Sabtu, 21 November 2009

TRiP P9 - aSYiK-aSYiK PuLau SeMBiLaN...

Foto & Teks oleh Roosta Caster


Report ni aku post ekslusif kat rumah ni dulu...
Enjoy it... Keh keh keh...! :twisted:

Ahli Komplot;
Ahli 1 : Ijam
Ahli 2 : Nuar aka Hero
Ahli 3 : Cikgu Bakar PK
Ahli 4 : Nakdesa aka Pokcik aka Tukang Gancu…
Ahli 5 : Akulah…. Aka Tukang Pukul Gambar…
Tekong : Bro Zamri.
Tarikh Trip : 18hb. Julai 2009


" Kalau ada orang boleh ganti, hang ejas depa pi laa...", sebut Zan seminggu sebelum tarikh trip.
Dahlah bulan lepas tak mancing, takkan trip ni nak cancel pulak…? Mana boleh tahan…
Ejas sana sini, last-last Pokcik aka Nakdesa juga yang lompat mancing skali… Memula tu plan trip asing-asing sebab Rosli dah jalan dua biji bot. Siap berebut booking tekong lagi…
Tapi disebabkan bot kedua tu tak boleh masuk gear reverse, melompat jugalah Pokcik naik bot sekali dengan kami sebab dia pun dah missed out trip pada minggu sebelumnya…

Jumaat petang selepas berjaya cilok dari tempat kerja, aku, Bakar dan Anuar bertolak dari Kepala Batas…
Disebabkan beberapa hal tak diduga maka perjalanan dimulakan sedikit lewat, sekitar 10.45 malam.
Bila dah lewat tu faham-faham sajalah...


Nasib baik hiway clear, boleh gak speed "out meter"…





Nuar tak menyempat nak buka tali bot…



Cikgu macam biasalah, jaga protokol… Safety first…




Ijam on the other side…




Brother Zamri tekong rebutan… Ni tinggalan TDS aka Ujanglah ni…




Dah macam epidemik H1N1 pulak dah…




On the way ke pulau pertama, memasing layan jiwa… Cikgu Bakar mesti miss Tok Guru dia - Boss!




Ijam layan shooting apekebender ntah…





Ni senjata-senjata "orang depan", Pokcik, Ijam dan Nuar... Kecik-kecik jer, tapi power-power punya reel tu...




Ni pulak senjata peribadi Pokcik… Dia ni kalau dok kat Mexico for sure jadi koboi cam High Chapperal tu…








Ni pulak keadaan cuaca pada hari tu untuk Pokcik buat study tentang tingkahlaku GT Pulau Sembilan…
Berangin dan berjerubu…

Bertolak dari jeti pukul 8.50 pagi, dalam pukul 9.20 pagi dah sampai pulau pertama untuk memasing
melepaskan aura…







Well… Bila Boss takdak kuranglah sikit pressure aku, belumpun 10 minit main dah dapat sambutan…
Macam nilah bila aku ambik gambar sendiri… Pokcik kat depan siap pelik aku ambil gambar sendiri.
"Takkan takdak orang nak tolong ambil gambar kut?" jerit Pokcik dari depan Pulau Sembilan
Safari II. Jangan silap nama bot lagi Pokcik noo...



Aku bukan taknak orang ambil gambar aku, tapi kalau orang ambil macam inilah jadinya…







Tak sampai 10 minit, Anuar pulak dapat Talang…
Tabik sama Pokcik di atas sikap kerjasama dan bantuan yang diberikan. Patut pun kalau Pokcik jadi
guide untuk trip-trip mancing. Ketokohannya jelas terserlah…






Lepas 20 minit Ijam pulak tarik Talang juga. Pokcik dan Cikgu Bakar mula gelisah…
Orang baru dah dapat lesen, diaorang belum lagi… Keh keh keh…







10 minit lepas tu, Pokcik lagi… Tukang sauk ikan laa…
Tukang tarik ikannya Anuar… Kali ni GT skala 4+kg, siap ada kali dan perambut lain lagi kat mulut tu…






10.25pagi barulah nampak Pokcik senyum… Ada gak ikan dara sudi jamah spoon dia…
Nuar pulak kena jadi tukang sauk ikan. Nasib baiklah korang boleh bekerjasama, kalau
tidak tentu susah nak apply masuk jadi team Wonderpets.





Rupanya penghuni kat P9 ni cuma suka layan orang baru dan gewang cap ayam….
Bermodalkan spoon Cougar berharga RM1.80 saja… Tak padan dengan reel - RM1800.00!

Selepas tu sejam kami semua sekadar exercise buta… Manjang miss strike, tapi strike Banang la…
Dalam dok tension miss strike tu aku tersasul pulak sebut Miss Sya… Semacam jer Pokcik jeling...



11.37 pagi, aura sembat perut trip lepas berulang lagi… Rupanya macam ni caranya mancing Banang
kat P9 ni…





12.26pagi Anuar tarik baby GT kedua dia untuk trip ni…
Bermakna Pokcik juga turut menyauk baby GT kedua untuk trip ini… Keh keh keh…
Sabor Pokcik, pokcik tu kan guide jer…

1.30 petang kami terpaksa singgah kat pontoon wakaf YTL ni berhampiran Pulau Samak kut…
Tak boleh nak lepak kat Pulau Lalang aka Pulau Layang-Layang mengikut sebutan Ujang.
Jawabnya melepaslah peluang untuk mandi air bukit kali ni…




Ni rasa macam tengok siri Survivor pulak… The Champ dapat reward tidor atas tilam empuk…





The Kumpau terpaksalah beralah tidor atas pangkin kayu jer…
Apapun boleh juga diaorang ni layan tidor, aku pulak terpaksa layan diaorang masak bihun sup dengan
Milo ais… Lenkali kena caj ekstra ni… Dahlah kita jadi organizer, tukang masak dan tukang bancuh air pun
lepas kat kita jugak! Hampeh tul..




Kumpau punya pasal, makan bihun sup pun tak habis… Nak kata tak sedap, orang lain semua telan habis…
Campak kat anak-anak ikan tepi pontoon pun clear diaorang belasah… Sedaplah tu...





Selepas sessi petang dimulakan, Pokcik pula buka gelanggang tarik baby GT. Juga dengan spoon Cougar
brand alcheapo… Kena pi sailang juga ni untuk trip Clash of Titans lepas raya nanti…



Lima enam minit lepas tu Anuar lagi tarik baby GT lagi...





Cikgu Bakar dah sampai tahap tengelam punca dah… Tak tahu dah nak guna gewang mana setelah bulu-bulu
jampi dia tak menjadi pada trip kali ni… Mata kail size 16 pun sampai patah… bukan tarik ikan, tapi tarik pulau!









Pokcik layan baby Kerapu Selipar dengan light jig + rubber squid…





4.29 petang… At last, mampu juga Cikgu Bakar mengelakkan diri dari badi kap wau mim pa alif wau...
Apa barang datang jauh-jauh nak layang Talang jer… Baik beli kat jeti pagi tadi, baru RM10 jer sekor…





Berselang 3 minit Ijam pula dapat merasakan tarikan baby GT lesen pertamanya… Barulah tak sia-sia lompat ke laut P9
bila dapat lesen GT… Barulah tahu camana sedapnya layan baby GT daripada layan Sebarau dengan Toman Kenyir…





Sekali kena mulalah nak kena lagi… Bukan apa, nak kasi racun suruh ripit lagilah tu…
Ijam dengan lesen baby GT keduanya…




Cukuplah GT dua ekor, ambillah baby Kerapu sama…
Nak GT lagi kena datang lain kali pulaklah… Racun.. Racun!




5.42 petang Anuar dapat strike lagi… Tapi biasalah, hujung-hujung dia kasi geram saja… Rabut! Barulah hati ada geram,
lain kali mesti datang lain untuk revenge…

7.00 petang, Bro Zamri pun dah fed up nak layan kami dah…
Pusing steering lipat balik walaupun air masih surut… Ngikut bebudak ni sampai pagi esok diaorang ni nak kasting lagi…




Banyak juga gewang yang aku test kali ni, tapi tak begitu berhasil. Ada sektor air terlalu jernih, ada area air agak keruh…
Lain kali kena try lagi…




Last but not least, mangsa-mangsa serangan kombinasi Northern and Central region…
Ikut-ikut tu bolehlah tu… Dapat wak balik GT dengan Talang sorang sekor dah cukup puas dah…
Agak tak puas datang lagilah bulan depan. Apa, datang lagi bulan depan? Tak ada tempat lain dah ker nak pergi?
aSYiK-aSYiK Pulau SeMBiLaN jer ni… Bukan tak ada tempat lain, tapi untuk kaki kasting macam kami ni kat sini
sajalah tempat permainan paling menarik setakat ini… Siapa yang pernah cuba dia tahulah…

Sekian dulu saya melaporkan… Ini pun buat report lebih-kurang jer ni…
Seperti biasalah, mana ada salah dan silap aku minta maaf seadanya.
Terima kasih kepada Pokcik sebab sudi team up dengan kitaorang.
Salah silap mohon maaf, lebih-kurang mohon dihalalkan…
Ada rezeki boleh mancing sekali lagi pada masa depan, insyaAllah.


Peace… RooSTa_CaSTeR

Tiada ulasan: