Ahli Komplot;
Aku dgn Boss jer...
Tekong : Wadak ( ini pun tekong ganti kepada Sham aka Nyamuk! )
Tarikh Trip : 8hb. Mac 2009
Trip ke Air Ganda ni untuk mancing sambil bersantai bagi release tension kerja dan melepaskan gian memancing saja. Kalau diikutkan hati memang nak naik dengan tekong tersohor Air Ganda iaitu Yusof, tapi dia ni setiap hujung minggu mahupun cuti umum memang sudah fully booked. Disebabkan gatal juga hendak memancing di sana maka terpaksalah menempah bot dengan Pak Din dan booking Sham atau "Nyamuk" sebagai tekong mengenangkan semasa memancing pada cuti Tahun Baru Cina bulan Januari lepas kami naik dengan dia kira okaylah juga, walaupun tidak sehebat Usop.

Kelly Lure mengambil sempena nama diperkenalkan jalijantan... 40 ekor saiz dara sunti, Toman nampak ni mesti air liur menitik tak berhenti!40 ekor? Tinggi cita-cita tu!
Sementara tunggu tekong sampai aku layan snap photo kawan-kawan yang berlepas dahulu...
Koboi otai sedang prepare equipment dia... Dah tak sabar-sabar nak belasah akulah tu...Selepas sejam dari Boss ready atas bot ni baru tekong gantian sampai dan kami meninggalkan jeti...
Top water lure yang aku modified replicate anak Toman. Boss gelakkan jer... Bukan apa, dia bagi tekanan psikologi pada aku awal-awal lagi...Hampeh! Atas sebab-sebab teknikal lure ni sudahnya jadi tukun kat Air Ganda... Lepas ni aku akan buat lain, tapi guna brand lain yang lebih bersesuaian...
Rezeki keluar lambat agaknya, sampai sahaja di spot pertama sudahpun terjumpa sekelompok anak-anak Toman. Boss pun macam biasalah, terus campak Kelly Lure dia. Lontaran Boss bersambut bila ternampak buih-buih kecil timbul dan tali pancingnya semakin menegang.Aku pun kelam-kabut tarik keluar kamera untuk merakamkannya... Sekali Boss sentak terlucutlah pulak... Mata kail tak tersangkut!Atas alasan itu Boss tidak menunggu lama, sekali lagi anak Toman naik dia campakkan umpan kelinya lagi dan kali ini juga bersambut. Memang menurut pengalaman Boss yang hampir setiap bulan memancing di sini pada tahun lepas, anak-anak Toman ini selalunya diiringi dua ekor induk jantan dan betina. Kalau bernasib baik memang akan mendapat dua sambaran, melainkan jika ada orang lain yang telah mengambil salah seekor daripadanya...
Dahpun nampak bayangan Toman pertama...
Juga bayangan gelak jahat siKoboi otai ni...
Inilah induk jantan seberat 4.8kg. Kalau yang pertama yang Boss missed tadi tentulah induk betinanya dan pastinya lebih berat lagi...
Berselang beberapa ketika Kelly Lure aku pula disambar Toman bujang. Setelah tompokan anak-anak yang pertama tadi telah tidak ada lagi kawanan anak-anak Toman yang kami jumpa. Mungkin belum musimnya lagi...
Biasalah kalau aku yang kena, kena ambik gambar sendirilah... Gambar ikan sajalah, gambar aksi memang jauh sama sekali kalau sekadar aku dengan Boss sahaja yang memancing...Boss ni bukannya suka bab-bab mengambil gambar ni, dia tahu nak mancing saja!
Tapi untuk tujuan rekod peribadi maka aku paksa juga dia belajar ambil gambar aku. Heeeeee...SiPitung bersama Toman bujang beskala 4.2kg sahaja. Kalau dah berkelamin mesti 42kg ni...

Di lokasi sama Boss pun mendapat "ikan haruan" juga. Satu geng dengan yang aku dapat tadi sebab sama saja saiznya, mungkin juga lahir pada hari yang sama oleh ibu yang sama...

Dalam perjalanan untuk berpindah lokasi kami berselisih dengan Cikgu Dolah and da gang. Time tu kami dah 4 ekor, tapi Cikgu Dolah and da gang tak tahulah pula dah dapat berapa ekor. Diaorang tu lagi otai sebab baru saja balik dari Bersia terus terjun ke Air Ganda pula...
Tunggul saja-saja... Air empangan ini surut sekitar 4~5 kaki dan pergerakan bor berpindah dari satu lokasi ke lokasi yang lain terpaksa diperlahankan bagi mengelakkan terlanggar tunggul-tunggul ini.Selepas rehat tengahari dan sambung memancing waktu petang keadaan semakin sukar untuk menjejaki Toman sebab angin semakin kencang diikuti oleh hujan renyai-renyai. Memang musim hujan sudah bermula di sini dan sukar untuk melihat timbulan-timbulan Toman sebagaimanaketika air tenang di pagi hari.Langit semakin berat dan cuaca semakin kelam...
Pukul 6.00 petang hujan turun sekali lagi dan tidak menunjukkan tanda-tanda hendak berhenti sebelum gelap. Kata Boss kalau burung layang-layang berterbangan tandanya hujan akan berhenti, tapi nampak sangat membohongnya sebab hujan tak berhenti pun. Dalam rintik-rintik hujan itu Boss mendapat sambaran Toman bujang terakhir untuk trip kali ini. Last minute score. Kalah pulak aku dengan dia kali ni!
Tapi tak hairan sangatlah sebab masuk kali ni rasanya merupakan kunjungan dia yang ke18, sedangkan aku baru yang ke8... Ada jugalah alasan kalau aku kalah pun...
Gambar Toman terakhir ni mintak maaf sajalah tak dapat direalisasikan sebab kamera aku sudahpun dibungkus rapi gara-gara fobia dengan hujan.Melihatkan tekong kami Wadak sudahpun terketar-ketar selepas didera berhujan selama setengah jam, kami memutuskan untuk balik sahaja walaupun pada kebiasaannya boleh kasting lebih-kurang setengah jam lagi.
Sekadar ini sahajalah laporan ringkas aku untuk trip pancingan darat ini. Harap-harap hujung bulan nanti mampu kasting di laut pula, insyaAllah.Seperti biasalah, sekiranya ada salah dan silap aku minta maaf seadanya. Kepada sesiapa yang ingin memancing di Air Ganda pada ketika ini dinasihatkan bawalah bersama baju hujan dan nasihatkan juga tekong membawa baju hujan sama.Sekiranya ingin berhasil silalah bawa umpan Kelly Lure yang panjang seekor-seekor lebih-kurang satu jengkal, insyaAllah tidak akan mengecewakan.
Peace… RooSTa_CaSTeR










Tiada ulasan:
Catat Ulasan