Khamis, 26 Januari 2012

Haruan King Championship

Berita gembira bagi penggemar-penggemar haruan/jalak/belao. Anda minat casting haruan??? Suka timbang-timbang ikan lepas tu ambik gambar??? teringin untuk memiliki rod casting custom made??? Sekarang anda boleh menggaulkan itu semua bersama-sama. Ini kerana Haruan King Championship anjuara Puaka Anglerz Tribe dengan kerjasama Forum Angler Society kini telah dibuka. Syarat-syarat serta hadiah bagi penganjuran tahun 2012 adalah seperti berikut:


Namun anda perlulah menjadi ahli berdaftar dalam Anglerssociety terlebih dahulu. Siapa tahu tahun ini anda lebih bernasib baik.

Khamis, 19 Januari 2012

Angler Society

Memancing semamangnya satu hobi yang menarik. Banyak hobi-hobi lain yang boleh dikaitkan secara automatik ataupun secara manual dengan hobi memancing. Kita ambik contoh, memancing boleh dilaksanakan sekali dengan hobi menangkap gambar, boleh juga dijalankan seiring dengan aktiviti trekking atau berkhemah, memancing dan berkayak, memancing sambil cari port makan terbaru ataupun memancing sambil mengorek hidung. Malah banyak lagi aktiviti lain yang boleh dikaitkan dengan memancing, terpulang pada kreativiti serta tahap imaginasi masing-masing.


forum memancing haruslah bertemakan ikan...


muka depan Anglers Society

Selaras dengan itu, Angler Society ditubuhkan. Ianya merupakan forum terbaru hasil kegigihan beberapa anak muda pemancing yang cintakan aktiviti sihat ini. Tujuan utama ialah untuk menyediakan satu lagi platform untuk pemancing-pemancing di Malaysia. Selain dari Malaysia, Anglers Society ini juga mengalu-alukan para pemancing dari Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei dan juga dari serata donia, hatta dari Hulu Pedalaman Amazon sekalipun agar dapat berkumpul secara maya, berkongsi tips2 serta cerita ilmu pancingan tanpa perlu melepak di kedai kopi sehingga jam 2-3 pagi yang akhirnya dimarah isteri sebab pulang lewat.

 layout forum Anglers Society...

Anglers Society menyediakan platform bagi team-team memancing yang ada di Malaysia untuk memantau sendiri pergerakan dalam team mereka. Setiap team akan diberikan ruang khas atas nama team mereka sendiri dan seorang moderator dari kalangan ahli yang mereka pilih sendiri. Di dalam ruangan khas team ini, setiap team bebas membuka topik sendiri dan juga bebas untuk membincangkan apa sahaja selagi ianya tidak menyinggung orang lain. Ahli-ahli dari team yang berlainan juga amatlah digalakkan untuk melawat rumah team yang lain untuk mengeratkan lagi silaturahim antara pemancing maya.

antara team yang telah menjoinkan diri...

Ruang yang biasa ada pada forum memancing juga disediakan seperti ruangan Laporan memancing, Perbincangan Am, Fotografi, Alam Sekitar, ruangan mengenai Penjagaan perkakasan memancing, D.I.Y, dan juga ruangan jual beli.

Semangnya Anglers Society masih cukup baru. Kalau masak air, tak sampai pun lagi tahap suam-suam kuku. Pasti ada banyak lagi ruang untuk penambahbaikan oleh pihak admin Anglers Society dalam menyediakan platform yang terbaik untuk pemancing. Kepada Anglers Society, kami dari PAT mengucapkan agar sentiasa maju kehadapan serta menjadi satu lagi laman web ataupun forum yang berguna yang boleh dijadikan rujukan serta panduan kepada pemancing yang sentiasa dahagakan ilmu.

Selasa, 10 Januari 2012

Penutupan MFN...

Hari ini 10hb... lagi tiga hari satu legasi dalam dunia pancingan mungkin akan berakhir... Malaysian Fishing Net (MFN) bakal ditutup... mungkin sesuai rasanya aku buat satu entri berkenaan ini dalam blog PAT ni... lagipun PAT wujud di dalam MFN terlebih dahulu... 

 Malaysian Fishing Net... sejak bila Home page dia berubah aku pun xperasan...

Perutusan dari tuan tanah Mr. Vincent...

MFN bagi aku telah berjaya menghubungkan ramai pemancing seluruh tanah air... dari utara hingga ke selatan... dari semenanjung ke Sabah dan Serawak... ambil contoh PAT... ahlulnya yang bertaburan di serata pelusuk tanah air... banyak ilmu memancing tersirat dalam MFN...


 Layout MFN dan Rumah terkini PAT dalam MFN...

Kalau ikutkan pengsearchan aku kat MFN... rumah pertama PAT di MFN adalah pada 3/5/2008... ini kira secara rasmi nama Puaka Anglerz Tribe digunakan... Gemang yang bertanggungjawab mempuakakan semua wajah-wajah geng PAT masa tu... diawal penubuhan PAT di MFN... ermmmmmmmmm... buleh tahan juga kritikan-kritikan dari warga MFN... tapi itu semua tidak menjadi pematah semangat untuk kami terus berforum... janji xkacau orang... dan seingat aku... belum ada lagi kes PAT sesaja kacau orang... kami dihimpunkan dalam PAT atas dasar satu hobi yang sama... berkongsi cerita... ada kata sampah... tapi di PAT... kami percaya someone trash is someone else treasure...


dari Rumah Kongsi ke Puaka Anglerz Tribe...

Sebagai membuktikan PAT bukan sekadar pemancing siber... beberapa trip telah diaturkan... samada trip solo ataupun trip majoriti PAT... semuanya dikongsikan bersama di MFN... PAT juga ada menganjurkan beberapa mini tournament antara ahlulnya dan juga yang terbuka seperti Haruan King yang tebuka kepada seluruh warga MFN... beberapa cenderahati PAT seperti baju-t... topi... patches dan sedang menunggu untuk disiapkan oleh kedai iatu sticker telah dan akan dikeluarkan... dan yang lebih menarik lagi adalah baju collumbia limited edition untuk warga PAT sumbangan Gemang... ermmmmmm... mana lagi nak cari geng pancing yang bagi baju collumbia free kat team members??? hehehehe... Lebih membanggakan lagi ialah bila ada warga PAT yang berjaya menghasilkan artikel memancing untuk majalah pancing tempatan... tidak salah rasanya jika aku katakan perkembangan ini juga adalah hasil dari ruang yang diberikan oleh MFN sebagai platform untuk warga PAT berkongsi laporan memancing... melalui laporan-laporan memancing ini sedikit sebanyak melatih warga PAT untuk menulis dan menghasilkan artikel...

Apapun... keputusan Mr. Vincent untuk menutup MFN adalah sangat dihormati... MFN telah memberi impak yang besar bagi sebahagian besar pemancing... hingga ke saat ini aku masih mengharapkan yang MFN tidak ditutup dan terus bertahan... walaupun banyak laman sosial lain yang muncul... bagi kebanyakan warga PAT... MFN masih lagi menjadi salah satu laman web wajib dibuka setiap hari... walaupun ada kalanya xda la nak posting apa-apa pun... huhuhuhu...

Haruan Championship 2011- Keep Casting.

Tahun 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya... begitu juga dengan tournament kecilan yang dianjurkan oleh PAT di Malaysian Fishing Net (MFN)... tournament yang berlangsung sepanjang tahun 2011 ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari warga MFN... terima kasih kepada semua yang terlibat...

Poster Pertandingan

Kepada sesiapa yang nak Daiwa Aggrestdan kemeja Columbia free, sila tempek hasil-hasil anda. Yang mendahului, akan diupdate di posting kedua oleh RC. Hadiah-hadiah lain mungkin(rod?) akan ditambah dari semasa ke semasa. Semoga cempanziship kecil ini dapat memeriahkan lagi dunia MFN kita. Selamat memancing...

Buat masa ini... pemenang sudah ditentukan... namun PAT masih memberi peluang kepada sesiapa yang mempunyai sebarang bantahan untuk menyalurkan bantahan terus kepada PAT dalam masa seminggu berakhir 8 Jan 2012 untuk pihak kami membuat penyiasatan dan pertimbangan... jika tiada bantahan maka keputusan adalah kekal...

Pemenang Haruan Hunter 2011

atam

 

Gambar timbang jarak jauh
 Jarak dekat
 Berat sauk

Caster: ATEH
Reel: Curado 201e7
Rod: Seahawk
Line: Power Pro 20lb
Leader: Berkley Varnish 30lb
Lure: Katak lembut
Berat: 3.54kg-0.28kg(berat sauk) = 3.26kg.


Tahniah diucapkan kepada Ateh... terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah menghantarkan gambar dengan hasil tangkapan masing-masing... ini membuktikan masih ada lagi haruan monster di luar sana... apa yang perlu adalah sedikit skill dan usaha... selebihnya rezeki dariNya...