Rabu, 11 Mac 2009

Mancen Santai Seronok-seronok jer...

Gambar dan Teks oleh Burned Steel
Kegagalan dalam merancang trip ke P9 yang terbatal disebabkan beberapa masalah membuatkan aku merancang satu lagi trip santai dengan family aku serta menjemput seorang rakan MFN untuk menyertai aku ke Pangkor. Trip ni saja-saja aku buat sebab lama tak ke laut. Gian beb. Santai pun santai ler... Janji naik bot... Hehehehe... So, trip pun dirancang ala kadar jer dengan menempah sebuah bot fiber berenjin 30hp daripada pengusaha bot di Kampung Setiawan. Cam biasa, abang ipar aku la jadi tukang bawak. Nak harap aku, bawak beskal pun kadang2 langgar tiang trapik light. Heh... So, sampai jugak la tarikhnya yang aku tunggu2 untuk naik bot ke laut...
Lokasi : Pulau Pangkor, Perak.
Tarikh : 8 Mac 2009.
Ahli : Aku, wanpb (MFN), abang ipar aku dan pak mertua aku.
Setelah semua persiapan disiapkan, kami terus ke jeti seawal jam 6 pagi (lebih kurang la). Dah beli sarapan dan umpan, kami terus naik bot. Rupanya sempit jugak bot nih kalau naik 4 orang. Ingatkan lapang. Keh keh keh... Dan kami tiba di Pangkor agak lewat sebab bot tak laju. Dan acara utama trip kali nih cuma membottom dan layan apollo jer. Set casting memang dibawak sama. Cuma last2 tak pakai pun... Huhuhuhuhu...


Gambar yg diambil semasa dalam perjalanan... Keindahan Pulau Pangkor dari jauh yang tak berapa nak jauh... Heh...

Abang ipar aku merangkap tukang bawak bot... (Ni gambo lama sebab aku lupa amik gambo dia harituh... Kui kui kui...)

Pak mertua aku...


Ni plak wanpb a.k.a anchorman pertama... Hehehehe...


Dan gambar aku sendiri merangkap anchorman kedua...

Setibanya di lokasi pertama, sauh terus dilabuhkan sesedap tekak agar cepat dapat memancen. Umpan dipasang dan masing2 terus menurunkan umpan untuk mencari sedikit lauk... Bak kata sapa ntah, kail pagi makan pagi, kail petang makan petang... Huhuhuhu... Tengah hari tak turun kail pun takpa. Panas... Baik tido... Hehehehe...
Aku yg malas nak potong umpan masa semua orang tgh berebut umpan cuma menurunkan apollo jer... Pemanas badan ler kira... Lagipun badan belum penat, buleh la nak unjun apollo dulu... Karang dah penat baru main bottom... Hanya beberapa unjunan sahaja apollo ku dah bersambut. Memotong di lap-lap terawal para peserta yang membottom. Hehehehe... Ikan kecik ja. Dan spisis yg aku tak kenal pun...

Hasil apollo... Ikan apa ni weh? Ada sapa2 tau tak?

Lepas naik ikan tu, apollo aku dah tak laku. Huhuhuhu... Sedikit cebisan sotong akhirnya disangkut pada mata apollo dan diunjun kembali... Hehehehe... Dan aku jadi hero la kejap... Aku lagi yg dapat. Banyak gak naik cam kerapu, mempasir, kunyit, etc... Yang membottom cuma menahan perasaan dengki jer la terhadap hero pagi nih... Wakakakaka... Tapi takda gambar yang diambil sebab ikan saiz2 sorang makan ja. Eksen la kunun. Nak ikan besar baru nak amik gambo...



Beberapa lokasi yang kami singgah...

Start masuk tgh hari jer, pancing aku dah tak dijamah ikan. So, membottom jer la... Sambil-sambil unjun apollo. Ahli lain baru jer nak merasa menaikkan ikan... Time diorang la pulok kot... Abang ipar dan pak mertua aku menaikkan beberapa ekor ikan karang. Dan time tgh hari ni mula la luck si wanpb yang dari pagi hanya melopong tunggu lalat masuk mulut. Keh keh keh... Lepas dia, dia lagi... Banyak la jugak ikan yg dia dapat. Aku plak, amik alih turn wanpb untuk melopong. Agaknya sebab riak sangat pagi tadi kot. Lansung takda ikan nak sentuh pancing aku dah... Adedeh... Lebam!!!
Ni ikan terbesar wanpb...

Bila matahari dah mula tegak atas kepala sambil membakar kulit aku yg gebu nih, mula la start rasa nak pitam. Orang lain aku tengok rilek jer lagi. Adedeh... So, pancing pun diangkat sebab taknak ganggu orang lain. Rokok dibakar berbatang-batang. Mata berat. Tapi bot sempit lak nak landing. Yg ada kosong pun cuma kat tempat sauh jer. Panas gila. Orang gila pun takmo tido kat situ. Hehehehe... Jadi, aku cuma berehat-rehat melihat wanpb yg tak berhenti-henti menaikkan ikan.

Kerapu oleh wanpb...

Lepas agak lama berehat, aku pun nak sambung balik mancen. Mana la tau kot-kot ada rezeki. Bottom dan apollo sekali jalan. Drift pun aku buat jugak... Tapi, sampai ke petang takdak hasil. Sakit jer telinga kena bakar dek mereka2 yang dapat ikan. Huhuhuhu... Menyedihkan!!!
Dan akhirnya sampai la masa untuk balik. Port terakhir di Pangkor kami singgah sekejap untuk mencuba nasib. Air sangat laju menyongsong surut. Batu aku yg paling besar (saiz 8) pun hanyut jauh. Di sini, beberapa ekor ikan lagi dinaikkan oleh semua orang kecuali aku... Gelama ada, kerong ada. Dan cempion masih lagi wanpb. Hanyir tul la tangan mamat nih... Dah la aku takde gambo ngan ikan lagi. Konon la tadi nak tunggu yg besar-besar. Last-last melopong jer... Bukan lalat jer buleh masuk. Kalau resakse air lalu pun muat jer nak masuk mulut aku rasanya... Isk...
Pancing aku yg bersebelahan dengan pancing wanpb lansung takda getuan. Pancing wanpb laku jer dikerjakan... Hati makin panas walaupun umpan yg sama jer aku guna macam wanpb. Last-last aku mintak la wanpb potongkan umpan ikan kat aku. Mana la tau... Cecah jer umpan ke dasar terus ada ragutan... Uik... Magik la pulok... Nak tunggu wanpb potongkan umpan baru ikan nak makan. Cam siot!!! Dan akhirnya naiklah seekor kerong... Aku gagahkan diri jugak dengan hati yg berat nih untuk bergambo dalam kesedihan... Kui kui kui...

Ada la jugak gambo aku ngan ikan... Hehehehe...

Lepas tu disebabkan takmo menyusahkan wanpb, aku pun potong la umpan sendiri. Haram sampai kesudah takda ragutan... Warghhhhh!!! Tekanan!!! Apa la punya nasib... Belah petang memang nasib wanpb sangat baik. Sampaikan guna umpan yg dia potong baru ikan nak makan.
Hari dah makin nak gelap. Kami pun start bot dan terus bergerak pulang memasuki muara Lumut ke Setiawan. Dalam perjalanan minyak lak abis. So, sambil-sambil nak isi minyak, umpan sekali lagi dilabuhkan di kawasan muara. Perkara yg sama gak berlaku. Aku sorang ja tak bawak naik ikan. Abang ipar aku menaikkan beberapa ekor bolos. Akhirnya aku terus ja kemas barang... Tension... Wakakakaka... Korang mancen jer la. Aku nak isap rokok jer... Nyesal pagi tadi takmo amik gambo... Wakakakaka... Moralnya, jangan riak kalau pagi-pagi jer jadi hero... Kui kui kui...

Hasil keseluruhan yang boleh la nak buat lauk... Syukur...

Trip akhirnya selesai dengan selamat... Walaupun hasil tak seberapa, kami tetap bersyukur dengan rezeki yang telah ditentukanNya... Dapat gak lepas gian nak kelaut. Dalam kesibukan kerja nih, dapat memancing dengan keluarga dan kawan-kawan pun dah cukup seronok buat aku... Erm... Sebelum terlupa, tarikh pada gambar memang mengarut sikit sebab aku guna kamera pinjam. Tak reti aih nak setting-setting tarikh kat kamera orang... So, tu jer la report tak seberapa kali nih... Terima kasih la kat yang sudi baca atau tgk gambo jer... Sekian...
*abaikan tarikh pada gambar

1 ulasan:

wanpb berkata...

walaupon aku x senyum aku tetap kachak..hehe