Sabtu, 18 April 2009

(G.P.S) Mini angling Marathon...

Teks & Foto oleh Terubuk



Dah lama aku nak try wat my mini angling freshwater marathon…. Tapi tak tau bila. Mulanya aku plan nak bawa salah seorang rakan pemancing yang nak datang dari Sarawak memburu PB.. Last menet, dia call katanya plan dia divert ke Kuala Terengganu plak… Cuti aku dah approve, jadi aku pun terus call Ajit. Dia “On” aje katanya. Maka aku pun try la wat mini angling marathon ni….



Pada 03.04.2009 seawal jam 5 pagi aku dah terpacak depan rumah Ajit. Pastu kami terus gerak ke Ulu Yam. Memandangkan pada hari itu cuaca masih gelap, mau taknya jam 6 pagi, kami singgah sebentar kat kedai mamak area situ…



Yang jadi pelik nya sebaik sahaja aku dan Ajit masuk ke situ, semua pelanggan termasuk staff kat situ terpegun seketika. Keadaan jadi sunyi seketika. Pelik… Rasa macam dalam cerita koboi la pulak… Bila masa geng koboi samseng tu masuk dalam Bar…. Hahahahahahaha…. Aku dan Ajit pun tak paham kenapa?


Selepas minum pagi kami terus ke destinasi…






Setibanya di lokasi kelihatan anak toman sedang galak bermain di permukaan. Kami hanya mensasarkan anak toman tu… Untuk ilangkan gian aje… Bukan nak bawak balik dan makan pun…. Mulanya Ajit mempertaruhkan gewang Rapala skitter popnya. Ada beberapa sambaran, tapi tak lekat la pulak…. Sambaran yang keberapa entah baru la sekor toman ni melekat di popper si Ajit….



Aku semakin panas…..


Aku melarikan diri ke sebelah hujung tasik…. Dekat area berbatu…. Kebetulan pula ada satu couple tengah breakfast bersama-sama… Macam best aje dorang makan nasik lemak…. Aku pun tak pedulik la ngan apa dorang buat pas tu….


Setelah Ajit berjaya menaikkan sekor anak toman menggunakan popper, aku pun tiru jugak la guna popper…Hehehehehehehe…. Beberapa sambaran diterima tapi tak hook up…. Argghhhh….. Pas tu aku dikejutkan dengan satu sambaran rakus…. Booopppp…. Dengan tak semena-mena popper aku hilang dari permukaan… Selepas itu berlakulah aksi tarik menarik antara aku dan sang ikan….


Dalam jarak dua kaki aje lagi ikan tu memecut menuju ke kawasan reba… Pas tu satu letupan lagi berlaku dalam usaha sang ikan melepaskan diri…. Joran melengkung maksimum. Ajit yang terkejut dengan bunyi letupan tersebut hanya memerhati dari jauh…. Tak lama selepas itu malangnya nasibku, sang ikan berjaya melepaskan diri dari cangkukan mata kail ku…..
Menggigil jugak la lutut aku dibuatnya……


Kesimpulannya, aku kumpau…..


Selepas itu aku dan Ajit membuat keputusan untuk balik ke Kajang kerana pada petang nya kami akan menduga nasib kami untuk casting PB di Dengkel pulak…


Pada kira-kira jam 1530 cuaca panas terik…. Aku dan Ajit meneruskan juga hasrat memancing PB….. Cuaca panas sebegini harap-harap PB galak hentam gewang kata ku kepada Ajit….. Pada mulanya kami ronda di kawasan lombong area pekan Dengkel…. Tak nampak la pulak anak ikan bermain di gigi air nya…


Kami seterusnya menuju ke kawasan yang dikatakan dihuni oleh PB di Dengkel… Setibanya kami disitu, ada ramai manusia kat situ…. Ada yang casting haruan, tapi ramai yang bottom fishing PB….. Aku dan Ajit dah tak tau nak casting kat mana. Kami blind cast aje la…. Udah sampai, takkkan la nak balik aje tanpa mencuba nasib…. Sampai jam 1830 kami casting tapi tiada nasib….




Pemandangan di lokasi PB Dengkel.

Lagi sekali aku kumpau….

Pada 04.04.2009 setelah membuta sepuas hati akibat keletihan pada hari Jumaat tu, kira-kira jam 1600 aku sekeluarga bersama Ajit bergerak ke rumah Komando di Klang…. Malam tu kami melepak dan macam-macam story la yang diceritakan….

Pada 05.06.2009 kira-kira jam 0645 kami bergerak ke lokasi. Bro Rizal KPN bersama anaknya ada ikut sekali masa tu…. Sorry Bro Rizal sebab tak amik gambar bro masa komplot hari tu….. Segan gak saya sebenarnya masa tu….Maklum la kita baru kenal…

Pemandangan di Bukit Komando..

Di sekitar Bukit Komando memang banyak spot ikan haruan. Dikatakan toman pun ada disini… Lohan ada gak sesekali mengejar gewang. Tapi saiznya masih kecil dan jumlahnya tak la sebanyak yang ada di sekitar lombong di Perak… Cuma PB sahaja yang masih belum diketahui akan kewujudannya di situ….Setibanya kami ke lokasi pertama, kami agak hampa kerana kolam pertama tu sunyi tanpa riak ikan bermain air. Kami kemudiannya pindah ke lokasi yang kedua yang kami namakan “Swimming Pool”. Ianya dinamakan sedemikian kerana setiap petang, ianya dijadikan spot untuk anak-anak penduduk di situ berenang dan bermain air.

Ajit yang paling awal berada di gigi air menjerit…."Hah!!!!…. Ada haruan la kat situ tadi…." katanya....Dia terus membuat balingan ke kawasan haruan tersebut bermain tadi… Tapi tiada sambaran diterima.

Aku pula mempertaruhkan gewang Rapala untuk mencari haruan di sana. Balingan ketiga telah membuah kan hasil.. Pertarungan tak lama kerana ikan ni hanya melenggokan diri ke kiri dan ke kanan dalam usaha melepaskan diri. Yesss…… Aku berjaya memecahkan kekumpauan selama ini…. Walaupun ianya hanya haruan yang bersaiz sederhana, ianya memadai bagiku…

Close up ikan dan lures…

Ajit kemudiannya membuat balingan ke kawasan aku menaikkan haruan tadi dan, tup… bush…bush bunyi ikan melawan dalam usaha melepaskan diri… Nyatanya mata kail pada gewang Tormentor cukup kuat untuk menewaskan haruan tersebut…

Close up lures….

Bang Komando masih membangau di hujung lombong….

Dia kemudiannya tak mahu mengalah dan berjaya menewaskan seekor haruan kat kawasan lain…. Walau pun kecil tapi dia telah membuktikan kehandalannya di Bukit Komando kepada kami….. Ikan haruan tersebut dilepaskan semula for a fight another day….

Komando bersama tangkapannya…

Sesi pancingan kami berakhir pada kira-kira jam 1030 kerana pancaran terik mentari telah membuatkan kami semua pancit…. Lagi pun semua dah ada lesen… Walau pun tak banyak , kami bersyukur dengan hasil yang diberikan oleh Nya….

Tiada ulasan: