Ahli Komplot;
RG the PeMM President
Azizian
Apit_Parit
Anuar Hero
oF CouRSe, aKu La...
Tekong : BRo ZaMRi.
Tarikh Trip : 7hb. November 2009
Assalamualaikum...
Trip Pulau Sembilan aku kali ini membuka ruang untuk berkenalan dan memancing bersama Ridzuan Ghazali Presiden Persatuan Memancing Malaysia (PeMM), Apit_Parit dan Azizian dari MFN. Seorang lagi ahli adalah kawan sembang aku dari Penang, Anuar.
Memang teknologi terkini banyak membantu menghubungkan kita, biarpun tak pernah berjumpa sebelumnya, tetapi bila jumpa cepat saja boleh masuk daun. Mungkin juga sebab sering chatting kat forum, mungkin juga sebab minat dan tujuan adalah serupa...
Dipendekkan cerita sebagaimana biasa, sampai di kabin malam tu maka masing-masing mengeluarkan senjata dan bekalan-bekalan rahsia untuk meneruskan serangan psikologi yang bermula dalam forum sebelumnya...

Azizian punya bunjut jampi lagi power rupanya... Gambar pun jadi kabur semacam dicover dek jin bunjut dia...
Cuaca pagi sewaktu keluar dari jeti Kampung Permatang... Tenang lagi mendamaikan jiwa yang bergelora membayangkan sapaan anak-anak GT yang masih kabur serta tiada kepastian.
Sekali lagi pemandangan serupa seperti trip bulan lepas. Mungkin dengan bantuan mahupun bisikan ghaib di telinganya maka Azizian terus menuding jari ke tengah laut. Bukan ada boiling apa pun! Aku buat donno saja sebab dah biasa sangat dengan tebiat-tebiat pelik member mancing kat Pulau Sembilan ni.
Tak kira member baru, tak kira member lama... sama saja!
Tak kira member baru, tak kira member lama... sama saja!
Err.. Pemandangan ni pun biasa juga semenjak dua menjak ni… Bukan pada aku saja rasanya, tapi pada ramai lagi kaki-kaki kasting Pulau Sembilan ni yang menyewa bot ni. Harap-harap RG pun perasan jugaklah...
Senjata aku dan Apit yang sukarela dok kat belakang… Saja kasi line kat member-member lain supaya peluang lebih cerah untuk cari lesen GT dari bahagian depan bot. Duduk kat belakang ni kalau tak kena strategi memang lagi penat nak dapat lesen...
Senjata-senjata geng depan pulak. Pukak-pukal punya pun ada, mahal-mahal pun ada... Ngeri GT Pulau Sembilan kalau diaorang nampak set-set diaorang ni...
Belum pun 15minit kasting dah ada yang sambut popper Redhead Yozuri-F 110mm Anuar ni... Sungguhpun main dgn Ryobi Safari tapi terasa jugalah karannya dengan GT saiz begitu...
Saiz sedap layan, tapi belum tentu naik kalau guna set ringan sebab air surut ketika ini dan banyak batu-batu berkerikil di sekitar pulau ini...
Hanya yang selalu main di sini pernah mengalami amalan-amalan sedekah gewang secara tidak rela di sini...
Hanya yang selalu main di sini pernah mengalami amalan-amalan sedekah gewang secara tidak rela di sini...
Selepas hampir sejam dan ketiakpun dah basah barulah Apit sambut tetamu baru pula. Alu-alu tak cerdik!
Selalunya alu-alu ni bila dah ikut gewang dalam keadaan air jernih akan buat U-turn bila perasan kehadiran ikan tipu, tapi mungkin terkejut bila Apit jerk gewang depan mata, terus dia baham...
Selalunya alu-alu ni bila dah ikut gewang dalam keadaan air jernih akan buat U-turn bila perasan kehadiran ikan tipu, tapi mungkin terkejut bila Apit jerk gewang depan mata, terus dia baham...
Walaupun bukan ikan terpantas untuk kali ini, tapi bolehlah bagi karan sikit untuk redakan rasa semut-semut kat siku...
Lepas tu layan islands hopping sajalah sebab tak ada GT mahupun Talang yang mahu menjamah ikan-ikan plastik dan fiber kami. Yang pastinya air laut pada hari ini terlalu jernih dan kurang masin dipercayai kesan limpahan air hujan dari Teluk Intan dan Bagan Datoh.
Beberapa bondong anak-anak GT dan Cupak hanya "buat donno" saja dengan segala jenis gewang, bulu mahupun spoon kami...
Ketika air jernih begini mungkin waktu awal pagi dan ketika senja baru sesuai untuk menipu GT. Kalau waktu tengahari pulun juga kasting, kita sebenarnya hanya menipu diri sendiri...

Anak darai tengah tuang air panas untuk hidangan bihun sup PAMA makanan rasmi team kami...
Pastikan air mendidih betul baru tuang, kalau tidak bihun pun rasa tak serupa bihun!
Pastikan air mendidih betul baru tuang, kalau tidak bihun pun rasa tak serupa bihun!
Mujur dah habis cekik bihun baru perasan menatang timun laut ni, kalau tidak mungkin dah jadi perencah tambahan dalam bihun PAMA tadi...
Kita 'buang-buang duit" sebab hobi di sini, tapi beberapa pekerja Siam yang diupah pula sedang buat duit dengan mengumpulkan spesis
lembik ini...
Kita 'buang-buang duit" sebab hobi di sini, tapi beberapa pekerja Siam yang diupah pula sedang buat duit dengan mengumpulkan spesis
lembik ini...
Selepas sejam sessi petang dimulakan barulah RG pula dapat lesen dengan salah sekor rattling Rapala dia yang berlungguk-lungguk dalam tool box dia tu...
Sorrylah RG tak ambil gambar clear, segan sebab guna kamera chorkia saja...
Sorrylah RG tak ambil gambar clear, segan sebab guna kamera chorkia saja...
Aku mulanya malu alah sebenarnya dengan RG sebab selalu kondem arrangement bot dan trip dia, tapi sudah dia pun pulun kasting maka takkanlah aku nak rilek pulak...
Maka terpaksalah korang tengok lagi aksi-aksi melampau aku... Memula tu segan juga beraksi depan kameraman
jemputan kali ni, tapi dah dia pun perangat... tunggu lagi?
jemputan kali ni, tapi dah dia pun perangat... tunggu lagi?
Azizian yang dah hampir-hampir putus asa dan putus oksigen gara-gara masih tak ada lesen akhirnya dapat juga GT skala 3kg yang serta-merta melenyapkan penat sepanjang harinya.
Melayan GT dengan set ringan siap bermain tarik tali memang cukup mengujakan, tapi kalau nak
secure lesen kenalah guna set saiz sederhana ke atas...
secure lesen kenalah guna set saiz sederhana ke atas...
Sekian saja report aku yang sekadarnya untuk trip P9 pada kali ini dibuat sebagai dedikasi dan penghargaan untuk member-member kasting baru aku di P9 ini dan juga RG, ikon pancing kita yang juga berdedikasi...
Err...daddy, tarak kasi trip free ka dok puji-puji ni?
"Nice having trip with you guys", maaf kiranya ada salah-silap mahupun terlebih gurau kat mana-mana...
Sorrylah hasil tak seberapa, bukan salah aku...
Tu semua salah RG! Ikan takut tengok set-set dan gewang-gewang dia yang power-power tu...
Jangan marah Yop RG, ek? Agak tak puas hati datang Kepala Batas nanti carilah rumah teman... boleh kita set trip lagi...
Peace... RooSTa_CaSTeR.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan