Trip : Pemburuan PB.
Tarikh : 5 April 2009.
Masa : Pagi sampai petang.
Lokasi : Sekitar Sg Lesong - Temoh.
Ahli : Aku, wanpb, atiqul & shahril.
Aku terus masuk rumah dan ke bilik mandi untuk bersiap ala kadar. Sepantas kilat!!! Hehehehe... Lepas semuanya dah siap, terus aku dan wan bergerak dari Tapah Road menuju ke Sg Lesung. Sampai jer kat tempat yg dijanjikan dah nampak atiq dengan shahril sedang menunggu dalam kereta. Hehehehe... Kami pun terus ke gerai berhampiran untuk mengisi perut dulu... Nasik lemak telor goreng!!! Mantap!!! Lepas selesai, kami bercadang untuk menduga lubuk pertama yg terletak di pendalaman kawasan kampung cina... Kami terus bergegas ke sana tapi malangnya lombong tersebut berpagar... Lor... Rasanya macam takda pagar masa aku lalu dulu. Dah jadi ada pagar pulak. Bila beranaknya? Takde pulak buat kenduri... Isk isk isk... Terpaksa cancel. So, kami pun terus la ke Sg Lesong...
Setibanya di sana, kami terus menyiapkan peralatan kami. Untuk menduga spisis PB kali ini, kami hanya menggunakan umpan anak2 ikan kecil yg mana induk kepada anak2 ikan ini telah membuat hubungan sulit bersama barang2 plastik, kayu dan juga besi sehingga melahirkan anak2 ikan yg berbadan plastik, kayu dan juga besi yg dipanggil oleh kita sebagai spisis gewang. Isk isk isk... Apa nak jadi lah dengan dunia sekarang... Sosial!!! Tak bermoral!!! Apa boleh buat. Itu jer umpan yg kami ada... Hehehehe...

"Wan... Tukar port pulak la..." ajak atiq... Kami terus bersetuju untuk ke Temoh dimana port tersebut merupakan port biasa bagi wanpb. Mana tau rezeki kami kat sana... Kali ni kami terus bergegas ke Temoh. Port kali ni agak di pendalaman. Masuk taman, masuk kampung, lalu kebun, lalu ladang sawit, lombong, parit, sungai dan memacam lagi. Tah mana la dorang leh dapat jumpa port2 ceruk macam nih. Mesti dulu port dorang wat projek pastu terjumpa lombong... Warghkahkahkah!!!
Di port ini kami berjumpa dengan beberapa kaki casting dan fly yg lain. Member2 wan dan atiq gak nih... Tapi nampaknya kat sini pun tak berapa nak galak penghuninya. Aku sekali lagi kumpau di lombong berkenaan. Macam2 gewang cuba. Satu putus sebab sangkut. Nasib baik SP. Takde la mahal sangat. Hehehehe... Wan yg biasa di lombong ni pun turut mengalami sesi kumpau. Atiq pula berjaya menaikkan dua ekor PB di sini yg bersaiz kecil. Cuma PB di sini warnanya agak hitam dan gelap. Baka negro gamaknya... Hehehehe... Shahril pula hanya berjaya melayan anak2 talapia belang... Yg lain2 cuma mendapat strike2 yg rabut.
Atiq dengan PB baka negronya...
Setelah panjang tangan casting disini, kami pun bercadang untuk bertukar port sekali lagi dan juga merupakan port yg terakhir sebelum pulang. Port nih kira main singgah masa jalan keluar jer la... Harap2 kali terakhir nih ada la penghuni lombong yg sudi menghilangkan kumpau aku. Sangap dah nih nak merasa tarik ikan... Huhuhuhu... Port terakhir ni agak lapang lombongnya. Mujur la masa kami ke sana hujan renyai2 dan cuaca agak mendung. Tak la panas sangat. Beberapa cast dilakukan dan ada kelibat PB yg mengejar tapi tak merembat gewang. Erm... Takpa... Ada harapan... Beberapa kali juga ternampak kelibat PB frenzy di beberapa kawasan. Semangat yg tadi agak luntur kembali berkobar2.
Di satu sudut lombong, aku terlihat seekor PB sedang mundar mandir di satu tunggul yg terdapat di dalam air... Takkan atas air plak PB nak berenang ye dak... Hehehehe... Balingan pertama agak tersasar dan gewang berenang agak jauh dari PB tersebut. PB tadi cuma mengekor untuk beberapa kaki sahaja tetapi berpatah balik. Lontaran kedua juga masih tersasar. Hehehehe... Perkara sama juga berlaku. Pada lontaran ketiga, gewang lalu betul2 di atas PB dan PB tersebut terus menerkam gewang yg aku balingkan tapi sayangnya rabut. Cast yg berikutnya juga disambar PB tapi sekali lagi rabut... Tak reti serik jugak PB nih yer... Aku memberi tahu wan yg dua kali aku rabut PB yg sama. Wan melontar gewangnya dan pada balingan pertama sahaja PB tersebut terus manyambar gewang yg wan hulurkan. Cis... Potong betul la. Abis harapan aku... Wan plak yg dapat... Lepas jer amik gambo, kelihatan muncul lagi seekor PB di tunggul yg sama. Lor... Sepasang rupanya. Tadi tak nampak pun. Aku pun terus membuat lontaran. Disambar tetapi rabut sebanyak dua kali. Aiyark... Sakit la ini macam!!! Dan lontaran ketiga akhirnya membuahkan hasil. Fuhhhhh!!! Hilang badi kumpau!!! Yay!!!
Wanpb dengan mangsa pertama di tunggul kayu.
Aku dengan lesen hari ini di tunggul yg sama.
Lepas tertewasnya PB kedua di tunggul tersebut, aku terus menanti mana tau ada lagi PB yg akan muncul. Tapi hampa. Hanya sepasang sahaja PB di situ... Aku pun bertukar port ke kawasan atiq dan Shahril casting. Wan yg beredar terlebih dahulu dari aku kelihatan sedang bertarung dengan PB yg akhirnya lucut. Shahril dan atiq juga berada di sana. Dari jauh kelihatan wan sekali lagi mendapat sambaran dan akhirnya lucut lagi. Di sudut ini, PB2nya agak kuat melawan dan terlalu kerap melakukan akrobatik... Bila aku sampai ke sana, Atiq pula mendapat sambaran dan PB melakukan lompatan akrobatik berkali2. Namun kalau dah rezeki, naik jugak ikan tu ke darat...
Atiq dengan PB di lombong terakhir...

Jarak dekat PB dengan gewang.

Shahril dengan PB terakhir hari ini...

Jarak dekat PB dengan gewang...

Gambar ahli trip kali ini...