Trip nih takde rancang2 pun. Poseidon call jer aku terus setuju. Saja nak try menduga sebarau di tempat yg aku pernah kumpau satu ketika dulu. Walaupun dikhabarkan sebarau di situ sudah semakin berkurangan, kami tekad juga untuk pergi memandangkan musim hujan di kawasan lembah Klang mungkin akan meningkatkan peluang kami untuk memburu sebarau. Juga misi tersendiri aku untuk mendapatkan lesen sebarau yg memang aku tak pernah dapat...
Lokasi : Kawasan panas di Lembah Klang.
Tarikh : 29 Mac 2009.
Ahli : Aku, poseidon & Abang Icam (boatman).
Target : Sebarau.
Kami tiba di Gombak untuk mengambil Abang Icam agak lewat kerana poseidon terlajak tido plak. Kul 8.30 baru dia sampai umah aku. Lebih kurang pukul 9.45 pagi baru kami sampai di umah Abang Icam. So, tiba di gigi air pun dah dekat kul 11.00 pagi. Trekking pun dah makan masa. Walaupun tak berapa jauh, aku rasa cam nak pitam. Huhuhuhu... Aku memang tak boleh trekking... Tak daya wooo... Longlai!!!
Laluan trekking yg kadang2 ok kadang2 tak ok...
Poseidon dengan barang2nya...
Gambar suka2 diambil di gigi air semasa sedang bersiap...
Setibanya di gigi air, barang2 terus disiapkan dan bot fiber pun terus diturunkan. Semangat semakin berkobar2 bila dah nampak air cuma harapan tidak terlalu tinggi. Maklumlah... Terlepas masa makan pagi Sebarau... Tapi, apa pun semua rezeki tu telah ditentukan Allah. Kita cuma berusaha... Cube jer lah... Kalau takde rezeki, takde la... Janji leh lepas gian casting...
Selepas siap semuanya, kami pun menyusur dengan menaiki bot fiber berenjinkan 3.3hp. Kami singgah di lokasi pertama iaitu lokasi yg dikatakan sebagai kawasan toman berlegar. Cuma hari ini tak banyak kelihatan toman bermain air. Kami hanya blind cast sahaja. Cuma beberapa kali sahaja kelihatan toman timbul cuma jaraknya agak jauh. Setelah penat tanpa sebarang hasil, kami pun kembali pada tujuan asal iaitu pemburuan sebarau. Kami terus ke lokasi berikutnya...
Gambar yg diambil semasa perjalanan...
Cuaca agak panas menyebabkan sebarau kurang aktif. Setelah beberapa jam casting masih belum ada sebarau yg sudi menjamah gewang kami... Jadi, kami pun berhenti la untuk mengalas perut... Rugi plak tak tapau nasik lemak... Bawak roti jer... Jadi ler...
Kita minum dulu!!!
Setelah mengalas perut, kami meneruskan sesi casting... Setelah beberapa ketika casting, Abang Icam mendapat satu strike daripada spisis buruan... Cuma saiz yang diperolehi agak kecil. Banyak juga bot2 lain yg ada di situ tetapi rata2nya juga mengalami nasib yang sama. Sebarau dari pagi kurang menyambar gewang. Atau mungkin populasinya sendiri yg sudah berkurangan di situ...
Abang Icam sedang casting...
Sebarau pembuka tirai...
Selepas tertewasnya sebarau pertama tadi, tiada lagi sebarau lain yang sudi menghambat gewang kami. Kami putuskan untuk masuk ke kawasan sungai pula... Di kawasan sungai, ada beberapa kali sebarau mengekori gewang poseidon tapi berpatah balik setelah hampir dengan gewang. Kami meneruskan untuk masuk lebih ke dalam. Di kawasan tersebut, aku cuma dapat satu strike betul2 di tepi bot tapi tak lekat. Maka berlalu pergilah lesen yg aku harapkan... Adedeh... Dan di arah yg bertentangan, sekali lagi Abang Icam mendapat strike dan seekor lagi sebarau kecil menjadi mangsa... Tapi aku malas amik gambo sebab sibuk mengasting. Hehehehe...Setelah mendaratkan sebarau kedua, tiada lagi kelihatan kelibat sebarau. Hari pun semakin panas. Kami pun terus mencari tempat untuk berteduh. Tido dulu pun sedap gak nih. Tapi aku jer yg tak tido. Sibuk casting dari tebing pulak. Keputusannya tetap sama. Zero!!! Akibat kebosanan, aku pun amik la gambo2 alatan pancing... Hehehehe...
Peralatan milik poseidon...
Aku punya pulak...
Lepas berehat kami meneruskan semula sesi casting dan mengharapkan hujan turun. Tetapi hari tetap juga panas... Sekali lagi Abang Icam mendapat strike ketiga daripada sebarau yg masih juga bersaiz kecil... Sama gak, takde gambo... Malas... Hehehehe... Di suatu kawasan sungai pula, sekali lagi aku mendapat sambaran kecil yang aku sangkakan tersangkut daun atau sampah hanyut. Aku hanya mengarau biasa kerana tiada tarikan lansung. Bila hampir tiba ke bot, baru aku nampak kelibat sebarau di gewang aku. Dan ikan tersebut terus meronta apabila ternampak kelibat manusia. Akhirnya terlucut jugak lesen yg aku harapkan. Isk... Lupa plak nak sentap sebab ingat sangkut sampah... Warggghhhhh!!! Tekanan!!!
Lelaki kumpau tak dapat lesen...
Beberapa ketika kemudian kelihatan hujan akan turun. Kami pun terus mencari tempat untuk berlindung dan berharap sebarau akan kembali aktif selepas hujan. Tetapi selepas berhenti untuk berlindung, hujan hanya turun dengan sangat renyai. Dah la renyai, lama lak tuh... Hampir ke petang baru hujan berhenti.
Setelah hujan berhenti, kami pun bergegas untuk meneruskan sesi berikutnya kerana masa yg ada cuma tinggal sedikit sebelum masa pulang... Agak menghairankan kerana selepas hujan, satu riak sebarau pun tidak kelihatan. Sesi casting selepas hujan tidak membuahkan sebarang hasil. Hujan lebat yg diharapkan tidak muncul dan kelibat sebarau mencari mangsa selepas hujan petang juga tiada. Kerana dikhuatiri hari semakin gelap, kami pun berangkat pulang dengan hanya 3 ekor sebarau kecil sebagai hasil. Nak sambung sampai gelap takut membahayakan bila nak trekking balik... Jadi dalam perjalanan pulang aku cuma ambik gambar pemandangan jer la...
Gambar2 pemandangan yg sempat dirakam...
Walaupun lesen yg aku harapkan terlepas, aku tetap bersyukur kerana tiada perkara buruk yg berlaku. Dapat jugak lepaskan gian casting walaupun kumpau... Hahahaha... InsyaAllah kalau ada rezeki, lain kali pasti aku repeat lagi... Dan sesi trekking masa balik amatlah memenatkan... Sekali lagi, aku memang tak daya nak trekking!!! Adedeh... Sakit badan sampai hari ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan