Hehehehe... Lama dah rasanya tak manceng bottom kat kolam bayar. Mana idaknya... Asal pegi kolam bayar jer mesti kumpau. Kalau ikutkan, aku ni tak berapa minat manceng kolam bayar. Ikan dia banyak demand. Umpan nak kena power la. Ada umpan2 tertentu jer yg laku la... Busan lak rasanya sebab aku bukan pandai nak bancuh umpan. Tapi bila Fareez mengSMS aku ajak ke kolam Angler's Lounge di Sg Buah, Selangor, aku terus je setuju sebab kolam tu ikannya tak pilih umpan. Bubuh la apa pun dia akan sebat asalkan umpan dibaling dalam kawasan yg ada ikan. Kalau baling atas pokok, mana maunya ikan nak manjat pokok cari makanan. Ye dak? Huhuhuhu...
Trip : Santai kolam bayar.
Lokasi : Angler's Lounge, Sg. Buah.
Tarikh : 30 April 2009.
Ahli : Aku, Fareez dan Din.
Nak citer banyak pun malas sebab mancen pun kat kolam bayor. Kompom ada ikan punya... Hehehehe... Lagipun macam yg aku cakap tadi, ikannya peramah. Tak pilih umpan. Kami cuma bawak umpan roti gardenia dan hati ayam sahaja. Kalau dipelbagaikan lagi umpan, maybe blh dapat macam2 jenis ikan kot. Dengan dua jenis umpan ni jer pun sampai tak larat kami nak tarik ikan... So, aku buh gambo ngan penerangan sikit2 jer la... Layan...
Din dengan pacu pertama...
Ikan yg sama... Saja amik gambo...
Pacu kedua juga miliknya dengan teknik bottom hati ayam...
Pacu milik Fareez...
Turn aku la pulok...
Pacu dengan teknik casting hati ayam...
Lagi pacu dari Din semasa hujan...
Makin hujan makin galak pulak pacunya makan sampai double hook up. Aku dengan teknik casting hati ayam dan Din dengan teknik bottom hati ayam.
Lagi sekali terbukti keberkesanan teknik casting hati ayam...
Pemandangan kolam yg mendamaikan...
Fareez in action...
Patin dengan membottom roti gardenia...
Dia lagi...
Patin berikutnya...
Rohu di sini juga gemar roti gardenia yg dibottomkan...
Patin dengan teknik casting roti gardenia... Hahahaha... Sampai ke umpan ori pun aku nak casting jugak. Bosan menunggu tapi terbukti berkesan jugak teknik casting umpan ori...
Selain ikan2 kat dalam gambo, ikan lain yg dinaikkan termasuklah talapia dan ketutu cuma tak amik gambo... Ikan lain pun ada lagi kat kolam nih macam jelawat dan tongsan. Cuma kami tak dapat jer... Lagipun kami mancen cuma tiga jam. Gambo pun tak semua amik sebab ikan frenzy... Amik yg mana sempat jer. Saiz ikan kat kolam ni tak lah besar2 tapi kegalakkannya makan umpan jer yg buat seronok... So, kalau nak fair, gunalah peralatan ringan jer... Ape pun, kalau anda semua nak cari kolam yg penghuninya ramah menjamah umpan dan mementingkan kuantiti daripada saiz, Angler's Lounge adalah kolam yg patut korang cuba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan