Jumaat, 24 Julai 2009

Dah Buleh Bukak...

Foto & Teks oleh Burned Steel

Errrr... Saja buh intro ja dulu... Buat masa ni aku terlalu sibuk dengan tugasan kerja yg lama aku tinggalkan sebab pergi memancing dan terus disambung cuti untuk pulang ke kampung... Nanti bila selesai tugasan di ofis, baru aku sambung laporan nih... Harap sabar menunggu... Errrr... Nak mula di mana ya? Sikit2 dulu lah gambar intronya... Tgk jer la... Kan aku dah tulis jangan bukak lagi... Sebab laporan belum siap la...


Penjenayah Pertama



Mangsanya...


Penjenayah kedua dengan senjatanya...



Mangsa seterusnya...

Erm... Nak kata makan kat restoran, takkan la camtuh sekali... Ni semua demi keselamatan ler kononnya... Tapi masa makan, dibukaknyer jugak topeng tuh... Sengal sungguh la budak dua ekor nih... Ni la akibatnya nak makan jugak semasa dalam flight... Lapor... Apa boleh buat... Naik flight nak ke mana? Ermmm...


Ini lah jawapannya... Huhuhuhu...



Aku dan Ipen Squid...



Ni plak poseidon...


Dah jauh2 datang nih, kena la jumpa kawan2 mana yg sempat... Lagipun bukan selalu boleh jumpa. So, tenkiu la ipen sebab bawak kami pegi minum... Tepi pantai lagik tuh... Hehehehehe...


Pengalaman baru di KK, Sabah...

Hujung minggu pada bulan Mei, aku dan isteriku datang melawat abangku di rumahnya bersama2 dengan anakku sekali. Tujuan memancing belum ada cuma keinginan ja yg membuak2 untuk ke laut tapi perancangan masih belum dibuat. Belum sedikitpun terpikir nak kemana. Hasrat pun belum disampaikan lagi kepada isteriku. Nanti kat rumah abang aku jer la baru bincang... Sambil2 melawat sambil2 buat plan. Mana tau abang aku boleh temankan... Harap2 la... Tiba2 aku terpikirkan satu tempat pancingan yg dah lama aku nak pegi cuma belum sampai masanya...

"Abang... Nak gi KK tak mancen kat belah2 sana?" tanyaku pada abangku, poseidon... "Bila?" jawabnya... "Bulan Jun thn ni" jawabku ringkas... "Gila ka? Bulan depan jer tuh" jawabnya agak terkejut... "Dah tu bln depan jer free. Lepas tu nanti kelas start balik dah takda masa nak gi mana2. Sangap neh" terangku padanya. "Pegi ngan sapa?" tanyanya lagi... "Kita gi berdua dah la. Selit trip ngan org2 sana" kataku. "Ada tiket murah ker?" tanyanya lagi... "Takde..." dengan selambe kerangnyer aku jawab. "Dah tu camna?" bertalu2 soalan ditanya padaku. "Gamble jer la... Lepas tu kita makan maggi jer la sepanjang tahun... Hahahaha..." masih dengan jawapan yg menyakitkan hati. Laman web Air Asia terus kami bukak dan cuba cek tiket murah untuk bulan Jun... Mak aih... Mentekedarah apa harga tiket flight nih... Boleh muflis ana ini macam... Aku pandang abang aku, dia pandang aku balik... Aku sengih... "Jalan..." kataku ringkas... "Ang nih memang gila lah!" katanya lagi sambil tersengih...

Aku faham maksud sengihan tersebut. Aku terus contact cikgu bwan bertanyakan sedikit info mengenai trip pancingan di sana. Aku mendapat jawapan yg agak positif. Dan trip juga tiada masaalah kalau nak diselitkan kami berdua. Ala... Bukannyer besar mana sangat pun badan kami nih. Dua2 org slim. Senang nak selit2... Kekekekeke... So, laman web Air Asia sekali lagi dibuka dan tempahan tiket terus dibuat serta merta. Setelah pembayaran dibuat, kami saling berpandangan. "Barang2 ang ada tak?" tanya abangku. "Takda sangat... Barang bodo2 cap ayam ada la" jawabku... "Pulok... Dah tu camner?" tanyanya lagi. "Kena beli la sikit2 apa yg patut" jawabku... "Duit gak tuh wei... Mana nak cekau?" balas abangku. "Hehehehe... Ntah..." tu jer jawapan yg mampu aku bagi... "Bedal jer lah... Kalau tak mampu manceng, kita pi holiday sudah. Bawak sun block ngan spek polarize. Kita layan sunset atas bot... Hehehehe..." sambungku lagi...

Semudah tu jer aku merancang trip ni tanpa berpikir panjang. Isteriku yg ada bersama hanya mampu menggelengkan kepala. Dah la tak cakap apa2, tiba2 main beli ja tiket. Mesti dia pun rasa yg suami dia nih dah hilang akal... Hehehehe... Betul ka tindakan aku nih? Bila aku tanya balik pada isteriku, dia hanya kata tiket dah beli, pergi jer lah... Dia jawab dalam muka blank2 gitu. Tiada riak marah atau tak puas hati tapi tak pula macam gembira... Lebih kurang green light yg malap2 jer rupa. Huhuhuhu... Bedal jer la...

Setelah persiapan ala kadar dibuat tarikh yg ditetapkan pun tiba... Maka berangkatlah kami berdua ke KK, Sabah dalam keadaan sedikit teruja dengan spot pancingan baru yg akan kami cuba. Walaupun tanpa banyak pengalaman serta pengetahuan dalam arena pancingan laut dalam, kami teruskan juga... Ni pun kira cari pengalaman baru la jugak... Tiada harapan menggunung kerana kami sedar keadaan kami yg masih banyak perlu belajar... Tapi perasaan teruja tu mustahil untuk kami hilangkan... Naik flight pun masing2 sengih sorang2 jer. Macam org separa siuman... Keh keh keh... Lantak lah... Janji kami happy bah... Kekekekeke...

Setibanya di lapangan terbang KK, Kami dijemput oleh cikgu bwan dan ipen squid. Kami terus dibawa ke hotel bajet untuk bermalam. Walaupun cikgu bwan agak sibuk dengan tugasan kerja dan tak dapat turut serta dalam trip kali ini, dia masih sempat untuk memenuhi keperluan kenderaan kami. Tenkiu cikgu... Hehehehe... Dan makan malam untuk hari itu, kami dibawa ke restoran tepi pantai apa ntah oleh ipen squid. Lupa pula aku nama pantai tersebut...

Detail trip:
Lokasi : Perairan Kota Kinabalu, Sabah.
Tarikh : 20-22 Jun 2009.
Ahli : Aku serta poseidon (dari Semenanjung) dan selebihnya (10 orang) dari Sabah.
Teknik : Bottom, trolling, drifting dan jigging.

Hari Sabtu jam 7 pagi, cikgu bwan telah mengambil kami di hotel dan dibawa ke jeti. Kami bersiap2 dengan membeli umpan pasar dan sedikit bekalan (memang betul2 sikit lah aku beli... adedeh...) minuman untuk dibawa belayar. Masak sebijik di atas peti... Eh silap... Tu pisang emas daaa... Huhuhuhu... Selepas memunggah barang ke dalam bot yang besar (ni betul2 punya besar nih wei!!!), kami terus dibawa untuk bersarapan pagi terlebih dahulu... Cikgu bwan memberikan sedikit penerangan serta tips kepada kami dan mengenalkan kami kepada abang Awang untuk membantu kami nanti. Selepas selesai bersarapan, kami pun bersiap2 untuk bergerak...


Inilah bot yang kami naiki untuk trip kali ini...



Air pasang penuh masa kami nak punggah barang ke dalam bot jadi terpaksa melalui bot lain yg lebih rendah untuk keselamatan... Betul wei... Memang aku naik bot yg besar tu... Tolong lah percaya... Wakakakakaka...



Lebih kurang jam 9 pagi, bot pun bertolak ke destinasi. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Gila lama (bagi aku la). Jadi, masa yg ada digunakan untuk membuat beberapa perkara kurang berfaedah seperti tawaf dalam bot, mengambil gambar, melihat org2 lain tidur, membuat lawatan sambil belajar di seluruh pelusuk bot serta berposing sakan dan lain2 lagi... Kekekeke... Lebih kurang dua jam sebelum tiba di port pertama barulah aku membuat sedikit persediaan barang2 dengan dibantu oleh abang Awang. Set multiplier pun cikgu bwan bagi pinjam untuk sesi membottom. Set jigging aku guna sendiri punya jer sebab lebih selesa dengan set spinning. Lagipun set nak jigging nih nak pakai lasak2 sikit. So, pakai sendiri punya lagi seronok. Tak payah nak kena pikir banyak2... Set pinjam kena jaga berhati2 dan guna dengan baik... Dah nama pun barang orang... Reti2 ler nak jaga... Hehehehe... Orang lain ramai yg tido dalam perjalanan. Aku plak boleh tak mengantuk... Ni silap2 cepat ler penat aku nanti...




Berposing di meja makan di bahagian belakang bot...




Bot meninggalkan jeti di Bandar KK...




Kat ruangan tingkat atas pun kami posing jugak... Hehehehe...



Ruangan sisi bot yg agak luas...

Tangga untuk ke ruangan atas...

Life jacket disediakan...



Ada ruang tamu lah...




Pintu kedua untuk ke bilik tidur bahagian bawah...



Katil dan tilam di bilik tidur paras tengah...



Katil beserta tilam di bilik bahagian bawah...




Tak lupa juga air rasmi aku untuk sukan memancing... Ekekekeke... Sayo pong nok jadi jutawe jugok... Keskeskes...




Air cond ada 3 wooo...




Ruangan kapten di tingkat atas...



Bilik dapur masakan yg selesa...



Menyiapkan peralatan di meja makan belakang bot sebelum tiba ke destinasi...



Gila ah aku mempromosi bot... Aku pun agak terkejut bila melihat bot yg akan kami naiki pada mulanya. Tak pernah termimpi nak naik bot sebesar ini... Alhamdulillah la... Harap2 semuanya berjalan dengan lancar... Sepanjang perjalanan ada juga yang bersembang2 dan aku pun tumpang sekaki la... Dorang semua nih memang peramah dan tak kedekut ilmu bila diajukan soalan... Ada juga kami melalui kawasan pelantar minyak dari jauh. Rupanya di sini pengawasan ke atas bot yg menghampiri pelantar minyak agak ketat jadi jarang ada trip ke pelantar minyak yang kita dengar di KK.





Pelantar minyak dari kejauhan...


Setibanya di lokasi pertama, kapten kapal mengambil masa sedikit untuk membetulkan kedudukan kapal dan setelah sauh dilabuhkan umpan2 daripada semua ahli trip juga turut dijatuhkan... Tak sabar2 dah masing2... Hehehehe... Arus agak perlahan walaupun di kedalaman mencecah 80 meter... Ikan agak kurang galak ketika itu dan tak banyak hasil yang dapat didaratkan... Cuma sesekala umpan diusik dan ada beberapa kes putus mungkin angkara ikan kacang... Cuma ada beberapa keping gambar sempat dirakam untuk sesi siang di beberapa lokasi...



Aksi pertama yang tak dapat didaratkan...



Aksi kedua yang sempat dirakam...

Ebek pertama untuk sesi permulaan...





Aku dengan yu kemejan saiz sekolah rendah...


Lokasi berpindah untuk mencari kawasan yang lebih berpotensi... Arus yang perlahan dikatakan punca mengapa ikan kurang galak meragut umpan yg diturunkan... Di lokasi kedua juga masih mengalami arus perlahan. Di lokasi ini tangkapan lebih tertumpu kepada kerisi bali yg sekor pun aku tak dapat. Huhuhuhu... Abang aku pun sama gak tak dapat. Wakakakakaka... Tapi peserta lain yg dapat juga mengatakan hasil tak berapa banyak...




Antara gambar tangkapan kerisi bali yang sempat dirakam dalam sesi siang hari pertama...


Apabila hari semakin gelap, sekali lagi bot berpindah ke lokasi seterusnya. Pancingan di sebelah malam diharapkan agar akan ada arus yg lebih laju sedikit dari siangnya. Setelah sauh dijatuhkan, batu saiz sama masih digunakan. Arus lebih laju dari di sebelah siang cuma masih dalam kategori perlahan. Banyak juga spisis dapat dijerat hanya pada satu spot menandakan kepelbagaian spisis menghuninya seperti tambak, landuk, cupak, kerisi bali, pisang2, pari, guntur dan sebagainya.



Aksi poseidon juga sempat dirakam...







Antara hasil di spot pertama sebalah malam...



Spot berubah apabila ikan kurang meragut umpan. Spot seterusnya tidak berapa jauh dari yang tadi. Hanya memakan masa lebih kurang 5 menet sahaja tak termasuk parking... Di spot ini, air mencecah kedalaman hampir 100 meter. Patah tangan nak karau weh... Tapi takpa... Hanya ada dua bangla di atas bot... Jadi, kalau lenguh pun, lenguh berjemaah... Kekekekeke... Di sini ikan kembali memakan umpan cuma tak terlalu galak... Di sini juga masih seperti di spot sebelumnya. Spisis ikan yang pelbagai dapat dipancing dari satu spot...


Aksi di spot kedua yg sempat dirakam...

Kerapu sunuh yg berjaya memasuki karang tapi dengan karang2nya sekali diangkut naik... Cuma tak masuk gambar la... Kekekeke...




Antara ikan kacang yg banyak memutuskan perambut...


Pari minyak seberat kira2 16kg yg makan ketika lewat malam...



Apabila ikan kurang galak makan kembali, ramai yg memilih untuk tidur dan berehat sahaja. Maklum lah... Bilik ada air cond dan tilam tak perlu kongsi... Ikan tak makan, layan tido la... Hahahahaha... Yang tinggal cuma aku dan seorang lagi ahli trip di sebelahku... Kapten kapal dan awak2nya juga telah masuk tidur kerana ikan yang kurang meragut umpan. Ketika hanya kami berdua yang tinggal, umapan rakan disebelahku kerap kali diragut ikan. Lepas dia, dia lagi. Umpan aku lansung tak laku. Hanya ada sekali dua sahaja ikan meragut umpan yang aku hulurkan. Apa la nasib... Orang sebelah dah macam kena pesta ikan...

Aku yang kebosanan terus menukar teknik kepada jigging. Jig seberat 200 - 250g digunakan walaupun hanyut sedikit. Tapi semua dah tido jadi tiada masalah tali bersilang. Banyak juga jig yang aku turunkan putus dikerjakan ikan kacang dan alu2. Tapi nak buat macam mana... Itulah risikonya bila jigging. Ikan pertama yang berjaya aku naikkan dengan kaedah jigging ialah seekor pisang2. Tamak juga ikan ni rupanya. Hahahaha... Kemudian beberapa ekor ikan kacang dan seekor kingfish saiz tadika menjadi habuanku... Tapi kecik2 kingfish tu pun, tarikannya mampu membengkokkan rod Monster Mesh PE4 (pinjam... hehehehe...) dan menarik keluar tali dari spool Opusbull 5000 (juga pinjam kecuali spool sendiri... Wakakakaka...) yang dikunci agak ketat. Karan wooo... Gigil la aku sekejap... Ingatkan saiz 2 - 3kg tapi bila naik cuma saiz tadika. Hahahaha... Best!!!



Pisang2 yang tamak membaham jig yg lebih panjang darinya...



Antara ikan orang disebelahku. Tuannya takda sebab pancingnya sekali lagi diragut ikan...



Kali ini kaci pula yang menjadi habuannya...




Ikan kacang yang banyak memutuskan jig aku... Adedeh...




Kingfish saiz tadika tetapi agak kuat tarikannya...



Selepas penat jigging, aku kembali dengan cara membottom untuk berehat. Tetapi ikan dasaran sudah mula kurang meragut umpan. Aku menunggu seketika lagi sambil menghisap rokok. Sampai muntah rokok pun ikan tak makan. Rakan di sebelahku juga sudah mengemas tempatnya untuk masuk tidur. Jadi aku pun kemas jugak la barang2 yang aku gunakan. Fajar pun sudah hampir menunjukkan rupa. Sungguh cantik warna langit yang gelap disulami garis2 keorenan ketika subuh menjelma... Indah ciptaan Allah... Hehehehe...

Masuk ja bilik tidur aku terus tak sedar diri sehingga jam 10 pagi. Gila lena tidur dalam air cond. Dah la seharian dari mula bot bertolak aku tak tido. Tapi pelik pulak sebab aku bantai tido tak lah selama mana. Boleh jer bangun sendiri. Kalau nak pegi opis punya pasal, hehehehe... Amatlah payahnya nak bangun... Kekekekeke... Cuma yang agak aku kesalkan ialah di mana selepas sahaja subuh, lubuk amberjack diterokai oleh kami di mana lubuk tersebut menunjukkan potensinya sebagai lubuk yang sangat baik. Aku hanya dapat melihat racun2 dari kamera ahli trip yang lain tentang hasilnya kerana terlajak tidur dan tak sedar apa dah... Gambar yg diambil ini pun ialah gambar dari kamera orang lain. Tak dapat nak diceritakan secara detail tentang kemeriahan lubuk tersebut kerana aku sendiri tiada ketika kejadian... Adedeh... Sedih rasanya... Huhuhuhu... Kalau takda rezeki untuk aku merasa tarikannya sekalipun, dapat mencuba di lubuk tersebut sudah memadai. Yang penting cuba. Tapi apakan daya... Hanya mereka yg sedar ketika itu sahaja yg dapat menyaksikan perairan itu sebagai lubuk amberjack yg berpotensi...




Antara gambar yang diambil dari kamera ahli trip yang lain...


Selepas ditaburi racun2 yang menyakitkan mata, aku terus sahaja bersarapan dengan belen2 makanan yang ada... Acara bottom kembali aku lakukan kerana kesengalan bahu akibat melayan jigging semalam. Sorang2 pulak tu. Kalau ramai2, tentu lebih meriah hasilnya. Arus masih perlahan ketika aku bangun tidur. Jadi hasilnya pun tak berapa meriah. Agak lama juga untuk menunggu ikan meragut umpan. Hanya sesekala sahaja umpan kami diragut ikan... Walaupun spot ditukar beberapa kali, arus tetap perlahan dan menjadikan hasil tangkapan tidak banyak. Sehinggalah malam kembali menghampiri, lubuk sekitar 130 meter pula dikunjung... Adedeh... Patah tangan balik la nih...




Antara hasil yang diperolehi...



Apabila malam menjelma, arus mula bergerak sedikit. Walaupun tidak sekuat mana, ia sudah memadai untuk membuatkan ikan kembali meragut umpan. Aku amat mengagumi dengan kepelbagaian spisis serta potensi perairan di Sabah sebagai satu kawasan memancing yang boleh dikatakan agak hebat. Mungkin cuma kali ini nasib tidak betul2 menyebelahi kami dengan keadaan arus yg sentiasa perlahan dan kadang2 tiada arus lansung dalam jangkamasa yang panjang. Pengalaman dan ilmu juga penting selain dari usaha dan faktor rezeki... Aku memulakan sesi sebelah malam kedua dengan acara bottom untuk menyimpan tenaga untuk sesi jigging tgh malam ini. Hasil agak memberansangkan berbanding dengan malam sebelumnya...



Antara aksi2 malam kedua...






Antara hasil yang sempat dirakamkan...



Menjelang tengah malam, tenggiri mula menampakkan muka apabila lompatan2nya mula kelihatan di permukaan air dan umpan drift juga menghasilkan beberapa ekor tenggiri. Aku yang agak kurang hasil dengan acara membottom mula mengeluarkan set lain untuk acara jig cast. Jig White Rabbit 80g dengan rod Xpuyu Firestick PE4 beserta reel Tomman The King 6000 kepunyaanku dikeluarkan untuk mencuba nasib. Hanya 3 kali balingan jig aku bersambut oleh tenggiri tetapi sayang kerana gancu sedang digunakan ketika itu. Ikan yg terlalu lama diasak di tepi bot akhirnya berjaya memutuskan steel wire yang aku gunakan. Takda rezeki la pulok... Aku mengeluarkan sebijik lagi jig White Rabbit 80g dan mencuba sekali lagi. Agak lama juga sebelum tenggiri kedua membaham jig yang aku unjunkan. Kali ini gancu telah awal2 ditempah... Kekekeke... Konpiden lebeh plak... Hahahaha... Dan akhirnya berjaya juga aku mendaratkan seekor tenggiri... Warghhhh... Karan!!!

Tenggiri dengan umpan drift...



Tenggiri yang aku daratkan dengan kaedah jigging...



Jarak dekat tenggiri dengan jig White Rabbit 80g...



Selepas sahaja tenggiri tersebut didaratkan, angin mula bertiup kencang dan diikuti dengan hujan yang agak lebat. Kami semua terpaksa berteduh dan berehat seketika dan ramai juga yang mula masuk tidur. Abang Saufi mengagak yang hujan ini takkan lama dan jangan tidur lagi katanya. Ikan akan galak makan sebaik sahaja hujan berhenti. Walaupun hujan turun agak lama, aku tetap menunggu bersama abang Saufi dan abang Caesar. Mereka berdua terus menyambung acara pancingan di dalam hujan. Aku tak berapa berani sebab aku hanya nak jigging. Lantai pulak licin. Agak bahaya. Jadi aku tunggu hujan betul2 berhenti untuk sambung jigging. Apabila hujan berhenti, aku terus mengeluarkan kembali set pancingan aku dan menyambung acara jig cast. Hanya pada balingan pertama jig aku terus bersambut dan kali ini juga menghasilkan seekor lagi tenggiri... Dan dengan naiknya tenggiri kali ini menyebabkan aku betul2 keletihan dan mengambil keputusan untuk memulakan acara bottom sahaja...


Tenggiri kedua yang aku daratkan...


Jarak dekat tenggiri keduaku dengan kaedah jigging...


Abang Caesar dengan tenggiri drift...


Abang Saufi dengan Ebek terbesar trip ini...


Lebih kurang jam 3 pagi, ramai yang telah bangun untuk menyambung sesi pancingan. Ikan putih seperti GT, cupak, jemuduk, ebek, dan lain2 mula galak meragut umpan. Banyak kes tali bersilang dan kes putus terjadi. Ikan betul2 frenzy dengan tempoh yang agak lama sehingga jam 7 pagi. Boleh dikatakan semua orang yang ada mendapat sambaran kecuali aku!!! Warghhhh... Tekanan betul... 4 jam ikan frenzy tak berhenti, sekor pun aku tak dapat... Cuma dua kali ragutan yang aku terima dan kedua2nya putus pada mainline. Lepas tu aku tak dapat satu sambaran sekalipun... Nasib betul2 tidak menyebelahi aku kali ni. Tapi aku redha dengan semua ketentuan dan rezeki yg telah Allah tetapkan... Maybe next time.





Antara tangkapan ikan2 putih pada masa2 frenzy...


Mata aku dah mula rasa pedih2 kerana belum tidur pada malam itu. Matahari pun dah naik sedikit. Aku mengejutkan abangku yg sedang tidur dari malam tadi untuk terus memancing. Sebaik sahaja dia bersiap, aku pun terus mengambil sarapan sebelum tidur. Selepas dia bersiap, labuhan pertama umpannya terus disambar seekor jemuduk... Warghhhh... Makin aku tekanan... Aku berjaga sepanjang malam sampai siang, takda lansung ikan putih nak dapat. Abang aku dalam labuhan pertama terus dapat jemuduk. Sengal betul lah... Dalam keletihan tu aku terus ja masuk tidur.

Lebih kurang setengah jam aku tidur, aku terjaga. Adui... Sekejap betul tido. Pelik plak rasa... Aku bangun dan menyertai semula rakan2 lain tetapi aku tidak lagi memancing. Penat sangat... Aku mengemas barang2 ku sedikit demi sedikit perlahan2. Mencuci mana yang patut dan hanya bersembang bersama pemancing lain. Dalam2 bersembang tu abang aku sekali lagi mendapat ragutan dengan hanya menggunakan umpan ikan yg telah kering berjemur di lantai kerana kami kehabisan umpan segar. Hasilnya ialah seekor kerapu sunuh. Makin terbakar la aku... Hehehehe... Dan labuhan berikutnya pula mendapat satu lagi ragutan tak sampai pun 2 minit setelah umpan dilabuhkan. Kali ini kerapu coklat pulak yang menjadi habuan... Huhuhuhuhu...



Antara aksi hari terakhir...

Saja2 bergambar dengan dua ekor tenggiri yang aku daratkan...

Kerapu sunuh yang meragut umpan ikan kering... Hehehehehe...

Kerapu kedua...


Keindahan fajar...



Apabila hampir tengah hari, tiada lagi ikan yang sudi meragut umpan. Kami pun bersiap sedia untuk bertolak pulang. Dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam, aku sekali lagi tak dapat tido. Hanya mengabiskan masa dengan mengambil gambar dan bersembang2 sahaja... Aduiii... Sampai darat mesti lentok... Kalau la boleh tido... Huhuhuhu...




Sebahagian kecil daripada hasil yang diperolehi...






Sesi menghabiskan bateri kamera... Hehehehehe...

Aku dan abang Saufi...


Sesi trolling skirt lure dengan koyan dalam perjalanan pulang...


Bersembang2 dalam perjalanan pulang...


Kami tiba di jeti pada sebelah petang dan badan kami betul2 penat. Apa sekalipun, aku merasa puas walaupun hasil yang aku dapat tak seberapa berbanding dengan orang lain. Aku bersyukur dengan rezeki yang telah Allah tentukan. Pengalaman ini akan dijadikan panduan untuk trip yang akan datang jika berkesempatan. Dan aku juga berpuas hati dengan layanan dan sikap ramah rakan2 di atas bot...



Memunggah barang2 ke darat...



Tiba di jeti, cikgu bwan telah sedia menanti. Selepas bersembang sedikit dan bersalaman dengan ahli trip yang lain, kami dihantar ke hotel untuk berehat. Cikgu bwan menguruskan pembekuan ikan kami. Sekian sahaja report kali ini... Gila panjang... Macam tak ramai jer baca nanti... Layan tgk gambar pun takpe la... Hahahaha...

Terima kasih tak terhingga kepada cikgu bwan, ipen squid, k7 dan ameng (betul ke nama? kekekeke...) kerana sudi membantu aku dan abang aku dalam trip kali ini dari segala segi. Kami amat menghargainya... Dan terima kasih juga pada semua peserta trip kali ini... Memang best!!! Dengan ini aku sertakan sedikit gambar2 snap saja2 di sekitar Bandar KK... Layan pemandangan la pulok... Hehehehehe...



Pemandangan dalam perjalanan pulang ke jeti...





Sekitar Bandar KK diwaktu senja...

Terjumpa plak ngan Strike Angler kat air port KK... Hehehehe...

Senja dalam flight...



Okes... Tu jer... Terima kasih banyak2 kerana menunggu laporan tak seberapa ini... Hehehehe... Jangan marah haaaa... Aku agak bz nak siapkan cepat2... Hahahaha... Thanx again...

Tiada ulasan: