Foto & teks oleh Terubuk
Rasanya seperti sudah beberapa purnama aku tidak menjejakkan kaki ke
Lundu lantaran kesibukan kerja serta komitmen terhadap keluarga.
Sesekali bila ada peluang pastinya aku tidak akan melepaskan peluang
untuk mengunjungi daerah yang tercinta ini.
Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini. Memancing antara aktivi yang pastinya aku takkan lepaskan sekiranya berpeluang kembali kesini. Disini pilihan samada untuk memancing udang galah atau ikan terpulang kepada anda. Sebab ada banyak tempat yang tersedia untuk membolehkan kita (pemancing) untuk meredakan kegatalan tangan akibat menahan keinginan untuk memancing.
Oleh kerana aku lebih minat memancing ikan di muara sungai jadi kesitu la aku setiap kali aku berpeluang balik ke kampung..
Sebagai pemancing yang hanya mampu bergantung kepada lokasi tepian sungai faktor pasang surut amatlah dititikberatkan. Ini adalah kerana sekiranya leka atau lalai makanya pastinya pemancing akan terperangkap disesuatu lokasi kalau air dah memenuhi kawasan atau trek berjalan kaki. sekiranya air terlalu surut pula hanya ikan-ikan kecil sahaja yang tinggal di lokasi.

Lokasi yang aku kunjungi adalah lebih kepada tepian sungai aje
memandangkan budget untuk menyewa bot takde.. lagi pun aku memancing di
kampung ni trip last menet.... kalo da kelapangan terus terjah...
Suka juga untuk diingatkan bahawa faktor jalan atau trek licin juga
harus diambil perhatian serius. Ini adalah kerana ianya mampu
mendatangkan kecederaan kepada pemancing tepian sungai atau pun pantai
seperti saya.
Amatlah tidak digalakkan kepada para pemancing untuk memancing dengan
merendamkan kaki didalam air, menyelam mahupun berenang untuk
menyelamatkan gewang kerana ini adalah kerana kawasan yang sering saya
kunjungi juga dihuni oleh Sang Bedal lagi pun arus yang adakalanya agak
kuat juga boleh mengundang bahaya. Oleh itu sekiranya gewang tersangkut
atau apa jua kesnya biarkan sahaja gewang itu. Nyawa lebih penting
bukan?
Kepelbagaian spesis ikan yang boleh dipancing di sekitar kawasan tepian
sungai ataupun laut ini membuatkan aku seronok untuk memancing disini.
Walaupun saiz nya bukanlah dari saiz yang boleh dibanggakan sangat
tetapi dengan menggunakan set aksi ringan pastinya pertarungan akan
lebih mencabar.
Untuk melakukan acara pancingan di kawasan berbatu amatlah digalakkan untuk menggunakan tali perambut yang agak kasar. Ini adalah kerana saya sendiri sudah banyak kali kejadian tali perambut terputus akibat bergeser dengan batuan yang tajam ditumbuhi teritip.
Saya sering menggunakan perambut 20 ke 30 paun. Adakalanya saya menggunakan sehingga 40-50 paun. Mungkin agak melampau bagi sesetengah individu akan tetapi ianya terpulang kepada kawasan permainan. Mana tahan kalau dalam masa beberapa minit sahaja 2-3 biji gewang lebur menjadi tukun akibat perambut putus digeser sang ikan ke batuan tajam. Tiada jenama yang boleh saya syorkan. Ianya terpulang kepada kemampuan dan citarasa masing-masing.
Saya seringkali menggunakan kekili bersaiz lingkungan 2000 dan joran dalam kekuatan 6-12 paun dan adakalanya 8-17 paun untuk memancing disini. Penggunaan set yang lebih ringan pastinya lebih mengujakan akan tetapi secara peribadi saya tidak menggunakan set yang lebih ringan kerana harga set nya yang agak berat untuk saya memilikinya...
Biar apa pun janganlah ianya menghalang kita untuk menikmati kenikmatan hobi "hanyir" kita ini.
Untuk pemilihan gewang pula saya seringkali menggunakan gewang selaman cetek kerana kebanyakan tempat yang saya sering kunjungi hanyalah berkedalaman beberapa meter sahaja.
Warna gewang juga haruslah sesuai dengan warna diet ikan dan keadaan air dan cuaca pada ketika trip dilakukan. Jika kena pada saat dan ketikanya hasil pancingan boleh menjadi agak lumayan.
Oleh kerana itu saya agak sukar untuk menjawab apabila diajukan soalan tentang gewang killer di sesuatu tempat. Saya cuma boleh mengesyorkan profil dan warna sahaja. Yang lainnya terpulang kepada usaha dan kreativiti pemancing itu sendiri untuk mengaplikasi dan mengadaptasi teknik serta tips yang ada.
Antara hasil yang berjaya dipancing...

3 ulasan:
Kalau ada trip casting area kuching, ajak lah sy sekali..sy ada di kuching 15 dis 2012 sampai buka Sekolah..xda geng nak mancing Kt kuching..0166810701 iqbal.
Sy bru bljr casting..minat juga p casting klu ada otai2 join skali..blh timba ilmu smbil dpt ikan
Dont forget CnR concept (CATCH AND RELEASE)
Catat Ulasan