa yang kami perolehi untuk trip ini…

Evo…Sorry tak amik gambar sebab masa ko jigging… Tak sempat sebab kemra ada kat belakang bot…

1 ulasan:

mizlan berkata...

salam persahabatan bro..hebat tangkapan bro..Mizlan pemburu haruan amatur