Rabu, 16 Disember 2009

TRiP YaN - MaNCiNG RiNGaN-RiNGaN

Foto & Teks oleh Roosta Caster

Ahli Komplot;
APiT BuLu
AZiZaN
BaKaR PK
BaKaR HoT RoD
ZaLi
MaiL The JiGGeR
oF CouRSe, aKu La...
Tekong : BaNG Li
Tarikh Trip : 6hb. Disember 2009

Assalamualaikum...
Ini adalah trip Yan pertama aku untuk tahun 2009 ni... Sejak-sejak berkawan dengan baby GT Pulau Sembilan, aku dah jadi malas dah nak datang ke Yan ni. Rasa lebih puas lagi kasting gewang tanpa henti sepanjang hari di Pulau Sembilan berbanding kasting ikan Termenung kojol sekejap-sekejap di Yan ni. Namun atas ajakan kawan-kawan sebab pada awalnya trip ni tak cukup korum maka aku lompat masuk jugalah...
Tak brapa sukapun, mancing tetap mancing... Lagipun dah lama jugak dah tak makan Tenggiri pancing ni... Asal sebut nak mancing ke Pulau Sembilan jer KDN siap mencebik mulut... Muak dah makan GT!


Rod aku pun dah naik bersawang dah... Lama sangat dah tak guna rod ni untuk kasting ikan termenung kojol...



Pergi memancing di Yan ni biasalah, pukul 4.00~4.30 pagi dah kena bertolak dari Kepala Batas dah... Kena pulak time air pasang awal kat Kuala Dulang, Yan di mana pot ditambat. Lambat nanti alamat bot tak boleh keluar kuala pula...
Dipendekkan cerita sebagaimana biasa, sampai di Yan subuh-subuh tu dah angkut barang semua naik bot. Pukul 6.15 pagi bot sudahpun bertolak keluar dari muara sungai...


Keluar muara sikit semua member ghaib kat belakang bot. Tinggal aku sorang-sorang "mandi" kat depan...


8.00pagi dah sampai kat tuas Det... Turun-turun saja appollo nak cari umpan termenung hidup, alih-alih Cencaru pulak yang layan.
Saiz sekor-sekor dalam 200~250g kira sesuai sangatlah buat goreng belah belakang nanti...


Kalau Cikgu Bakar naik 2 ekor sekali, Apit pula nak sekali 5 ekor...
Sekali naik sekilo tu..


Bang Li pulak malas nak layan Cencaru, dia lagi suka layan Talang dengan koyan saja... 10 hari tak turun ke laut sebab bahu terkehel terhantuk tiang jeti, katanya. Tapi sampai saja kat laut dia pun tak boleh tahan ketagihan mancing ni...


Hasil 15 minit saja dah banyak ni dah! Itu baru 2 orang punya kerja tu...
Yang lain cuba nasib cari lesen tenggiri kat tuas. Mungkin bukan musim agaknya, jadi berat sikit nak dapat strike kali ni...



Malas layan appollo, Cikgu Bakar cuba-cuba campak isi ikan dalam tuas pulak...
Bolehlah Paktipok @ Pecah Periok sekor kat dia... Sedap sikitlah dari tarik cencaru... Ini kalau buat sweet sour pun dah nak dekat-dekat rasa dengan siakap putih ni... Mungkin isi dia keras sikitlah..


9.15pagi Apit pun malas layan appollo dan main isi ikan juga. Tengok pada rod memang ganas semacam saja...



Cait! Dorado saja rupanya...

Akhirnya kami pindah ke tuas Pak Abu sebab dia terpaksa berkejar balik kerana Pak Long yang ikut trip dia kena sesak nafas dan muntah...



9.20pagi barulah Bakar dapat hook up Tenggiri... Tak sempat nak bergambar terus dia campak masuk tong!
Dah biasa sangat tarik tenggiri macam itulah...

Azizan pula dapat dua kali strike tapi kerana malas nak sentap, hook up jadi tak solid dan Tenggiri pun kasi miss-call saja kat dia...









Sudahnya pukul 1.20petang barulah Mail pulak dapat strike. Tenggiri pertama dia sepanjang beberapa kali turun ke tuas ni...
Mesin Shimano Twin Power dia tak nak, sudahnya reel Abu yang harga rm100 lebih sikit juga yang dia nak patuk...
Dengan mesin kecil dan Tenggiri pertama saiz 6~7kg, menggigil jugalah dibuatnya...




1.30petang, sekali lagi Bakar layan Tenggiri... Walaupun Tenggiri jarang strike pada kali ini, tapi saiz yang sambar biasanya kasar-kasar jugalah. Kali ini rasanya lebihkurang 5kg juga...



Bot jiran yang join kami kat tuas Pak Abu ni geng Polis Buttorwoth... Mungkin sebab selalu menembak agaknya maka kerap pula Tenggiri kena tembak dengan mereka ni...Tension jadinya mancing sebelah-sebelah ni bila Tenggiri asyik-asyik strike pancing diaorang saja... Mungkin sebab ikan umpan diaorang saiz gadang-gadang jika dibandingkan saiz ikan Termenung kami yang ushie-ushie saja kali ini. Itupun sampai RM10 sekilo beli bisik-bisik di Kuala Muda...


Cikgu Bakar pula dapat Ikan Pisang aka Rainbow Runner dalam skala 1kg lebih sikit... Khabarnya ikan ni kalau buat sweet sour memang sedap...





Azizan yang miss-called lagi untuk kali ketiga akhirnya merajuk lari ke depan layan Paktipok pula di celah-celah buluh tuas...
Sudahnya 4 ekor naik di tangannya. Umpan drift dengan Stella 8000PG kat belakang menunggu sapaan Layaran langsung tak bersambut.
Bukan musim agaknya...


3.30petang, diam tak diam sekor lagi tenggiri diusung oleh Bakar masuk tong. Hattrick dia hari ni dalam orang lain malas nak turun tuas kerana difahamkan bukan musim tenggiri dah. Kalau dah rezeki tu insyaAllah takkan ke mana...


Namun tak lawan brader polis yang first time turun ni. Dia saja strike 5 ekor. Dari tergagap-gagap tarik tenggiri pertama sampai steady dan cool saja tarik Tenggiri kelima. Memang lazim adat memancing ni, new comer selalu lucky. Sumpahan dunia memancing agaknya... Sumpah tak sumpah 16 ekor Tenggiri berjaya abang-abang polis ni shoot!

4.30petang terus kami merempit balik. Kata Bang Li nanti air surut bot tak boleh nak masuk dan susah nak dapat slot parking...
Tapi bila masuk kuala aku tengok air masih tinggi lagi. Inilah salah satu sebab aku "benci" nak datang memancing di sini, lebih-lebih lagi kalau yang bawa bot tu cuma ambil upah bawa dan bukan tuan bot sendiri... Manjang nak balik awal!


Sessi memunggah hasil..



Ini sajalah rezeki hasil 7 orang mancing kat tuas Yan pada hari ni..
Syukur alhamdulillah... macam-macam jenis ikan ada, macam beli kat pasar pulak...



Sessi pembahagian hasil...




Last but not least, sessi masak-memasak dan makan-memakan!

Sekian saja report aku untuk trip Yan kali ini. Gambar aku langsung tak ada sebab tak ada Tenggiri yang sudi layan pancing aku hari ni. Ada pun sekali saja dia tolong potong ikan Termenung kojol aku kasi putus dua... Selebihnya aku pun layan cencaru saja. Nanti bulan depan aku pergi lain usaha sekali lagi dengan set up baru. Dah lama tinggal sampaikan tarik Termenung kojol pun dia datang berpusing-pusing, manalah Tenggiri nak makan.
Akhir kata pesanan buat yang nak ke tuas Yan di luar musim Tenggiri ni, kalau rajin usaha insyaAllah ada rezeki menunggu tak kira musim
atau luar musim. Juga jangan lupa bawa appollo lebih sikit, khususnya yang saiz 12 dan 14 untuk layan Cencaru...

Peace... RooSTa_CaSTeR

Tiada ulasan: