Sabtu, 4 Julai 2009

TRiP P9 - RiNDuKu TaK PeRNaH LuNTuR...

Teks & Foto oleh Roosta Caster

Ahli Komplot;
Ahli 1 : Zan
Ahli 2 : Hafiz Giant @ speedhobbies
Ahli 3 : Cameraman 2... Cikgu Bakar
Ahli 4 : Cameraman 1... Akulah tuu!
Tekong : Bro Zamri.
Tarikh Trip : 25hb. April 2009


" Hang tak kontek depa ka?", tanya Hafiz melalui handphonenya sewaktu aku dalam perjalanan balik dari kerja.
"Pasai apa?", aku bertanya kembali..." La ni cuaca tak elok, trip tuas Yan pun depa banyak kensel dua tiga hari ni...".
" Tak kisahlah, kita pi dulu... Tak buleh mengai pun kita lepak kat kabin...".


Hujan lebat terus mencurah-curah sepanjang perjalananku balik ke rumah...Tawakkal sajalah...




Sebagaimana yang dijanjikan, pukul 9.00malam perjalanan ke Seri Manjung pun dimulakan...


Pagi Sabtu selepas selesai bersarapan dan bekalan semua diangkut masuk ke dalam bot, misi kami pun bermula...Rindu sangat-sangat dah nak bermesra kembali dengan baby-baby GT kepulauan Pulau Sembilan ni setelahtrip pada bulan lepas langsung tidak mendapat layanan mereka.

Ini pertaruhan awal Cikgu Bakar. Meneruskan kesinambungan Boss menjamu bulu-buluan di sini...


Aku pula macam biasalah, diver cinonet Strike Pro Albino terus dijadikan sandaran buat kesekian kalinya...


Ish! Terasa macam lambat sungguhlah Bro Zamri ni bawa bot hari ni. Hampir pukul 8.00pagi baru nak boleh start exercise ni...



Selepas hampir sejam melakukan senaman regangan tangan barulah bersambut dari mereka...Ingatkan Boss tak ikut ada harapan nak strike dulu, alih-alih Cikgu Bakar potong daa...Sorry Cikgu, patutnya ada video clip untuk aksi layan GT ni, tapi saya terdeletelah pulak...



Tapi tak lama, 10 minit lepas tu hilanglah juah dia... Heeee...
Aura aku sudah keluar laa...

Hummm... Ada gaya Haji Bakhil tak?"Sekali aku lesing kang...".





Menghampiri pukul 11.00pagi tiba giliran Azizan pulaklah...

Sebaya saja baby-baby Pulau Sembilan pada hari ini, mesti datang dari sekolah yang sama ni...

Kesian kat Giant, jadi tukang gancu sajakah dia hari ni...?




Pantang betul aku kalau Boss tak ada diaorang nak cantas aku...
Tak sampai 10 minit juga maka aku jawab lagi....
sungguhlah aku kalau tak bawa Boss mancing sekali...


Dengki sungguhlah diaorang sampaikan gambar aku pun bagi out of focus!




Menghampiri pukul 12.00 tengahari ilmu sembat perut aku pula datang...
Nasib engkaulah Marlin Singapore, lintas Albino tak kasi signal...



12.30tengahari sementara menunggu hidangan tengahari (Meggi jer...[:D]) siap...
Tak sedar diri sungguhlah anak gergasi ni... nasib baiklah itu tayar lori, kalau tayar kereta mahu tenggelam tu...

Mamat ini pulak sibuk hantar report ke mana pulak ni...
Best sikit mancing kat sini, time lepak kat Pulau Lalang pun boleh kontek marka


Tak cukup dengan itu, lepas makan boleh pulak tidur berjemaah didodoikan desiran ombak dan belaian angin laut...Mana lagi nak cari wehhhh...


Selepas rehat kami cuba layan bottom pula kali ni, tapi yang layan pun cuma baby Kerapulah pulak...


At last Giant dapatlah juga lesen dia... Kerapu Manis saiz 500~600gram lebih-kurang...Lega sungguh-sungguh dia sebab bebas dari tekanan psikologi aku sepanjang hari ni...







Hampir 5.30petang Cikgu Bakar tak sudah-sudah melayan baby-baby Kerapu selipar dia...
Aku pulak bab rendam-rendam umpan ni lemah sikit... Manjang sangkut karanglah, sangkut pukatlah...
Hampeh!!!

6.10petang, merasa juga Hafiz tarik GT. Senyum sampai ke telinga!" Selamat aku dari jadi bahan kutukan sebulan...", luahan suara lega Hafiz kedengaran.


7.00petang bot pun menghala jalan pulang ke tambatan. Tak payahlah buat muka sedih sangat Cikgu, bulan depankita datang lain laa... Dahlah hari ni ponteng mesyuarat sana sini, dah tu buat muka pulak...



Dan senjapun berlabuh lagi untuk kesekian kalinya...


Ini pula barisan-barisan baby yang berjaya kami labuhkan pada hari ini...Bolehlah lepas ketagihan gulai kepala GT, juga ketagihan menyonyot mata diaorang...



12.30pagi baru sampai semula di rumah... Total milage 208km tuu...


Demi baby-baby GT perjalanan sejauh mana pun sanggup diharungi... Kerana rindu kami pada mereka tak pernah pudar...
Sekian dulu saya melaporkan… Ini pun gagah jer buat report sebab duduk sensorang kat rumah...
Seperti biasalah, mana ada salah dan silap aku minta maaf seadanya.
Kalau korang tak puas hati bagi tau, bila-bila nanti kita pisettle sesama layan kasting baby GT sepanjang hari di Pulau Sembilan ni...
Layan sampai muntah!
Kalau tanak, duk diam-diam...
"Nak kena lesing?"
Peace... RooSTa_CaSTeR

Tiada ulasan: