Rabu, 18 Mac 2009
TRiP aiR GaNDa - SiPiTuNG VS KoBoi oTai...
Ahli Komplot;
Aku dgn Boss jer...
Tekong : Wadak ( ini pun tekong ganti kepada Sham aka Nyamuk! )
Tarikh Trip : 8hb. Mac 2009
Trip ke Air Ganda ni untuk mancing sambil bersantai bagi release tension kerja dan melepaskan gian memancing saja. Kalau diikutkan hati memang nak naik dengan tekong tersohor Air Ganda iaitu Yusof, tapi dia ni setiap hujung minggu mahupun cuti umum memang sudah fully booked. Disebabkan gatal juga hendak memancing di sana maka terpaksalah menempah bot dengan Pak Din dan booking Sham atau "Nyamuk" sebagai tekong mengenangkan semasa memancing pada cuti Tahun Baru Cina bulan Januari lepas kami naik dengan dia kira okaylah juga, walaupun tidak sehebat Usop.

Kelly Lure mengambil sempena nama diperkenalkan jalijantan... 40 ekor saiz dara sunti, Toman nampak ni mesti air liur menitik tak berhenti!40 ekor? Tinggi cita-cita tu!
Sementara tunggu tekong sampai aku layan snap photo kawan-kawan yang berlepas dahulu...
Koboi otai sedang prepare equipment dia... Dah tak sabar-sabar nak belasah akulah tu...Selepas sejam dari Boss ready atas bot ni baru tekong gantian sampai dan kami meninggalkan jeti...
Top water lure yang aku modified replicate anak Toman. Boss gelakkan jer... Bukan apa, dia bagi tekanan psikologi pada aku awal-awal lagi...Hampeh! Atas sebab-sebab teknikal lure ni sudahnya jadi tukun kat Air Ganda... Lepas ni aku akan buat lain, tapi guna brand lain yang lebih bersesuaian...

Rezeki keluar lambat agaknya, sampai sahaja di spot pertama sudahpun terjumpa sekelompok anak-anak Toman. Boss pun macam biasalah, terus campak Kelly Lure dia. Lontaran Boss bersambut bila ternampak buih-buih kecil timbul dan tali pancingnya semakin menegang.Aku pun kelam-kabut tarik keluar kamera untuk merakamkannya... Sekali Boss sentak terlucutlah pulak... Mata kail tak tersangkut!Atas alasan itu Boss tidak menunggu lama, sekali lagi anak Toman naik dia campakkan umpan kelinya lagi dan kali ini juga bersambut. Memang menurut pengalaman Boss yang hampir setiap bulan memancing di sini pada tahun lepas, anak-anak Toman ini selalunya diiringi dua ekor induk jantan dan betina. Kalau bernasib baik memang akan mendapat dua sambaran, melainkan jika ada orang lain yang telah mengambil salah seekor daripadanya...
Dahpun nampak bayangan Toman pertama...
Juga bayangan gelak jahat siKoboi otai ni...
Inilah induk jantan seberat 4.8kg. Kalau yang pertama yang Boss missed tadi tentulah induk betinanya dan pastinya lebih berat lagi...
Berselang beberapa ketika Kelly Lure aku pula disambar Toman bujang. Setelah tompokan anak-anak yang pertama tadi telah tidak ada lagi kawanan anak-anak Toman yang kami jumpa. Mungkin belum musimnya lagi...









Langit semakin berat dan cuaca semakin kelam...
Pukul 6.00 petang hujan turun sekali lagi dan tidak menunjukkan tanda-tanda hendak berhenti sebelum gelap. Kata Boss kalau burung layang-layang berterbangan tandanya hujan akan berhenti, tapi nampak sangat membohongnya sebab hujan tak berhenti pun. Dalam rintik-rintik hujan itu Boss mendapat sambaran Toman bujang terakhir untuk trip kali ini. Last minute score. Kalah pulak aku dengan dia kali ni!
Tapi tak hairan sangatlah sebab masuk kali ni rasanya merupakan kunjungan dia yang ke18, sedangkan aku baru yang ke8... Ada jugalah alasan kalau aku kalah pun...
Gambar Toman terakhir ni mintak maaf sajalah tak dapat direalisasikan sebab kamera aku sudahpun dibungkus rapi gara-gara fobia dengan hujan.Melihatkan tekong kami Wadak sudahpun terketar-ketar selepas didera berhujan selama setengah jam, kami memutuskan untuk balik sahaja walaupun pada kebiasaannya boleh kasting lebih-kurang setengah jam lagi.
Sekadar ini sahajalah laporan ringkas aku untuk trip pancingan darat ini. Harap-harap hujung bulan nanti mampu kasting di laut pula, insyaAllah.Seperti biasalah, sekiranya ada salah dan silap aku minta maaf seadanya. Kepada sesiapa yang ingin memancing di Air Ganda pada ketika ini dinasihatkan bawalah bersama baju hujan dan nasihatkan juga tekong membawa baju hujan sama.Sekiranya ingin berhasil silalah bawa umpan Kelly Lure yang panjang seekor-seekor lebih-kurang satu jengkal, insyaAllah tidak akan mengecewakan.
Peace… RooSTa_CaSTeR
Rabu, 11 Mac 2009
Mancen Santai Seronok-seronok jer...







Rabu, 4 Mac 2009
Laporan Terpendek 2 - Jika dah takde Rezeki...










Kolam terbiar ini terletak di kebun nenek Alex... Di sini jugak ler aku terlepas 4 ekor haruan dimana 2 ekor darinya terlepas bila terbelit di ranting kayu dan swivel lures aku terbukak.. Tensen tak yah cakap le.. Meraung beb.. Bergema hutan tu kuikuikui... Siap victor tergelak dikala kencing... cheisss...
Anyway Thank you pada Alex, Victor, uncle Victor, Willy dan terutama kat Amir yang provide transport hehe.. Next time kita gempur Kolam Samarahan ok hahaha... Adios.. peace.