Rabu, 27 Januari 2010

TRiP P9 - oPeRaSi BeRSaMa aNGGoTa JPJ…

Foto & Teks oleh Roosta Caster

Ahli Komplot;
AMY
SHaZWaN
RoZMaN
oF CouRSe, aKu La...
TeKoNG : BRo RoSLi ToKeY BoT
TaRiKH TRiP : 23HB. JaNuaRi 2010

Assalamualaikum...
Trip Pulau Sembilan aku kali ini adalah secara berkolaborasi dengan kawan-kawan dari JPJ. Kut kena tahan dengan muka-muka ni belah area Seberang Jaya mahupun Seberang Perai bolehlah sembang-sembang pasai mancing kut-kut boleh dapat diskaun sikit saman tu...

Trip yang dirancang sejak bulan November sekali lagi macam nak jadi tak jadi gara-gara masalah dalaman tokey bot. Puas aku pesan berkali-kali supaya trip ni kena bagi jadi jugak-jugak macamana sekalipun memandangkan dua daripada anggota operasi adalah orang baru untuk acara kasting ni. Masing-masing sudah hempuk duit muka dan bershoping barang-barang kasting. Mana yang biasa shopping barang-barang pancing untuk pertama kali tentu maklum dengan modal yang perlu dikeluarkan.
Dipendekkan cerita maka trip ni terlaksana juga akhirnya... Tetapi!
Ada juga tetapinya...



Tetapinya di awal pagi 7.18AM selepas kami siap sarapan dan tapau ration, malah sudah siap angkut barang-barang ke dalam bot...
Tekong yang dinanti tak kunjung tiba juga... Sekali call, telefon tak diangkat. Telefon kali kedua nombor lain pula, tak diaktifkan pulak...
Telefon kali ketiga barulah dengar suara tekong...
"Err... nak pergi mana?", tanya tekong.
Pening ke hapa tekong ni tanya aku nak pergi mana... Rupa-rupanya belum ke laut tekong sudah "hanyut"...
Terbabas sebab penat drive balik dari Terengganu kerana kena bawa kami juga untuk trip ni. Sabor jer laa...



Lepas tunjuk skil transfer minyak, tekong lesap sekali lagi... Kali ni pi mencekik dan menapau ration sendiri pulak. Apalah tak kabor, ration kami pun lebih dari cukup.





Layan boring tunggu tekong maka macam-macam "shoot" aku hentam... Kalau tidak nanti terlebih tensen mahu aku shoot tekong pulak.

Baru padan muka langsung semua tak jadi kasting...



8.20AM baru di kuala sungai Kampung Permatang...

Nasiblah bot laju, kalau tidak tentu GT semua dah keluar rumah pergi ke Pulau Jarak dah...



8.43AM ketika matahari tingi bergalah-galah barulah kami start balingan pertama masing-masing. Kalau diikut pada kebiasaan waktu begini GT dah berada dalam sempadan meninggalkan permukaan menuju ke bahagian bawah. Dah kurang sesuai untuk popping...
Namun kerana nak melesenkan satu popper tu maka aku belasah jugalah popping...





Limabelas minit popping akhirnya...Laku juga popper DIY aku ni...
Modal RM2.50 saja 2 biji pemegang tali skipping aku tukarkan jadi popper...
Betullah macam orang yang pernah buat gewang sendiri kata sebelum ni, memang satu kepuasan bila hasil kerastangan sendiri disambar ikan.
GT pulak tu! Kecik pun GT, apa...

Lepas aku dapat lesen popper buatan sendiri sampailah break tengah hari, tiada lagi hasil lain. Dua kali Rozman dapat strike, satu tak hook up dan satu lagi main line 30lb dia putus. Dari cara larian disyakki Mat Rempit samseng jalanan Pulau Sembilan, Sang Alu-alu!



Kut ada yang naik pun sebab accident dengan anggota JPJ Amy ni saja...
Abang dan Kakak dia ramai juga yang cuba ditahan, namun semua berjaya meloloskan diri di celah-celah hutan batu bawah air Pulau Sembilan ni.


Dari 12.30PM sampailah pukul 3.00PM kami singgah rehat sakan di Pulau Lalang. Agenda biasalah di situ, masak dan melantak bihun PAMA, buat tahi mata dan mandi air bukit. Nak pendekkan rehat pun tak guna sebab air masih surut serta teramat-amatlah jernih. Pengalaman sessi pagi mengajar kami bahawa dengan keadaan air jernih dan lembut begitu hanya akan membazirkan peluh sahaja kalau masih mahu kasting.
GT-GT Pulau Sembilan masih muda-muda dan terang penglihatan untuk mengenalpasti anak-anak ikan tipu kami...



Setelah 45minit sessi petang dimulakan barulah Shazwan mendapat lesen GT pertama dalam hidup dia. Langsung tak sempat aku nak ambil gambar dia beraksi kerana pada mulanya dia menyangka poppernya tersangkut batu...
Sedar-sedar ikan sudah naik ke atas bot...





Seterusnya hanya pada pukul 6.38PM bila memancing di bahagian Pulau Agas yang dilindungi bayang barulah sekali lagi GT menyambar.
Memang apa sumpahannya pun tak tahu, orang baru kena racun lagi... Kali ni GT terpedaya dengan gewang selaman Strike Pro hijau kuning.
Kalau mengikut percaturan aku warna begini macam takkan laku apabila bermain di laut, rupa-rupanya sebaliknya yang terjadi...


Di tempat yang sama berselang tak sampai 15 minit giliran aku pula… Karannnnnnnnn… GT 3kg dan rod 8~15lb! Perghhhh… hampir 3 minit dapat layan GT ni. Itu kira cacat ekor, kalau tidak tentu lagi lama atau singkat terus! Pa wau ta wau sin laaa...




Habis jer aku berposing gaya-gaya hasutan seperti biasa, dua-dua anggota JPJ di depan buat sekatan jalanan serentak pulak dah…
Tak sampai 3 minit dari GT keempat tadi, double hook up berlaku di tempat yang sama juga... Tabik aku dengan bebudak JPJ dua orang ni, never surrender walaupun di awalnya hanya penat baling karau saja kerja ...Tak apa, lain kali boleh bawa korang lagi...



Akhirnya dalam perjalanan untuk pulang ke jeti, Alu-alu berskala 2.5kg ini sekali lagi menambahkan racun kepada Shazwan.
Lepas ni mesti terbayang-bayang nak datang kasting di Pulau Sembilan ni lagi...



8.06PM barulah kami sampai semula di kuala sungai Kampung Permatang. Itupun hanya selepas aku rasa GT dah tak nampak gewang dan ajak Rosli balik. Mungkin dia cuba cover balik masa yang hilang pagi tadi agaknya, jadi dilayannya kami kasting sampai kami sendiri yang ajak dia balik...



8.18PM melakukan tugasan akhir operasi dengan mencuci senjata-senjata. Saja aku ambil tugas ni sebab nak kasi tahu kat kawan-kawan kasting aku yang sebelumnya, bukan sebab dia orang kumpau GT maka aku mintak tolong cuci rod... Tapi kita cuci sebab kita tunjuk penghargaan terhadap jasa bakti diaorang servis kita sepanjang hari dan untuk trip-trip yang akan datang...



Last but not least, bakal-bakal bahan masakan kari di rumah masing-masing...
Kena tunjuk bukan sebab nak menunjuk-nunjuk, tapi takut ada kawan-kawan buat post mortem… Nanti ingat kami kata dapat banyak pulak sebab tunjuk gambar berkali-kali... Bukan kami tak mau ambil banyak-banyak, tapi ada kawan-kawan kata hasil yang banyak bukanlah
bermakna pancingan yang bagus... Namun yang sebetulnya setakat itu saja rezeki kami untuk kali ini. Alhamdulillah ada juga buah tangan
untuk kawan-kawan JPJ aku hasil "Ops Kast I" ni...



Sekian saja report aku yang sekadar untuk trip P9 pada kali ini dibuat sebagai dedikasi dan penghargaan untuk member-member kasting
baru dari Jabatan Pengangkutan Jalan Seberang Jaya. Nampaknya diaorang ni bukan sekadar pandai buat operasi di darat, malah di laut juga tidak kurang hebatnya.
Kiranya ada salah silap aku di dalam laporan ni, macam biasalah aku mintak maaf. Tak payahlah post-post mortem report aku, aku bukan pi dengan posmen pun, tapi dengan JPJ-men...


Peace...RooSTa_CaSTeR.

Transformasi Logo PAT...

Semenjak PAT ditubuhkan, sudah beberapa logo PAT yang dihasilkan oleh sahabat baik PAT sedara Gemang. Hasil krativiti beliau memang diakui cantik dan halus. Dalam entri kali ni kami ingin berkongsi beberapa logo PAT dari dulu hingga sekarang. Logo-logo ini kebanyakkannya digunakan oleh warga PAT sebagai signature atau avatar di dalam forum-forum memancing tempatan.


Warga PAT diPuakakan...

Pada mulanya, wajah-wajah warga PAT diPuakakan oleh sedara Gemang. Pada masa itu, warga PAT kebanyakkannya menggunakan kod nama sebagai contoh - antuT untuk terubuk & antuN untuk nakdesa.

Logo Pertama PAT...

Aku sendiri tidak pasti sebenarnya, adakah logo ini adalah logo pertama PAT? Tapi sepanjang yang aku ingat, ini lah logo pertama PAT.


Logo ke-2 PAT 1st edition...

Ini pula logo ke-2 PAT bagi edisi pertama. Logo ini asalnya untuk diletakkan pada topi PAT.


Logo PAT...

Ini lah logo PAT yang paling meluas penggunaannya. Konsep sama dengan logo ke-2 tapi lebih kelihatan seperti lencana. Digunakan dengan meluas oleh warga PAT sebagai penghias signature, avatar dan juga digunakan sebagai logo untuk barangan PAT seperti topi, baju-T dan PATches.


Logo PAT edisi 2010...

Di atas adalah logo terbaru PAT bagi tahun 2010. Bertemakan Fishing Team Spirit. Dengan konsep Puaka masih dikekalkan.

Selain dari logo, sedara Gemang juga menghasilkan:





Memang diakui, bukan oleh aku seorang saja, tapi rasanya oleh semua warga PAT, hasil kreativiti sedara Gemang memang cantik. Jika diberi peluang, aku sendiri ingin berguru dengan beliau. Hehehehehe...

Aku mewakili warga Puaka Anglerz Tribe mengucapkan Terima Kasih kepada sedara Gemang...