Khamis, 2 Julai 2009

Ayer Ganda: Kelly Lure Mengganas Lagi!!!!!

Foto & Teks oleh Jalijantan

Kelly Lure kembali lagi…..kali ini dicabar oleh caster terkemuka Kuala Ketil, Ferd sambil dibantu oleh Ekzos dan Korq Gelugorq.
Manakala aku mengambil keputusan untuk berpartner dengan Speedhobbies walaupun ada risiko minyak petrol mungkin tidak mencukupi kerana enjin bot akan menanggung beban yang agak berat. Tekong Wanak telah mengemudi bot Ferd, manakala Tekong Din mengemudi bot aku.
Janji telah dipatri akhirnya sampailah ke hari jadinya trip ini pada Ahad lepas 31 Mei 2009. Pukul 4.30pagi, Korq Gelugorq telah keluar dari rumahnya di Sungai Ara, Pulau Pinang. Setelah mengambil aku di Pongsu Seribu, Kepala Batas, kami terus ke Lunas mengambil Speedhobbies. Tunggu punya tunggu, 20 minit berlalu…Speedhobbies tak muncul-muncul juga, rupa-rupanya Speed terlupa nak pakai seluar batiknya dimana dia terpaksa berpatah balik. Tragedi berulang lagi dimana Speed telah mengarwahkan seekor anak anjing di pertengahan jalan. Lain pula halnya dengan Ferd dan Ekzos di Kuala Ketil, kerana telah ditahan oleh Jabatan Imegresen kerana disangka pendatang haram Myanmar yang sedang asyik menghidu gam uhu di belakang Stesyen Minyak Petronas Kuala Ketil.Cukuplah mukadimah yang tak seberapa ini, sesampainye di jeti Ayer Ganda, barang dipunggah dan dimasukkan dalam bot masing-masing. Kelihatan Speedhobbies sedang menonggeng dengan harapan dapat menaikkan keghairahan Ferd….Uwekkkkk!




Lalu kami berpecah dengan haluan dan target masing-masing, aku yang berpartner dengan Speedhobbies kiranya beruntung kerana bot kami senantiasa dalam posisi willy kerana beban yang agak berat dibahagian belakang.
Inilah hero puak Samao…Introducing to all of you….Speedhobbies@ Andre The Giant @ The Big White Bone

Ini pulak jalijantan@Hero Malaya….(Misai aku ditrim supaya tidak menyamai Roosta Caster)

Setelah beberapa kali diasak Sang Ibu Channa, pukul 10.23 pagi, aku memecahkan kebuntuan bot di Sungai Ayer Dala…

Tak lama lepas tu, aku lagi sekali beraksi… Wuuuuucakkkkk! Jangan marahhhh...
Speedhobbies masih lagi kumpau….Aku terpanggil untuk mencari punca kekumpauan nye, Yessss! Aku dah kenal pasti puncanya!

Ade ke patut Speedhobbies menggunakan alat di bawah untuk memancing toman? Korang piker-pikirkanlah…..hihihihihi

Setelah ditarbiahkan oleh Tekong Din dan aku, Speed kembali bersemangat…Namun mukanya masih menampakkan aura kekumpauan dalam dirinya…
Sinar matahari seolah mencubit-cubit kulitku, lalu aku selongkar tackle box Speedhobbies…maka acara menepung tawar pun bermula…

Benda ni jangan dilupa, kalau tak dibawa, kelak membakar diri…Macam TOM @ Giant Trevally

Gambar ni aku tujukan khas buat TOM dan Man Captiva....

FG Knot…
Suasana gegak gempita seketika….Dimanakah kami ni sebenarnye? Takkan berhampiran Gunung Sitoli di Indonesia…

Korang nampak dak gunung berapi tu? Bila-bila masa aje nak meletup tu…

Jam pun dah menunjukkan hampir pukul satu tengahari…Rehat kejap laaaa….Speed masih kumpau…

Kami berehat di pondok nelayan…Tak lama lepas tu bot Ferd pun sampai…
Setelah bergegar pondok nelayan dek penangan dengkuran Speedhobbies, kami menyambung misi yang belum selesai…


AKHIRNYA!!!!! Speedhobbies diasak Sang Bujang di Sungai Cueh....

Baru la nampak ceria sikit gergasi berbulu dada niiii…..

“Pittt!!! Baling Pit!!!”teriak aku pada Speed setelah melihat Sang Bujang naik di depan matanya….”Sreeeeeeeeeetttttt!!!!!”

Hehehehehe……Sesi penjuahan oleh Speed kerana nyaris2 menjadi bahan perbualan kutukan RC selama sebulan…

Toman ketiga aku di lubuk Merah…

Dan yang ke 4 di Batu Puteh….(dengan harapan kali ni aku tersenarai dalam Monthly PAT Tournament…)

Manakala bot 2 berhasil menaikkan 3 ekor toman. Korq Gelugorq dengan Sang Bujang menggunakan Kelly Lure…

Ferd bersama sang ibu toman menggunakan hinomiya pencil bait

Channa Micropeltes terakhir bot 2 dari Ferd menggunakan lure “APA ENTAH”

Ekzos(berbaju kuning) sedang beraksi dimana menyaksikan 2 bijik lure Rapala lebur dikekah sang toman…

Ferd kelihatan sedang membuat akrobatik persis beruk pungkorq merah diatas bot…

Sampai aje di jeti, sesi penceritaan cerita dongeng oleh Ferd pun bermula…

Terima kasih bebanyak la pada Korq selaku driver pada hari tu…
Demikian sahaja celoteh dari aku melaporkan dari bilik berita KK.com, andai ada salah dan silap aku, terkasar bahasa tolonglah maafkan, takde gunanya korang nak saman aku dalam court, terima kasih khas buat Ferd, Ekzos, Korq dan Speedhobbies namun hangpa kena pasrah kerana akulah CHAMPION pada hari itu…hihihihi

Tiada ulasan: