Isnin, 14 April 2014

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Foto & teks oleh Ipen

Pemancing adalah pemancing.. tidak perlu dikastakan pemancing-pemancing.. Mari terus memancing..

Rasanya sudah terlalu lama aku berehat dari aktiviti memancing.. bukan tidak memancing langsung cuma cukup kurang.. jika dulu saban minggu pasti joran diusung ke sana-sini.. sehinggalah baru-baru ini keinginan kembali.. bermula dari trip ke lawa-lawa/unjam.. bersambung ke trip Mencari Sang Enemi.. ke aktiviti membottom Bengeket/Siakap Merah di kampung.. buleh dikatakan setiap minggu pasti sehari diisi dengan memancing.. begitu juga hujung minggu baru-baru ini.. trip diatur bersama Boi Idola, sedara Pian dan juga Pisang.. 

persiapan ala kadar..

Setelah dipersetujui oleh semua kontinjen yang terlibat.. kami memutuskan untuk turun menduga spesies bagak pada Sabtu 12.04.2014 bebaru ni.. memandangkan rumah aku yang terakhir sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi.. diputuskan berkumpul di rumah sahaja.. secawan dua kopi 'o'.. kami meneruskan perjalanan ke destinasi..

Tiba di lokasi.. menguruskan beberapa kelengkapan terakhir seperti minyak 2T, ais dan apa-apa yang perlu.. loading barang ke dalam bot.. kami pun memulakan pencarian spesies bagak di sungai Bintuka ini..

jeti diawal pagi..

bergandingan dengan sedara Pian..

cuba mencedok seberapa banyak ilmu yang boleh..

Pisang pula sebot dengan Boi..

Sebelum ini.. kami berempat pernah turun bersama pada trip Ini Kali Lah!!! masa trip itu.. sedara Pian sebot dengan Pisang.. manakala aku sebot dengan boi.. bagi trip kali ini aku sebot dengan sedara Pian dan Boi sebot dengan Pisang.. target trip ini ialah memancing ikan.. hehehehehe..

thumbs up & peace.. bergerak ke lokasi..

percaturan kali ini.. ternyata silap.. menyesal xbawa  spinning..

Alhamdulillah cuaca pagi indah berseri-seri..


antara penempatan di tebing sungai..

Spot pertama yang dicuba adalah bangkar dimana sedara Gemang berjaya menaikkan bengeket/siakap merah diawal pagi pada trip yang lepas.. namun setelah dicuba beberapa kali ternyata mahligai di dasar sungai ini sepi.. makanya kami meneruskan perjalanan ke spot berikutnya..

bangkar awal pagi.. sepi..

Okeh ini adalah fakta.. turun memancing di sini bersama sedara Pian sudah 3 kali.. dan setiap kali itu juga pasti berhasil menaikkan selunsung/siakap.. bezanya rezeki sahaja samada kecik.. besar.. sikit dan banyak.. trip ini diatur pun akibat perrachunan beliau melalui watsapp hasil trip minggu sebelumnya.. gambar yang sama juga menjadi modal untuk ditunjukkan kepada orang rumah tatkala beliau sudah bising bila en. suami minggu-minggu tidak lekat di rumah pi memancing.. kekekekekekeke..

ikan pertama sedara Pian pagi itu.. 

hasil pertama seekor baby MG.. huhuhu..

Kalau diikutkan.. seingat aku sebagai seorang yang pelupa.. tidak banyak sebenarnya spot yang kami cuba.. 2-3 spot sahaja.. dan ada antara spot yang jika dilihat dengan mata kasar pasti tidak menggiurkan langsung.. namun hasilnya sungguh tidak disangka-sangka.. cuma kena tau cara dan tekniknya.. serta bila waktu yang sesuai.. dan aku tiada itu semua.. huhuhuhuhu..

berpindah sedikit sahaja.. 

dan hasilnya pasti ada..

kurangnya pengetahuan.. orang naikkan ikan best aku dapat ini saja..  xpa ini juga poen.. hehehe..

Alhamdulillah.. ikan favorite orang rumah..

ada juga.. huhuhuhuhuhu..

naikkan yang kecik saja.. yang besar terlepas akibat kecuaian sendiri yang agak bodoh.. tergelak besar aku mengenangkan kebodohan masa itu.. hahahahahaha..

Selain daripada memancing.. apa yang seronoknya memancing di sini bagi aku adalah suasananya yang shiok.. suasana awal pagi yang damai.. seminggu bekerja hilang rasanya stress di sini.. lepas tu dapat penat.. kekekeke..

Plus macam-macam buleh kita lihat di sini.. pada trip ini.. setelah beberapa kali turun ke sini.. akhirnya aku berpeluang juga melihat sendiri si Bayau (monyet Proboscis).. cuma tidak sempat dirakamkan ke dalam kad memori kamera.. 

ketam ni lepak di daun nipah..

dikejauhan burung menyambar ikan.. buleh tahan.. makan besar burung itu.. kekekeke..

hasil bot satu lagi.. rasanya ini selunsung awal pagi.. Maxrap deep kalu xsilap..

abam Boi Idola.. kejadian "memancing karuk".. hehehehe..

talapia Sarawak?? pun ada.. hehehehe..

Setelah sedara Pian menaikkan ikan.. kesatu ikan.. kesatu ikan yang lain lepas tu beliau lagi.. dengan diperhatikan oleh aku.. huhuhuhuhuhu.. sampai lah ikan sudah tidak mahu membuka mulut lagi seiring dengan keadaan petang yang hampir melabuhkan tirai.. kami pun memutuskan untuk balik.. 

sampai di rumah anak-anak take over.. sorang ambik HP.. sorang ambik kamera.. silakan.. hehehehe..

Singgah di rumah.. proses pembahagian ikan dilakukan.. di sini aku kena terus terang.. aku salute dengan diorang ni.. hasil semua dibahagikan sama rata.. aku pula yang naik segan sebab rasanya aku yang paling sedikit menaikkan ikan.. terima kasih beribu-ribu terima kasih aku ucapkan kepada ahlul trip sedara Pian, Pisang dan Boi.. 

sebab dah janji malam sebelumnya.. direalisasikan.. anak-anak teringin makan ikan bakar.. Alhamdulillah..

sila servis selepas guna.. huhuhuhuhu..

Trip ini bagi aku cukup sukses.. berbagai-bagai spesies ikan berjaya dijinakkan dengan siakap mendominasi hasil tangkapan.. Alhamdulillah hasil rezeki ini pasti tidak akan disiakan.. lepas ni buleh la aku berehat dulu.. famili.. balik kampung.. next trip mungkin selepas balik kampung bulan depan.. sebelum Ramadan insyaAllah.. 

Terima kasih sekali lagi kepada ahlul trip..




Isnin, 31 Mac 2014

Mencari Sang Enemi..

Foto & teks oleh Ipen

Memancing.. ada banyak cara memancing.. objektif juga berbeza antara satu pemancing ke pemancing yang lain.. namun sebagai pemancing kita bertutur satu "bahasa" yang sama..

15 Mac lepas.. satu rombongan lawatan sambil belajar telah berjalan.. seramai 6 orang pemancing dari pelbagai latar belakang telah menghadirkan diri.. rombongan ini disertai oleh 4 orang wakil dari Malaysia dan selebihnya dari Singapura.. lokasi pula adalah padang pancingan yang tidak asing lagi bagi kebanyakkan pemancing di Sabah..


sedara Pian diperhatikan oleh Mando.. Kasni dan Payau..

Trip ini cukup singkat.. rombongan dari JB sampai pada 14 Mac.. memancing 15 Mac.. balik semula ke JB pada 16 Mac.. bagi aku cukup hakko.. semua itu atas dasar minat.. 


keadaan di jeti.. tiba lewat sedikit.. namun tiada menjadi penghalang..

Perkhabaran akan ketiadaan umpan udang di jeti agak menggusarkan.. Alhamdulillah.. mujur atas kehadiran sedara Pian dalam trip ini berjaya menyelesaikan masalah ini.. kalau ikutkan aku diorang ni bakal memancing guna biskut Tiger saja.. kekekekeke..

Teknik yang bakal dipraktikkan dalam trip ini adalah sama dengan teknik yang digunakan semasa trip pertama sedara Gemang kemari sekitar tahun 2012 iaitu teknik kasting udang hidup.. udang hidup dicangkuk pada ekornya dan perambut ditambah dengan timah kecil untuk mempercepatkan jatuhan umpan ke dasar.. umpan kemudian akan dihenjut/tarik perlahan bagi menarik perhatian sang pemangsa..

Mando & Gemang sebot dengan aku manakala Kasni & Payau sebot dengan Pian..

Ketika kunjungan pertama Gemang ke sini dulu.. kami cuma sempat memancing tak sampai pun setengah hari akibat hujan yang lebat beserta angin yang kencang.. namun teknik kasting udang hidup menunjukkan keberkesanannya.. pada trip kedua pula.. Gemang yang ditemani oleh Kasni berjaya mencungkil permastautin tetap Bintuka dan Sg. Menumbuk dengan teknik ini.. 

antara bangkar/reba yang dicuba.. bot dihentikan betul-betul di atasnya..

Pada trip ketiga ini.. teknik yang sama masih digunakan dengan lebih memahami kehendak teknik ini.. kebiasaannya teknik berhanyut digunakan jika kasting menggunakan gewang.. dengan teknik ini.. bot di park betul-betul di atas lubuk/bangkar kemudian barulah penghuni lubuk akan cuba digoda dengan umpan udang hidup..

proses mengoda penghuni bangkar.. penggunaan rod pendek memudahkan kerja..

Selalu terjadi strike yang lucut atau putus.. namun percubaan demi percubaan di tempat yang sama pasti membuahkan hasil.. janji bangkar di bawah tidak diganggu usik.. ini terbukti apabila Gemang berjaya mendaratkan ikan pertama di bangkar pertama.. lega hati.. tidak seperti trip terdahulu.. selepas setengah hari baru ada yang sudi difotokan..

ikan pertama dari Gemang.. rod 5' Expert Graphite terasmi sudah..

Teknik ini bukan sahaja boleh dipraktikkan di kawasan bangkar/reba sahaja.. di kawasan drop off atau celah-celah nipah juga boleh dicuba.. key point adalah bot harus serapat yang boleh dengan kawasan sasaran dan bot seeloknya dalam keadaan hampir statik.. ketika pancing aku dan Mando diserang oleh ikan sumpit-sumpit.. Gemang sekali lagi berjaya membawa naik ikan dimana kali ini seekor kerapu lumpur dengan saiz boleh tahan.. terabai ikan sumpit-sumpit bila cuma kerapu saja yang diabadikan dalam memori kad.. kehkehkeh..

kerapu target Gemang.. selamat ditiga rasakan.. hehehehe..

Pancingan diteruskan dengan beberapa lagi ekor kerapu saiz-saiz sedap berjaya dicungkil dari lubang persembunyian.. menjelang tengah hari.. kami berkumpul semula dengan bot satu lagi.. setelah mengintip ke dalam tong bot sebelah.. ternyata hasil tidak kurang hebatnya.. beberapa ekor selunsung/siakap menjadi penghuni sementara tong.. turun Bintuka bersama sedara Pian rasanya akan menjadi tidak lengkap sekiranya selunsung tidak dinaikkan barang seekor dua.. ikan-ikan lain seperti baby GT.. alu-alu dan kerapu menjadi peneman.. 

secara peribadi aku ucapakan terima kasih kepada sedara Pian kerana sudi menemankan kami..

Cuaca panas hari itu memaksa kami mencari teduh awal.. kelengkapan makan tengah hari dikeluarkan dan dijamah bersama.. atas bot macam ni apa makanan pun akan terasa sedap.. diserikan pula dengan tembikai sejuk.. marbeles..

termenung panjang setelah kekenyangan.. kekekekeke..

Sememangnya cuaca hari itu sungguh panas.. kemarau tahun ini betul-betul menjadi.. kelekaan kami telah menyebabkan banyak umpan udang yang tewas sebelum berjuang.. dengan baki udang yang ada kami gagahi juga bangkar-bangkar terakhir yang sempat kami singgah.. sehinggalah ke bangkar terakhir yang dijumpai dengan tidak sengaja.. Mando yang terlebih dahulu melabuhkan umpan.. setelah beberapa ketika menghenjut perlahan umpan.. ragutan diterima dan cuma mampu bertahan seketika sebelum perambut diputuskan.. Gemang yang seterusnya mencuba.. strike lagi di tempat yang sama.. agak-agak lebih sedikit dari seketika ikan lucut lagi.. namun kali ini kelibat berjaya dilihat.. suspek selunsung/siakap setelah suspek menunjukkan sisi cerahnya.. kail ditukar dan dicuba lagi.. kali ini kail sangkut ke reba dan tiada lagi respon dari tuan rumah.. tak ada rezeki nak buat macam mana.. 

sangkut juga.. ini poennn.. hehehehe..

Berbaki beberapa ekor umpan kami bertekad untuk ke bangkar/reba yang pertama.. merempit semula menuju ke hulu.. setiba di lokasi badan menidakkan perancangan.. keputusan dibuat untuk terus balik ke jeti sahaja.. penat bukan kepalang (penggunaan perkataan *kepalang menunjukkan kami kepenatan maksimum.. kuikuikui..) sesampai di jeti sempat lagi terlelap di dalam kereta sementara menunggu bot satu lagi sampai.. 

kawasan jeti yang damai..

Malam itu hasil-hasil yang terpilih dijadikan juadah.. tiada taranya menikmati hasil titik peluh sendiri dan dikongsikan bersama.. sayangnya sedara Pian tidak dapat turut serta dalam acara meratah ikan.. sambil-sambil meratah ikan diselitkan dengan cerita-ceriti.. ketika ini bahasa bukan lagi penghalang kerana kami menuturkan satu bahasa yang sama iaitu bahasa pemancing..

Esoknya proses penghantaran pulang tetamu dijalankan dengan Mando sebagai tetamu terakhir dihantar ke lapangan terbang.. Alhamdulillah trip berjalan lancar.. kekurangan pastinya ada kerana kita bukan yang sempurna.. ucapan ribuan terima kasih kepada sedara Pian diatas kesudian beliau menemankan kami.. lain kali diorang datang diorang request sedara Pian untuk turut serta sekali lagi.. kepada sahabat rombongan dari semenanjung dan Singapore.. mohon maaf atas segala kekurangan.. sampaikan segala kekurangan untuk diperbaiki dimasa akan datang..

Terima Kasih..

Khamis, 13 Februari 2014

Tonomen Pari 2014 - Puaka Anglerz Tribe

Seperti tahun-tahun yang sudah, tahun ini sekali lagi Puaka Anglerz Tribe menganjurkan tonomen untuk seluruh warga PAT & Friends.. ayat skema..

Okeh.. jika tahun lepas spesis siakap yang dipertandingkan.. tahun ini pula PAT memilih Pari sebagai bintang utama TONOMEN PAT 2014.. Tonomen yang bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2014 ini menawarkan hadiah misteri kepada pemenangnya..



Syarat-syarat

  1. Tangkapan haruslah dengan teknik pancing sahaja - joran + tali + kekili
  2. Tangkapan haruslah tangkapan dari habitat yang liar sahaja
  3. Setiap penyertaan haruslah lengkap dengan lokasi, teknik pancingan, umpan dan berat tangkapan
  4. Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan dinilai
  5. Sila hantarkan penyertaan di group Facebook TONOMEN PARI 2014 P.A.T
  6. Hadiah misteri menanti pemenang
  7. Hasil tangkapan pari bermula 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2014 sahaja yang akan dinilai

Terima kasih.

Isnin, 20 Januari 2014

Bila ada masa ada lah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog P.A.T dari seantero dunia yang sementara dan penuh pancaroba ini. Seperti tahun lepas dan tahun-tahun sebelum itu, pengapdetan blog P.A.T pastinya akan berlaku lewat seperti sedia kala. Begitu juga tahun ini, setelah genap 20 hari pada tahun 2014 ini barulah entri ucapan selamat tahun baru dimasukkan.



Bermula agak lewat, namun nampaknya warga P.A.T sudah ada yang mula mengatur gerak. Memandangkan tiada lagi platform untuk warga P.A.T menulis laporan pancing untuk dikongsikan dengan pemancing yang lain, maka gambar-gambar mereka terpaksa dicilok tanpa kebenaran untuk dimasukkan ke dalam blog P.A.T.

 Roosta Caster dengan lesen 2014 beliau (gambar cilok fesbuk beliau)

Char Shas dengan lesen 2014 merangkap lesen di tempat baru (pun cilok dari fesbuk beliau)

gambar dengan set pula..

*update

Memandangkan sedara Ziggerx telah menyuarakan bantahan secara bertulis di grup fesbuk P.A.T, dan sebelum beliau memanjangkan isu ini ke SUHAKAM serta PBB, rasanya ada baiknya gambar lesen 2014 beliau dimasukkan juga ke blog P.A.T. Ini kerana, beliau berkeupayaan untuk melancarkan perang gerila yang mana boleh mengakibatkan pertumpahan darah pepijat yang kompius.

Hasil pengudangan sedara Ziggerx di Waterfront Kuching berumpankan perumpun yang dibawa pegi Lawas, Miri, Sibu, Song, Kapit dan balik ke Kuching..

update*

Tahniah diucapkan kepada yang telah beroleh lesen 2014. Pada yang belum ada lesen atau yang langsung belum turun memancing lagi tahun ini jangan risau, fesbuk anda sering diperhatikan. kehkehkehkeh..

Kepada semua pembaca blog P.A.T, selamat tahun baru diucapkan.

sekian terima kasih...

Rabu, 8 Januari 2014

BoBoiBoy Kembali!

Foto & teks oleh Ipen

Setelah pembongkaran oleh beberapa pemancing berkenaan wujudnya spot pancingan santai yang berkebetulan lokasinya sebegitu hampir dengan tempat permastautinan saya.. errkkkk..

Okeh.. ada satu port mancing.. dekat saja dengan rumah.. pernah masuk sekali duuuuullluuuuuuu dengan sahabat saya brader Azizi Gogoyeah tapi xterai pun.. sebelum2 ni ada juga terdengar orang kampung bercerita yang dekat port tu ada selunsung.. tapi xda bukti bergambar.. lepas tu ternampak pula gambar dari sahabat caster dalam fesbuk dengan hasil ikan jalak di port tu.. namun gagal membangkitkan nafsu untuk mencuba.. xberapa minat dah casting jalak.. TETAPI.. bila sedara Ejump GPS mengaplod gambar beliau dengan selunsung di port tersebut hati ini terus terpanggil untuk mencuba..

Satu gerakan ringkas pun di atur untuk mencuba casting di port tu.. memandangkan rumah dekat saja.. aku menjadi orang pertama yang sampai.. masalahnya aku xtau pun mana lokasi tepat.. jadinya cuba saja la di kawasan yang berair.. kalu casting atas darat nanti xdapat apa la pula..

lesen bulan seumur hidup..

Cuba punya cuba.. dari spoon ke pencil.. dari pencil ke minnow.. dari minnow ke SP.. lepas tu balik ke spoon dan seterusnya.. namun sia2 bila xda hasil.. tengah mengarau spoon secara malas dalam kepala ingat mau balik saja.. tetiba spoon diragut lembut.. ikan melompat2 dan berjaya didaratkan.. AKHIRNYA!!! lesen bulan aku.. hahahahaha..

Lepas tu cuba2 la lagi.. xda hasil ingat mau balik.. abam Jalakman@boi idola yang sinonim call inform yang dia dan Ejump sudah hampir sampai.. tunggu la lagi.. bila mereka datang mereka pun sampai.. sesampai saja terus bertanya mana lokasi pendaratan selunsung tu.. rupanya bukan di tempat aku casting dari awal pagi tadi.. setiba dilokasi sebenar kejadian.. Ejump selepas beberapa cast terus saja berjaya mendaratkan ikan yang disasarkan.. xbesar tapi terbukti dah depan mata.. aku yang sudah xtahan meminta izin untuk pulang meninggalkan abam Jalakman dan Ejump terus berusaha..

kecil tapi tetap ikan.. foto ehsan Ejump GPS..

Beberapa minggu lepas tu aku ajak kawan sekampung pula turun ke port yang sama.. seawal jam 7 pagi sudah menghayun pancing.. pelik keadaan sunyi sepi.. terdapat tinggalan tiang khemah di lokasi kejadian.. mungkin ada orang membottom ni.. ikan sasaran tidak memunculkan diri..

lain di cari.. tertipu dengan X-Rap GG 6cm..

Memandangkan masih awal.. ditambah dengan ketiadaan ikan sasaran di port pertama.. kami memutuskan untuk mencuba casting di muara pula.. sapa tau di muara menjanjikan hasil yang lebih baik..

biasa cuba betul2 di muara sana..

kali ni cuba di dalam sikit pula..


Rupa2nya keputusan tetap sama saja.. tiada hasil yang buleh dibanggakan.. mencuba sudah cuma rezeki belum tiba.. xpa.. tahun depan buleh cuba lagi.. (kejadian ni berlaku bulan Dec 2012) tapi hari ini sudah 8 Januari.. pegang pancing pun belum lagi.. stendet kehidupan awal tahun.. sentiasa sibuk sentiasa bizi..

Jadi apa kena mengena tajuk entri kali ini?? xda apa sebenarnya.. cuma minat dekat BoBoiBoy.. dah ada musim baru bermula 5 Januari 2014 setiap Ahad jam 7 malam sebanyak 18 episod.. kekekekekekeke..

Sekian..

Curut Juga Spisis Ikan.. (report tertunda)

Foto & teks oleh Ipen

Dalam memancing.. tidak semua orang mempunyai visi yang sama.. mentaliti yang sama.. teknik yang sama.. ada orang memancing untuk keseronokan.. ada orang memancing untuk hasilnya.. jadi biarkan "memancing" itu sendiri mengikat semua pemancing dan janganlah mencari perbezaan antara pemancing samada visinya.. mentalitinya.. tekniknya..

Apasal intro lain macam ni?? well.. ini dinamakan play save.. hahahahahaha..

Penghujung tahun 2013 seperti juga sepanjang tempoh 2013.. aktiviti memancing teramatlah slow.. penyakit ketar-ketar tangan.. menggigil satu badan.. sepertinya sudah lama sembuh sendiri tanpa diobati.. kes kes kes.. 

Namun bila sesekali keinginan terbit.. hobi ini dilayankan saja.. huhuhuhu.. kebetulan pula sahabat lama dari MFN (Malaysian Fishing Net) sedara Nik Oscar berkunjung ke Sabah untuk menghadiri majlis konvonya.. trip ke sungai tagal pun di atur.. agak merisaukan apabila keadaan cuaca hujung tahun yang sering hujan..  takut-takut air keruh dan tinggi.. tetap diteruskan juga trip ini yang diperkuatkan lagi oleh sedara Tanpa Nama.. 

keadaan air sungai tinggi..

Setiba di lokasi.. hati sedikit lega.. air tidak keruh seperti yang dijangka.. tapi air memang tinggi.. diakui sendiri oleh guide kami.. kunjungan yang lepas dengan kunjungan ini nampak perbezaannya.. dengan keadaan air yang tinggi pasti menyukarkan kami untuk menjejak sang ikan.. serah saja pada rezeki masing-masing..

bila air tinggi..

Kami bermula dari hulu.. rancangannya akan bergerak perlahan menyusur sungai turun ke hilir.. setiap spot dicuba.. tiada hasil juga.. aku sudah mula risau.. aku kumpau tidak apa.. risaukan tetamu yang kumpau pula..

warna air sudah cantik..

berpindah port pula..

lokasi ini pernah menghasilkan barob pada kunjungan pertama..

depan tu sikit pelian pernah mengena..

Habis sesi pertama dengan hasil kumpau yang memberangsangkan.. kami meneruskan lagi sesi kedua.. memulakan sesi kedua di lokasi dimana barob bersaiz 2kg banyak didaratkan.. level harapan ada sedikit naik.. tetamu sedara Nik Oscar diberi penghormatan untuk mencuba dahulu.. tetapi kita sedar yang kita cuma merancang.. Tuhan yang menentukan.. tiada langsung sambaran di lokasi panas ini..

 lokasi panas di seberang betul-betul di selekoh bawah rimbunan..

Bila lokasi panas tidak membuahkan hasil.. kami berganjak sedikit ke kawasan air yang sedikit tenang.. intipan mendapati banyak ikan bermain-main diseberang berbatu.. dari spoon.. selaman sehingga gewang permukaan di cuba masih tidak berhasil.. akhirnya seekor barob yang curut tertipu juga.. tetamu Nik Oscar pula cuma sekadar dikejutkan oleh sambaran-sambaran ketika sibuk "menulis" di atas air.. cuma rezeki sahaja belum sampai..

curut juga ialah ikan..

seberang batu sana la sambaran-sambaran sering berlaku..

Tidak lama lepas tu hujan pun turun dengan lebatnya.. lebatnya hujan seakan meratapi trip kumpau ini.. kami redha walaupun tidak sempat menghabiskan trip hingga ke seberang sana.. pada tetamu Nik Oscar.. I'm sorry my friend.. xsempat nak berlesen.. pada Tanpa Nama terima kasih atas segalanya.. ada masa dipanjangkan usia kita pi cuba lagi..