Setelah anda disajikan dengan report pancing dalam negara... kali ini PAT ingin menyajikan pula report pancingan dari ahlul PAT yang bersifat international pula... maksudnya report pancingan di luar negara... enjoice...
Foto & Teks oleh Gemang
Assalamualaikum.
Inilah kali pertama aku berkesempatan memancing di ever-so-popular-spot yakni sekitar Koh Adang di Thailand. Mulanya aku nyaris-nyaris terbabas tak dapat ikut dek penangan exam akhir jatuh pada hari yang sepatutnya kami bertolak ke Pak Bara. Nasib baik Rizalpin bertindak cemerlang membuat liaison hingga berjaya menangguhkan hari perlawanan dalam masa kecederaan (last minit la tu) ehehehehhehe. Waduhhh..wadduuuhhhh…lama sungguh aku tak pi mancing rupanya…gian.
Tepat jam 12 tengah hari (16hb dec), dengan pantasss…zap zup zap!! Aku sumbat anak bini ngan barang2 dalam keta dan pecut menyeberang tambak johor. Singgah kejap kat skudai amik sepupu aku Munzir dan pekena nasik sebelum terus bertolak ke Pulau Pinang, my hometown!
Kami tiba di penang dalam pukoi sebelas malam, Mando dah terpacak dok tunggu kami. Acara memunggah barang dan memeriksa stok2 yang ada pun dilaksanakan. Si Ci’in pun asyik buat muka cicak berak kapoq…klip pok klip pok buat muka sekupang pasai tak bleh ikut. Hahahahahah mari kita ketawakan dia….sapa suruh tak check passport awai2? Nasibbbb hang la noooo…..ehehehhehe (kes passport hilang lerr).
Inilah kali pertama aku berkesempatan memancing di ever-so-popular-spot yakni sekitar Koh Adang di Thailand. Mulanya aku nyaris-nyaris terbabas tak dapat ikut dek penangan exam akhir jatuh pada hari yang sepatutnya kami bertolak ke Pak Bara. Nasib baik Rizalpin bertindak cemerlang membuat liaison hingga berjaya menangguhkan hari perlawanan dalam masa kecederaan (last minit la tu) ehehehehhehe. Waduhhh..wadduuuhhhh…lama sungguh aku tak pi mancing rupanya…gian.
Tepat jam 12 tengah hari (16hb dec), dengan pantasss…zap zup zap!! Aku sumbat anak bini ngan barang2 dalam keta dan pecut menyeberang tambak johor. Singgah kejap kat skudai amik sepupu aku Munzir dan pekena nasik sebelum terus bertolak ke Pulau Pinang, my hometown!
Kami tiba di penang dalam pukoi sebelas malam, Mando dah terpacak dok tunggu kami. Acara memunggah barang dan memeriksa stok2 yang ada pun dilaksanakan. Si Ci’in pun asyik buat muka cicak berak kapoq…klip pok klip pok buat muka sekupang pasai tak bleh ikut. Hahahahahah mari kita ketawakan dia….sapa suruh tak check passport awai2? Nasibbbb hang la noooo…..ehehehhehe (kes passport hilang lerr).
dari kiri ke kanan:- Mando, Boy dan Munzir (baju putih)
Keesokkannya jam 7.30 pagi kami pun berangkat dengan gumbira sambil menyanyikan lagu rasmi negeri Pulau Pinang sebagai pembakar semangat. Kembang kempis lubang idong menjaga pernafasan agar tempo dan pitching tidak lari…..namun tetap sengau. Lahanat sungguh sekoq2 sora macam pintu jamban. Bernanah telinga aku mendengar nyanyian sumbang termasuk sora aku sendirik kihkihkih.
Janji nak meet up ngan Rizalpin dan Speedhobbies di R&R Gurun jam 9.00 am. Kerana semangat jitu yang tak tentu hala, jam 8.45am kami dah sampai. Naik sawan mando…kejap-kejap dicastingnya popper atas tar…kejap-kejap casting beruk. Bila aku tanya, “prektis” katanya. Lantak ko laaa…..malaih aku nak layan orang 3 suku ni.
Speedhobbies dan Rizalpin
Setibanya Speedhobbies dan Rizalpin, barang2 pun dipunggah ke van. Nilah kali pertama aku jumpa speedhobbies. Buleh tahan orangnya……boleh tahan BESAR-lah ehehehehehhe. Bila aku tengok Rizalpin bawak bapa dia gi mancing, teringat plak kat arwah bapak aku. Bapak aku pun dulu minat sangat mancing ni. Sayu jap. Tapi syabas ler Rizalpin oi, aku respek kat hang pasai ni. Selagi orang tua kita masih hidup, patut kita layan jer dorang. Kalau bapak aku masih hidup tentu aku pun ajak pi sama. Dalam dok kalut2 punggah, Anakpin tanya,” Stesen minyak tu ESSO ka? Kalu ESSO kita tak buleh boh minyak kat situ.” Heran aku…” Apa pasai?” Dengan muka selamba dia jawab, “ Kita naik RUSA, mana buleh masuk stesen Rimau! “ Cessss!!! Sempat dia buat lawak noooo….seb baik aku tak pegang rod, kalu tak mau aku libas sedas dua…kihkihkihkih. Yang bestnya, kat stesen minyak tu lah kita buleh tukar matakail ehhhh matakail plak…matawang dan juga buat insuran kereta untuk masuk siam. Mudah sungguh…..
anakpin
Kami bertolak dari R&R Gurun menuju Changlun dan seterusnya ke Wang Kelian di sempadan Thailand. Lebih kurang pukul 1 lebih kami pun tiba di checkpoint imigresen dengan perot yang lapar. Segala lauk pauk siam macam tomyam, som tam, kari kepala ikan ehh kari tu lauk nasik kandaq ehehehehehehe etc etc bermain di kepala hotak memasing. Selesai saja urusan imigresen dan insuran, kami terus celapak cari gerai. Namun sadis sungguh, masa tak mengizinkan. Sempat ler cekik ayam goreng ngan pulut. Ayam pun ayam laa…ayam siam tuuuuu ehehehehehehehhehe (tiada sebarang konotasi bahasa yang dwi makna). Sedap jugak. Kalu perot dah lapar, kayu cicah kicap pon sedap.
Lebih kurang jam 2 petang kami segera menuju ke Pak Bara di daerah Satun Thailand. Cuaca masa ni hujan sekejap-sekejap. Mendung jer langit. Aduhh….risau. Singgah sekejap kat pekan kecik beli bekalan makanan. Ni tugas Speedhobbies la…bab makan memang takde yang lebih afdal nak handle. Tapi yang aku heran, apasai beras kena beli kat tempat lain? Aik? Kedai anak Walad? Awek cun? Lain macam jer agenda ehehehehhehe
ketibaan
Bot Walad (tekong tersohor ni) dah lama menanti kat Jeti. Lebih kurang pukul 4 baru kami selesai memunggah barang ke bot. Selesa jugak bot ni. Ataih bumbung pun buleh tidoq. Cuma, rod holders yang dipasang jer rendah sangat. Jenuh nak strike ni. Pemandangan sekitar memang cun….macam nak pindah dok siam jer. Bot bertolak menuju pulau-pulau kecik yang berhampiran. Heran aku…takkan mancing kat sini kot? Rupanya rileks tunggu malam. Sauk sotong la. Dek kerana pemandangan yang indah, aku layan bersidai ataih kerusi saja laa…lambat lagi nak malam. Budi (awak2) pun memulakan proses menyediakan dinner. Dengaq kata sambai belacan dia buleh bikin angau. Malam tu kena tomyam ayam. Sambai belacan dia memang tip top. Fuuuhhhh!! Ingat sonang ke nak makan tomyam tengah laut?? Takder restoran terapong wooo tengah laut ni.
Budi tengah siang ikan
Alhamdulillah kali ni aku dapat tengok live cara orang sauk sotong. Innovatif jugak caranya. Mula2 dibuka lampu putih beberapa jam. Bila nak tengok ada sotong ke tak, dibuka plak lampu kuning. Bila lampu merah dibuka, sauk pun diangkat. Malam tu takla banyak sotong yang kami dapat…adala dalam seratuih lebih ekoq kot. Jadi laaaa…Alhamdulillah. Sebelum subuh Walad dah bertolak ke spot pertama. Bila matahari memecah langit, kami tiba di spot yang dinanti. Walad dengan gelendongnya, naik Ebek! Budi dengan gelendongnya, pun naik Ebek! Kami yang dengan rod dan reel mahai2, naik sebek. Sebek muka laa….ikan kocik2 jer. Hampeh. Sori ler takder gambaq. Kameraman pun nak mancing jugak. Kang dituduhnya aku pi untuk amik gambaq pemandangan ja…bukan buleh harap mulut budak2 Puaka Anglerz Tribe ni.
Memancing di Thailand ni memang lain. Selama aku dok pi mancing, blom pernah aku jumpa tekong yang sanggup tukaq spot sekerap Walad. Kami berada diatas bot hampir 4H3M dan aku rasa hamper 15 kali Walad tukar spot. Mula-mula kami menuju Koh Rok…jauh wooo…jauh dari Adang. Seb baik bila tiba hari nak mancing, cuaca elok jer….arus pun tak laju. Selama aku di sana, aku sedar bahawa apollo penting. Carik apollo mata kasar skit, taruk isi sotong sama, fuuhhh anak2 rambai dan kerisi cukup minat. Malangnya kami tak bawak banyak stok apollo.
Sepanjang acara memancing di sana, aku perati servis tekong dan awak2 cukup tip top. Umpan dijaga, makan enak2 on time dan spot berubah-ubah. Dari Koh Rok balik ke Koh Adang, namun ikan mega semua malu nak jamah umpan. Mau jer aku tuba laut tu kalu laut kecik besar dalam besen. Walau bagaimana pun, cukup terhibur dengan ikan2 juvenil yang berlambak-lambak. Campak kail naik ikan, campak kail naik ikan, I likeeeee.......ehehehhe. Alu-alu cukup banyak. Stress ketiak aku dibuatnya. Semua main pakai perambut steel. Masalahnya, bila pakai steel, ikan lain kurang nak jamah umpan.
Rizalpin dengan landok
Mat dengan Aruan Tasik
Speedhobbies dan alu-alu
Ayahpin
ikan umpan
ikan lauk
Speed tengah bagi ceramah
Secara keseluruhan, trip ni memang enjoy. Faktor utama ialah kawan2 yang turut serta memang best. Tak sunyi bergurau. Kedua, tekong yang bagus. Ketiga, makan yang best ehehehehe penting ni. Nak kena turun adang lagi nampaknya. Walad boleh berbahasa melayu sikit2. Mudah la berkomunikasi. Seeloknya, kalau ada member yang buleh berbahasa siam, ajak ikut sama. Mudah bila nak beli barang2. Senang tawar menawar. Semua kawan2 yang turut serta balik tersenyum macam kerang busuk. Happy. Apapun, bagi sesapa yang blom pernah pi thai mancing, pegi ler...enjoy sungguh. Kos pun rendah jer lebih kurang rm500 sorang termasuk pengangkutan dari penang.
Time nak balik
anak rambai
Hasil tangkapan
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan