Sabtu, 18 April 2009

(G.P.S) Mini angling Marathon...

Teks & Foto oleh Terubuk



Dah lama aku nak try wat my mini angling freshwater marathon…. Tapi tak tau bila. Mulanya aku plan nak bawa salah seorang rakan pemancing yang nak datang dari Sarawak memburu PB.. Last menet, dia call katanya plan dia divert ke Kuala Terengganu plak… Cuti aku dah approve, jadi aku pun terus call Ajit. Dia “On” aje katanya. Maka aku pun try la wat mini angling marathon ni….



Pada 03.04.2009 seawal jam 5 pagi aku dah terpacak depan rumah Ajit. Pastu kami terus gerak ke Ulu Yam. Memandangkan pada hari itu cuaca masih gelap, mau taknya jam 6 pagi, kami singgah sebentar kat kedai mamak area situ…



Yang jadi pelik nya sebaik sahaja aku dan Ajit masuk ke situ, semua pelanggan termasuk staff kat situ terpegun seketika. Keadaan jadi sunyi seketika. Pelik… Rasa macam dalam cerita koboi la pulak… Bila masa geng koboi samseng tu masuk dalam Bar…. Hahahahahahaha…. Aku dan Ajit pun tak paham kenapa?


Selepas minum pagi kami terus ke destinasi…






Setibanya di lokasi kelihatan anak toman sedang galak bermain di permukaan. Kami hanya mensasarkan anak toman tu… Untuk ilangkan gian aje… Bukan nak bawak balik dan makan pun…. Mulanya Ajit mempertaruhkan gewang Rapala skitter popnya. Ada beberapa sambaran, tapi tak lekat la pulak…. Sambaran yang keberapa entah baru la sekor toman ni melekat di popper si Ajit….



Aku semakin panas…..


Aku melarikan diri ke sebelah hujung tasik…. Dekat area berbatu…. Kebetulan pula ada satu couple tengah breakfast bersama-sama… Macam best aje dorang makan nasik lemak…. Aku pun tak pedulik la ngan apa dorang buat pas tu….


Setelah Ajit berjaya menaikkan sekor anak toman menggunakan popper, aku pun tiru jugak la guna popper…Hehehehehehehe…. Beberapa sambaran diterima tapi tak hook up…. Argghhhh….. Pas tu aku dikejutkan dengan satu sambaran rakus…. Booopppp…. Dengan tak semena-mena popper aku hilang dari permukaan… Selepas itu berlakulah aksi tarik menarik antara aku dan sang ikan….


Dalam jarak dua kaki aje lagi ikan tu memecut menuju ke kawasan reba… Pas tu satu letupan lagi berlaku dalam usaha sang ikan melepaskan diri…. Joran melengkung maksimum. Ajit yang terkejut dengan bunyi letupan tersebut hanya memerhati dari jauh…. Tak lama selepas itu malangnya nasibku, sang ikan berjaya melepaskan diri dari cangkukan mata kail ku…..
Menggigil jugak la lutut aku dibuatnya……


Kesimpulannya, aku kumpau…..


Selepas itu aku dan Ajit membuat keputusan untuk balik ke Kajang kerana pada petang nya kami akan menduga nasib kami untuk casting PB di Dengkel pulak…


Pada kira-kira jam 1530 cuaca panas terik…. Aku dan Ajit meneruskan juga hasrat memancing PB….. Cuaca panas sebegini harap-harap PB galak hentam gewang kata ku kepada Ajit….. Pada mulanya kami ronda di kawasan lombong area pekan Dengkel…. Tak nampak la pulak anak ikan bermain di gigi air nya…


Kami seterusnya menuju ke kawasan yang dikatakan dihuni oleh PB di Dengkel… Setibanya kami disitu, ada ramai manusia kat situ…. Ada yang casting haruan, tapi ramai yang bottom fishing PB….. Aku dan Ajit dah tak tau nak casting kat mana. Kami blind cast aje la…. Udah sampai, takkkan la nak balik aje tanpa mencuba nasib…. Sampai jam 1830 kami casting tapi tiada nasib….




Pemandangan di lokasi PB Dengkel.

Lagi sekali aku kumpau….

Pada 04.04.2009 setelah membuta sepuas hati akibat keletihan pada hari Jumaat tu, kira-kira jam 1600 aku sekeluarga bersama Ajit bergerak ke rumah Komando di Klang…. Malam tu kami melepak dan macam-macam story la yang diceritakan….

Pada 05.06.2009 kira-kira jam 0645 kami bergerak ke lokasi. Bro Rizal KPN bersama anaknya ada ikut sekali masa tu…. Sorry Bro Rizal sebab tak amik gambar bro masa komplot hari tu….. Segan gak saya sebenarnya masa tu….Maklum la kita baru kenal…

Pemandangan di Bukit Komando..

Di sekitar Bukit Komando memang banyak spot ikan haruan. Dikatakan toman pun ada disini… Lohan ada gak sesekali mengejar gewang. Tapi saiznya masih kecil dan jumlahnya tak la sebanyak yang ada di sekitar lombong di Perak… Cuma PB sahaja yang masih belum diketahui akan kewujudannya di situ….Setibanya kami ke lokasi pertama, kami agak hampa kerana kolam pertama tu sunyi tanpa riak ikan bermain air. Kami kemudiannya pindah ke lokasi yang kedua yang kami namakan “Swimming Pool”. Ianya dinamakan sedemikian kerana setiap petang, ianya dijadikan spot untuk anak-anak penduduk di situ berenang dan bermain air.

Ajit yang paling awal berada di gigi air menjerit…."Hah!!!!…. Ada haruan la kat situ tadi…." katanya....Dia terus membuat balingan ke kawasan haruan tersebut bermain tadi… Tapi tiada sambaran diterima.

Aku pula mempertaruhkan gewang Rapala untuk mencari haruan di sana. Balingan ketiga telah membuah kan hasil.. Pertarungan tak lama kerana ikan ni hanya melenggokan diri ke kiri dan ke kanan dalam usaha melepaskan diri. Yesss…… Aku berjaya memecahkan kekumpauan selama ini…. Walaupun ianya hanya haruan yang bersaiz sederhana, ianya memadai bagiku…

Close up ikan dan lures…

Ajit kemudiannya membuat balingan ke kawasan aku menaikkan haruan tadi dan, tup… bush…bush bunyi ikan melawan dalam usaha melepaskan diri… Nyatanya mata kail pada gewang Tormentor cukup kuat untuk menewaskan haruan tersebut…

Close up lures….

Bang Komando masih membangau di hujung lombong….

Dia kemudiannya tak mahu mengalah dan berjaya menewaskan seekor haruan kat kawasan lain…. Walau pun kecil tapi dia telah membuktikan kehandalannya di Bukit Komando kepada kami….. Ikan haruan tersebut dilepaskan semula for a fight another day….

Komando bersama tangkapannya…

Sesi pancingan kami berakhir pada kira-kira jam 1030 kerana pancaran terik mentari telah membuatkan kami semua pancit…. Lagi pun semua dah ada lesen… Walau pun tak banyak , kami bersyukur dengan hasil yang diberikan oleh Nya….

Selasa, 14 April 2009

Lesen oh lesen...

Gambar dan Teks oleh Burned Steel

Kunjungan ipen_squid dari Sabah ke Selangor atas urusan kursus menyebabkan dia berjaya mencuri masa2 terawal ketibaannya untuk berjumpa dengan rakan2 di sini termasuklah aku. Setibanya dia di tanah semenanjung dan setelah selesai check in di hotel, dia terus bergegas ke Bangi dengan menaiki tren. Aku bercadang untuk membawanya ke kedai pancing di Sri Kembangan. Jumpa jer dia kat stesen komuter UKM lebih kurang jam 5 ptg, dia kata takda apa yg dia nak shopping kalau ke kedai pancing. "Erm... Nak gi mengumpau tak?" tanyaku... "Boleh jugak" balasnya...


Jadi, aku pun terus mencadangkan agar kami terus ke Sepang untuk mencuba beberapa spot haruan yg aku baru jer jenguk2 baru2 nih. Kira komplot tak terancang lah ni... Dalam perjalanan aku merubah fikiran kerana beranggapan dekat Sabah pun dia dah biasa cari haruan. "Ipen... Nak try layan PB tak? Kalau nak meruan, kat Sabah pun ko boleh dapat. Kalau agak2 nak kumpau nanti baru la kita pi try meruan plak" aku memberikan pendapat. "Aku ikut jer mana2 pun" kata ipen... Terus aku singgah ke satu lombong yg dihuni oleh PB. Aku sendiri pun tak pernah dapat PB kat sini setelah dua kali aku kunjungi... Takpa lah... Ada rezeki dapat lah... Takda rezeki tak merasa la ipen layan PB. Dia pun dah banyak kali sangat cakap nak merasa layan PB... So, dari nak ke kedai pancing, berubah plak plan nak layan haruan dan akhirnya sekali lagi plan berubah untuk layan PB plak...


Sesi : Memburu PB.
Lokasi : Sepang, Selangor.
Tarikh : 1 April 2009 (Ini bukan April fool... Ini betul2...).
Masa : 6.00 pm - 7.30 pm.Ahli: Aku dan ipen_squid.


Setibanya di lokasi, kami terus menyiapkan peralatan yg sememangnya dah ada dalam kereta aku. Rod, reel, gewang dan aksesorinya semua ada. Nasib baik bawak... Kalau tertinggal, kira pi mandi lombong jer la kami berdua... Hehehehe... Kawasan lombong tersebut berada di kawasan pembinaan yg sedang berjalan. Berjalan di sini, bukanlah bermaksud kawasan pembinaan tersebut berjalan2 atau pun merayap2 tak tentu hala tetapi projek pembangunan tersebut sedang dijalankan... Huhuhuhu...


Semasa kami sedang merayap2 mencari spot yg sesuai untuk sesi casting, kami terserempak pula dengan bro sentinel yg juga datang ke situ untuk casting. Hehehehe... Tambah lagi sorang ahlul... Lebih ramai lebih meriah... Tak gitu? Hehehehe... Selepas sesi bersembang sedikit sebanyak, acara casting pun dimulakan... Ipen menggunakan gewang abu tormentor 5 cm kepunyaanku yg aku sendiri pun tak pernah dapat ikan dengan menggunakannya. Dan aku pulak telah mencuba pelbagai jenis gewang yg aku rasa dah lama aku tak pakai... Kira sesi memandikan gewang jer la aku nih...


Setelah berpuluh2 balingan dilakukan, masih tidak ada satu sambaran pun yg kami terima. PB di sini memang agak culas sedikit kalau menggunakan gewang. Mungkin kerana kediamannya yg terlalu hampir dengan kawasan pembangunan menjadikannya agak berhati2 dengan kehadiran manusia. Tapi kalau guna umpan ori, laju la pulok. Geng2 bottom dah ramai bawak naik PB... Kami nih hanya memanjangkan tangan jer lah...
Lokasi casting kami...

Setelah beberapa ketika memanjangkan tangan, akhirnya gewang ipen diekori sesuatu tetapi tidak pula menghentam gewang yg dihulurkan. Ipen meneruskan balingan2 gewang beberapa kali lagi dan akhirnya satu sambaran diterima. Dan akhirnya tertumpaslah seekor spisis buruan yg menjadi idaman ipen setelah sekian lama diracun oleh kawan2 dari semenanjung. Saiz yg diperolehi tidaklah besar tetapi cukuplah untuk dijadikan lesen kepada tetamu yg datang dari jauh ini... Tak sia2 aku bawak dia gi casting. Kalau gi kedai pancing tadi, kompom tak dapat lesen ler si ipen nih... Hahahaha...
Ipen dengan lesen PBnya...
Gambar dekat PB dengan Abu Tormentor 5 cm...
Ikan yg ditumpaskan tadi dengan segeranya diCnRkan dengan selamat... Cuma ada sedikit pendarahan di insang kerana mata tiga gewang tertancap kukuh di insangnya. Adedeh... Aku pun tak pernah dapat ikan dengan gewang tu, ipen plak yg tolong rasmikan. Hahahaha... Nasib ler... Dah rezeki dia... Senyum lebar si ipen... Aku pun meneruskan sesi casting dan setelah beberapa kali cast, akhirnya aku pulak yg mendapat sambaran di tempat berhampiran... Seekor lagi spisis buruan tertewas. Saiz dan corak warnanya hampir sama seperti spisis yg pertama tadi. Mungkin PB kali ni adalah PB yg sama dengan yg ipen dapat tadi kerana terdapat kesan luka di insang PB tersebut. Tetapi mungkin jugak PB yg berlainan dan kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh satu penyakit kronik yg telah lama beliau tanggung iaitu satu penyakit ikan yg dikenali sebagai penyakit insang berdarah atau mungkin juga penyakit tak serik hentam gewang. Hehehehehe... Entahlah...
PB yg aku dapat...
Gambar dekat PB dengan spoon bakau...
Akhirnya aku pun mendapat lesen PB di Selangor. Selama nih asik layan PB Perak jer... Huhuhuhu... Jadilah... So, aku dan ipen dua2 dah dapat lesen. Kecik pun kecik lah... Janji ada... Sesi diteruskan semula... Tapi keadaan hanya sunyi tanpa sebarang sambaran. Bermacam2 gewang aku cuba tetapi tetap sama... Cuma ada beberapa kali stike yg tak lekat dan juga lucut semasa pertarungan. Apa boleh buat. Takda rezeki lebih... Sentinel juga telah menerima beberapa sambaran yg juga tak lekat dan lucut.
Ipen yg bersungguh2 casting...
Hari sudah semakin gelap. Tetapi ketika ini kelihatan beberapa riak air menandakan ikan sedang memburu mangsa. Dah nak gelap baru nak galak... Kacau betul lah... So, teruskan la sikit lagi sampai maghrib. Hampir gelap, sentinel sekali lagi mendapat sambaran. Saiz PB kali ini lebih besar sedikit dari yg kami dapat. Tetapi sayangnya kerana akhirnya ikan tersebut berjaya melepaskan diri berhampiran tebing setelah beberapa kali melakukan aksi akrobatik, aerobik, senamrobik, gymrama serta renang berirama atau mungkin apa2 sahaja nama aksinya yg tidak pula aku ketahui kerana aku belum pernah menjadi seekor ikan untuk mengetahui jenis2 aktiviti yg sering mereka lakukan... Huhuhuhu... Takda rezeki la...
Sentinel yg tekun mengasting...
Bila azan maghrib berkumandang, kami pun menghabiskan sesi casting untuk hari ini. Dan selepas berkemas, kami pun melalui kawasan kaki2 bottom yg masih lagi memancing. Kelihatan beberapa ekor PB memenuhi baldi saiz kecil yg mereka bawa... Erm... Boleh tahan jugak hasil membottom... Takpa lah... Aku cuma nak casting jer PB nih... Cuma mengikut kata mereka, di lombong ini juga banyak toman yg menghuninya. Namun sepanjang sesi casting tadi (dan juga yg sebelum2nya), yang kelihatan hanyalah riak2 toman yg tidak kelihatan... Atau dalam bahasa mudahnya, takda la tu... Hehehehe...


Walaupun sesi casting PB kali ni tidak mendatangkan banyak hasil, aku tetap berpuas hati kerana dapat juga membawa ipen yg datang dari negeri yg tidak mempunyai sekolah mengambil lesen PB untuk mendapatkan lesennya di sini. Dan aku pun dapat jugak lesen PB Selangor. Selain itu, dapat juga ipen bersua muka dengan rakan2 forum dari semenanjung. Jadi, hasil keseluruhannya hanyalah dua ekor PB yg diCnRkan dengan selamat dan berekor2 PB yg berjaya diCnRkan semasa masih berada di dalam air atau dengan nama lainnya lucut atas sebab2 yg tak dapat dijelaskan kerana malas dan jika dijelaskan sekalipun akan dikatakan sebagai alasan tidak menaikkan PB. Hahahaha... Apa2 jer lah...


Di sebelah malamnya pula iaitu selepas maghrib, aku membawa ipen untuk berjumpa dengan rakan2 forum yg lain iaitu terubuk dan poseidon untuk sesi makan malam di salah sebuah restoran di Kajang. Walaupun perjumpaan kali ini agak singkat, kami tetap bergembira kerana dapat bersua muka dengan rakan2 yg tinggal berjauhan. Asik bersembang dalam forum ja. Ini la masa bersua muka... Hahahaha...
Gambar kenangan yg diambil semasa sesi makan malam.
Sekian sahaja report kali ini... Terima kasih kepada yg sudi membaca dan hanya menengok gambar sahaja... Tak kisah lah... Yg penting happy... Tamat...

Tonomen PAT bulan Mac

Seperti yang diketahui umum, PAT menganjurkan Tonomen setiap bulan bagi dua kategori iaitu kategori Air Tawar dan Air Masin.

Calon-calon Kategori Air Masin:

Pokcik dengan Giant Trevally 4.5kg!
GT/Apan dengan Tenggiri 7kg!
Burned Steel dengan Kerong 250gram
Okie dengan Cupak 2.5kg!
Calon-calon Kategori Air Tawar:

Roosta Caster dengan Toman 4.2kg!
Terubuk dengan Lampam 20gram!
Ajit dengan Peacock Bass 350gram!
Komando dengan Haruan 1.1kg!
Pemenang bagi bulan ini telahpun diumumkan. Nampaknya "bintang-bintang" beralih ke Utara Tanah Air bagi bulan Mac ini.
Tahniah kepada pemenang!!!

Takde rezeki, takde la...

Gambar dan Teks oleh Burned Steel

Trip nih takde rancang2 pun. Poseidon call jer aku terus setuju. Saja nak try menduga sebarau di tempat yg aku pernah kumpau satu ketika dulu. Walaupun dikhabarkan sebarau di situ sudah semakin berkurangan, kami tekad juga untuk pergi memandangkan musim hujan di kawasan lembah Klang mungkin akan meningkatkan peluang kami untuk memburu sebarau. Juga misi tersendiri aku untuk mendapatkan lesen sebarau yg memang aku tak pernah dapat...
Lokasi : Kawasan panas di Lembah Klang.
Tarikh : 29 Mac 2009.
Ahli : Aku, poseidon & Abang Icam (boatman).
Target : Sebarau.
Kami tiba di Gombak untuk mengambil Abang Icam agak lewat kerana poseidon terlajak tido plak. Kul 8.30 baru dia sampai umah aku. Lebih kurang pukul 9.45 pagi baru kami sampai di umah Abang Icam. So, tiba di gigi air pun dah dekat kul 11.00 pagi. Trekking pun dah makan masa. Walaupun tak berapa jauh, aku rasa cam nak pitam. Huhuhuhu... Aku memang tak boleh trekking... Tak daya wooo... Longlai!!!
Laluan trekking yg kadang2 ok kadang2 tak ok...
Poseidon dengan barang2nya...

Setibanya di gigi air, barang2 terus disiapkan dan bot fiber pun terus diturunkan. Semangat semakin berkobar2 bila dah nampak air cuma harapan tidak terlalu tinggi. Maklumlah... Terlepas masa makan pagi Sebarau... Tapi, apa pun semua rezeki tu telah ditentukan Allah. Kita cuma berusaha... Cube jer lah... Kalau takde rezeki, takde la... Janji leh lepas gian casting...
Gambar suka2 diambil di gigi air semasa sedang bersiap...



Selepas siap semuanya, kami pun menyusur dengan menaiki bot fiber berenjinkan 3.3hp. Kami singgah di lokasi pertama iaitu lokasi yg dikatakan sebagai kawasan toman berlegar. Cuma hari ini tak banyak kelihatan toman bermain air. Kami hanya blind cast sahaja. Cuma beberapa kali sahaja kelihatan toman timbul cuma jaraknya agak jauh. Setelah penat tanpa sebarang hasil, kami pun kembali pada tujuan asal iaitu pemburuan sebarau. Kami terus ke lokasi berikutnya...
Gambar yg diambil semasa perjalanan...
Cuaca agak panas menyebabkan sebarau kurang aktif. Setelah beberapa jam casting masih belum ada sebarau yg sudi menjamah gewang kami... Jadi, kami pun berhenti la untuk mengalas perut... Rugi plak tak tapau nasik lemak... Bawak roti jer... Jadi ler...
Kita minum dulu!!!
Setelah mengalas perut, kami meneruskan sesi casting... Setelah beberapa ketika casting, Abang Icam mendapat satu strike daripada spisis buruan... Cuma saiz yang diperolehi agak kecil. Banyak juga bot2 lain yg ada di situ tetapi rata2nya juga mengalami nasib yang sama. Sebarau dari pagi kurang menyambar gewang. Atau mungkin populasinya sendiri yg sudah berkurangan di situ...
Abang Icam sedang casting...
Sebarau pembuka tirai...
Selepas tertewasnya sebarau pertama tadi, tiada lagi sebarau lain yang sudi menghambat gewang kami. Kami putuskan untuk masuk ke kawasan sungai pula... Di kawasan sungai, ada beberapa kali sebarau mengekori gewang poseidon tapi berpatah balik setelah hampir dengan gewang. Kami meneruskan untuk masuk lebih ke dalam. Di kawasan tersebut, aku cuma dapat satu strike betul2 di tepi bot tapi tak lekat. Maka berlalu pergilah lesen yg aku harapkan... Adedeh... Dan di arah yg bertentangan, sekali lagi Abang Icam mendapat strike dan seekor lagi sebarau kecil menjadi mangsa... Tapi aku malas amik gambo sebab sibuk mengasting. Hehehehe...Setelah mendaratkan sebarau kedua, tiada lagi kelihatan kelibat sebarau. Hari pun semakin panas. Kami pun terus mencari tempat untuk berteduh. Tido dulu pun sedap gak nih. Tapi aku jer yg tak tido. Sibuk casting dari tebing pulak. Keputusannya tetap sama. Zero!!! Akibat kebosanan, aku pun amik la gambo2 alatan pancing... Hehehehe...
Peralatan milik poseidon...
Aku punya pulak...
Lepas berehat kami meneruskan semula sesi casting dan mengharapkan hujan turun. Tetapi hari tetap juga panas... Sekali lagi Abang Icam mendapat strike ketiga daripada sebarau yg masih juga bersaiz kecil... Sama gak, takde gambo... Malas... Hehehehe... Di suatu kawasan sungai pula, sekali lagi aku mendapat sambaran kecil yang aku sangkakan tersangkut daun atau sampah hanyut. Aku hanya mengarau biasa kerana tiada tarikan lansung. Bila hampir tiba ke bot, baru aku nampak kelibat sebarau di gewang aku. Dan ikan tersebut terus meronta apabila ternampak kelibat manusia. Akhirnya terlucut jugak lesen yg aku harapkan. Isk... Lupa plak nak sentap sebab ingat sangkut sampah... Warggghhhhh!!! Tekanan!!!
Lelaki kumpau tak dapat lesen...
Beberapa ketika kemudian kelihatan hujan akan turun. Kami pun terus mencari tempat untuk berlindung dan berharap sebarau akan kembali aktif selepas hujan. Tetapi selepas berhenti untuk berlindung, hujan hanya turun dengan sangat renyai. Dah la renyai, lama lak tuh... Hampir ke petang baru hujan berhenti.
Setelah hujan berhenti, kami pun bergegas untuk meneruskan sesi berikutnya kerana masa yg ada cuma tinggal sedikit sebelum masa pulang... Agak menghairankan kerana selepas hujan, satu riak sebarau pun tidak kelihatan. Sesi casting selepas hujan tidak membuahkan sebarang hasil. Hujan lebat yg diharapkan tidak muncul dan kelibat sebarau mencari mangsa selepas hujan petang juga tiada. Kerana dikhuatiri hari semakin gelap, kami pun berangkat pulang dengan hanya 3 ekor sebarau kecil sebagai hasil. Nak sambung sampai gelap takut membahayakan bila nak trekking balik... Jadi dalam perjalanan pulang aku cuma ambik gambar pemandangan jer la...
Gambar2 pemandangan yg sempat dirakam...



Walaupun lesen yg aku harapkan terlepas, aku tetap bersyukur kerana tiada perkara buruk yg berlaku. Dapat jugak lepaskan gian casting walaupun kumpau... Hahahaha... InsyaAllah kalau ada rezeki, lain kali pasti aku repeat lagi... Dan sesi trekking masa balik amatlah memenatkan... Sekali lagi, aku memang tak daya nak trekking!!! Adedeh... Sakit badan sampai hari ni...