Salam.... Ni aku nak bagi tips serba sedikit pasal casting haruan. Aku bukan la seorang pro bab mancing haruan apatah lagi kontra. Namun atas kesedaran sivik, maka aku nak share sedikit perihal komplot kami tempoh bulan hehe... So jika nak belajar bagi yang baru berjinak casting haruan, baca ler. Yang dah pandai mancing haruan mengalahkan dewa pancing tapi nak tambah sikit lagi infos, baca ler.. Yang tak pandai baca, tengok gambo jer.. buat andaian sendiri cukup le. Tadak salah...
Haruan... Sapa tak kenal haruan?? Snakehead? Jalak? Badus?Belao? Plachon??? What the hell??? Tak tau... Arghhhh....? Mai sini sat... dekat lagi...PANG!!!!.. amik sebijik... Kalu bukan pemancing dan tak tau apa itu haruan maka bleh dimaafkan atas kejahilannya itu tetapi jika pemancing hatta laut dalam sekalipun tidak mengenali haruan maka marilah kita berpakat hempuk selipar di kepalanya. (Ini disyorkan jika si pelempang tu berbadan besar macam beruang kutub)
Haruan merupakan spesis yang menpunyai kudrat hidup yang cukup mengagumkan. Ia boleh didapati di parit, lopak, sungai, tasik, kolam, dan beberapa kedai terpilih. Oleh kerana ianya boleh didapati di mana-mana, maka kewujudannya sering menjadi castingan pihak bertanggungjawab dan diporak poranda oleh pihak tidak bertanggungjawab.Tanggungjawab siapa?... Sila buat andaian sendiri, Takkan aku kene pikir semua..
Terus terang aku katakan, minat casting aku bermula dengan haruan. Masih aku ingat lagi, gewang yang pertama aku pakai dan dihentam haruan adalah storm Thunderdog Saltwater redhead. Punya gedabak gewang tu tp masih dihentam haruan. Sejak itu, aku tak pandang belakang lagi... Pelbagai gewang telah aku beli dan sumbangan kengkawan semata untuk melunaskan nafsu memburu haruan. Dari gewang hard bodied seperti pencil, chugger, propeller, crankbait, minnow, microlures sehinggalah Sp yang berbentuk grub, lizard, tube semuanya demi haruan nan tercinta. Sesungguhnya Haruan tidak memilih gewang mahupun sp wahai tuan2 dan puan2 sekelian. Yang membezakannya adalah feel untuk mengilat haruan tu sendiri. Disini kepakaran untuk menentukan apa jenis umpan, kaler yang hendak diguna adalah mandatori. Jika menggunakan gewang selaman untuk tempat berumpai semak, tidakkah itu saja nak menempah pelempang member!!!. Maka disini caster kene rajin berekperimentes. Jangan pi casting bawak sebiji gewang, kalu sangkut apa cita... Takkan nak casting ngan umpan batu jalan...
Tidak dinafikan katak hidup adalah umpan paling universal, kalis sangkut dan kalis kumpau. Namun bagi aku yang geli dengan mende reptilia, amfibia ni, katak hidup tidak terdapat dalam kamus casting aku. Kat Kuching susah nak cari menatang nie, yang dijual kat kedai pun mahal mengalahkan nasik lemak berlauk. Bukannya aku menentang kepenggunaan katak, ini adalah cara seseorang, kalu ko nak casting haruan guna umpan gajah sekalipun aku pedulik apa...
Set up???? erm... Jika zaman singapura dilanggar todak dulu joran besar batang penyapu, kekili untuk kertang dan tali yang boleh menambat kambing gurun digunakan. Sekarang tidak perlu lagi... memadailah guna braided mahupun mono yang berpoundage kecik. Sebaiknya yang 12lb ke bawah. Joran fast action 20lb ke bawah dan guna la kekili menegak mahupun mendatar yang bersesuaian. Ini terpulang dengan budget sendiri. Untuk permulaan jangan ler invest banyak sangat sampai ribu riban.. Kang kumpau terus gantung set casting, tak ke itu membazir. Kumpau tak mengenal mangsa, Jauhi sebelum kena.
Berbalik kita kepada topik asal....
Misi castingan kami ini bermula apabila ajay yang boring tahap gaban beraya di kampung mertuanya telah menabur janji2 manis tentang banyaknya port haruan sekitar kampung semera yang terletak 1 jam 45 minit berkereta dari Bandaraya Kuching. Kalu nak berjalan kaki, kene standby awal sket la.. Pagi krismas insyallah sampai, itupun kalu tak parah dilanggar lori sawit ahaksss... Kami yang ketandusan port haruan dengan pantas setuju dengan ajakan itu, kene lagi dia offer makan tengahari... Ini sudah bagus.
Misi ini disertai 3 caster, 1 umpire dan 1 chef. Umpire tu adalah mertua Selunsung75 yang ingin turut bersama.memeriahkan tebing parit.. So hari tu Selunsung75 terpaksa berusaha berlipat ganda untuk tidak mengecewakan mertuanya dan sekaligus tidak menjadi bahan bila pulang rumah nanti ekeke.

Inilah port yang dijanjikan oleh Ajay kepada kami. Sebenarnya aku agak skeptikal dengan port ini coz aku pernah mencuba sebelumnya tp tiada ikan yang sudi menjamah gewang aku atau dalam bahasa sopan, A.k.u k.u.m.p.a.u hehehe
Selepas ajay yang melakukan casting pertama menggunakan umpan sp tube terus mengena, konfiden aku terus melonjak. Lontaran pertama aku jugak bersambut namun rabut bila aku terlupa nak strike. Nota kaki: Strike itu penting, dont leave home without it!!!
Selepas itu ajay sekali lagi beroleh Haruan. Aku time nie dah berkira nak baling selipar kat dia... Mentang2 ler tuan rumah, asik dia je strike.
Selunsung75 yang menggunakan gewang storm sub wart selaman cetek plak disapa ikan haruan.
Nota kaki; Gewang replika ikan jugak berhasil namun %san sangkut amat tinggi. Tengok ler nanti.

Ikan Terbesar untuk misi ini. Ianya bersembunyi dibawah rumpai, kene accurate dan fast action. Sekali haruan reject, ulangi sampai haruan tu fed up. Untuk accuracy, aku berpendapat Bc lebih senang digunakan. Kalu over cast pung bleh lagi stop guna thumb. Sapa yang dapat haruan ni????
Mr Wahid aka Belao menggunakan Mazzy Frog, Tengah karau, haruan melompat menyambar. Sedap sangat ke Mazzy tu??? Satu lagi Peluru dipakai Belaoo adalah Sp Stickbait Berkley. Dia ni mengguna Joran yang direka dia sendiri..
Menjadi betul Tube dia nie... Kaler pun sebijik kaler air parit. Tube ni kalu ditwich, rumbai dia bergerak seakan kaki katak.
Entah apa yang merasuk dia nie... Mengkali dek Mertua dia yang menjeling semacam maka dia banyak hasil plak haruan tu... Pasni sure mertua dia puji melambung ekekeke..
Asik2 amik gambo orang, mana jalan beb... Aku pun nak jugak merasa tarikan. La ni aku guna spinnerbait bakau kaler hitam. Mungkin ada yang hairan ngapa spinnerbait gelap untuk air hitam. Sebenarnya air ni jernih dan tidak keruh, yang menghitamkan adalah tanah gambut tu. Kalu pun haruan tak nampak rumbai hitam, blade yang berputar tu jugak mengeluarkan getaran dan silau cahaya. Ini yang menarik perhatian haruan.
Apa Selunsung75 buat ni?.... Hahaha.. kan aku dah bagitau tadi, gewang selaman agak bahaya digunakan di air cetek. Popper sebenarnya boleh digunakan tp jika air berarus deras, ia akan mencacatkan pergerakan popper itu sendiri.
Aku, Selunsung75 dan Ajay casting dekat jer... Belao jugak yang rajin meredah semak. Tengok. Baik jer strike.
Menjadi betul subwart aritu... erm... maybe aura mertua dia jugak yang menyebabkan dia takut kumpau seperti selalu hehe.
Bila Spinnerbait kaler hitam jarang sambaran, Baik tukar kaler lain plak. Yang penting, rajin bereksperimentes. Haruan ni aku dapat dengan casting dari atas jalan tu. Hehehe... Saja nak menyakitkan hati Selunsung75 dan Ajay ekeke...
Hasil keseluruhan haruan.. Selected harvest haruan dewasa untuk sedara Selunsung75 yang operation. Selebihnya kami lepas kembali...
Area Semera, Asajaya bukan ada stesen minyak. Terpaksa ler beli minyak,kalu tak cukup bleh beli kat rumah dan kedai orang kampung.
Sekian saja untuk misi haruan kami di area semera simunjan. Walaupun sekadar haruan tapi bagi yang mengemari casting haruan akan tahu karan ikan nie.... Cubalah... Tak rugi tau. Chow...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan