Jumaat, 3 Julai 2009

Khabar Dari Bintulu

Teks & Foto oleh Terubuk





Setiap tahun aku bersama Okie akan berkunjung ke Bintulu untuk memancing. Pada trip kali ini kami berdua membawa bersama Figos. Dah lama mengajak si Figos memancing bersama akan tetapi baru kali ini keadaan mengizinkan.



Sepertimana biasa, kunjungan ke Bintulu, kami akan singgah sebentar untuk mengisi perut yang lapar di kedai milik tekong iaitu Bro Edel….










Selepas membeli bekalan makan untuk sesi memancing pada malamnya, kami terus bergerak ke Pantai ABF dimana bot disimpan. Tanpa melengahkan masa, kami memunggah segala peralatan kedalam bot.


Ini antara set up yang kami pertaruhkan untuk sesi jigging..... Shimano Slade, Shimano Navi PG 8000 dan Daiwa Fream j 4500....



Pejalanan ke destinasi hanya mengambil masa kira-kira 45 minit sahaja dari pantai bertemankan enjin Yamaha 60 hp twin. Kami tiba ke lokasi agak awal dari biasa iaitu kira-kira jam 4 petang. Setibanya di lokasi aku mencari cari tenggiri yang sering melakukan lompatan dari dalam air. Malangnya tiada. Aku pun dah tak berapa sedap hati dah….. “Mana la perginya ni” kataku kepada diriku. Pelik sungguh. Biasanya ada tenggiri yang melakukan lompatan……



Kami jigging sehingga jam 7 malam masih juga tiada hasil…. Kami terus mencuba….Kali ni banyak pulak “miss call”. Jigs calar tapi tak melekat tenggirinya….. Kami menukar pelbagai jigs untuk meneka selera tenggiri….



Okie membuka tirai dengan menaik kan seekor tenggiri juvenile… Selepas itu sekali lagi desingan Shimano Navinya merobek jiwa ku…..Dia lagi…… Ini hasilnya…..





Aku dengan tanpa melengahkan masa mengggunakan ilmu Ultramen kasi fire la…..Tak lama selepas tu, dengan berbekalkan jig Vision 60gm satu tarikan padu menarik jigs aku… 2 kali sentapan padu dilakukan dan sang ikan terus memecut… Tak lama selepas itu, tenggiri 4 kg ini menjadi habuan pertamaku….






Selepas itu Giliran si Okie lagi…. Balingan jigs oleh Okie disambut mesra oleh jenahak…







Aku dan Figos mula terbakar….Selepas mendaratkan jenahak itu, sekali lagi satu sambaran diterima oleh Okie….






Jenahak lagi…Wargghhhhh…… Dia lagi… Aku dan Figos makin terbakar…… Sampai lenguh tangan jigging tapi masih juga tiada hasil……



Bro Figos turut menerima beberapa larian yang turut melarikan jigsnya… Dia terus mencuba…. Satu persatu jigsnya lesap kena culik… Muahahahahaha……



Kali ni ada strike… Tapi ikan ni pula yang mengena… Hehehehehehe… Ianya selamat dilepaskan kembali ke laut…






Setelah banyak kali mencuba akhirnya usaha Figos berbaloi…

Desingan kekilinya membuatkan mata yang mengantuk segar semula…

Yessss…… Figos kena dera tenggiri…. Dengan penuh debaran dia melayan asakan tenggiri tersebut. Akhirnya tumpas jua ikan tenggiri. “Yahoooo….. aku dapat lessen tenggiri Bintulu….. “katanya puas. Setelah ikan selamat diletakkan ke dalam tong penyejuk, dia berehat seketika…. “Menggigil lutut dibuatnya….” Katanya lagi…






Selepas itu bro Edel pula menerima asakan. Tapi sang ikan tidak membuat larian. Dia meneka yang ianya jenahak…. Sememangnya benar…..


Selepas itu keadaan menjadi senyap seketika tanpa sebarang aksi…. Secara tiba tiba Figos mendapat strike. Tapi lariannya agak berbeza… Rupanya Cik Timah punya angkara….


Selepas mendaratkan ikan timah tu sekali lagi Figos menerima asakan padu… Asakan kali ini lebih kuat….. Saksikan aksi Figos didera tenggiri….


Tumpas lagi seekor tenggiri ditangan Figos….

Selepas itu bro Figos mengganas lagi… Ini habuannya……Lawan tokey sungguh budak nih...

Malangnya pada lewat malam angin mulai bertiup kencang….Kami hanya mampu menahan kesejukan angin dan hujan mulai turun….. Keadaan berlarutan sehingga ke pagi….. Ini menyebabkan kami gagal beraksi….


Hanya ini hasil yang kami perolehi…..

Walaupun hasil tak seberapa.....
Bintulu!!!!!!!.........
Kami akan datang lagi…..

Tiada ulasan: