Selasa, 10 Januari 2012

Haruan Championship 2011- Keep Casting.

Tahun 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya... begitu juga dengan tournament kecilan yang dianjurkan oleh PAT di Malaysian Fishing Net (MFN)... tournament yang berlangsung sepanjang tahun 2011 ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari warga MFN... terima kasih kepada semua yang terlibat...

Poster Pertandingan

Kepada sesiapa yang nak Daiwa Aggrestdan kemeja Columbia free, sila tempek hasil-hasil anda. Yang mendahului, akan diupdate di posting kedua oleh RC. Hadiah-hadiah lain mungkin(rod?) akan ditambah dari semasa ke semasa. Semoga cempanziship kecil ini dapat memeriahkan lagi dunia MFN kita. Selamat memancing...

Buat masa ini... pemenang sudah ditentukan... namun PAT masih memberi peluang kepada sesiapa yang mempunyai sebarang bantahan untuk menyalurkan bantahan terus kepada PAT dalam masa seminggu berakhir 8 Jan 2012 untuk pihak kami membuat penyiasatan dan pertimbangan... jika tiada bantahan maka keputusan adalah kekal...

Pemenang Haruan Hunter 2011

atam

 

Gambar timbang jarak jauh
 Jarak dekat
 Berat sauk

Caster: ATEH
Reel: Curado 201e7
Rod: Seahawk
Line: Power Pro 20lb
Leader: Berkley Varnish 30lb
Lure: Katak lembut
Berat: 3.54kg-0.28kg(berat sauk) = 3.26kg.


Tahniah diucapkan kepada Ateh... terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah menghantarkan gambar dengan hasil tangkapan masing-masing... ini membuktikan masih ada lagi haruan monster di luar sana... apa yang perlu adalah sedikit skill dan usaha... selebihnya rezeki dariNya...

Tiada ulasan: