Sabtu, 21 November 2009

PBH : Pusing keliling kampung...

Foto & Teks oleh Burned Steel

Ujung minggu lepas aku balik ke Tapah kerana ada urusan keluarga dan akan ke Ipoh untuk beberapa urusan. Hari Sabtu aku drive ke Ipoh dari Tapah. On da way tu aku dapat satu call dari Poy a.k.a BeruduMakanGewang yg mengajak aku untuk casting pada hari Ahad. Aku terus call atiq dan dia pun setuju... Cun gak tuh. Lama tak casting PB dah... Kalau ada pun cuma sekejap2 dan bukannya memang mensasarkan PB. Balik dari Ipoh pada tgh malamnya, aku sms man haro plak untuk ajak join sekali. Terus dia setuju... Huhuhuhu... Ada gak geng nak gerak dari Tapah ke Batu Gajah.

Pagi ahad man haro tiba di rumah mertua ku. Kami terus gerak dari Tapah pada jam 7.30 pagi. Sesudah menyinggah untuk tapau sarapan, kami terus menuju Batu Gajah di mana poy dan atiq menunggu di sana. Poy kata nak casting start dari Batu Gajah membawa ke Kampar. Banyak port nampaknya tuh... Sampai lebam la casting... Hehehehehe... Sampai ja kat Batu Gajah, poy, atiq dan pierre man dah menunggu kat restoran mamak. Lepak2 jap kami pun terus gerak dengan 3 buah kereta.

Aku masih tak pasti ke mana tujuan kami sebenarnya. Jauh jugak perjalanannya... Erm... Kata nak try Batu Gajah dulu. Ni dah jauh drive tapi port tak sampai2 lagi. Lepas lama driving, sampai la kami ke Pekan Tg Tualang... Pulok doh... Nak masuk Air Kuning ker? Dan tekaan aku betul... Gila apa masuk Air Kuning aku sampai ke Batu Gajah? Kalau gerak dari Tapah straight ke Air Kuning lagi dekat. Jauh lebih dekat sebenarnya berbanding aku ke Batu Gajah dan patah balik ke Air Kuning. Huhuhuhuhu... Sengal betul lah...

Lepas melalui dua jambatan untuk ke Air Kuning, poy memasuki simpang jalan kebun yg menghala ke Sg Lesung di sebelah kiri. Umang aih... Ke mana plak kali nih? Bukan ke Air Kuning ker? Kalau nak ke Sg Lesung, dari umah mertua aku cuma 10 menet jer? Gila ah... Jauh2 driving nak gi Sg Lesung je ker? Aku terus call atiq yg memandu kereta lain. "Gi mana nih wei?" tanyaku. "Ntah Poy. Aku pun tak tau. Nanti aku call Poy" jawab Atiq. Tiba2 dua kereta di depan pun berhenti. Aku turun dan tanya pada dorang. "Masuk AK la" jawab Poy. "Gila apa masuk AK ikut sini wei? Ni nak balik umah mertua aku nih" kataku. "Eh. Ye ker? Aku tak tau jalan sebenarnya" jawab Poy dengan muka selamber. Adoi... Tepuk dahi ler aku... Nampak gaya cam konpiden... Ceh... "Pollow aku ler masuk AK. Simpang dia belah kanan ler" aku memberi arahan.

Setelah menukar haluan, kami akhirnya tiba di AK hampir jam 11 pagi. Lewat dah nih rasanya. Ikan kat sini galak belah pagi biasanya. Takpa lah. Cuba jer la. Ada rezeki ada la... Setelah persiapan dibuat, kami terus memilih port masing2. Memang PB agak kurang galak ketika itu. Sambaran pun kurang kelihatan. Agak lama menghayun gewang, masih belum ada sambaran. Pierre man yg menggunakan teknik spin fly akhirnya mendapat satu sambaran daripada spisis buruan.


Sambaran pertama semasa matahari tegak di atas kepala.


Spesimen yang agak kasar...


Jarak dekat PB dan umpan fly.

Setelah menaikkan PB pertama, atiq dan poy juga bertukar kepada teknik spin fly. Aku masih menggunakan hard lure. Bukan sebab taknak guna spin fly tapi sebab aku takda mata fly dan batu pemberat. Hehehehe... Panjang tangan jugak la casting tanpa sambaran nih. Man haro plak aku tgk tgh rilek2 bawah pokok... Wah... Hati senang nampak... Takdak ikan pun boleh bersenang lenang... Kekekekeke... Setelah beberapa ketika, tiba giliran Poy pulak mendapat sambaran.


Org lain plak jadi tukang gigit rod... Kekekekeke...


Poy dengan tangkapannya...


Jarak dekat PB dengan umpan fly...

Aku masih tidak mendapat apa2 sambaran. Port dah bertukar2 banyak kali. Tapi masih tiada nasib. Tangan pun dah rasa makin panjang. Panas matahari pun tak hengat punya... Rasa nak pitam pun ada... Rasa cam nak join jer man haro bersenang lenang di bawah pokok. Hehehehe... Dalam sedang leka menghayun gewang, akhirnya aku mendapat satu sambaran. Baru beberapa karauan dibuat, PB tersebut membuat aksi akrobatik. Aku tergamam seketika. Eh... Tak lucut lagi rupanya... Dan beberapa karauan lagi dibuat dan sekali lagi PB tersebut melompat tinggi dan mencampak gewang aku jauh sekali. Warghhhh... Lucut jugak akhirnya... Takdak rezeki...

Aku pun terus ke kereta untuk makan nasik lemak yg dibungkus tadi. Aku, man haro dan atiq pun menjamah la nasik lemak utk sarapan (walaupun dah masa makan tgh hari). Syok wooo tgh2 hari duk bawah pokok sambil makan... Hehehehehe... Dah ikan takmo makan. Kami la makan... Pierre man dan Poy masih tekun memancing. Dah lesen pun takmo rehat lagi... Hebat2... Huhuhuhuhu...

Lepas makan kami kembali ke tepi lombong. Poy dah mula memberi makan buah sawit tinggal kepada anak2 ikan di tepi lombong... Sah dah busan nih... Alasan nak kumpul anak ikan biar PB keluar la konon... Ceh... Dasar takda kerja... Kekekekeke... Akhirnya keputusan dibuat untu berpindah port... Ikan sini tak mau makan... Air pun surut teruk... Mungkin sebab tu ikan banyak main di tengah. Agaknya la... Org kalau kumpau nih macam2 spekulasi dia buat... Huhuhuhu...

Kami keluar terus dari Air Kuning memandangkan ikan yg kurang galak di waktu tgh hari. Kami terus menuju ke lombong berhampiran Sg Chenderiang. Biasanya ikan belah sini plak galak makan masa tgh hari. Kami singgah sini sementara sahaja untuk ke lubuk lain pulak. Di lombong ini, air kelihatan naik dengan tinggi sekali. Keruh teruk sampai hijau jadinya. Jarang lombong nih airnya keruh. Takpa la... Cuba la sekejap.

Setelah berpanjang tangan sekali lagi, ikan tetap tidak mahu menjamah umpan. Hanya beberapa kali sambaran yg tak lekat ja yg aku terima. Pierre man dan poy pula dengan baik hatinya menyedekahkan umpan fly mereka kepada dawai pagar yg dipasang di tengah lombong diikuti dengan atiq yg menyedekahkan rapala xrap08 kaler red head. Kekekekeke... Baik sungguh hati korang nih... Aku cuba call wanpb untuk mengajaknya menyertai kami. Dia setuju dan sementara menunggu ketibaannya, kami hanya bersembang2 dan casting pun hanya suka2. Dan dalam suka2 tuh, sekali lagi poy mendapat sambaran dari spisis pemangsa... Berkokok terus la mamat nih... Isk...


Poy dengan riaknya... Kekekekeke...

Setelah wanpb tiba, kami terus berpindah lokasi lagi dan kali ni ke lombong dalam kawasan SMTD. Jalan nak masuk dah cam rupa nak masuk ke rumah penyamun. Gila punya bersemak. Habis calar2 keter aku... Adedeh... Port ini agak tersorok dan menyeramkan... Kekekeke... Tapi lawa portnya... Nampak berpotensi. Hanya beberapa balingan sahaja atiq telah mendapat sambaran dari spisis PB... saiz di sini nampaknya kecil2 sahaja tapi jadi lah daripada takda lansung... Setelah membuang mata kail dari PB tadi, lontaran berikutnya dari atiq sekali lagi mendapat sambaran. Poy yg berada berhampiran juga mendapat sambaran dari spisis PB...


Atiq dengan PB pertamanya...


Jarak dekat PB dengan gewang...


Double hook up PB...


Jarak dekat PB dan gewang mereka...

Setelah mengambil gambar mereka, aku meneruskan sesi casting... Satu sambaran aku terima dari spisis PB yg juga bersaiz kecil... Jadi ler... Janji ada... Setelah melayan untuk seketika aku pun cuba mengangkatnya ke darat. Semasa mengangkat, Pb tersebut menggelepar lalu terlucut dari mata kail dan jatuh kembali ke dalam lombong. "Hah!!! Tak kira woi!!!" jerit atiq dan wanpb serentak sambil menggelakkan aku. "Celako... Aku tau la bongok... Tak payah korang cakap pun... Menyakitkan hati betol lah... Cis!!!" kataku dalam hati jer la... Kekekekeke... Takdak rezeki lagi... Asik lucut ja... Takdak ong ka ini hari?

Baru nak melayan PB kat sini, hujan tiba2 turun dengan lebat. Kami semua terus membuat keputusan untuk keluar dari situ dan menuju ke kedai makan. Sebaik kami keluar dari situ, hujan lebat bertukar menjadi ribut dan angin yg sangat kuat. Mujur ler sempat keluar... Dah la kat situ tiap2 hari hujan lebat dan ribut dan setiap hari jugak ada pokok tumbang... Huhuhuhu... Ngeri ah... Dan akhirnya, tiba juga kami ke kedai makan...


Menjamu selera...


Tukang amik gambar kami masa makan... Hehehehe...

Mula2 tuh ingatkan nak balik jer lepas makan. Tapi sembang punya sembang, keputusan baru plak dibuat. Sambung lagi kat Lombong Chenderiang plak... Fuhhhh... Gelap2 pagi dah kuar rumah, ni dah dekat nak gelap malam pun nak sambung lagi... Gila ah korang nih... Tegar sungguh... So, lepas selesai makan dan hujan berhenti, kami terus ke lombong Chenderiang pulak. Sesampai di situ, masing 2 tanpa membuang masa terus casting. Juga tiada sambaran untuk lokasi pertama... Man haro awal2 lagi telah mencari port yg agak jauh. Aku pulak dengan perlahan2 bertukar port sedikit demi sedikit. Tiba2 man haro memanggil aku untuk ke tempatnya.

Sampai port man haro casting, aku nampak dah bersepah PB atas tanah. Gila banyak mamat nih angkut PB... Bila nak amik gambo dia, malu2 plak katanya... Kekekekekeke... "PB tu nak bawak balik ke nak lepas man?" tanyaku. "Nak lepas balik tapi biar jap kat situ, kang lepas terus yg lain lari" katanya. Aku pun cuba2 casting dan akhirnya dapat jugak aku menaikkan PB dengan gewang pinjam dari man haro. Gewang yg aku punya haram tak dipandangnya. Kat situ PB dia memilih kaler. Nak yg red head atau putih atau yg kaler lebih kurang. Kotak gewang aku tinggal plak kat kereta. Lagipun aku takde gewang kaler macam tu...


Aku dan PB dengan gewang pinjam...

Lepas tu jer semua yg lain pun datang ke situ. Masing2 dapat menaikkan PB yg agak banyak dalam masa yg singkat. Nak amik gambar pun malas dah... Setelah seketika casting, ikan2 tadi pun dilepaskan semula ke dalam lombong. Memang betul kata man haro. Lepas je ikan2 tadi dilepaskan semula, kumpulan besar PB tadi terus tidak mahu menghentam gewang dan beredar dari situ... Casting macam mana pun tiada lagi sambaran. Masing2 pun kembali menukar port sekali lagi...


Wanpb dengan tangkapannya...


Gilo takda kerja budak atiq nih... Kekekekeke...

Bila sudah hampir gelap, kami pun bercadang untuk pulang... Sehari suntuk dah casting kat macam2 port... Dah lebam rasanya... Kekekekeke... Tapi walaupun penat, kami semua seronok dapat casting beramai2. Memang best santai2 camnih sebelum bulan Ramadhan tiba... Nanti lepas raya pasti akan ada sesi repeat... Hasil PB memang banyak tapi hanya 2 ekor sahaja yg dibawa pulang dan selebihnya di CnR dengan selamat... Hehehehe... Tu jer lah report tuk kali nih... Terima kasih kepada yg sudi baca...


Gambar kenangan sebelum pulang...

Tiada ulasan: