Isnin, 31 Oktober 2011

Jelajah Joran bersama Goodwidow

Teks & Foto oleh Terubuk

Semuanya bermula dari satu mesej peribadi yang ku terima melalui ruangan forum memancing…..
“Salam bro… kalau ada trip memancing sekitar Kuching boleh tak saya join memandangkan saya akan berada di Kuching agak lama nanti?” “
“Boleh aje… Kalo kena pada masanya… Insyallah saya akan bawakan” balasku….
Bermula dari saat itu aku mengenali bro Good Widow…


Trip pertama ku rancang hanyalah trip menggewang sekitar kawasan pantai di Lundu. Oleh kerana aku tuan tanah makanya aku cempian untuk sesi tersebut.. tapi dia tak hampa kerana dapat hadiah saguhati…. Tak ada la kena yang besar2 saiznya… tapi ianya cukup menghiburkan…



 

Trip seterusnya aku bersama si Izad mengajak dia untuk menyertai trip ringkas sekitar Bandaraya Kuching pada malam hari untuk casting siakap.. “Aku mana penah casting siakap malam mcm ni” Katanya… “Ikut aje lah” Kataku….
Tak sampai pun 10 kali balingan gewang….
Nahhh… Ini habuan buat dirinya… Aku dan izad tumpang amik gambar aje la….. Mana taknya… Kami kalah teruk malam tu… Dah lah kalah saiz, kumpau pulak tu…. Aiyak!!!!!!!!
  

Kalman dan Irwandi pun turut menyertai sesi fotograpi di situ… Dah kebetulan dorang ada lalu kat tepi jalan tu…
Trip seterusnya ku rancang untuk menduga siakap merah di Kampung Telaga Air, Matang bersama Izad dan Zabri. Akibat kekangan dari jadual masa masing-masing kami Cuma boleh memancing masa air pasang penuh dan bukan pada masa air mati… Peratusan kumpau agak tinggi… Dah itu aje masa yang dapat kami luangkan, berserah aje la….



Cuaca pula? Pergghhh….



Dah dalam bot baru aku perasan yang kekili yang digunakan semuanya adalah dari keluaran Abu Garcia…



Keadaan air yang berarus laju disamping agin yang bertiup menyukarkan kami untuk menyasarkan gewang kea rah lokasi yang dijangka berpotensi… Kalau sempat pun selepas 2 kali balingan kami akan hanyut jauh dari struktur yang telah dikenalpasti dihuni siakap merah...



Aku membuka tirai pancingan denga menaikkan seekor anak kerapu… Jadi la buat lesen agar tidak kumpau…



Selepas itu giliran aku juga lagi menaikkan seekor lagi ikan… Kali ini siakap merah puler…



Penat juga mencari dan mengayuh bot agar tidak jauh tersasar dari spot yang berpotensi.. Kalau lah ada “thruster” kan ke mudah…. Nak buat mcm mana benda dah tak ada, kayuh aje la…..
Berkat kerajinan si Izad, dia dihadiahkan seekor siakap merah…



Bila air pasang dan arus semakin laju, kami memutuskan untuk mencuba pula di kawasan pulau batuan yang terletak tidak jauh dari kawasan kuala untuk menduga spesis gerepoh pula… Perjalan ke situ mengambil masa dalam 20 minut dengan berbekalkan enjin 10 kuasa kuda.. (entah mana kudanya aku pun tak tau)….




Setibanya di lokasi masing-masing sibuk membaling gewang dengan harapan ada ikan yang sudi menyambar… Nyatanya tuah memang menyebelahi si Goodwidow… Gewangnya disambar rakus… Setelah bertarung beberapa ketika, akhirnya sang ikan mengalah dan sekaligus tumpas dan terhempas ke lantai bot….




Aku dan izad posing dengan ikan pinjam…
Dah senja, kami mengakhiri sesi pancingan untuk kali ini….



Kesimpulannya… 2 kali aku kalah kena ngan si Goodwidow…. Entah Ilmu apa la yang dia dok guna…
Sememang betul lah kata pepatah... Oltromen memang kalah dulu...
       

      

Tiada ulasan: