Ini merupakan perkara baru buat aku.. Mancing udang???!!!, Selalunya aku akan membottom air masin dan casting di air tawar. Ntah mengapa hati aku terbuka untuk mencuba jenis pancingan ini. Nasib baik peralatan dia murah,kalu tak rabak jugak poket. 1 set aku beli Rm20-25 je... sama dengan rege sebijik gewang hehehe... so aku beli 3 set...
Oleh kerana aku kumpau dlm percubaan memancing udang sungai sarawak dalam siri dulu, so aku cuba plak nasib kat Kanowit. Namun tujuan utama aku bukan lah untuk memancing semata tetapi atas dasar kerja. Ini membuatkan masa memancing aku agak terhad iaitu dari 5.15pm - 6.45pm. Selain aku, Wek selaku driver Van kompeni jugak seorang pengila pancing walaupun dia lebih kepada membottom (Aku dalam usaha meracun dia casting hehehe..). Oleh kerana pengalamannya lebih dari aku untuk pancingan so banyak le info aku korek dari dia di samping Geng Mfn iaitu encik Terubuk.
Kanowit merupakan sebuah bandar kecik yang terletak di tebing sungai rejang. Terdapat banyak pengangkutan bleh di gunakan untuk ke bandar ni seperti express air, Bas, Teksi dan lain2. Bandar terdekat adalah Sibu dan sarikei. Majoriti penduduk sini berbangsa Iban, namun ia juga dihuni oleh Melayu, Cina dan lain2 etnik. Perjalanan dari kuching ke kanowit mengambil masa 7-8 jam agak memenatkan namun itu tidak mematahkan semangat memancing setibanya kami ke kanowit. Hasil pertama kami bleh dianggap ok kerna ia dilakukan tergesa untuk mengejar waktu.

Pembalakkan adalah sektor ekonomi terbesar di sungai nie. Ia menyebabkan air sungai menjadi coklat dan keruh
Ini merupakan antara hasil kami berdua setelah berberapa kali memancing di Kanowit. Ternyata udang sini lebih senang dipancing menggunakan perumpun berbanding cacing. Perumpun ini kami bawak dari kuching atau beli di Sarikei dengan harga Rm10.00 seekor. Setelah merasa sendiri pancingan ini, terasa syok jugak bila set pancing digetu udang... Ada karannya tersendiri...
Udang2 ini kami catch & release...
Sekian....
Udang2 ini kami catch & release...
Sekian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan