Memancing semamangnya satu hobi yang menarik. Banyak hobi-hobi lain yang boleh dikaitkan secara automatik ataupun secara manual dengan hobi memancing. Kita ambik contoh, memancing boleh dilaksanakan sekali dengan hobi menangkap gambar, boleh juga dijalankan seiring dengan aktiviti trekking atau berkhemah, memancing dan berkayak, memancing sambil cari port makan terbaru ataupun memancing sambil mengorek hidung. Malah banyak lagi aktiviti lain yang boleh dikaitkan dengan memancing, terpulang pada kreativiti serta tahap imaginasi masing-masing.
Selaras dengan itu, Angler Society ditubuhkan. Ianya merupakan forum terbaru hasil kegigihan beberapa anak muda pemancing yang cintakan aktiviti sihat ini. Tujuan utama ialah untuk menyediakan satu lagi platform untuk pemancing-pemancing di Malaysia. Selain dari Malaysia, Anglers Society ini juga mengalu-alukan para pemancing dari Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei dan juga dari serata donia, hatta dari Hulu Pedalaman Amazon sekalipun agar dapat berkumpul secara maya, berkongsi tips2 serta cerita ilmu pancingan tanpa perlu melepak di kedai kopi sehingga jam 2-3 pagi yang akhirnya dimarah isteri sebab pulang lewat.
layout forum Anglers Society...
Anglers Society menyediakan platform bagi team-team memancing yang ada di Malaysia untuk memantau sendiri pergerakan dalam team mereka. Setiap team akan diberikan ruang khas atas nama team mereka sendiri dan seorang moderator dari kalangan ahli yang mereka pilih sendiri. Di dalam ruangan khas team ini, setiap team bebas membuka topik sendiri dan juga bebas untuk membincangkan apa sahaja selagi ianya tidak menyinggung orang lain. Ahli-ahli dari team yang berlainan juga amatlah digalakkan untuk melawat rumah team yang lain untuk mengeratkan lagi silaturahim antara pemancing maya.
antara team yang telah menjoinkan diri...
Ruang yang biasa ada pada forum memancing juga disediakan seperti ruangan Laporan memancing, Perbincangan Am, Fotografi, Alam Sekitar, ruangan mengenai Penjagaan perkakasan memancing, D.I.Y, dan juga ruangan jual beli.
Semangnya Anglers Society masih cukup baru. Kalau masak air, tak sampai pun lagi tahap suam-suam kuku. Pasti ada banyak lagi ruang untuk penambahbaikan oleh pihak admin Anglers Society dalam menyediakan platform yang terbaik untuk pemancing. Kepada Anglers Society, kami dari PAT mengucapkan agar sentiasa maju kehadapan serta menjadi satu lagi laman web ataupun forum yang berguna yang boleh dijadikan rujukan serta panduan kepada pemancing yang sentiasa dahagakan ilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan