Sabtu, 4 Julai 2009

Berita Terbaru PAT

Okeh... Aku tangguhkan dahulu apdet blog PAT ni dengan laporan-laporan tertunda dari warga PAT untuk memberi laluan kepada peng'apdet'tan mengenai aktiviti-aktiviti terbaru PAT.

Ada banyak aktiviti-aktiviti warga PAT sepanjang tempoh enam bulan pertama 2009 ni. Antaranya pergi keja pagi balik petang, temankan isteri pi pasar, tengok crita Transformers, bermain permainan B-Daman, mengorek hidung ketika bersendirian atau di tempat awam, dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang kalu aku senaraikan di sini pasti akan mengambil masa lapan belas ratus hari untuk disiapkan. Tapi apa yang ingin aku highlight di sini adalah mengenai penghasilan Patches dibawah kelolaan sedara Terubuk, Sticker PAT (4 sample pertama) yang diuruskan oleh aku sendirik, dan cadangan penganjuran Clash Of The Titans.

PATches

Idea untuk menghasilkan Patches ini dicetuskan oleh sedara Terubuk. Menurut beliau, idea ni muncul ketika beliau sedang menunggang scoot beliau di satu hari yang redup di depan trafic light yang sedang menunjukkan kaler merah. Terdetik jugak dalam hati aku apa kaitan kejadian tu suma dengan idea menghasilkan patches PAT yang pertama ni??? Cuma Terubuk yang tau. Hehehehehe...
Nilai setiap patches bagi pasaran Canada ialah 1.64 Canada Dollars bersamaan dengan RM5.00 bagi pasaran tempatan. Tempahan bagi patches ini telah dibuka bermula 19 Jun 2009 lagi dimana sebanyak 13 tempahan telah diterima.

Terubuk jugak memberi jaminan bahawa usah risaukan pasal duit reka blok. Tetapi sifat ingin tahu yang memang ada dalam diri setiap insan di muka Bumi ini menyaksikan kejadian yang sebaliknya berlaku. GT Tom Apan dan aku dengan slumber menanyakan pasal duit kos reka blok kepada Terubuk. Sifat ingin tahu itu hampir membawa padah apabila Terubuk menghantar Tok Dalik untuk menyantau aku dan Tom. Mujur Tom juga ada membela seorang bomoh lentik untuk menangkis serangan dari Terubuk. Aku pula terselamat kerana kebetulan semasa santau Terubuk sampai aku sedang bertapa.

Rekaan bagi patches adalah seperti berikut:




Sticker (4 Sample Pertama)

Cadangan penghasilan sticker ini juga adalah dari buah fikiran sedara Terubuk. Sememangnya barangan-barangan PAT kebanyakkannya hasil dari buah fikiran beliau. Ucapan terima kasih dari warga PAT kepada sedara Terubuk.

Penghasilan sticker ini adalah percubaan pertama untuk melihat sejauh mana kualiti yang buleh dihasilkan. Nak yang cun terus pun sebenarnya buleh, tapi kos yang agak tinggi menjadi penghalang. Lagipun Donald Trump belum tersilap bank in duit masuk akaun aku lagi... hehehe...

Design sticker ini juga adalah serupa dengan patches.

Clash Of The Titans
Setelah PAT berjaya menganjurkan Tonomen Lion King di kolam Sea Lion yang menyaksikan sedara Sepat Ronggeng (anto Out Stesen) menjadi juara, sekali lagi PAT bercadang untuk menganjurkan Tonomen yang bakal menyaksikan pertembungan hebat antara warga PAT dalam satu trip bersama.

Tonomen yang diilhamkan oleh sedara Terubuk untuk menyelesaikan pertelagahan sihat warga PAT ini cukup mengujakan. Bagi ahli PAT yang jauh macam aku ni perhati saja la... huhuhuhu...

Walaupun tarikh keramat penganjuran tonomen ini belum ditentukan lagi, namun lokasi pertandingan sudah dipilih. Gugusan Pulau Sembilan bakal menjadi gelanggang penentuan.





Berikut disertakan details penganjuran siri Tonomen Clash Of The Titans...


Tarikh:??????????? (Selepas Raya Puasa)
Lokasi: Gugusan Pulau Sembilan
Bot: RG


Ahlul 1: Pokcik Nakdesa
Ahlul 2: Roosta Caster
Ahlul 3: Terubuk
Ahlul 4: Burned Steel
Ahlul 5: Sepat Ronggeng
Ahlul 6: Jalijantan
Ahlul 7:
Ahlul 8:
Ahlul 9:
Ahlul 10:


Syarat:
Hanya untuk ahlul PAT rasmi sahaja.
Artificial lures sahaja.


Sedikit komen dari sedara Terubuk mengenai tonomen ini:

Kalo dapat biar la 3 ahlul dari Utara dan 3 ahlul dari Central ni... Lagi meriah rasanya...
Satu team diketuai oleh keduanya artis RTM kerana dah tua, iaitu Pokcik Nakdesa dan Roosta Caster.


Apa cadangan korang?
Pas event tu kita wat la makan-makan ala-ala open house Hari Raya gitu



Bincang la tarikh ngan apa jua korang mau...


Harap jadi la rancangan ni...


Jadik tunggu apa lagi geng???


*perbincangan serta segala pandangan dari warga PAT buleh layari http://www.kurauking.com/forum/viewtopic.php?f=55&t=1487


Sekian...

Tiada ulasan: