Sabtu, 21 November 2009

Pancingan siakap kolam Sabah...

Foto & Teks oleh Ipen Squid

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Setelah beberapa komplot casting yang berkesudahan dengan kumpau… akhirnya satu trip ke kolam bayar dijalankan tanpa kompromi bgai menghilangkan badi kumpau sebelum ianya meresap lebih jauh… hasil racun dari sedara jifat, aku dan 2 orang lagi geng KPN iaitu RealSnail dan Jalakman memilih 14 Nov 09 sebagai tarikh untuk komplot membuang badi kumpau ini…

Tiba agak lewat di tempat perjumpaan yang dijanjikan… tidak menghalang niat suci kami meneruskan perjalanan dan tiba ke kolam tu seperti yang dirancangkan… kira2 jam 8.39 pagi kami sudah memulakan acara casting dengan menjadikan kolam CnR sebagai sasaran…


Apa pun bayar wang tebusan dulu…


Pemandangan kolam…


Set2 ahlul trip… set biasa2 saja… hahahahaha…

Selepas masing2 membuat bayaran di kaunter… kami terus setup pancing dan mula casting… balingan pertama dari RealSnail terus mendapat sambaran… namun lucut akibat split ring terkangkang… tak pa lessen P dulu… huhuhuhuhuhu…

Aku pun terus cast lagi dan spinner+grub terus disambar ikan… agak kalut juga disebabkan aku guna BC dan 1st kena ikan guna set tu… tapi ikan pertama berjaya juga didaratkan pada minit2 awal…


Aku dengan ikan pertama… spisis bawal…

Selepas itu sambaran demi sambaran diterima dari kami bertiga… ikan dalam kolam ni macam tak pernah nampak gewang… seterusnya layan gambar la pula sebab sumber gambar dari 3 kamera… jadi aku tak tau mana yang dulu dan mana yang last… hahahaha…

Mula2 kita tengok aksi aku, RealSnail dan Jalakman dengan hasil bawal…






Hasil bawal menggunakan SP…


Bawal makan spoon…


Bawal foul hook popper…

Buleh dikatakan ikan paling banyak didaratkan pada hari tu bawal ni la… memang galak hentam SP… sampai malas mau ambil gambar… tapi cukup best layan guna set ringan…

Seterusnya kita tengok hasil kerapu pula…


Jalakman dengan kerapu…


RealSnail dengan kerapu…



Kerapu lagi…


Kerapu dengan SP eupro murah…

Rata2 saiz kerapu yang didaratkan adalah macam yang di atas tu la…pantang SP lalu tempat beliau lepak pasti diterkam…

Dan akhirnya kita layan gambar ikan target kami pula iaitu siakap…


Sekap pertama hari tu guna spoon Seahawk Altima RM5…





RealSnail dengan hasil sekapnya… hasil meggunakan SP…


Aku dengan sekap terhalus sekali… huhuhuhu…


Spinner+grub pun laku juga… tapi dalam kes ni split ring terbuka bila sekap membelit tali ke reba…

Tempoh masa 3jam yang kami ambil hampir tamat dan Jalakman kelihatan agak tertekan kerana belum berhasil menaikkan sekap… asyik lucut saja… namun berkat kesabaran dan ketekunan beliau yang tinggi… berjaya juga menaikkan sekap dan sekaligus menjadi sekap terbesar trip ni…


Jalakman dengan sekap…

Bantu membantu itu penting… oleh itu bila kawan kita mendapat ikan terbesar kita seharusnya membantu bergambar dengan ikan beliau…


Dan dalam masa yang sama… jika ada sahabat yang lain agak sesuai jika beliau turut sama menghulurkan bantuan dengan menginterprem di belakang...


Bantuan juga buleh dihulurkan dengan beraksi dengan sekap kawan dalam posing yang tersendiri…


Close up sekap Jalakman dengan SP ijau…


Dan sekeping lagi dengan set utk rekod simpanan…


Penyampaian PATches kepada ahli yang mendaratkan sekap terbanyak… sekadar sumbangan dari PAT Sabah… hehehehehe…


Bergambar kenangan sebelum balik…


Inilah lokasi pancingan kami… insya’Allah dalam masa terdekat ni aku akan ripit semula…


Secara keseluruhan trip ni bagi kami berjaya… masing2 dapat merasa tarikan sekap yang diidamkan walaupun ianya sekadar sekap kolam… ini kerana… sekiranya sekap itu bermastautin di dalam gelas sirap sekalipun ianya masih dikenali sebagai sekap dan tak akan bertukar menjadi ikan dari spisis lain…

Sekian laporan tak seberapa ni… mohon maaf sekiranya ada kesilapan dan terima kasih…

1 ulasan:

hafeez berkata...

ging..mo tnya ba ni..d mn ni tmpt? kita kongsi2 la ba kn...hehe...