Sabtu, 4 Julai 2009

Tonomen PAT Bulan Jun

Akhirnya kita semua termasuk warga PAT berjaya mengharungi setengah tahun dalam 2009 ini dengan selamat. Disebalik kegawatan ekonomi serta penularan wabak Influenza A (H1N1), warga PAT serta rakan-rakan PAT seluruh Tanah Melayu masih mampu untuk pergi memancing dan sekaligus memungkinkan Tonomen PAT berjalan seperti biasa. Saya selaku wakil Puaka Anglerz Tribe memanjatkan rasa Syukur Alhamdulillah dan mengucapkan tahniah kepada semua.

Okeh... Cukup setakat mukadimah ayat skema dari aku. Aku teruskan dengan kebiasaan.

Berakhirnya bulan Jun maka berakhirlah Tonomen PAT bagi bulan Jun... kehkehkeh... sekaligus menyaksikan beberapa muka baru dalam memenangi kejuaraan ini.

Bagi kategori Air Masin, empat penyertaan diterima dari tiga pemancing. Aku yang masih dalam proses hiatus hanya mampu menyaksikan gambar peserta dengan ikan masing-masing dengan penuh rasa jeles dan iri hati menyelubungi segenap ruang hati ku yang suci ini. Chaittt!!!

Pemenang bagi bulan Jun ini adalah sedara Poseidon a.k.a Ike Konge dengan hasil tangkapan yang cukup membanggakan. Ini buleh mendatangkan marah ni... hehehehehehe... Hasil beliau dengan Amber Jack 20++kg menyangkal dengan terang dan nyata penyertaan peserta-peserta lain bagi kategori ini. Hasil temuramah dengan beliau berkenaan berat sebenar ikan tu, beliau cuma mampu menjawab, "tatau... tapi berat lagi dari beras 20kg yang aku selalu angkat... kalu sorang tak larat angkat woooooo!!!". Sungguh teruja aku mendengar jawapan dari beliau. Adakah beliau bakal menjadi juara King of The King bagi Tonomen PAT 2009??? Ntahla... adakah title tu??? kehkehkeh...

Berikut gambar-gambar bagi kategori Air Masin
Logo bagi pemenang Tonomen PAT Air Masin Jun 2009
Antoo: Poseidon a.k.a Ike Konge (berkaca mata)
Spesis: Amberjack
Berat??: tatau tp berat lg dari beras 20kg yg aku selalu angkat(srg x larat angkat)
Rod: seed shiren light pe 5-10
Reel: daiwa saltiga 6500 expedition
Main lain: tufline hollowcore 65lb
Leader: berkley big game 130lb
Lure: hinomiya jig metallic sardine 220g
Depth: 120 mtr


Antoo : Burned Steel

Mangsa : Pari minyak

Berat : 16 kelo


Antoo : Poseidon

Mangsa : Sunuh

Berat : 2.5 kelo


Antoo : Volvos
Mangsa : ketarap
Lokasi : Pahang


Bagi kategori Air Tawar pula, seperti kebiasaannya tidak banyak penyertaan yang diterima. Dari banyak-banyak antoo cuma tiga penyertaan yang diterima. Namun bagi kategori ini, kita menyaksikan muka baru bagi pemenang. Muka baru yang dimaksudkan adalah kerana beliau kali pertama memenangi Tonomen PAT ini. Errrrrrr... satu lagi memang muka baru sebab baru cukur misai. kehkehkehkeh...

Pemenang yang dimaksudkan adalah sedara Jalijantan dengan Toman 3.5kg yang berjaya beliau pancing di Air Ganda menggunakan Kelly Lure. Melalui khabar-khabar angin yang diterima, kemenangan beliau ada kaitan dengan kejadian mentrim misai pada malam kejadian. Keputusan drastik beliau berjaya mengangkat beliau sebagai juara. Dengan slamber beliau berkata, "Misai aku ni aku trim khas untuk trip air ganda ni... lagipun aku tak mau menyamai Roosta Caster...". Mengapa beliau berkata begitu? Samakah beliau dengan Roosta Caster? Setelah malakukan beberapa ujian makmal serta memanggil sedara Horatio Caine dari CSI Miami untuk melakukan siasatan. Rupanya memang ada sedikit persamaan antara Jalijantan dengan Roosta Caster. Cuma tidak dapat dipastikan dengan jelas dimana persamaan itu. Jadik aku bagi ruang untuk korang membuat andaian sendirik okeh!!!

Berikut gambar-gambar bagi kategori Air Tawar.

Logo bagi pemenang Tonomen PAT Air Masin Jun 2009

Antoo : Jalijantan (Versi takdak Misai )
Mangsa : Toman 3.5 kg
Lokasi : Multiple Water

Antoo : Burned Steel
Mangsa : Haruan 500 gm
Lokasi : Sabak Bernam



Antoo : tubuk

Mangsa : Toman 2 kg

Lokasi : Air Ganda

Sekian keputusan Tonomen PAT Jun 2009...

Tiada ulasan: