Sabtu, 21 November 2009

TRiP KoH SeMi LiaN - aSYiK-aSYiK aKuLaH PuLaK…

Foto & Teks oleh Roosta Caster

Ahli Komplot;
ZaN
PK BaKaR
GiaNT SPeeDHoBBieS
oF CouRSe, aKu La...
Tekong : BRo ZaMRi.
Tarikh Trip : 3hb. Oktober 2009


" Aku on the way pi Koh Semi Lian ni...", jelas PK Bakar melalui phone kepada kawan-kawan dia yang memancing
di sangkar mana entah...
Hmm... elok jugak aku buat report TRiP KoH SeMi LiaN pulak, selama ni asyik-asyik dok buat Trip Pulau Sembilan saja...
Meluatlah pulak orang nak membacanya nanti...

Dipendekkan cerita, selepas sebulan cuti mancing sebagai menghormati Ramadhan serta menghormati badan
masing-masing daripada terdera ketika berpuasa, sampailah kami ke kabin Kampung Permatang yang telah
dibaikpulih seadanya. Selain kabin, jeti tambatan bot Pulau Sembilan Safari I dan II juga turut dinaik taraf.
Adalah menjadi satu kemalangan kepada tuanpunya kerana meninggalkan simen yang belum kering sepenuhnya
kepada kami...
Maka berlakulah kes vandalisma yang terancang gara-gara ingin meninggalkan signature masing-masing di "Hall of Fame" di jeti Kampung Permatang ini...



Aku...


ZaN...



Giant pun tumpang sekaki... Bro Rosli, jangan marah, ek..?

Subuh menjelang dan kedengaran tiupan angin yang agak ganas merisaukan kami sedikit sebanyak trip ini mungkin terpaksa dibatalkan.
Mujurlah selepas selesai sarapan dengan selesa dan tapau ration seadanya, cuaca nampak agak
bersimpati kepada kami yang telah mengharungi 200km semalamnya untuk melunaskan hajat yang telah terpendam sebulan lamanya...
Selebihnya layan gambar sajalah bersama sedikit sebanyak komen merapu aku...



Pergh! Bukan kabin dan jeti saja improved, tekong pun turut upgraded... Nasib baik masih dapat mengecamnya lagi berpandukan rekod "gate keretapi" beliau...



Samada bot ni terkejut dengan penampilan baru tekong ataupun terkejut sentuhan ganas Giant, baru keluar kuala dah nak meragam...
Mujurlah ramai McGyver berada di atas bot, maka masalah teknikal berjaya juga diselesaikan sebelum mood masing-masing
tercalar...



Cuaca kiri kanan depan belakang... 50-50 saja... InsyaAllah OK kut, kasting tepi-tepi pulau saja...
Apa-apa jadi sambar life jacket dan kayuh naik pulau saja...



Bila cuaca tak menentu, Giant, PK dan Zan pun turut jadi tak tentu hala juga tunjuk port GT sana sini...
Sorang kata di sebelah sana, sorang kata di sebelah sini...


Imej ikan pada jam tak ada sekor pun yang kaler hitam...
Maknanya ikan tak frenzy pada waktu ini. Tapi usaha tetap dilakukan,
rezeki bukan di jam tangan..


Tak tunggu lama... sampai saja pulau pertama, bertubi-tubi serangan dilancarkan...
Namun, Azizan juga yang membuka tirai...


Tak sempat aih tekong nak sauk ikan. Angkat naik macam mengai ikan puyu saja...

Lepas tu singgah kat "Pulau Botak" pulak. Sejarah terdahulu memberitahu GT kat sini memang ganas sikit, tapi
sebab malas nak tukar gear melepaslah peluang aku menaikkan lesen dari sambaran pertama.
Sudahlah ikan tu tak naik, anak ikan albino yang aku baru dapat dua-tiga hari lepas pulak disapunya.
Walaupun mancing di Pulau Sembilan GT dia tak sebesar mana, tapi struktur batu-batu di tepi pulau ada ketikanya memberi kelebihan kepada penghuni-penghuninya...
So, always expect for the unexpected!



Selepas letih melakukan senaman regangan tangan, pukul 10.45AM Giant dapat jugalah lesen yang tak kurang hebatnya... Marlin Singapore!
Saiz ikan terpaksa disembunyikan kerana tidak mahu menunjukkan saiz Giant yang sebenarnya secara perbandingan...

Cikgu Bakar pulak dengan gatalnya mereleasekan lesen Marlin juga gara-gara melonggarkan drag semata-mata nak dengar drag berbunyi...
Sudahnya sampai balik ikan tak nak dah main tarik tali dengan dia...
Takpa Cikgu, Koh Semi Lian tak ke mana... Bulan depan kita datang lagi...

Aku? Macam biasalah, lambat sikit panas... Aku datang kali ni cuma dengan satu misi, belajar layan BC dan cuba untuk pecahkan dara BC aku...
Alhamdulillah termakbul juga hajat aku pada percubaan kedua ini...






Pecah dara dengan GT lagi... Walaupun hanya 1.4kg saja, tapi orang sebut GT juga...




Pukul 1.00 ~ 2.30PM kami lepak kat Pulau Lalang macam biasa sementara menunggu air pasang semula. Sementara air pasang sempatlah kami pasang api masak menatang ni...
Untuk geng PAT, memang makbul doa korang nak tengok aku "makan bihun"
pada trip ini, cuma sayang ianya bihun PAMA saja...


Giant pulak time inilah nak lepas gian main mercun bola. Nak main kat rumah takut berebut dengan anak-anak...

Dari pukul 2.30PM sampailah pukul 5.00PM barulah naik sekor lagi. Kali ni Talang saiz 3kg. Sebelumnya satu lagi minnow Rapala Shad Rap aku leboh dikebas GT juga...




Talang ni naik dengan Yozuri 10cm. Boleh belilah gewang ni sebab renangan dan selaman dia memang mencukupi untuk mengorat penghuni-penghuni Koh Semi Lian ni..



Aku kata korang tak caya... Ini buktinya satu lagi... Bukan Talang saja minat, tapi GT pun terliur...Kali ni 2kg saja, tapi tetap best dengan set up yang ringan.


Apapapun mata ori yang datang sekali dengan gewang kalau dapat ditukar dengan yang lebih solid tentunya dapat mengelakkan kes sebegini. Elok-elok GT naik bot saja terus tertanggal...
Itu baru yang saiz 2kg, kalau saiz 20kg memang tak pernah ada lagi la kat sini...



Ini pulak saiz lebih dari 2000kg! Giant ni kalau dia bebal tak dapat tarik ikan, semua benda nak ditariknya...
Hari tu tarik buluh tuas, kali ni dia tarik pulau pulak dah…


On the way back to the jetty.


Penat tarik pulau!


Ini sajalah rezeki untuk hari ini. Bolehlah sorang sekor...



Ini pula kaedahnya bila sekor nak bagi nampak macam dua ekor...
Belah belakang supaya cepat masak dan garing untuk dibuat sweet sour...


Kena pulak lunch kat luar rumah... cakap pun tak guna...

Sekian saja report aku yang sekadar untuk kasi havoc thread ni selepas sebulan sunyi...
Ikan tak seberapa, report jer berjela... Bukan apa, kan orang kata
kita harus "enjoy the journey", bukan enjoy di penghujung jalan...
Kalau ada salah dan silap aku tetap memohon maaf walaupun raya sudahpun berlalu...
Agak masih tak puas hati, offer aku tetap ON. Jom rentap skali..
Barang diingat, aku dah jumpa fish finder version terbaru vision dua alam untuk menjejaki kedudukan
GT-GT KoH SeMi LiaN ini dengan tepatnya...



Disebabkan menatang inilah maka trip kali ini menjadi trip "aSYiK-aSYiK aKuLah PuLaK!"
Kalau korang tak ada benda ni belajar-belajarlah cari satu…

Peace… RooSTa_CaSTeR.

Tiada ulasan: